Sumber dari Borneo Post
SIBU, 14 Ogos: Sepasang kekasih terpaksa mendapatkan rawatan setelah kedua-dua mereka ‘melekat’ pada satu sama lain ketika mengadakan hubungan seks.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada malam Sabtu lalu, di sebuah tempat di Pantai Mukah. Terdahulu, pasangan tersebut yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa memaklumkan kejadian itu kepada rakan mereka untuk mendapatkan bantuan.
Tersentak dengan kejadian itu, rakan pasangan tersebut kemudian menyelimut kedua-dua mereka dengan menggunakan kain sebelum dikejarkan ke hospital Mukah.
Sementara itu kakitangan perubatan di sini yang dimaklumkan mengenai kejadian itu telah bersiap sedia untuk membantu memberikan rawatan.
Bagaimanapun, kenderaan yang membawa pasangan tersebut berpatah balik semula ke Mukah apabila kedua-dua mereka pulih daripada serangan kekejangan otot yang menyebabkan mereka akhirnya terpisah.
Menurut sumber, pasangan terbabit berusia dalam lingkungan 30-an dan masing-masing telah mendirikan rumah tangga.
Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sering keluar bersama ketika suami wanita terbabit keluar bekerja di tempat lain.
Turut difahamkan suami wanita terbabit yang merasakan isterinya berlaku curang, telah mendapatkan khidmat bomoh untuk mengenakan kedua-dua mereka.
Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia, cawangan Sibu Dr. Hu Chang Hock ketika dihubungi mengesahkan kejadian seumpama itu pernah berlaku dan dikenali sebagai “varinismus do pccur”.
“Kejadian seumpama itu boleh berlaku ketika pasangan yang mengadakan hubungan seks berada dalam situasi kemuncak syawat,” katanya.
Insiden terbabit dikatakan telah tersebar secara meluas serta menjadi buah mulut di Mukah, menyebabkan ada yang menghubungi wartawan untuk mendapatkan pengesahan.
0 comments:
Post a Comment