Monday, June 23, 2008

My fav team... Germany go to semi final Euro 2008


Salam... lama dah tak update blogs hantujeraul ni... hari ni baru berkesempatan nak menaip...
Bercerita pasal Euro 2008... sorilah, lambat plak buat entry pasal Euro 2008 ni. Tak macam entry pasal world cup 2006 dulu... Maklumlah baru jer balik dari kursus 2 minggu.Perlawanan pertama euro pun aku masih kat Sibu....
Team feveret aku dah masuk semi final... Germany. Lawan dia plak untuk semi final ni ialah Turki. Sempat gak aku tengok siaran langsung Germany menewaskan Portugal aritu walau pun tengah berkursus yang mewajibkan kami peserta kursus bangun awal.. heheheh.
Banyak upset berlaku pada Euro kali ni... Team Holland yang pada pusingan awalnya gah dengan beberapa kemenangan besar menewaskan Juara Dunia Itali dan Naib Juara France tersentap apabila dikalahkan dengan pasukan underdog iaitu Russia yang diterajui olah jurulatih dari Holland, Guus Hiddink. Seorang pemain Russia yang menarik perhatian aku iaitu Arshavin. Rasa-rasanya bila habis euro ni memang banyak kelab besar nak amek dia.
Turki... satu lagi pasukan underdog yang berjaya melangkah ke semi final. Turki akan berjumpa team feveret aku pagi 26 Jun ni... Pasukan terakhir yang melayakkan diri pagi tadi ialah pasukan Sepanyol yang menewaskan Italy menerusi sepakan penalti.
So... untuk semi final nanti Germany vs Turki dan game kedua pula ilah Russia vs Sepanyol.
Pada yang nak beli rumah murah tu... standby2 lah yer.... banyak kaki judi yang kalah dalam euro ni nak bergadai rumah. Macam yang pernah aku dengar dulu kat Kuching... Satu restoran tutup gara-gara tauke berhutang masa World Cup 2006 ... Yang bunuh diri pun ada gak.. wallahualam

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites