Lirik belum jumpa.... Download MP3 Here
Best lagu ni. Harap dapat bawak lagu ni untuk battle of the band yang tak lama lagi...
Blog berkenaan product ecigar, vapor, eliquid, pakaian, isu semasa tanahair, sukan, mp3, movie dan kehidupan penulis.
Lirik belum jumpa.... Download MP3 Here
Best lagu ni. Harap dapat bawak lagu ni untuk battle of the band yang tak lama lagi...
Starscream tengah mengamuk di bandar... antara babak menarik filem ni. Aku suka tengok watak robot Bumble bee yang manja dan lawak ni...
Pesanan untuk korang... Jangan lupa search dekat ebay... cari nama ladiesman217. Dia jual cermin mata moyang dia. Power siot cermin mata tu... heheheheh
Siot.... team aku Faster FC seri lagi.... Kali ni seri ngan team Saminu FC. Perlawanan berkesudahan 0-0. Dalam match ni, aku tak jadi main. Mata aku kena conjuctivities..(betul tak ejaan ni). Dahlah mata merah... kena demam plak tu. Sayang tak dapat main hari tu.
Amazing Phenomenon yang di panggil Summer Solstice. Menunjukkan kita...betapa kerdilnya manusia. Fenomena ini juga dikatakan ada kaitan dengan Global Warming.. Kat Kuching ni memang terasa lain sikit cuacanya... panas menggigit-gigit dan kengkadang hujan pulak tak menentu.
Dari sudut arts.... memang cantik kejadian alam yang berlaku pada tengah hari ni... Mungkinkah ada maksud tersirat????... adakah dunia yang kita duduki sekarang ini semakin tua dan tidak bermaya lagi??
New looking of Optimus Prime. Nampak macam robot gundam lah pulak... Tapi still ok dari versi kartun yang nampak berkotak-kotak body dier.
Tak sabo aku nak tengok citer ni... kuar lah cepat-cepat weiiii... real robot ....
Saturday, 16 July 2007, After 1 hour and 15 minutes driving from my house in Kuching, finally we reached the Serikin Market (border Sarawak and Kalimantan) around 12 o' clock. It sure was a experience going through 13 bridges and a long bumpy roads. You can see at the pics above. Aku rasa, ada dalam 3 kali jumpa jalan batu ni.... Tapi skang dah ok sikit. Kalau dulu... lagi teruk... lubang-lubang besar, banyak dan dalam. Skang quite good lah sikit. This is my sixth time journey to Serikin. My last journey to this market is last two years.
Sampai jer kat tempat parking kereta, ada sorang mamat Indon tu datang kat keta aku, bagi bill parking Rm 2. Nak harap kereta selamat... so kenalah suruh dorang ni jaga. Lepas bayar kupon keta... korang tak yah rasa takut lagi nak tinggal keta korang yang mahal-mahal tu kat situ. Diaorang gerenti jaga bebetul. Dengan cara tu jer dorang cari makan.
Any way, aku berjalan from the beginning of the market place. Banyak dah perubahan yang aku nampak kat sini. Makin banyak stall di tepi-tepi jalan from Kpg Serikin to the border line. Manusia pun makin banyak. Ni baru hari Sabtu, belum lagi pergi hari Ahad.
Apa yang menarik minat aku nak gi Serikin ni sebenarnya ialah, aku nak survei harga straw mats. Tikar rotan yang famous kat Sarawak ni. Bukan apa... dapat gak aku bajet nak buat modal bisnes nanti. Contact kat Semenanjung pun dah ada ... so.. pandai-pandailah amik peluang kan.. So, kalau korang nak beli tikar ni ngan harga murah. Contact jer aku, harga boleh runding. Sempat gak aku promote...
Bab tikar ngan kraftangan jer ada murah sikit kat Serikin ni. Tapi bila bab baju ngan aksesori hiasan... rasa aku, murah lagi kat India Street tu. Bukan nak mengata... tapi kalau korang pernah pergi... tentu korang taukan.
Haaa... yang ni barang yang paling aku suka tengok kat Market tu... Shrunken Heads of Sarawak?.... no..no..no... its just another handscraft from the Indon people. Its a Indian Dreamcatcher. Its said to keep away bad dreams. Heheheh... next time kalau aku datang balik, aku nak beli, pakey letak dalam keta.
Permulaan permainan, pemain terlalu overconfident nak menang... tu pasallah kami main sambil rileks-rileks jer...
Nasib lah jugak kami dapat menyamakan kedudukan 1-1 di akhir babak permainan. Kalau tak, malu wooooo.... Pasukan glamer kalah... aiseehhhh.. Ok lah... wa nak blah dulu... nak gi urut kepala lutut yang rasa nak tercabut ni...
Gambar kiri: Taufik Batisah, Gita Gutawa dan Siti Nurhaliza sedang membuat latihan sehari sebelum majlis anugerah.
Tengah orang lain sibuk berziarah sempena Hari Gawai, Aku , Edy ngan Mul pulak buat program gi memancing kat Sg. Batu Kawa (Sg. Sarawak Kiri). Kira cam tak terplan lah sebenarnya program nak mancing ni. Tetiba jer rasa nak pancing, member pun mengiakannya jer. So, apalagi....
Dah beli umpan ngan dah standby barang semua, baru kami pergi ke Kpg. Sinar Budi Lama, sebelum Jambatan Batu Kawa tu. Kat situlah rumah lama si Mul ni duduk dulu. Dan kat situ gak, bertenggeknya perahu Mul yang dah lama tak pakai, tapi masih utuh.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, di kesempatan ini, Jeraul ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya. Buat rakan-rakan yang meraikannya, jangan sakan sangat. Minum sikit-sikit udahlah. Don't drink and drive ok gengs. Buat member-member (yang sambut Gawai) yang kerja kat Semenanjung tu, janganlah sedih sangat. Tahun ni tak dapat join, tahun depan or seterusnya gerenti dapat kann...
Harap tahun ni, tak kedengaran lagi kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk di hari Gawai ni. Yang penting kita mesti Happy.... Ok. Kepada yang tak menyambutnya, Jeraul juga nak ucapkan selamat bercuti bersama keluarga. Cuti selama seminggu ni tentu banyak aktiviti yang dapat di buat kann.. Jeraul sendiri ada plan nak memancing bersama rakan-rakan minggu cuti ni. Harap-harap jadi...