Monday, January 23, 2017

Perbezaan Jam Tangan Waterproof dan Water Resistant

Waterproof dan water resistant, bagi sebahagian besar orang mungkin terdengar biasa saja dan dapat ditukar-tukar istilahnya. Perdebatan mengenai hal ini bagi kalangan orang awam mungkin tidak akan mudah menghasilkan kesimpulan yang seragam. Sebagai gambaran mudahnya, ambillah jam tangan sebagai sebagai contoh peralatan sederhana yang mengaplikasikannya.

Waterproof bermaksud bahawa air, dalam keadaan normal, tidak dapat merosakkan jam tangan anda. Anda akan tetap memakainya ketika dalam keadaan hujan, memakainya ketika mandi, atau  untuk di bawa berenang atau snorkeling sekalipun dengan jam tangan waterproof ini. Jadi keseluruhan bahagian jam tangan ini telah ditutupi/disealed untuk menjaga dari masuknya air ke dalam mesin jam tangan tersebut. Tetapi jika dibawa menyelam, sealed ini akan tetap melindungi, atau juga tidak, dengan kata lain bocor. Oleh kerana itu, biasanya pada jam tangan waterproof selalu mencantumkan batas maksimum kedalaman untuk dibawa menyelam. Jika melebihi batas ini, maka aplikasi waterproof hanya tinggal label saja! Atau tidak bermanfaat lagi.

Water resistant mempunyai maksud istilah yang lebih luas dan umum untuk jam tangan. Artinya pengaplikasian fitur ini akan memungkinkan jam tangan anda untuk tahan terhadap kerosakan akibat air dalam keadaan normal, tetapi hal ini belum benar-benar "terbukti". Dengan demikian jam tangan water resistant memang masih dapat dikenakan ketika hujan, tetapi harus ditanggalkan ketika dipakai berenang atau mandi, apalagi untuk menyelam.

Perbandingan sederhana yang dapat kita lihat adalah munculnya embun pada kaca bagian dalam di jam tangan tersebut. Apakah jam tangan masih dapat terlihat dengan jelas ketika dihadapkan dengan keadaan setelah dibawa mandi, berenang, atau menyelam. Jam tangan dengan label waterproof akan lebih tahan dan tetap bekerja dengan baik sampai pada batas tekanan air ekstrem sekalipun, dan tidak menimbulkan embun pada kaca bagian dalamnya.

Selain dari perbandingan tersebut diatas, perbezaannya juga boleh dibezakan dari segi harga dan perawatan. Barang-barang dengan  water resistant biasanya lebih murah dan lebih mudah dalam perawatannya dibandingkan dengan barang-barang dengan waterproof. Hal ini kerana barang dengan water resistant tidak memiliki sealed dan penutup tambahan lagi. Contoh sederhana dalam melakukan penggantian bateri untuk menggerakan peralatan-peralatan ini. Jam tangan dengan water resistant dapat diganti dengan mudah oleh siapa saja, sedangkan jam tangan yang mengaplikasikan waterproof (seperti jam tangan selam), penggantian baterai harus dilakukan oleh pakar jam.

Melalui perbandingan diatas, jelaslah bahawa istilah Waterproof dan Water resistant tidaklah sama. Benda-benda waterproof sudah pasti water resistant, tetapi benda water resistant belum tentu waterproof!

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites