Dua anggota polis memeriksa mayat lelaki Myanmar
yang mati dibelasah di Bukit Selambau, Sungai Petani semalam.
Memang gila babas nyer perompak. Cam mafia. Dah lah buat kes jenayah kat negara orang. Tapi nasib dia pun sama gak ngan mangsa dia. Bahaya tul Malaysia skang ni.
SUNGAI PETANI – Tunjuk samseng tembak orang, alih-alih nyawa sendiri melayang.
Demikian nasib seorang perompak Myanmar yang mati dibelasah lebih 100 penghuni rumah kongsi yang berang selepas seorang rakan mereka ditembak oleh lelaki itu.
Lelaki yang mati itu merupakan seorang daripada lima penjenayah yang cuba merompak rumah kongsi di Bukit Selambau di sini yang didiami kira-kira 1,000 rakyat asing yang kebanyakannya merupakan rakyat Myanmar.
Jurucakap polis berkata, semasa kejadian pukul 8.30 malam kelmarin, lima penjenayah dipercayai warga Myanmar telah menyerbu sebuah rumah kongsi yang didiami kira-kira 20 lelaki yang bekerja dengan sebuah kilang papan.
Seorang daripada lelaki itu memiliki pistol manakala empat lagi berparang. Para pekerja kilang papan tersebut dipercayai baru menerima gaji pada sebelah pagi hari kejadian.
“Lelaki itu terus mengarahkan supaya kesemua mangsa menyerahkan wang dan barangan berharga masing-masing,” katanya.
Bagaimanapun, jurucakap polis itu berkata, beberapa penghuni rumah kongsi itu termasuk mangsa cuba meminta simpati memandangkan mereka sama-sama berasal dari Myanmar.
Namun, ujar beliau, rayuan mangsa-mangsa itu tidak diendahkan. Dalam suasana tegang, suspek yang bersenjatakan pistol terus mengacukan senjata itu ke arah mangsa yang mula agresif.
Lelaki yang berpistol itu kemudian cuba menyentap rantai leher yang dipakai mangsa itu namun mangsa enggan menyerahkannya menyebabkan perompak itu melepaskan tembakan ke kepalanya.
Berang melihat tindakan lelaki itu, kumpulan 20 penghuni dengan dibantu rakan-rakan yang tinggal di rumah kongsi bersebelahan mengamuk menyebabkan kelima-lima perompak tersebut cuba melarikan diri.
0 comments:
Post a Comment