Showing posts with label Info History. Show all posts
Showing posts with label Info History. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

10 Kumpulan gangster Paling Bahaya


Aryan Brotherhood (AB,The Brand)
Terdapat di penjara AS. Populasi kumpulan ini hanya 1% meliputi seluruh penjara AS
* 26% kes jenayah didalam penjara melibatkan pembunuhan banduan
* paling banyak ahli kumpulan ini ditemui di State Prison (California).
* untuk join kumpulan nie senang jer,anda harus membunuh seorang banduan
* sesiapa yang nak meninggalkan kumpulan ini akan dibunuh oleh member2 kumpulan
(tak payah quit la,kalau dah join)
* kegiatan jenayah plak,membunuh,peras ugut,kegiatan pelacuran,mengedar dadah,pembunuh upahan

Mexican Mafia (La eMe)
(Takder gambar)'
* terdapat di penjara Mexico
* bermula pada tahun 1950 di Tracy California
* kegiatan mengedar dadah,peras ugut dan membunuh
* berhubung kait dengan kumpulan Aryan Brotherhood
* antara undang2 kumpulan nih ialah pendedahan ahli kepada orang ramai,tidak ada hubungan homoseks dan tidak ada sifat pengecut di kalangan ahli dan membunuh orang awam
* tidak boleh mempraktikkan agama kristian
* ahli kumpulan yang telah kelua dr penjara dikehendaki menghantar perbelanjaan kepada ketua mereka di penjara


The Mungiki (Kenyan Mafia)
* takder kat benua Amerika,hanya ditemui di perkampungan di Nairobi,Kenya
* ditubuhkan sejak 1980
* menentang keras agama Kristian dan membenci pengaruh barat
* 50 org mati sejak kumpulan ini ditubuhkan
* mereka menyerang musuh dengan memotong kepala,memotong kemaluan (perempuan) dan mecacat anggota badan
* mempunyai hubungan di US,tapi so far takder bukti yang kukuh


Primeiro Comanda da Capital (PCC)
* terdapat di Brazil
* antara kumpulan yang baru ditubuhkan oleh banduan di Brazil
* ditubuh pada 1993 oleh 8 orang (paling sedikit)
* menentang polisi kerajaan Brazil (sekarang) seperti balai polis,mahkamah mahupun bas awam
* pada tahun 2006 sebanyak 300 serangan dilancarkan ke kemudahan awam
* bayaran dikenakan kepada ahli kumpulan $27 didalam penjara,$270 di luar penjara
* sebaik sahaja anda diperkenalkan oleh ahli kumpulan,barulah anda layak mengganggotainya


Black Guerilla Family (Black Family,Black Vanguard)
* ditubuhkan oleh George Jackson pada 1966 di Marin County,California
* dianggotai oleh kaum American-African
* tujuan utamanya ialah membela maruah orang kulit hitam di penjara dan menjatuhkan kerajaan AS
* memperjuangkan falsafah ekonomi Marxism
* pada hari ini jumlah anggota kumpulan meningkat ke 50 000
* kalau nak join yg penting anda seorang yang berkulit hitam


La Nuestra Familia
* kumpulan yang ditubuhkan oleh Mexican American yang terletak di penjara Northern California
* ditubuh pada 1968 dan musuh ketat kepada Mexican Mafia
* kegiatan yang dijalankan ialah mengedar dadah di penjara dan kegiatan pelacuran
* anda akan diberi masa 2 tahun dalam tempoh pemerhatian sebelum menjadi ahli
* ahli kumpulan ini mestilah memberi lebih pemerhatian kepada kumpulan daripada keluarga
* wanita tidak dibenarkan menjadi ahli


Texas Syndicate (Texas 7)
* terdapat di California State Prison
* musuh ketat kepada Mexican Mafia dan Aryan Brotherhood
* bangsa Hispanic(orang yg berasal dari Spanyol)tidak dibenarkan menjadi ahli
* anti Caucasian
* kebanyakan ahlinya imigrasi dari Mexico
* pada tahun 2000,mempunyai ahli sebanyak 1000 di dalam penjara,830 di luar penjara
* kegiatan lebih kepada kontrak pembunuhan,perjudian,peras ugut dan mengedar dadah


Crips
* bermula pada 1969 oleh 2 budak berkulit hitam bernama Stanley William dan Raymond Washington
* berasaskan kepada kumpulan Black Panther (sila rujuk wikipedia.org)
* antara kumpulan yang berkuasa di AS pada hari ini
* keahlian sebanyak 30 000 yg terdapat di dalam dan di luar penjara
* kegiatan membunuh,merompak dan menjual dadah
* warna pakaian biru
* musuh kepada kumpulan Blood,kadang2 sesama sendiri pun bergaduh
* kumpulan ini terlalu besar sehingga merebak ke negara Kanada

Bloods
* bertapak di Los Angeles dan musuh kepada Crips
* warna pakaian Merah
* bermula pada tahun 1972 bergerak perlahan dan kini telah menguasai seluruh bandar L.A
* mempunyai organisasi dan taktik yang tersusun
* kegiatan jenayah hanya bertumpu pada mengedar dadah


* dianggotai oleh rakyat Guatemala,Honduras,Salvador dan negara di Amerika Syarikat tengah
* ditubuh pada 1980 untuk melidungi imigrasi dari ancaman kumpulan jahat
* kumpulan ini juga tersebar ke Sepanyol,Amerika Syarikat,Great Britain,Jerman dan Kanada
* bergiat dalam pengedaran dadah,penjualan senjata api,mencuri,kontrak pembunuhan
* terdapat 10 000 keahlian hanya di AS
* berani membunuh sesiapa sahaja sekiranya kegiatan mereka didedahkan kepada pihak kerajaan
* rekod terbaru jenayah kumpulan ini meletupkan sebuah bas yang dipenuhi orang awam yang menyebabkan kematian 28 orang kanak2 termasuk wanita

Friday, December 19, 2008

Cleopatra, Pemerintah Mesir 2000 tahun lalu

Cleopatra - Pemerintah Egypt 2000 Tahun Dahulu

Wajah Sebenar Cleopatra

IMEJ tiga dimensi ini menunjukkan wajah Cleopatra yang menawan.


LONDON - Wajah pemerintah Mesir kira-kira 2,000 tahun lalu, Cleopatra yang dikatakan jelita cuba dilakarkan menerusi imej tiga dimensi (3D), lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini watak Cleopatra yang menjadi legenda Mesir pernah dilakonkan oleh aktres Britain, Elizabeth Taylor dan Sophia Loren dari Itali.

Bagaimanapun, seorang pengkaji Mesir di Universiti Cambridge, Dr. Sally Ann Ashton percaya imej 3D yang dihasilkan menerusi komputer merupakan gambaran Cleopatra.

Imej itu dihasilkan berdasarkan lakaran-lakaran daripada artifak purba termasuk yang ditemui ketika Cleopatra memerintah kira-kira 2,000 tahun lalu.

Kajian itu dilakukan lebih setahun dan hasilnya adalah wajah seorang wanita muda yang jauh berbeza daripada versi Barat seperti lakonan Elizabeth pada 1961 dalam filem Cleopatra.

ELIZABETH Taylor pernah melakonkan watak Cleopatra di layar perak


Dr. Sally menyatakan imej itu akan disiarkan sebagai sebahagian daripada dokumentari mengenai Cleopatra yang menggambarkan warisan Greek termasuk Mesir.

"Dia (Cleopatra) tidak sepenuhnya berdarahkan Eropah. Anda perlu ingat bahawa keluarganya sudah tinggal di Mesir selama 300 tahun ketika dia berkuasa," katanya.

Gambar 3D itu adalah berbeza dengan imej yang diperlihatkan sebelum ini.

Sebagai contoh, sekeping duit syiling perak yang dipamerkan di Muzeum Sefton, Universiti Newcastle pada tahun lalu menunjukkan Cleopatra mempunyai dahi tidak luas, dagu runcing, bibir nipis dan hidung lengkung.

Wajah kekasih Cleopatra, Mark Antony yang merupakan seorang jeneral empayar Rom jauh lebih baik.

Imej terbaru Cleopatra itu menunjukkan dia mempunyai mata yang membonjol dan leher tebal.

Penampilan ratu itu telah menjadi perbahasan di kalangan ahli akademik.

Ketika tafsiran drama karya William Shakespeare menunjukkan wajah Cleoptara dan Antony yang muda dan pelbagai, kebanyakan pihak percaya ratu itu pendek, tidak kemas dan memiliki gigi rosak.

WAJAH Cleopatra ini dihasilkan melalui gabungan
lakaran purba yang ditemui sebelum ini.

Satu patung Cleoptara yang dipamerkan di sebuah muzium Britain pada 2001 menggambarkan tubuhnya sederhana, tinggi tidak lebih 1.52 meter dan tembam.

Cleoptara dilahirkan di Alexandra pada 69 Sebelum Masihi dalam sebuah dinasti Macedonia Greek yang memerintah Mesir selama tiga abad.

Dia berkuasa di Mesir ketika berumur 17 tahun.

Tiga tahun selepas berkuasa, dia menggoda pemerintah Rom, Julius Caesar dengan menyebabkan lahirnya seorang anak, Caesarion.

Selepas Caesar dibunuh, Cleopatra memikat Antony sebelum membunuh diri berikutan kematiannya.

Menurut legenda, Cleopatra meletakkan seekor ular kecil yang berbisa di payu daranya menyebabkan dia meninggal dunia. - Agensi

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites