Thursday, October 09, 2008

Pak Lah Tidak Pertahan Jawatan Presiden UMNO

ABDULLAH Ahmad Badawi mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur. Di sebelah kanan beliau ialah timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. - foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

Jeraul : Bulan 4 2009 nanti kita akan ada PM baru.... Jika Pak Lah dah berundur nanti, Agak-agak korang apa gelaran yang beliau akan dapat? Bapa Hadhari Malaysia? Bapa Mr. Clean? or...Bapa.....
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan.
Ia diumumkan oleh Abdullah pada pertemuan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bertemu di Menara Dato' Onn sebentar tadi.

Abdullah mengetuai Umno sejak Oktobet 2003 selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Beliau menang tanpa dicabar pada pemilihan 2004.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN bermula pukul 3.45 petang dan berlangsung lebih sejam.

Persidangan perwakilan bahagian Umno bermula esok.

Pendirian itu selari dengan pelan peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya, Datuk Seri Mohd, Najib Tun Razak.

Terdahulu, Menara Dato' Onn yang menempatkan Ibu Pejabat Umno menjadi tumpuan dengan kawasan pekarangan premis itu sudah sesak dengan orang ramai yang menanti pendirian Abdullah.

Penyokong-penyokong Abdullah berkumpul di pekarangan Menara Dato' Onn dengan membawa sepanduk tertera mesej "Hormati Peralihan Kuasa, Elakkan Perpecahan Lagi" sambil melaungkan "Hidup Pak Lah".

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tiba pukul 3.25 petang.

Abdullah tiba 10 minit kemudian untuk mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, yang disusuli dengan laungan "Hidup Pak Lah" dan "Pak Lah Presiden, Najib Timbalan".

Abdullah akan memperjelaskan pemimpin komponen BN tentang pelan peralihan kuasa beliau dengan Najib. - mStar

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites