Friday, June 06, 2008

Perihal kenaikan harga minyak lagi...

Dapat dari email antujeraul@yahoo.com.... sama-sama kita baca, fahami dan kongsi maklumat dengan artikel di bawah ni. Kalau ada komen...kami mengalukan komen-komen anda..

Semalam dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini.Kemudian mereka
membandingkan harga minyak malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak? Hujah seperti inilah yang digunakan oleh barisan pemimpin untuk memperbodohkan orang kampung.

Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak Malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM 2.70
Iran RM 0.29
Venezuela RM 0.16
Turkemenistan RM 0.39
Arab Saudi RM 0.19
Mesir RM 0.81

Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter.Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari.Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja.Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi malaysia pada 1.92 sen? Bukankah jauh bezanya? Bagaimana pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Ketika Dato Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen seliter.Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di iraq?Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa?Rakyat atau kroni?Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini?

Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun.Kerajaan bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana harga minyak dunia telah naik.Ada yang mengatakan ia masalah global.So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan petronas jadi berlipat ganda.So apa masalahnya?Walaupun malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??

Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-

Allocation untuk mega projek:-

Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak.Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu?Mana yang lebih penting?Mana yang perlu di utamakan?Kebajikan rakyat atau projek mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak.So kalau Dato Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup,bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrup kah negara dengan projek ratusan billion tersebut?Perlu di ingat bahawa di samping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain lain.Pendapatan tahunan negara kalau di ambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun.Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Ni korang compare ngan Turkmenistan .

Oil - production: 196,700 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)

Ni Malaysia punya

Oil - production: 751,800 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)

1 comments:

huh minyak naik kat malaysia skrg ea?dah lame nmpknye aku tak balik malaysia ni..mcm2 kes huhu..secara ringkasnye ape yang aku tgk kat sini,harga minyak terlampau mhl sgt tu klau nk compare ngn negara lain..kerajaan pun agak2 r nk mkn duit pun isk3..tapi dalam mengorak langkah ke negara maju,mmg tu la salah satu cabaran die..jgn nk compare ngn arab bro..negara diorang tak maju..tapi diorang kaya..kire line2 kedekut jugak pak arab ni semua..pastu pasal anwar jadi menteri dulu ea??tu aku no komen r..tapi pikir balik klau die kat jawatan tu skrg ni?adakah harga minyak kembali seperti asal??think about it dude..aku rase klau die kat atas sane pun die isi poket die sendiri gak..tu no komen r..cerita pasal kerajaan wat pembanggunan yang hanya sesetengah org jerk bley dapat faedahnye?tu aku sokong sangat2..tapi klau kite pikirkan balik,klau negara sendiri takde pembangunan??cmne ea?mundur kot negara kita..takkan r malaysia masih nk dikenali dengan penduduknya yang duduk kat atas pokok lagi kot kan??mcm contoh putrajaya ngn litar F1 yang dibuat masa zaman tun mahathir dulu..time tu masa buat aku igt lagi bnyk parti pembangkang yang bantah..kate membazir r,itu r,ini r..tapi income die balik cmne?penah pikir tak?huh dah masuk politik..tak bley ni hehe..sebagai rakyat malaysia,aku harap kita jaga r atitude kite ea..kat sini org malaysia di labelkan sebagai warganegara yang baik dan diseganii..sekian..peace yaa..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites