Salam Semua rakyat Malaysia. Harap hari ini indah lagi menggembirakan buat anda semua.
Tengah malam tadi, fuel price increase dramatically from RM1.92 to RM2.70 per liter. That’s a RM0.78 increase!
Tak hairanlah kalau malam tadi semua stesen minyak di Kuching penuh ngan kenderaan queue membeli minyak yang berharga Rm1.92 sen selitre. Aku pun salah seorang dari diorang jugak. Bukan apa, lepas hantar saudara di terminal bas Batu 3, jumpa stesen minyak Shell sebelah Hospital Umum yang agak kurang sikit queue... so apalagi, masuk jerlah.
Memandangkan harga minyak dah naik ni, aku tak dapat bayangkan hari-hari mendatang dengan harga barang lain yang sudah semestinya naik mendadak terutamanya keperluan asas seperti gula, susu, beras dan sebagainya.
Pak Menteri menyuruh rakyat marhaen berjimat cermat. Hari-hari tunjuk dalam tv suruh jimat... nak jimat macammana lagi kalau semua keperluan asas kita naik harga yang bukan-bukan. Yang ada anak kecil tu lagilah... dengan harga susu yang dijangka akan naik dengan harga tinggi. Sebagai rakyat kita memang akur dengan keputusan kerajaan ini, tapi takkan kerajaan tak nak mencuba memperbaiki cara untuk menaikkan lagi ekonomi negara yang semakin teruk skang ni. Tak taulah dalam 3-4 tahun ni dah berapa kali terjadi perkara yang seperti ini. Macam trend plak...
Yang tak biasa makan keledek ngan ubi tu, buat masa sekarang belajar2lah makan benda tu. Harga beras dijangka naik lagi.
Nak jimat buat masa sekarang memang impossible. Dengan gaji rakyat Malaysia sekarang agak ciput. Tariff elektrik pun akan naik 1 Julai nanti, tu untuk Semenanjung.. kat sini takkan pihak Sesco taknak naik jugak???
Ada kah patut diorang sesuka ati jer nak bandingkan harga minyak kita dengan harga minyak di Singapore, Thailand dan Indonesia... 3 negara tu pengeluar minyakker? Naper tak bandingkan harga kita dengan Brunei??
Harapan agar negara tercinta ini tidak seperti negara lain yang kaya semakin kaya... yang miskin semakin miskin mengemis.
Perkara dijangka berlaku sempena menyambut hari gemilang MINYAK NAIK.
a.) Kejadian rompakan, ragut dan penipuan kad kredit berleluasa.
b.) Semakin banyak budak hilang (diculik dan dijual ----> Ibubapa take note)
c.) Pekerja Kerajaan banyak "mengulor" sebab buat kerja sampingan (tambah duit)
d.) Banyak kompeni bumiputera gulung tikar.
e.) Aktiviti pelacuran berleluasa.
f.) Jalanraya kita jadi seperti jalanraya di Vietnam... banyak motorsikal dan basikal dari kereta.
g.) Kes tipu berleluasa...nak hidup katakan.
h.) Banyak keluarga buat family planning..... almaklumlah.
i.) Besi-besi penutup najis, penunjuk jalan,jambatan, kabel-kabel telefon dan sebagainya yang boleh dijual di kedai scrap akan lebih banyak hilang...kerajaan yang rugi.
j.) akan banyak demo2 dijalanraya...(harap tak terjadi... tapi rupa2 nak jadi tu memang ada)
k.) Negara ku....oh tidakkkkkkkkkkk......
0 comments:
Post a Comment