Akhirnya, Adlin Aman Ramli kini sudah bertunang dengan Emelda. Sempat promot dalam konsert pertama Akademi Fantasia 7 gitu. Selepas empat tahun menganyam cinta, pelakon Emelda Rosmila semalam sah menjadi tunangan Adlin Aman Ramli.
Tambah manis apabila mereka ditunangkan pada hari ulang tahun kelahiran Emelda yang ke-29 di rumah pusaka milik keluarganya yang sudah setahun ditinggalkan di Kampung Melayu, Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh.
Selain bertukar hantaran lima belas dulang berbalas tujuh, Emelda yang anggun berbaju kurung moden berwarna putih disarung cincin pertunangan oleh ibu saudara Adlin, Jumaiyah Sidek di atas pelamin indah bertema putih dan hitam.
Pasangan tersebut sepakat untuk melangsungkan pernikahan pada hari ulang tahun kelahiran Adlin ke-37 pada 23 Mei ini dengan mas kahwin RM1,001 dan wang hantaran RM30,000.
Turut hadir pada majlis pertunangan mereka ialah ibu Adlin, pelakon veteran, Ruminah Sidek, kakak Emelda, pelakon Emylia Rosnaida, produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dan sanak keluarga terdekat.
0 comments:
Post a Comment