Rancangan Gangstarz akhirnya berakhir malam tadi. Bukan mudah memilih yang terbaik, namun pilihan telah dibuat dan berpihak kepada kumpulan negeri di bawah bayu, One Nation Emcees (ONE). Orang Sabah memang hebat-hebat kalau bab group genre camnie...
Bersama empat kumpulan lain, Akasia (Malaysia), D'Reborn (Indonesia), Paragon Child dan 3.5 (Filipina), One Nation Emcees ternyata ligat di atas pentas. Kemenangan ini pastinya menggembirakan semua peminat terutamanya kerana mereka rakyat Malaysia.
One Nation Emcees yang dianggotai Zydee, Jojoe, Kozae dan Mimi berhempas pulas ‘mencipta' rentak dalam mengimbangi vokal masing-masing. Kemenangan malam tadi memberi habuan USD100,000 sebagai juara. Makan besar dek oiii...
Kemunculan ONE di atas pentas sentiasa ditunggu peminat-peminat yang ternyata sangat teruja dengan aksi dan kelincahan mereka. Sejak awal, lagu pengenalan ‘Give It To You' sudah mencuri hati sebahagian penonton di Stadium Malawati.
Lagu solo nyanyian mereka didendang dalam bentuk medley, ‘Kuda Hitam/Madu&Racun/Don't Phunk With My Heart' memperlihat aksi lincah Mimi yang tanpa sedikitpun ‘cacat' vokal. Walaupun komen Ajai yang mempersoal kredibiliti setiap kumpulan yang menyertai Gangstarz kali ini pedas, ONE berjaya memakat hati juri bermulut lancang ini dan menerima lima bintang daripadanya.
Sebagai kumpulan pertama yang menerima lima bintang, Ajai ternyata bangga dengan konsep rap Melayu yang ditonjolkan. Lagu duet bersama Jeffrydin ‘Mas Mona/Kenanganku' menjadi persembahan paling menyerlah pada malam tadi dengan komen positif setiap juri.
Kumpulan tunggal dari Indonesia, D'Reborn tidak kurang hebatnya. Sebagai kumpulan pertama yang membuat persembahan, lagu medley ‘Taman Rashidah Utama/Roman Picisan' memperlihatkan vokal mereka harmoni dalam persembahan pembukaan yang cukup menarik.
Begitu juga lagu kedua berduet bersama Dayang Nurfaizah, ‘Seandainya Masih Ada Cinta/London Bridge/Baby Boy' juga seimbang tanpa dibayangi kehadiran Dayang.
Boy Band Filipina, Paragon Child pada awalnya Nampak tenggelam dengan kehadiran Ezlynn menyanyikan lagu ‘Hi Hi Bye Bye/Hips Don't Lie'. Nampak seolah-olah Ezlynn yang bertanding bukan mereka. Juri juga sepakat dalam memperkatakan hal ini.
Namun, apabila tiba giliran mereka menyanyikan lagu solo ‘Seribu Tahun/It's Gonna Be Me/Impossible Dream' juri harus akur, bahawa mereka penya kekuatan vokal yang tidak kurang hebatnya.
Sebuah lagi kumpulan Filipina 3.5, pada awalnya kurang menonjol apabila menyanyikan lagu medley ‘Ceritera Cinta/Endless Love' berduet bersama Lah VE kurang menarik minat juri memberi komen positif dan rata-rata mereka namapak Vokal Lah lebih menyerlah.
Lagu medley ‘Power Of Love/De javu/Proud Mary memberi sedikit ruang kepada mereka menonjolkan kehebatan vokal masing-masing.
Kumpulan yang digelar ‘makcik' oleh Sheikh Haikal dan terus menjadikannya sebagai identiti paling kurang menyerlah. Ini mungkin kerana mereka menyanyikan lagu tradisional. Persembahan solo menyanyikan lagu medley (Salam Terakhir/Destinasi Cinta/Joget Siapa Dia' meneyabakan Ajai mempersoal sejauh mana identiti tradisional yang di bawa mereka.
Bukan memperlekeh irama tradisional, mungkin kerana hampir kesemua peserta mendendangkan lagu berentak rancak Hip Hop/Pop/R&B kehadiran Akasia sedikit tenggelam. Begitu juga ketika lagu duet bersama Noraniza Idris ‘Ting Ting/Dondang Dendang/ Hatinya Tak Tahan' Akasia terus tenggelam dalam persembahan ala ‘Citrawarna Malaysia'.
1 comments:
one nation emcees is the best!
Post a Comment