Saturday, May 24, 2008

Nautica perodua - Four Wheel Drive Proton Kalah Lagi


Pendapat Jeraul, kereta Nautica perodua ini agak innovative jugak. Sejak kebelakangan ini, perodua asyik menumpukan perhatian kepada pasaran kereta kecil dan ekonomik seperti myvi dan viva. Sekarang ini mereka dengan beraninya mengeluarkan four wheel drive.

Selain itu, harga nautica juga agak murah, around 90k saja (masih murah berbanding kereta nasional yang lain). Harga ini adalah affordable bagi kebanyakan orang yang ingin memiliki kereta four wheel drive seperti ini.
Jika anda ingin mengetahui keterangan lanjut, bolehlah pergi ke website nautica perodua di bawah ini.
http://nauticaperodua.blogspot.com/
KUALA LUMPUR 9 Mei - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua)mengunjur penjualan 100 hingga 200 buah kenderaan kenderaan sportutiliti (SUV), Perodua Nautica, yang dilancarkan hari ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar berkata, menerusi unjuran tersebut, pembuat kereta itu menyasar menguasai lima peratus pasaran SUV tempatan pada masa depan.

''Nautica mampu bersaing dengan model kenderaan lain khususnya dalam segmen SUV kerana harganya yang lebih murah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian model terbaru Perodua Nautica di sini hari ini.

Menurut Syed Hafiz, model yang dijual pada harga RM89,900 sebuah itu merupakan model gantian Perodua Kembara.

Sehingga kini sebanyak 77,884 buah Perodua Kembara terjual sejak ia dilancarkanpada 1998 dan pengeluarannya telah dihentikan pada 2006.

''Sebenarnya idea keseluruhan bagi kereta pengguna keluaran Perodua seperti MyVi dan Viva yang menjadi kereta terlaris syarikat ini dan terbaru Perodua Nautica adalah legasi daripada Perodua Kembara,'' kata Syed Hafiz.

Beliauyang mengakui jualan kenderaan pacuan empat roda kian merosot berikutan struktur tarif baru bagi kenderaan tersebut selepas 2005 berkata,walaupun pasaran SUV kecil tetapi ia semakin stabil.

Tambah beliau, populariti SUV bukan sekadar reka bentuknya tetapi ia lebih kepada personaliti dan gaya hidup pemilik kenderaan tersebut.
''Dengan Perodua Nautica, kami telah mereka satu lagi segmen mewah bagi kategori kereta kompak,'' ujarnya.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites