Tuesday, July 21, 2009

Gambar Armstrong berjalan di bulan disiarkan selepas 40 tahun!!


Photo kredit to Kosmo

WASHINGTON - Satu gambar baru yang menunjukkan angkasawan Neil Armstrong berjalan di bulan disiarkan sempena meraikan ulang tahun ke-40 pendaratan pertama manusia di bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej berkenaan dirakamkan oleh sebuah kamera yang berada pada kapal pendaratan bulan namun rakaman itu habis dalam tempoh singkat.

Kapal pendaratan bulan itu popular dengan panggilan Eagle. Ia menunjukkan muka Armstrong dengan jelas ketika dia berjalan di atas permukaan bulan.

Gambar itu dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Armstrong merupakan manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan namun kebanyakan gambar yang dirakamkan hanya menunjukkan rakannya, Buzz Aldrin.

Sebuah syarikat gambar angkasa bersejarah yang beribu pejabat di Ohio, Spacecraft Films berjaya menukar klip rakaman video berdefinisi tinggi itu menjadi gambar.

Imej-imej tersebut kini diedarkan buat kali pertama dalam bentuk buku berjudul Voices from the Moon yang ditulis oleh Andrew Chaikin.

"Ini adalah kali pertama orang ramai dapat melihatnya," kata Chaikin.

Armstrong dan Aldrin berada dua setengah jam pada 20 Julai 1969 di bulan. - Agensi

Selepas banyak-banyak temubual dengan media, tiada sorang pun astronot US yg ngaku berjalan atas bulan berani sumpah dgn bible.....

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites