Thursday, August 21, 2008

Balik dari Satang Island.


Salam semua kepada pelayar setia hantujeraul blogspot.
Saya baru jer balik dari Pulau Satang semalam. Saya berada di sana pada 18 hingga 20 hb Ogos 2008. Hari ni baru berkesempatan untuk membuka email, dan mengupdate blog ini.
Di Pulau Satang, saya berkesempatan untuk melakukan aktiviti snorkeling bagi melihat coral yang indah di sekitar Pulau Satang ini. Tak terduga dihati saya bahawa,pulau ini mempunyai pemandangan 'coral' (batu karang) yang cukup indah dan menawan. Tak perlu untuk menyewa boat untuk ke tengah laut melihat 'coral',

hanya perlu berjalan kaki dan berenang sedikit, anda sudah boleh melihat pemandangan yang cantik ini. Bagi sayalah... pemandangan 'coral' di pulau ini setanding dengan 'coral' di Pulau Labuan yang pernah saya scuba diving dulu.

Hari kedua saya di Pulau Satang, saya menjalankan pula aktiviti scuba diving bagi melihat dengan lebih dekat 'coral' hidup yang ada di sekitar pulau ini. Seronok bila dapat scuba diving beramai-ramai camni. Lagi pula dah berapa bulan dah tak menjalankan aktiviti diving ni.
Ok lah... pasal full version nyer cerita pasal program kami di Pulau Satang ni... kena tunggu update dari Abang Santai dalam blognya Kerenahdunia. Untuk pengetahuan hantujeraul dan Abang Santai turut sama berada di Pulau Satang bagi menyertai program bersama pelajar UNIMAS ini....

Jeraul : Part paling manis apabila sempat melihat penyu mendarat dan bertelur di tepi pantai.... dan melihat bagaimana anak penyu menetas dari telurnya yang berada dalam pasir..... 19 hb Ogos 2008 (hari kedua) saya berada dalam air laut selama 8 jam melakukan aktiviti snorkeling pada sebelah pagi dan scuba diving pada sebelah petang...

1 comments:

cmne mk snorkelling cya?? alat mbak dikpun ka?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites