Monday, June 23, 2008

Pasar Ceko Kuching dalam kenangan


15hb June 2008 adalah hari pengosongan utk penjaja di Pasar Besar Gambier atau lebih dikenali sebagai Pasar Ceko di kalangan masyarakat di Bandaraya Kuching.

Ceko terkenal sebagai sebagai pusat perniagaan peniaga-peniaga kecil yg menjual barangan harian, dan pelanggan dapat menawar dengan harga yang jauh lebih murah dari tempat lain.

Masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut disamping kurang penjagaan kebersihan adalah antara faktor yang mendorong penutupan pasar yang telah beroperasi sejak tahun 1935 ini. Faktor lain dengar kata nak buat Hotel... paham-pahamlah hotel sapa...

Kat pasar ceko ini jugalah tempat para pemborong sayur dan ikan menjual hasil borong mereka kepada para peniaga kecil di sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Serian bermula pada pukul 10 malam hingga ke 6 pagi... Harga yang ditawarkan memang best dan murah ... tak dapatlah aku nak bangun kul 3-4 pagi untuk singgah pasar Ceko ni lagi...


Lengang... skang kawasan ni dalam proses pembersihan... sebelum bermulanya proses pecah tanah dari ketua Menteri.

Pasar Basah Stutong Tabuan. Kat sinilah tempat baru untuk para peniaga dari Pasar Ceko meneruskan operasi mereka. Bagi pelanggan yang biasa pegi pasar lama (Ceko) khasnya penduduk area Petra Jaya dan Matang (cam aku) ...kalau setakat nak beli sayur dan ikan berharga 5-6 ringgit rasanya tak payahlah gi sana... minyak kereta pegi balik jer dah nak Rm15-20.... pandai-pandailah cari alternatif lain...

1 comments:

Bonjour, hantujeraul.blogspot.com!
[url=http://cialismedica.fora.pl/ ]vendo cialis online[/url] [url=http://cialissinreceta.fora.pl/ ] cialis [/url] [url=http://farmaciacialis.fora.pl/ ]vendo cialis en espana[/url] [url=http://cialisfarmacia.fora.pl/ ] cialis online[/url] [url=http://medicocialis.fora.pl/ ] cialis [/url] [url=http://cialisbarata.fora.pl/ ]venta de cialis online[/url]

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites