Wednesday, November 05, 2008

Khalwat Pakai Seragam Sekolah


PELAJAR yang ditangkap berkhalwat dengan remaja lelaki di sebuah hotel murah di Kota Bharu semalam dibawa keluar oleh anggota penguat kuasa wanita.

Hari ni bila Jeraul buka online news... jumpa pulak berita pasal budak sekolah ditangkap khalwat dengan lengkap berpakaian seragam sekolah. Apa lah nak jadi ngan bebudak sekolah zaman sekarang. Tak pasal-pasal mak bapak yang tanggung malu. Pemuda berumur 21 tahun manakala perempuan itu plak baru 16 tahun.. Ini kalau dibawa ke mahkamah, ada peluang lelaki itu untuk dikenakan tuduhan merogol kerana bersama dengan budak perempuan bawah umur( jika terbukti mereka melakukan seks). Heran lah pulak news kat Malaysia ni makin banyak kuar cerita pasal khalwat... yang paling glamour minggu lepas pasal si Norman Hakim pelakon Gerak Khas tu... Cerita harga barang tarak turun tadak ka deyyyy....

KOTA BHARU - Seorang pelajar tingkatan empat yang lengkap berpakaian seragam sekolah ditangkap ketika sedang berdua-duaan bersama seorang pemuda dalam sebuah bilik di sebuah hotel murah di Jalan Pengkalan Chepa di sini semalam.

Pasangan tersebut ditangkap dalam satu serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jaheik) Kelantan.

Pemuda terbabit yang berusia 21 tahun cuba melarikan diri daripada diberkas dengan memanjat siling yang dipecahkan ke bahagian bumbung bangunan itu menyebabkan tiga jentera bomba dikejarkan ke sana untuk membantu.

Jurucakap Jaheik berkata, dalam serbuan yang dibuat pada 9.15 pagi itu, pemuda bersama pasangannya berusia 16 tahun mulanya enggan membuka pintu bilik yang diketuk beberapa kali.

"Kemudian terdengar bunyi seperti siling dipecahkan lalu anggota kami terus bertindak memecahkan pintu dan mendapati pasangan tersebut yang lengkap berpakaian sedang menyorok di atas siling.

"Pasangan perempuannya yang berpakaian sekolah saja berjaya dipujuk supaya turun, sebaliknya teman lelakinya cuba melarikan diri dengan memanjat terus ke atas bumbung bangunan," katanya ketika dihubungi semalam.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites