Salam Semua,
Jeraul baru jer balik dari outstation semalam. Sampai airport Kuching dari Kota Kinabalu pada pukul 9.35 malam. Flight dari KK delayed 30 minit.
Trip kali ni, Jeraul berkesempatan mengunjungi Tenom, kira-kira 3 jam setengah dari
Kota Kinabalu. Ia bertujuan juga untuk membuat persampelan di sekitar Hulu Sungai Padas.
Pekan Tenom ini dahulunya dikenali sebagai Fort Birch semasa zaman koloni dahulu. Its population was estimated to be around 46,200 in the year 2000. Tenom terkenal dengan pengeluaran kopi dan juga pengembaraan yang cukup adventurous iaitu berakit menyusuri Sungai Padas.
Penduduk majoriti Tenom berbangsa Murut. Hampir 90%. Cerita pasal pengalaman Jeraul sewaktu bermalam di Hutan dan di pergunungan Banjaran Crocker akan dicerita selepas semua gambar-gambar yang diambil sewaktu berada di Tenom Sabah ini diupload ke dalam web.
Pengalaman mendaki gunung 6 jam, meredah hutan tebal yang penuh dengan pacat yang dahagakan darah, tak sedar yang pacat kekenyangan dibelakang badan, pengalaman bermalam di hutan dan banyak lagi akan saya ceritakan di entry yang baru tak lama lagi...
0 comments:
Post a Comment