Thursday, March 26, 2009

Pemilihan UMNO, Khairy dan Shahrizat jadi Pilihan


Nampaknya kita akan ada menteri kabinet yang baru... Khairy Jamaludin... Semalam kebanyakan chanel tv menyiarkan siaran langsung pemilihan UMNO ni...

KUALA LUMPUR - Walaupun diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO, Khairy Jamaludin ternyata mampu bangkit dan terpilih menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan semalam.

Selain itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil buat pertama kali terpilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Khairy, 33, memenangi jawatan itu selepas mendapat 304 undi menewaskan dua pencabarnya, Datuk Mohamad Khir Toyo, 43, dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir, 45.
Anak bekas diplomat Datuk Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Rahmah Abdul Hamid itu ialah lulusan Universiti Oxford, United Kingdom sebelum menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan seterusnya menjadi Ahli Parlimen Rembau.

Sementara itu, kemenangan yang sama diraih Shahrizat, 56, apabila beliau menumpaskan penyandang jawatan Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz, 66, dengan majoriti 227 undi.
Shahrizat yang sebelum ini Naib Ketua Wanita UMNO memperoleh 507 undi, jauh mengatasi Rafidah yang mendapat 280 undi sahaja. Rafidah memimpin pergerakan itu selama hampir 30 tahun.

Shahrizat, anak kelahiran Pulau Pinang, dan dikenali sebagai anggota setia parti, merupakan seorang majistret pada 1977 setelah memperoleh ijazah undang-undang Universiti Malaya pada tahun yang sama.

Beliau kemudian membuka firma guamannya sendiri sebelum aktif dalam politik.
Bermula dengan menjadi anggota pasukan undang-undang Biro Ekonomi dan Hal Ehwal Wanita pada 1987, beliau dipilih mengetuai Wanita UMNO Kepong Baru dua tahun kemudian sebelum menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Kerjaya politiknya semakin menyerlah selepas beliau dipilih menjadi anggota Exco pergerakan Wanita UMNO bagi penggal 1993-1996 selepas mendapat 369 undi dan mengekalkan kedudukan untuk penggal seterusnya.
Dalam pada itu, jawatan Naib Ketua Pemuda pula dimenangi Datuk Razali Ibrahim dengan mendapat 417 undi selain mengesahkan kedudukan calon tunggal Naib Ketua Wanita kepada Kamilia Ibrahim.

Bagi Ketua Puteri UMNO, jawatan itu dimenangi oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dari Papar, Sabah yang mendapat 245 undi mengalahkan lima lagi calon iaitu Ismalina Ismail (59), Datuk Shahaniza Shamsuddin (239), Ida Rahayu Md. Noor (146), Saarah Ali Bashah (3) dan Bibi Sharliza Mohd. Khalid (86).

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites