Tuesday, September 23, 2008

My Journey to Similajau, Bintulu.


Salam semua buat pembaca blogs yang budiman....heheheh.
Jeraul baru jer balik dari Bintulu 2 hari lepas. Sebelum tu ada trip ke Tenom, Sabah... balik dari Sabah rilek kat rumah 4 hari kena pegi outstation lagi ke Bintulu pulak.... Kali ni buat keja lam air pulak..... takder naik turun gunung lagi.

Trip ke Similajau Bintulu kali ni bermula pada 16 hingga 21 September 2008. 16 September 2008 - Saya dan seorang lagi rakan (saya namakan sebagai Mr. R) ditugaskan bertolak awal ke Bintulu menaiki pesawat pada pukul 7.00 pagi. Geng lain seramai 4 orang, datang petang sebab ada kerja lain. So apalagi round sakan kami di Bandar Bintulu pagi tu pakai Nissan Frontier yang kami sewa. Bila tengahari, saya dan "Mr. R", mula bertolak ke Kpg. Kuala Nyalau, Similajau. Ambil masa dalam 1 jam 30 minit dari bandar Bintulu. Sebagai sebuah perkampungan nelayan... memang nampak agak sunyi sedikit... maklumlah zaman sekarang anak muda lebih suka bekerja di bandar. Kami menyewa Rumah En. Zainal... anak kepada Penghulu kampung. Tepat jam 3.00 petang... saya bertolak kembali ke Airport Bintulu untuk mengambil geng yang lain yang akan sampai pada petang tu.

17 September 2008 - Hari ni laut bergelora dan berombak agak kuat.... jadi aktiviti kami untuk ke laut tertunda sehari. So... kami ambil kesempatan ini untuk berjalan-jalan di sekitar Kpg. Kuala Nyalau. Sebelah tengahari pula, kami bertolak ke Bandar Bintulu untuk membeli lain-lain keperluan yang terlupa dibeli semalam.

18 September 2008 hingga 20 September 2008 - Kami dah start buat kerja di laut. Location pertama ialah di sekitar Patricia Shoals..... cantik coral reef yang ada di sekitar kawasan ini. Saya yang turun untuk scuba diving pun berasa teruja dengan keindahahn disini... patutlah kawasan ini menjadi kawasan utama divers dari Bintulu. Cuma sayangnya kawasan ni ialah kurangnya fauna seperti ikan. Mungkin kawasan tersebut merupakan sasaran penggiat sport fishing...maybe...

Lain-lain gambar underwater ada disertakan sekali. Quality gambar agak kurang memuaskan... tapi bolehlah disimpan sebagai kenangan.
21 September 2008 - Kami bertolak balik ke Kuching pada pagi pukul 9 pagi menaiki pesawat boeing dari Bintulu....








0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites