Showing posts with label My Diary. Show all posts
Showing posts with label My Diary. Show all posts

Friday, April 06, 2012

Salam

Salam semua,

Lama giler tak berblog...
harap tahun ni aku akan lebih aktif post entry2 terbaru dan bermanfaat untuk semua...
Adioss..

Salam,
Jeraul

Friday, June 12, 2009

My Journey to Ulu Baram, Miri.

Salam kepada semua pembaca blog hantujeraul. Terima kasih kerana banyak membantu saya dengan memberi komen-komen dalam blog ini. Ini juga membantu saya untuk tetap berminat dalam menghasilkan entri yang baik untuk tatapan bersama. Sebelum tu, saya mohon maaf kerana dah lama tak update blog ni. Masih dalam tahap membersih sesawang yang melekat di dinding blog..hehehe.
Ok, saya nak bercerita sedikit journey saya bulan Mei lepas, iaitu ke Ulu Baram, Miri Sarawak...
Pada 14 Mei 2009, kami rombongan Cik Kiah sebanyak 20 orang berlepas ke Miri dari airport Kuching jam 10.50 pagi. Sampai di Miri lebih kurang jam 12.15. Di sana, kami menyewa sebuah van untuk sehari, untuk mengangkut barang untuk dibawa ke hotel, disamping mengambil sekali peralatan kerja yang terlebih dahulu di poskan melalui bas ekspress Kuching-Miri.

Di bandar Miri, antara rombongan Cik Kiah kami tidak semua bermalam di hotel yang sama, ada yang di Miri Hotel dan ada juga di Parkcity Hotel. Tak banyak sangat aktiviti yang dapat dibuat dalam sehari jer di Miri masa tu. Yang dapat cuma ronda-ronda sekitar bandar disamping membeli barang keperluan masing-masing sebelum masuk ke port kami di Ulu Baram.

15 Mei 2009, pagi jam 9 dan selepas bekpes, kami bertolak ke Ulu Baram dengan menaiki 5 buah 4x4 yang terlebih dahulu di sewa sebelum kami sampai di bandar Miri lagi. Kesemua driver yang membawa kami ni juga adalah mereka yang memang orang asal tempat yang dituju, iaitu Long Liamdan Long San. Perjalanan dari bandar Miri ke Ulu Baram amat memenatkan dan meletihkan badan, walaupun duduk saja dalam kenderaan. Mana taknya, disamping mengambil masa 5 jam, kami juga terpaksa meredah jalan daerah Lapok yang amat teruk sekali keadaannya. Lepas jer dari jalan Lapok, kami kena redah lagi jalan kompeni kayu balak yang memang bahaya dan menyukarkan.
Kami sampai di Long Liam lebih kurang jam 5.30 petang. Kena guna perahu untuk ke seberang... Kenderaan kami tinggalkan sahaja di seberang sungai Baram, kawasan
kampung Long Liam selepas dipastikan selamat.
Gambar atas, operasi membenteras penyeludupan gaharu.... heheh, Kami memunggah barang ke dalam perahu untuk ke kampung Long Liam di seberang.
Selesai memunggah, kami pun menyusuri Sg. Baram untuk ke seberang. Yang menanti diseberang adalah para penduduk kampung Long Liam.
Gambar atas, Jeti kampung Long Liam... waktu dah nak dekat senja.
Hari pertama kerja, 16 Mei 2009,.... semua berwajah ceria, maklumlah masih fresh. Kami bekerja bermula dari 16-18 Mei merangkumi kawasan Long Liam, Long San, Long Naan, Long Akah dan Lio Mato.
Salah satu jeram yang terpaksa dilalui di Sg. Baram untuk ke destinasi.
Bergambar di jambatan sebelum sampai ke Lio Mato. Saya berada di......... tiada dalam gambar heheheh..
Gambar atas, adalah bukti yang kami dah menjejakkan kaki di Lio Mato... hahahaha. Sk Lio Mato.
Kubu peninggalan Inggeris di Lio Mato... kurang pasti namanya. Hampir serupa dengan kubu yang ada di Kanowit, Kapit dan di Kuching...
Keadaan didalam kubu peninggalan Inggeris tersebut...
Klinik Desa Lio Mato.... sempat singgah dan lepak ngan staf klinik. Semasa kami di Lio Mato, kami bermalam di rumah Ketua Kampung...
Oklah... sampai sini jer dulu... ada banyak lagi gambar yang belum di forward kepada saya oleh jurugambar kami tempohari. Harap dapat tengok lagi keadaan dan suasana semasa fieldtrip kami di Ulu Baram... sweet memori. Kalau ada banyak duit pun, belum tentu saya akan dapat ke sana lagi.....

Friday, May 22, 2009

Penatnyaa.....


Salam semua,
Sori pasal lama tak update blog ni. Maklumlah sekarang tengah busy ngan outstation for work. 14 Mei lepas Jeraul terlibat dengan kerja di Ulu Baram, Miri. Baru jer balik semalam. Banyak juga perkara berlaku di luar baru diketahui semalam hehehe. Misalnya, my feveret team sudah mengesahkan kejuaraan BPL 2008/2009, Manchester United. Kisah Christiano Ronaldo akan berpindah ke Real Madrid (ura-ura). Dan paling best skali bila dapat tau yang Hafiz, anak kelahiran Sarawak berjaya menjadi Juara Akademi Fantasia musim ke 7. Terlepas peluang nak tengok performer diorang time konsert final.
Oklah, lepas ni saya akan upadate cerita perjalanan saya ke Ulu Baram Miri, melawati kampung-kampung penduduk Kayan dan Kenyah di sekitar Long Liam, Long San, Lio Mato dan Long Naan.... tungguu...



Thursday, April 09, 2009

Journey to Murum, Belaga

Salam. Sori lambat update blog hantujeraul ni. Saya baru berkesempatan online hari ni sebab baru jer balik dari outstation di Murum, Belaga.
Banyak gak peristiwa terkini yang sempat saya baca dalam internet hari ini melalui email dan blog berkenaan isu-isu semasa seperti Pilihanraya kecil yang lepas, Datuk Seri Najib jadi Perdana Menteri Malaysia ke 6 dan sebagainya. Maklumlah, semasa di Murum, kami memang terputus terus hubungan. Kawasan pembalakan lagi tu.
Saya berada di Murum bermula pada 3 April lepas hingga petang 7 April. Malam 7 April saya sempat bermalam di Bandar Sibu, Hotel Kingtown Inn.

Gambar atas ni tempat kami tinggal. Rumah panjang pekerja balak. Di tengah-tengah hutan tebal daerah Belaga.


Wednesday, March 11, 2009

N.O.T.E.S at Jamm Band Gig


Salam, Sabtu lepas band eksperimen Jeraul, N.O.T.E.S band perform dalam gig buat pertama kalinya sejak penubuhan rasmi sebulan yang lepas. Gig ini dianjurkan oleh Disharmonic Movement dan band Lucille. Banyak gak band-band lain perform pada hari tu. Venue gig ni terletak di Disharmonic Studio, Centre Point belakang Sarawak Plaza.

N.O.T.E.S satu-satunya band pada hari itu mempersembahkan muzik reggae, kami bawa 2 buah lagu reggae hasil ciptaan kami sendiri. Kalau nak dengar, kena tunggu sedikit masa lagi. Belum cukup waktu nak
demo, almaklumlah band member semua ada kerja dan hal masing-masing.

N.O.T.E.S memulakan persembahan dengan lagu cover dari Carburetor Dung, Boo Hoo Clapping Song. Featuring dengan Saypul (gmbr atas) anggota kumpulan United Kid Of Oi aka tuan punya Disharmonic Blog. Crowd pun sporting untuk nyanyi sama-sama.


"We rock the world"...... " I walk along alonely, why should we hear your problem...."
Crowd pada hari gig tersebut. OOOhhhaaaaa.... next week , we come again with new performance.

Thursday, February 26, 2009

Sedang Mencari Laptop Secondhand ...


Saya sedang mencari laptop / notebook secondhand di sekitar Kuching. Kalau ada sesiapa yang sudi nak jual laptop / notebook dgn. harga yang berpatutan kepada saya, anda boleh email kan kepada antujeraul@yahoo.com
Kepada nok sedia menjual ngan rega murah email kamek cepat2 yer... item ya kamek perlu untuk buat kerja2 outstation.
I was looking for laptop / notebook secondhand in Kuching's area. If anybody want to sell secondhand laptop / notebook with fair-price to me, you can email to antujeraul@yahoo.com

Monday, October 20, 2008

Baru balik dari Tenom, Sabah.


Salam semua buat para pembaca hantujeraul.blogspot.com.
Maaf kerana lama tak update blog nie. Jeraul baru jer balik dari outstation hari Jumaat lepas. Baru hari ni berkesempatan untuk mengupdate blog nie.
Minggu lepas Jeraul berada di Tenom,Sabah. Ada kerja sedikit di sana selama seminggu. Dalam seminggu tu jugaklah tak berjumpa dengan member internet or baca email dari rakan-rakan.
Oklah... berkenaan cerita pasal outstation di Tenom minggu lepas akan saya update tak lama lagi. Tengah tunggu gambar dari member. Gambar atas gambar keretapi yang terjatuh dari landasan di Kpg. Pangi Tenom satu ketika dulu.

Sunday, September 14, 2008

My Journey to Ulu Sg. Padas Tenom, Sabah.

My Journey to Ulu Sg. Padas Tenom, Sabah 5hb - 11hb September 2008.


Click HERE for more pics

Salam semua buat pengunjung http://hantujeraul.blogspot.com yang dihormati....hhehehehe.

Seperti mana yang dijanjikan semasa entry terdahulu mengenai trip saya ke Tenom Sabah, disini ada serba sedikit review pengalaman saya sewaktu berada disana.

5/9/08 - Tepat jam 3.50 petang saya dan rakan-rakan lain berlepas menaiki pesawat MAS dari airport Kuching ke Kota Kinabalu, Sabah. Perjalanan mengambil masa kira-

kira 1 jam 15 minit... itu kata pilot yang sempat saya dengar. Jam 5.15 kami sampai di Airport Kota Kinabalu. Sampai saja di airport, kami mengambil teksi untuk ke Hotel Shangri-La yang berada di pusat bandar. Seingat saya, nombor bilik yang kami booking tu ialah 504. Boleh tahanlah view yang dapat dilihat dari jendela bilik. Jam 7.30 malam, kami dijemput kenalan dari Sabah untuk makan malam bersama di Sendaman.... sedap giler Nasi lemak kuah rendang kat situ.....

6/9/08 - 9.30 pagi, kami diambil oleh driver yang ditugaskan khas untuk membawa kami ke tempat persampelan yang akan dijalankan di sekitar Ulu Sg. Padas, Tenom. Nama driver kami itu ialah En. Gregory yg. berasal dari Penampang. Muda setahun dari saya. Pukul 10.30 flight rakan yang turut sama membuat kajian ini akan sampai di airport. Sementara menunggu lagi sejam,kami bertolak dahulu ke pantai Tanjung Aru yang berdekatan untuk mengambil gambar dan lepak. 10.45 - kami bertolak terus ke Tenom dari Airport KK. Jam 12.30 kami sampai di Keningau. Rileks sekejap kat situ.

Gambar atas... Hotel Perkasa Tenom, Sabah.

Jam 2.30, kami sampai di Pekan Tenom dan seterusnya menyewa bilik di Hotel Perkasa, satu-satunya Hotel terbesar di Tenom dan berada di puncak bukit. 3.30 petang selepas berehat sekejap, kami terus pergi ke site yang berdekatan Pekan Tenom.

7/9/08 - 8.00 pagi, kami bertolak dari Hotel Perkasa menuju ke Kampung Kungkular. 50 lebih kilometer dari Pekan Tenom. 9.40, kami sampai di Kpg. Kungkular dan terus berjumpa dengan "potter" kami yang akan ikut serta ke Ulu Sg. Padas yang terletak kira-kira 6 jam perjalanan dgn berjalan kaki mendaki dan menuruni gunung banjaran Crocker. "Potter" kami terdiri dari En. Room, Robin dan Enchai yang berbangsa Murut.

"Potter" kami, En. Room, En. Enchai dan En. Robin....

10.00 pagi, bertolak dari Kg. Kungkular ke destinasi tujuan. Sebelum bertolak tu, kami sempat menyepray kasut dan stoking kami dengan Baygon bagi mengelak pacat melekat dan seterusnya menghisap darah.

12.15 tghari, kami sampai di puncak gunung, dan pada masa tu jugak hujan turun dengan lebatnya sambil melicinkan lagi tanah yang sedia licin tu.... Ada signboard kat puncak gunung tu .... Kawasan Tadahan air Kg. Onop-Onop.
Sebelum sampai di puncak gunung, group kami yang terdiri dari 6 orang ni berhenti rehat sebanyak 4 kali. Lelah beb... tinggi dan menjunam tu... pacat pulak banyak tak terkata.
Saya kalau part mendaki ok sikit, tapi kalau part menuruni gunung ni fail... beberapa kali terjatuh sebab licin. 3.15 kami sampai di kawasan tapak untuk kami membuat camp... betul-betul di tepi Sg. Padas.
Baju saya yang kena tembak semasa jungle trekking di Hutan Banjaran Crocker ni...

