Hasil nukilan John Lemon.
Ramai orang nak jadi usahawan. Tapi tahukah anda apa yang bakal anda hadapi bila bergelar usahawan?
1. "Best la ko John, boleh lepak2, boleh rileks2, takyah masuk ofis, sebab ko bos" adalah ayat yang paling kerap aku dapat daripada kawan2. Silap. Kalau nak jadi usahawan, bersedialah jadi hamba untuk bisnes sendiri. Bersedialah untuk terlepas banyak majlis harijadi, majlis perkahwinan, hari subur isteri, hari jadi isteri, lepak2 bersama kawan/keluarga. Bersedialah untuk kerja sabtu ahad, kerja time satu Malaysia cuti, tidur 4-5 jam sehari, drive 10,000km sebulan utara-selatan-timur-barat. Teruskan. Susah dulu 3-4 tahun. Lepas tu ko lepak la sampai tua ganyut tatkala orang lain masih punch card.
2. Ko akan digelar kroni, macai, balaci sebab dalam urusan perniagaan ni, kita akan banyak 'mengikut' orang2 berpengaruh. Sebab dalam perniagaan, know who sama penting dengan know how. Pergi jahanam la orang nak panggil ko balaci pun. U are a walking multi-millionaire balaci/macai. So what?
3. Bersedialah untuk dikutuk dari belakang. "poyo, gebang, lebat" adalah yang paling aku selalu terima. Sebab bila kita berkongsi keterujaan pasal perniagaan kita, pasal impian bisnes kita, ada yang menganggap benda itu mustahil, tak logik, over. Jadi, elakkan bercerita dengan mereka yang bukan usahawan. diorang takkan faham. Kajian dilakukan di US, Billionaires bertukar idea dengan Billionaires. Mereka tak share stories dengan Millionaires sebab 'out of their league'.
4. Orang akan sentiasa nampak seolah2 ko 'asyik melepak'. Ni paling susah nak explain. Aku pergi karoke, bukan sebab nak menyanyi tu. Aku pergi merata tempat, bukan sebab nak melancong tu. It is part of the business. Dealing dalam business ni bukan semestinya berlaku dalam ofis atas meja meeting je.
5. Ko akan ada haters. Bila ko beli kereta, akan ada orang cakap "eleh, kereta recon". Ko cipta satu produk bisnes baru, orang akan cakap "eh, dah ada orang lain buat lagi power". Bila ko masih pakai jam tangan yang lama, kereta lama, rumah sewa pulak, orang akan cakap bisnes ko tak menjadi. masih ditakuk lama. Semua yang ko ada/buat/dapat akan ada orang pertikai. Takpe. Tayang lagi.
6. Fahami beza 'business value' dengan 'cash value'. Business value ko mungkin besar tapi cash value ko kecik. Tak guna nilai bisnes yang besar kalau cash takde. Cash is the king. Untuk apa jenis bisnes pun.
7. Orang akan pelik dengan ko. Bisnes berjuta-juta, tapi ko tanpa segan silu minta pinjam duit dari orang pula. Mula la diorang akan tuduh ko kaki propa. Ni ada kaitan dengan No.6. Tapi ramai juga orang tak tahu yang bisnes juta-juta ni habis berjuta-juta juga. Tebalkan muka. Minta pinjam juga. Ingat, bukan sebab kita. Staff kita ada anak bini nak sara. Kita makan megi pun takpa mula-mula. Payment masuk nanti kita makan Kobe Beef Steak kat restoran paling mahal dalam dunia.
8. Bila ko beli macam-macam, orang akan kata ko boros. "inilah usahawan melayu, belum apa-apa nak bermewah". Pedulikan. Beli lagi. Sebenarnya, usahawan sebenar mengamalkan konsep "Buy Luxury First". sebab itulah kita mahu jadi usahawan. Supaya kita boleh beli/miliki apa yang orang biasa tak boleh.
9. Kawan-kawan akan mula kata "ko lepak dengan orang kaya je". Yes. Make friends dengan orang kaya-kaya. Jangan dengki. They are your benchmark. Learn from them. Use their network. Tiru cara mereka. Tigers hang out with tigers; and tigers eat chicken.
Sekian,
JOHN LEMON
Usahawan Juta-Juta
0 comments:
Post a Comment