Monday, March 02, 2009

Budak kena buli dan belasah di Dalat Mukah

Media arus perdana sekarang heboh pasal pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Mukah yang bukan saja berani membelasah beramai-ramai budak yang tak melawan, bahkan menyiarkan rakaman perbuatan diorang itu di laman web youtube. Kejadian itu di laporkan berlaku di bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya Dalat di Mukah. Ni apa punya barang ramai-ramai belasah budak yang tak melawan. Jeraul jenuh gak mencari video tu dalam youtube. Tapi tak jumpa, dikatakan tukang upload video tersebut meremovekan video tersebut bila berita pasal buli ini keluar dari TV. Kawasan Pehin Seri Taib Mahmud tuuuu....

KUCHING: Sekumpulan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di pedalaman Sarawak bukan saja berani membuli seorang pelajar, malah merakamkan aksi ganas mereka dan disiarkan di laman web YouTube, sejak kelmarin.

Rakaman klip video tiga minit itu dipercayai berlaku di sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya Dalat di Mukah.

Ia memaparkan mangsa yang lengkap berpakaian seragam, dibelasah kira-kira 10 pelajar senior, termasuk dipukul dengan cerek sehingga menyebabkan mangsa cedera di muka dan badan.

Mangsa buli berkenaan dipercayai seorang pelajar Tingkatan Tiga manakala pelajar yang memukulnya adalah pelajar Tingkatan Enam sekolah sama.

Mangsa merayu supaya tidak dipukul, tetapi tidak diendahkan pelajar yang sebaliknya secara bergilir-gilir memukul dan menendang mangsa. Difahamkan, kejadian yang mendapat liputan meluas media tempatan itu, membabitkan kes curi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Martin Khoo mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu Isnin lalu dan pihaknya sudah memulakan siasatan.

"Mangsa yang berasal dari Kampung Penat, Oya, bersama ibu bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Dalat pada jam 12 tengah hari 23 Februari lalu. Kes ini akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan seterusnya," katanya.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan), Datin Fatimah Abdullah berkata kerajaan negeri memandang serius kes buli berkenaan.

"Ia memalukan dan tidak wajar berlaku. Saya kesal kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perkara ini dan hanya mengetahui mengenainya selepas membaca laporan akhbar.

"Saya sudah meminta pihak berkuasa melakukan siasatan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Pelancaran Program Pengurus Kediaman Kebangsaan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Biro Wanita, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU), di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang berkata, pihaknya akan mengarahkan pengetua sekolah itu menjalankan siasatan dan jika kejadian itu terbukti benar, pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung sekolah.

"Jabatan akan melakukan siasatan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

"Maklumat awal menyatakan perkara ini sebenarnya sudah diselesaikan di peringkat sekolah namun pihak yang merakam aksi itu bertindak menyebarkan rakaman ke internet," katanya.

Berita Minggu Online

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites