Bila Lembu masuk politik... kelakar tak.... Tak lama lagi ada kot katak si katak lompat masuk politik...
HARI ini satu lagi sejarah negara ini dicatat apabila seekor lembu jantan ikut sama dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, Selangor semasa 20 laporan semula rasuah membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Mohammad Khir Toyo dibuat.
Khir dikatakan melakukan pelbagai jenis rasuah dalam tempoh beliau menjadi MB dari tahun 2000 hingga 2008. Laporan itu pernah dibuat sejak bertahun lalu tetapi tidak disiasat!
Kehadiran lembu berkenaan sebagai simbolik protes Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang tidak berpuas hati dengan tindak tanduk SPRM yang berat sebelah dan tidak profesionaldalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
Sikap SPRM itu dirujuk kepada telatah ketuanya, Ahmad Said Hamdan yang membuat kenyataan terbuka mengenai Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang disiasat SPRM. Kenyataan Ahmad Said itu seolah-olah mahu mencemarkan imej Khalid.
Ahmad Said dalam kenyataan di PulauPinang minggu lalu mendedah yang pihaknya ada bukti kukuh untukmendakwa Khalid Ibrahim. Beliau sepatutnya tidak membuat kenyataan itukerana soal butiran siasatan adalah rahsia.
Kenyataan Ahmad Said itu dikira melampau dan tidak adil kerana siasatan ke atas Khalid masih belum selesai.
Sempena laporan itu juga satu himpunan yang dinamakan "Semangat 46 Lembu" diadakan di perkarangan pejabat SPRM di Wisma Masalam.
Tidak dapat disahkan apakah lembu berkenaan yang dihadiahkan kepada SPRM itu diterima oleh wakil SPRM atau pun wakil Ahmad Said.
Laporan yang dibuat oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar itu disertai kira-kira 100penyokong dan dikawal rapi oleh pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Dalam pada itu Shamsul Iskandar diminta hadir ke pejabat SPRM Rabu depan berhubung laporan semula 20 rasuah ke atas Khir Toyo itu.
1 comments:
Jeraul, aku di kuching nie. add ym aku. bosan nih pirate_kl@yahoo.com
Post a Comment