Sekali yang tembak Mr. Pacat daaa..... Untung betul dia dapat hisap darah mahal niee....

Makan-makan buluh pansuh

8/9/08 - Bangun 6.30 pagi. Pukul 7.30 bertolak ke satu anak sungai yang terletak kira-kira 30 minit berjalan kaki... Buat persampelan kat sana sampai petang. Pukul 3 petang kami balik ke kem. Kerja tu walau penat mana pun tak terasa, tapi kalau bab pacat naik ke badan ni yang paling saya benci. Beberapa kali badan saya sempat dihisapnya walau pun diluar baju. Tu pasal saya berpakaian seperti orang Jepun... baju masuk ke dalam seluar. Takut pacat masuk ke tempat sulit hehehheh.

Amacam.... ada cam gaya askar Nippon tak???

Pukul 5 petang, kami bertolak ke satu lagi kawasan port orang kampung selalu memancing. Kami pun nak mancing kat situ jugak. Kira-kira 40 minit dari kem. Adalah jugak dapat ikan sikit-sikit. Ikan paling dominan ialah ikan baung. Ada sekali rakan saya dapat seekor ikan kelah yang besar... belum sempat sampai ke darat, ikan itu terlepas... sayang sekali... Pukul 8 malam, balik ke Khemah... nasib ada bawa bekal torch light.
Kawasan Perkhemahan Kami...

Penat bekerja...... apalagi aktiviti membuta pun bermula

9/9/08 - Bangun pukul 6.30 pagi. Bersedia mengemas khemah dan alat-alat lain.. Kami start bertolak dari khemah ialah pada pukul 9.15 pagi. Sampai di puncak kira-kita pukul 12.00 tengahari. Itupun selepas berhenti rehat beberapa kali. 2.15 petang kami sampai di kaki gunung. 3.15, Gregory datang mengambil kami di kaki gunung. 4 petang tanpa berlengah kami sempat survey ke tempat untuk kami bekerja esok. Malam balik hotel tidur... 2 hari bermalam dalam khemah...baru dapat rasa tilam heheheh.

Kenangan bergambar di tepi Sungai... Ulu Sungai Padas.... Tak lama lagi tempat ni akan tenggelam...

10/9/08 - 8.00 pagi pergi pasar basah Tenom tengok barang jualan.9.30 pagi kami sampai di Kampung Katambangan Baru. Ambil seorang "potter" untuk menyertai kami membuat persampelan di sekitar hilir Sg. Padas. Nama "potter" kami ni ialah En. Simon Ambito, berbangsa Murut. 10 pagi, buat persampelan di sekitar sungai berdekatan kampung tersebut. 11.45, kami meneruskan kerja-kerja persampelan di Station kedua, saya tak berapa ingat nama sungai tersebut. 1.45, kami ke station ke 3, Ulu Sungai Merrais. Terpaksa menapak kira-kira 30 minit dari kereta. Selesai sahaja kami membuat kerja, kami teruskan lagi untuk membuat persampelan di Sg. Paal yang tidak jauh dari Pekan Tenom. Kira agak bekerja keras juga kami hari ni sebab terpaksa cover beberpa tempat dan juga masa yang tidak mencukupi. 6.15 balik Hotel.

11/9/08 - 8.15 pagi, hari ini merupakan aktiviti bebas. Kerja dah habis semalam. Saya sempat ke Pasaraya untuk membeli kopi keluaran Tenom, pelbagai jenama untuk dibawa pulang ke Kuching. 9.15, kami bertolak ke Power House Hydro Tenom Pangi untuk membuat survey dengan pekerja di sana. 11 pagi pertemuan dengan pekerja Hydro selesai dan kami terus balik ke hotel Perkasa untuk mengambil barang kami dan seterusnya check out. Pukul 12.30 kami ke stesen keretapi Tenom untuk ke Kampung Pangi. First time saya menaiki keretapi. Perjalanan ke Kpg. Pangi mengambil masa kira-kira 30 minit. Masa tu ramai pelancong luar turut sama dalam keretapi ke Kpg. Pangi. Tujuan mereka ke sana adalah bagi menyertai aktiviti kayak menyusuri Sg. Padas yang ada dalam jadual melancong mereka. Setelah sampai di Kpg. Pangi rehat selama 5 minit... kami terpaksa pula bertolak balik ke Tenom. Ini kerana keretapi tersebut hanya berhenti sekejap disana. Pukul 2 petang kami bertolak meninggalkan Pekan Tenom. Banyak kenangan manis di Pekan Tenom.... huhuhuhu.Dalam perjalanan pulang kami dapat lihat banjaran Crocker yang cukup indah dan sejuk. Perjalanan menyusuri gunung-ganag memang menyeronokkan dengan sesekali kecut juga perut bila melihat jalan yang menjunam. Pukul 4 petang kami sampai di Papar. Berehat sebentar di sana. Pukul 6.00 petang kami sampai di airport Kota Kinabalu. Flight kami yang sepatutnya berlepas pada puku 7.45 malam didelay ke 8.20 malam.

Saya sampai di airport Kuching pada pukul 9.35 malam.... sweet memory in Tenom. Rasanya saya mungkin akan kembali ke Tenom tak lama lagi.... walaupun sayang rasanya tak dapat singgah di Pasar Filipina di bandar Kota Kinabalu bagi membeli mutiara Sabah....

Friday, September 12, 2008

Saya Dah Balik....


Salam Semua,

Jeraul baru jer balik dari outstation semalam. Sampai airport Kuching dari Kota Kinabalu pada pukul 9.35 malam. Flight dari KK delayed 30 minit.
Trip kali ni, Jeraul berkesempatan mengunjungi Tenom, kira-kira 3 jam setengah dari

Kota Kinabalu. Ia bertujuan juga untuk membuat persampelan di sekitar Hulu Sungai Padas.

Pekan Tenom ini dahulunya dikenali sebagai Fort Birch semasa zaman koloni dahulu. Its population was estimated to be around 46,200 in the year 2000. Tenom terkenal dengan pengeluaran kopi dan juga pengembaraan yang cukup adventurous iaitu berakit menyusuri Sungai Padas.

Penduduk majoriti Tenom berbangsa Murut. Hampir 90%. Cerita pasal pengalaman Jeraul sewaktu bermalam di Hutan dan di pergunungan Banjaran Crocker akan dicerita selepas semua gambar-gambar yang diambil sewaktu berada di Tenom Sabah ini diupload ke dalam web.
Pengalaman mendaki gunung 6 jam, meredah hutan tebal yang penuh dengan pacat yang dahagakan darah, tak sedar yang pacat kekenyangan dibelakang badan, pengalaman bermalam di hutan dan banyak lagi akan saya ceritakan di entry yang baru tak lama lagi...

Thursday, August 21, 2008

Balik dari Satang Island.


Salam semua kepada pelayar setia hantujeraul blogspot.
Saya baru jer balik dari Pulau Satang semalam. Saya berada di sana pada 18 hingga 20 hb Ogos 2008. Hari ni baru berkesempatan untuk membuka email, dan mengupdate blog ini.
Di Pulau Satang, saya berkesempatan untuk melakukan aktiviti snorkeling bagi melihat coral yang indah di sekitar Pulau Satang ini. Tak terduga dihati saya bahawa,pulau ini mempunyai pemandangan 'coral' (batu karang) yang cukup indah dan menawan. Tak perlu untuk menyewa boat untuk ke tengah laut melihat 'coral',

hanya perlu berjalan kaki dan berenang sedikit, anda sudah boleh melihat pemandangan yang cantik ini. Bagi sayalah... pemandangan 'coral' di pulau ini setanding dengan 'coral' di Pulau Labuan yang pernah saya scuba diving dulu.

Hari kedua saya di Pulau Satang, saya menjalankan pula aktiviti scuba diving bagi melihat dengan lebih dekat 'coral' hidup yang ada di sekitar pulau ini. Seronok bila dapat scuba diving beramai-ramai camni. Lagi pula dah berapa bulan dah tak menjalankan aktiviti diving ni.
Ok lah... pasal full version nyer cerita pasal program kami di Pulau Satang ni... kena tunggu update dari Abang Santai dalam blognya Kerenahdunia. Untuk pengetahuan hantujeraul dan Abang Santai turut sama berada di Pulau Satang bagi menyertai program bersama pelajar UNIMAS ini....

Jeraul : Part paling manis apabila sempat melihat penyu mendarat dan bertelur di tepi pantai.... dan melihat bagaimana anak penyu menetas dari telurnya yang berada dalam pasir..... 19 hb Ogos 2008 (hari kedua) saya berada dalam air laut selama 8 jam melakukan aktiviti snorkeling pada sebelah pagi dan scuba diving pada sebelah petang...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites