Sunday, September 14, 2008

My Journey to Ulu Sg. Padas Tenom, Sabah.

My Journey to Ulu Sg. Padas Tenom, Sabah 5hb - 11hb September 2008.


Click HERE for more pics

Salam semua buat pengunjung http://hantujeraul.blogspot.com yang dihormati....hhehehehe.

Seperti mana yang dijanjikan semasa entry terdahulu mengenai trip saya ke Tenom Sabah, disini ada serba sedikit review pengalaman saya sewaktu berada disana.

5/9/08 - Tepat jam 3.50 petang saya dan rakan-rakan lain berlepas menaiki pesawat MAS dari airport Kuching ke Kota Kinabalu, Sabah. Perjalanan mengambil masa kira-

kira 1 jam 15 minit... itu kata pilot yang sempat saya dengar. Jam 5.15 kami sampai di Airport Kota Kinabalu. Sampai saja di airport, kami mengambil teksi untuk ke Hotel Shangri-La yang berada di pusat bandar. Seingat saya, nombor bilik yang kami booking tu ialah 504. Boleh tahanlah view yang dapat dilihat dari jendela bilik. Jam 7.30 malam, kami dijemput kenalan dari Sabah untuk makan malam bersama di Sendaman.... sedap giler Nasi lemak kuah rendang kat situ.....

6/9/08 - 9.30 pagi, kami diambil oleh driver yang ditugaskan khas untuk membawa kami ke tempat persampelan yang akan dijalankan di sekitar Ulu Sg. Padas, Tenom. Nama driver kami itu ialah En. Gregory yg. berasal dari Penampang. Muda setahun dari saya. Pukul 10.30 flight rakan yang turut sama membuat kajian ini akan sampai di airport. Sementara menunggu lagi sejam,kami bertolak dahulu ke pantai Tanjung Aru yang berdekatan untuk mengambil gambar dan lepak. 10.45 - kami bertolak terus ke Tenom dari Airport KK. Jam 12.30 kami sampai di Keningau. Rileks sekejap kat situ.

Gambar atas... Hotel Perkasa Tenom, Sabah.

Jam 2.30, kami sampai di Pekan Tenom dan seterusnya menyewa bilik di Hotel Perkasa, satu-satunya Hotel terbesar di Tenom dan berada di puncak bukit. 3.30 petang selepas berehat sekejap, kami terus pergi ke site yang berdekatan Pekan Tenom.

7/9/08 - 8.00 pagi, kami bertolak dari Hotel Perkasa menuju ke Kampung Kungkular. 50 lebih kilometer dari Pekan Tenom. 9.40, kami sampai di Kpg. Kungkular dan terus berjumpa dengan "potter" kami yang akan ikut serta ke Ulu Sg. Padas yang terletak kira-kira 6 jam perjalanan dgn berjalan kaki mendaki dan menuruni gunung banjaran Crocker. "Potter" kami terdiri dari En. Room, Robin dan Enchai yang berbangsa Murut.

"Potter" kami, En. Room, En. Enchai dan En. Robin....

10.00 pagi, bertolak dari Kg. Kungkular ke destinasi tujuan. Sebelum bertolak tu, kami sempat menyepray kasut dan stoking kami dengan Baygon bagi mengelak pacat melekat dan seterusnya menghisap darah.

12.15 tghari, kami sampai di puncak gunung, dan pada masa tu jugak hujan turun dengan lebatnya sambil melicinkan lagi tanah yang sedia licin tu.... Ada signboard kat puncak gunung tu .... Kawasan Tadahan air Kg. Onop-Onop.
Sebelum sampai di puncak gunung, group kami yang terdiri dari 6 orang ni berhenti rehat sebanyak 4 kali. Lelah beb... tinggi dan menjunam tu... pacat pulak banyak tak terkata.
Saya kalau part mendaki ok sikit, tapi kalau part menuruni gunung ni fail... beberapa kali terjatuh sebab licin. 3.15 kami sampai di kawasan tapak untuk kami membuat camp... betul-betul di tepi Sg. Padas.
Baju saya yang kena tembak semasa jungle trekking di Hutan Banjaran Crocker ni...

Sekali yang tembak Mr. Pacat daaa..... Untung betul dia dapat hisap darah mahal niee....

Makan-makan buluh pansuh

8/9/08 - Bangun 6.30 pagi. Pukul 7.30 bertolak ke satu anak sungai yang terletak kira-kira 30 minit berjalan kaki... Buat persampelan kat sana sampai petang. Pukul 3 petang kami balik ke kem. Kerja tu walau penat mana pun tak terasa, tapi kalau bab pacat naik ke badan ni yang paling saya benci. Beberapa kali badan saya sempat dihisapnya walau pun diluar baju. Tu pasal saya berpakaian seperti orang Jepun... baju masuk ke dalam seluar. Takut pacat masuk ke tempat sulit hehehheh.

Amacam.... ada cam gaya askar Nippon tak???

Pukul 5 petang, kami bertolak ke satu lagi kawasan port orang kampung selalu memancing. Kami pun nak mancing kat situ jugak. Kira-kira 40 minit dari kem. Adalah jugak dapat ikan sikit-sikit. Ikan paling dominan ialah ikan baung. Ada sekali rakan saya dapat seekor ikan kelah yang besar... belum sempat sampai ke darat, ikan itu terlepas... sayang sekali... Pukul 8 malam, balik ke Khemah... nasib ada bawa bekal torch light.
Kawasan Perkhemahan Kami...

Penat bekerja...... apalagi aktiviti membuta pun bermula

9/9/08 - Bangun pukul 6.30 pagi. Bersedia mengemas khemah dan alat-alat lain.. Kami start bertolak dari khemah ialah pada pukul 9.15 pagi. Sampai di puncak kira-kita pukul 12.00 tengahari. Itupun selepas berhenti rehat beberapa kali. 2.15 petang kami sampai di kaki gunung. 3.15, Gregory datang mengambil kami di kaki gunung. 4 petang tanpa berlengah kami sempat survey ke tempat untuk kami bekerja esok. Malam balik hotel tidur... 2 hari bermalam dalam khemah...baru dapat rasa tilam heheheh.

Kenangan bergambar di tepi Sungai... Ulu Sungai Padas.... Tak lama lagi tempat ni akan tenggelam...

10/9/08 - 8.00 pagi pergi pasar basah Tenom tengok barang jualan.9.30 pagi kami sampai di Kampung Katambangan Baru. Ambil seorang "potter" untuk menyertai kami membuat persampelan di sekitar hilir Sg. Padas. Nama "potter" kami ni ialah En. Simon Ambito, berbangsa Murut. 10 pagi, buat persampelan di sekitar sungai berdekatan kampung tersebut. 11.45, kami meneruskan kerja-kerja persampelan di Station kedua, saya tak berapa ingat nama sungai tersebut. 1.45, kami ke station ke 3, Ulu Sungai Merrais. Terpaksa menapak kira-kira 30 minit dari kereta. Selesai sahaja kami membuat kerja, kami teruskan lagi untuk membuat persampelan di Sg. Paal yang tidak jauh dari Pekan Tenom. Kira agak bekerja keras juga kami hari ni sebab terpaksa cover beberpa tempat dan juga masa yang tidak mencukupi. 6.15 balik Hotel.

11/9/08 - 8.15 pagi, hari ini merupakan aktiviti bebas. Kerja dah habis semalam. Saya sempat ke Pasaraya untuk membeli kopi keluaran Tenom, pelbagai jenama untuk dibawa pulang ke Kuching. 9.15, kami bertolak ke Power House Hydro Tenom Pangi untuk membuat survey dengan pekerja di sana. 11 pagi pertemuan dengan pekerja Hydro selesai dan kami terus balik ke hotel Perkasa untuk mengambil barang kami dan seterusnya check out. Pukul 12.30 kami ke stesen keretapi Tenom untuk ke Kampung Pangi. First time saya menaiki keretapi. Perjalanan ke Kpg. Pangi mengambil masa kira-kira 30 minit. Masa tu ramai pelancong luar turut sama dalam keretapi ke Kpg. Pangi. Tujuan mereka ke sana adalah bagi menyertai aktiviti kayak menyusuri Sg. Padas yang ada dalam jadual melancong mereka. Setelah sampai di Kpg. Pangi rehat selama 5 minit... kami terpaksa pula bertolak balik ke Tenom. Ini kerana keretapi tersebut hanya berhenti sekejap disana. Pukul 2 petang kami bertolak meninggalkan Pekan Tenom. Banyak kenangan manis di Pekan Tenom.... huhuhuhu.Dalam perjalanan pulang kami dapat lihat banjaran Crocker yang cukup indah dan sejuk. Perjalanan menyusuri gunung-ganag memang menyeronokkan dengan sesekali kecut juga perut bila melihat jalan yang menjunam. Pukul 4 petang kami sampai di Papar. Berehat sebentar di sana. Pukul 6.00 petang kami sampai di airport Kota Kinabalu. Flight kami yang sepatutnya berlepas pada puku 7.45 malam didelay ke 8.20 malam.

Saya sampai di airport Kuching pada pukul 9.35 malam.... sweet memory in Tenom. Rasanya saya mungkin akan kembali ke Tenom tak lama lagi.... walaupun sayang rasanya tak dapat singgah di Pasar Filipina di bandar Kota Kinabalu bagi membeli mutiara Sabah....

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites