Thursday, February 25, 2016

AFC CUP 2016 Johor DT 8 - 1 Ayeyawady United


Kredit pics to Johor Southern Tiger FB

Larkin - Juara Piala AFC musim lalu, Johor Darul Takzim, JDT memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan bergaya apabila membelasah Ayeyawady United 8-1, malam tadi.

Aksi di stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin itu, menyaksikan anak buah Mario Gomez mengulangi rekod kemenangan ke atas lawan sama musim lalu. Kapten JDT, Safiq Rahim muncul wira dengan hatrik pertamanya musim ini. 

Selepas wisel sepak mula, Harimau Selatan di depan menerusi percubaan jarak jauh kapten pasukan, Safiq Rahim. Namun tuan rumah dikejutkan dengan gol penyamaan Ayeyawady selang 2 minit kemudian menerusi Thiha Zaw. Rembatan jarak dekat Jorge Pereyra Diaz meletakkan JDT kembali di depan selepas menerima hantaran S. Kunalan pada minit ke-13. Pada minit ke-31, Marcos Antonio pula mencetak nama selaku penjaring hasil sepakan sudut Safiq.

 Babak pertama turut menyaksikan penyerang baru JDT, Juan Lucero mensia-siakan banyak peluang terhidang. Safiq Rahim sekali lagi meledak gol, 3 minit selepas aksi babak kedua. Pesta gol di larkin berterusan dan Safiq merekod hatriknya menerusi rembatan jarak dekat pada minit ke-62. Juan Martin Lucero akhirnya berjaya menghasilkan gol pertamanya musim ini selepas tenang merembat ke kiri gol Ayeyawady untuk selesa di depan dengan 6-1. Beliau sekali lagi meledak gawang lawan pada minit ke-87 untuk meneruskan kenduri gol kepada 7 berbalas 1. Gol ke-8 JDT muncul dua minit kemudian melalui tandukan deras Mohd Aidil Zafuan.

 Keputusan penuh di Larkin, JDT 8, Ayeyawady United 1. JDT akan berkunjung ke India pada 9 Mac nanti untuk menentang Bengaluru FC.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites