Friday, January 22, 2010

Tanggang Moden??


Apa punya anak daa..... dah nak mati nanti baru nak ingat ngan mak....

Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.

Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.

Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.

2 comments:

Kesiannya...takpa suatu hari taulah dia apa balasan buat org tua mcm tu...

emak, kalau dia tidak melahirkan kita maka sapa lah kita.. emak yang melahirkan dan menyusukan dihina, dikeji. setitis air mata yang mengalir dari matanya maka durhaka lah anak nya dan akan di tempatkan ke neraka jahanamnya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites