Pesta layang-layang di Bintulu datang lagi... apalagi orang Sarawak, jom kita berambeh ke Bintulu...
BINTULU – Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu kembali lagi untuk tahun ke-tujuh penganjurannya yang bakal dilangsungkan di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada 22 hingga 25 September depan.
Untuk penganjuran tahun ini(2011), 32 buah negara membabitkan 119 peserta iaitu Jepun, New Zealand, Mynmar, Perancis, Kemboja, Filipina, German, England, Columbia, Kuwait, Afrika Selatan, Kanada, Australia, Brunei Darussalam, Korea, China, Amerika Syarikat, Vietnam, Hong Kong, Taiwan, Indonesia, Thailand, Italy, Belanda, Brazil, Austria, Turki, Denmark, Switzerland, Rusia dan Singapura telah mengesahkan penyertaan masing- masing bagi kategori Antarabangsa(Persembahan).
Selain mengadakan persembahan, peserta Antarabangsa akan turut bersaing dlam Kejohanan Laga Layang- Layang Dunia(World Kite Flying Championship) yang akan diadakan pada 22 September, mulai jam 1pm – 6pm.
Sementara itu, dua belas negeri terdiri dari Sarawak, Johor, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah, Selangor, Terengganu, Kelab MAS, Kedah, Kuala Lumpur dan Melaka turut mengesahkan penyertaan bagi kategori Kebangsaan.
Aktiviti tahunan anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu berkolaborasi dengan Pejabat Residen dan Daerah Bintulu, Kelab Pelayang Bintulu serta agensi/jabatan kerajaan Negeri/Persekutuan, korporat dan NGO ini kali ini bakal mengetengahkan acara menarik iaitu persembahan Revolution Kite dan Stunt Kite.
Persembahan Revolution Kite akan dipersembahkan oleh pasukan ‘I-Quad’ yang mewakili negara Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, England dan Belanda sementara persembahan Stunt Kite akan dilakukan oleh pasukan Air- Rex dari Jepun yang merupakan bekas juara dunia bagi acara tersebut.
Festival empat hari tersebut akan turut menyaksikan penganjuran acara sampingan seperti Pesta Gudi Sarawak 2011 pada 17 dan 18 September dengan mempertandingkan kategori Gudi Putus Tali Individu dimana penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan yuran penyertaan sebanyak RM5 dikenakan.
Turut diadakan juga persembahan laying- laying moden dan tradisional Peringkat Kebangsaan, persembahan layang- layang besar dari peserta Antarabangsa dan Kebangsaan, demonstrasi membuat wau tradisi,pertandingan wau ROKAKU Korporat, bengkel layang- layang awam, pertunjukan stunt kite berirama, Lolipop Drop untuk kanak- kanak, persembahan menerbangkan layang- layang pada waktu malam, pertandingan Dragon Kite untuk persatuan Cina, pertandingan masakan tradisional, peraduan melukis dan mewarna untuk kanak- kanak, pertandingan karaoke,persembahan kebudayaan dan nyanyian dan sebagainya.
Program tersebut dijangka akan turut disaksikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib pada 23 September, jam 3.30 petang disusuli acara perasmian oleh Menteri Pelancongan dan Warisan, Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg pada jam 8 malam.
Keesokan harinya pula, Yang DiPertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Hajah Norkiah dijangka turut meluangkan masa menyaksikan persembahan layang- laying di tapak festival tersebut kira- kira jam 10 pagi