Sunday, March 27, 2011

Asal-Usul Facebook - Mark Putus Cinta


Nama Erica Albright tiba-tiba menjadi terkenal setelah dikatakan menjadikan sumber inspirasi Mark Zuckerberg iaitu pengasas dan CEO Facebook membina laman sosial yang paling panas ketika ini. Erica Albright dikatakan adalah bekas kekasih Mark namun sekurang-kurangnya dialah yang membuatkan Mark bengang dan membalas dendam sehingga membina website Facemash yang kemudian di ubah kepada nama ke Facebook.

Di dalam filem berjudul The Social Network menceritakan kisah percintaan Erica Albright dan Mark. Dalam kehidupan sebenar Erica sudah bertunang dan Mark pun sudah memiliki kekasih bernama Priscilla Chan.
Namun, permusuhan itu seperti masih belum berhenti. Mark Zuckerberg tidak mahu menerima permintaan “add friend” Erica, jutawan muda yang berusia 26 tahun itu menghantar surat kepada Erica dan meminta agar dia tidak bercerita mengenai kisah silam mereka ke media.

“Saya baru saja menerima surat dari Mark Zuckerberg dan mereka meminta saya tidak menceritakan maklumat peribadi mengenai Mark atau mereka akan mengambil tindakan perundangan. Tak masuk akal. Saya tidak pernah bercerita buruk tentang dia. Mungkin saya harus memulainya sekarang,” demikian tulis Erica di status Facebooknya. Dalam kisah The Social Network, Erica Albright iaitu kekasih Zuckerberg membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Mark. Ini membuatkan pemuda berusia 26 tahun ini marah kemudian menceroboh database mahasiswi serta melihat foto-foto mereka. Para mahasiswa diminta untuk mengukur tahap kecantikan mahasiswi-mahasiswi tersebut. Di sinilah dikatakan mula terbentuknya Facebook.

Setelah nama Erica masuk dalam filem itu, gadis yang lahir pada 29 Oktober 1985 ini secara mendadak menjadi perhatian orang ramai. Dia mengaku mendapatkan 10 ribu pertanyaan tentang Mark.

Di status Facebook yang lain, Erica mengatakan Mark mengajak dia berjumpa.

“Silakan tinggalkan pertanyaan yang anda mahu tanyakan pada Mark. Saya akan bertemu dengannya minggu hadapan dan akan memberikan pertanyaan anda,” tulis Erica

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites