Showing posts with label Soseh-Soseh. Show all posts
Showing posts with label Soseh-Soseh. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Bayi Ajaib Lahir Dari Ibu Yang Sudah 2 Hari Meninggal

Kasih Ibu Membawa ke Syurga..

Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari menggemparkn dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh?

Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan perasaan sedih yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne
Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang comel setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan caesar.


Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan pernah jatuh pengsan. Kemudian Jayne dibawa ke Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.

Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh dibawa keluar melalui pembedahan cesar.

Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.

Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.

Friday, April 06, 2012

Andartu China 38 tahun mahukan perkahwinan tanpa seks....


Au Shiyou (38) ialah seorang andartu yang kini mencari lelaki untuk dikahwini tetapi dengan beberapa syarat. Lelaki yang mahu berkahwin dengan beliau harus bersetuju berkahwin secara probation selama 3 tahun tanpa melakukan hubungan seks. Tak cukup dengan itu beliau juga mahukan bakal suami yang juga seorang teruna kerana beliau seorang anak dara. Kriteria lain yang dicari Tu Shiyou ialah lelaki yang merupakan ahli parti komunis kerana menurut beliau lelaki dari parti komunis adalah lelaki bertanggung jawab. Kebanyakkan rakyat China mengecam Tu Shiyou kerana dikatakan terlalu memilih dan hanya melakukan ini semua sebagai publisiti murahan untuk menjadi terkenal. Sungguhpun syarat yang dikenakan oleh Tu Shiyou adalah ridikeles, masih ada lelaki yang menunjukkan minat untuk menjadikan beliau sebagai isteri.

Sumber : Forum Cari.
Jeraul saja post sini untuk share bersama2 pembaca. Amacam? Setiap manusia ada kehendaknya sendiri dan pilihan sendiri..

Type rest of the post here

Monday, October 24, 2011

Kereta Jadi Mangsa Seks Lelaki


NORFOLK – Seorang lelaki berbangsa british mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan keretanya sendiri di halaman garaj beliau.
Tarquin Quimm, 38, berasal dari Kota Yarmouth, mengaku telah ketagihan untuk
mengadakan hubungan seks dengan kereta terutamanya kereta jenis Range Rovers.

”Saya tidak tahu apa itu kereta sebenarnya” terang encik Quimm, “tetapi apa yang saya tahu sebuah kereta dapat memuaskan nafsu saya. Ini mungkin disebabkan sentuhan nikmat di antara anu saya dan saluran ekzos kereta yang sempit”

"Bagi saya, tiada apa lagi yang paling saya suka melainkan berpakaian dengan seluar dalam wanita, menggesarkan anu saya di dalam saluran ekzos kereta dan memberikan kepuasan yang terhebat kepada kereta saya.sumber asal dalam english : http://ngiley.com

Monday, August 01, 2011

Hidangan Sotong Menari


Kepada yang nak mencuba tu.. leh la try.. untuk hidangan berbuka puasa ker..

Hidangan Sotong Menari
Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.

Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.

Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari.

Setakat ini, klip video berkenaan yang dirakam oleh seorang pelancong di Hokkaido, Jepun telah ditonton sebanyak sejuta kali.

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan buat pembaca semua.
Start harini aku dah nak start balik aktif menulis blog dan mengisi entry2 dengan bacaan yang penuh berilmiah. Lama dah rasanya aku tak "ngabas" blog yang telah aku bangunkan sejak tahun 2005 ni... apa pun aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua pembaca yang beragama Islam...

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩•Ӝ۞Ӝ•۩▬▬▬▬▬▬▬▬​▬▬▬▬▬▬▬▬

Sekadar peringatan kepada kawan2 yang msih blm niat puasa utk esok hari (ˆ⌣ˆ)
Lafaz Niat Puasa :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sengaja aku berniat puasa esok hari utk menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.Amin

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩•Ӝ۞Ӝ•۩▬▬▬▬▬▬▬▬​▬▬▬▬▬▬▬▬

Tuesday, March 23, 2010

Facebook Founder



Sedikit info tentang Facebook Founder....

Mark Elliot Zuckerberg is a Facebook Founder


Age: 23 years old
Project: Facebook
Wealth: $700 million

Mark Elliot Zuckerberg (born May 14, 1984) is an American computer programmer and entrepreneur.
As a Harvard student, he created the online social website Facebook with fellow computer science
major students and his roommates Dustin Moskovitz and Chris Hughes. Facebook is a social networking
site popular worldwide. Zuckerberg serves as Facebook's CEO. He has been the subject of controversy for
the origins of his business and his wealth.
Time Magazine added Zuckerberg as one of The World's Most Influential People of 2008. He fell under the
Scientists & Thinkers category for his web phenomenon, Facebook, and ranked 52 out of 101 people.

Thursday, December 03, 2009

Transeksual di Malaysia.. Apa pendapat Anda?


Apa pendapat anda tentang isu tersebut?... Sebenarnya di Malaysia ni, banyak dah berlaku.

LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada pemaparan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British. Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya mencaci kerajaan Malaysia.

Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk bersama dengan lelaki yang dikasihinya. Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana orang ramai melihat perkara tersebut dari aspek keagamaan berhubung perkara itu.

"Saya sangat takut untuk pulang ke tanahair. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya.
Fatine mendakwa satu artikel dalam sebuah tabloid Bahasa Malaysia baru-baru ini telah memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga
mencetuskan reaksi negatif. Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu untuk membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan perhubungan dengannya.
"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam memohon maaf menerusi panggilan telefon. Saya menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa-apa yang telah berlaku," kata artis solek berusia 36 tahun itu. Fatine berasa kesal kerana artikel tersebut telah memutarbelitkan kisah mereka dan mereka tidak berniat untuk menghina komuniti Melayu.

"Mereka juga memasukkan nama bapa saya dalam artikel itu. Itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.
Fatine berkata dia kecewa kerana komuniti Melayu tersinggung. Tambahnya, mereka berdua cuma ingin bersama di UK kerana mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia.

Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".
Bagaimanapun, dia berharap keadaan akan beransur-ansur baik.
Fatine "berkahwin" dengan Ian Young, pemilik syarikat penyelenggaraan harta tanah Mei lalu. Dia berdepan dengan tindakan deportasi kembali ke Malaysia selepas visa 'Leave to Remain' miliknya ditolak oleh Home Office ekoran foto "salah".

Permohonan kedua yang besertakan foto paspot dengan latar putih dan bukannya biru telah dikemukakan untuk pertimbangan semula.
Bagaimanapun, permohonannya untuk mendapatkan visa telah ditolak pada Oktober lalu.
Pasangan itu baru mengemukakan permohonan buat kali ketiga untuk mendapatkan 'Right to Family Life (hak untuk mendapatkan kehidupan berkeluarga)' di bawah Akta Hak Asasi Manusia di Britain. Pada Isnin lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, jabatan imigresen berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fatine.

Ini kerana katanya, pihaknya memandang serius rakyat Malaysia tinggal terlalu lama di luar negara.

kredit - mstar online

Tuesday, April 21, 2009

Awas dan Hati-Hati dengan Budak Pengutip Derma

Source : Ondscene.via.my


Ampang
Selangor
Berbagai cara untuk menipu dan berbagai taktik manusia ditipu dan tertipu.
Dan berbagai helah digunakan sebagai mengabui mata mangsa yang kebanyakannyanya adalah kita sendiri yang prihatin tidak bertempat dan tidak mahu mengambil sedikit inisiatif bertanya siapakah mereka ini semua?
Saya sebenarnya sejak dari dulu, meletakkan 99-99 peratus mereka yang meminta sedekah, menjual tisu, buku agama tidak kira yang celik yang buta, yang tempang, merupakan golongan yang memperdaya manusia seperti anda yang mudah simpati.
Mereka adalah penipu besar dan berjaya menjadi senang-lenang dan kaya raya dari kita yang ambil mudah.
Simpati ada tempatnya, tetapi biarlah berpada dan mengikut saluran yang betul.
-------------------------------------------------------------
Ketika sedang minum berseorangan di sebuah restoran berhampiran Ampang Point 3 malam yang lalu, saya memerhatikan gelagat seorang budak anggaran usia 10 hingga 12 tahun.

Setiap meja dia berjaya mengutip sekurang-kurangnya RM1 dengan hanya berbekalkan sekeping kertas fotostat.
Meja di depan saya, dengan senang hati 5 orang dari mereka menghulurkan RM1 seorang (menjadikan RM5), di sebelah kanan saya, RM2 malah ada satu keluarga sehinggakan anak-anak mereka menghulurkan duit syiling kepada budak terbabit.
Tiba giliran saya, saya memandang tepat ke arah budak berbaju merah jambu itu.
"Bagi aku kertas yang kau pegang tu?"
Bagaimanapun, budak itu hanya menunjukkan kertas itu kepada saya untuk membolehkan saya membacanya dari jauh.

"BAGI AKU KERTAS TU?!!!"
Ketika itu, berpuluh mata dah menengok ke arah saya, dan ada yang sanggup berhenti makan semata-mata terkejut agaknya apabila saya meninggikan suara.
Maaf, saya terpaksa berrcakap kuat, kerana suasana restoran yang bising.
"BAGI AKU KERTAS TU. AKU NAK BACA!!!"
Saya ulang kali ketiga.
Budak itu perlahan-lahan, hulurkan kertas itu dan saya membeleknya.
Ia merupakan kertas yang difotostat - sebelahnya adalah salinan Penyata Akaun Individu Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bulan Julai 2008.

Nama: Sakinah Abd manaf
Alamat : No 7-A Blok 1E
Ampang Tasik Permai
68000 Ampang Selangor
Tarikh 21/07/2008
Kod Pelanggan : M988356
Status Pelanggan : Individu
No K/P : UNHCR
No Telefon : 0123981505
Baki tunggakan ialah RM 3,261-00
Saya belek muka sebelah, dan ia merupakan surat yang ditujukan kepada mangsa seperti anda.

(SAYA TAIP SEMULA DAN MENGEKALKAN EJAAN YANG DITAIP PADA KERTAS ITU)
ASALAMUALAIKUM
PERHOMATAN KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
Saya bernama ADALA HASAN BIN HUSAIN. saya meminta tolong dan derma IKLAS daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Saya seorang anak yatim dengan adik beradik adalah (3) tiga orang. Saya adalah anak yang kedua dalam kelaurga. Saya ingin meminta derma IKLAS untuk emak saya kini menghadapi penyakit jantung dan darah tinggi. Sekarang mak saya kena masuk ke hospital di H.U.K.M cheras dan pihak hospital memberitahu saya bahawa mak punya bil perubatan kena dibayar sejumlah RM3,481-00
Oleh demikian. Saya yang mampu membayar kepada bil mak saya sejumlah RM600.00 sahaja. Saya berharap pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat menolong mak saya untuk mengatasi masalah bil perubatan yang tinggi ini secepat mungkin.
Saya mengucapkan ribua terima kasih atas tolongan daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Terima kasih.
Dan , untuk menguatkan sangkaan saya , budak itu adalah sebenarnya menipu, saya mengujinya dengan beberapa soalan.
Dia menjawab dengan agak gelisah beberapa soalan saya. Katanya dia datang menaiki bas rapid KL (siap tunjuk tiket bas) berseorangan.
Menurutnya, dia tinggal dengan mak dan seorang abang dan adiknya di sebuah rumah flet di Ampang tasik Permai. Surat itu ditulis oleh abangnya. Dah dua tiga minggu dia minta derma katanya.

Kau jangan nak tipulah. Mana IC kau?
Tak de IC
Kau Myanmar kan?
Ye
Mana kad kau (kad UNHCR)
Di rumah.
Dengan muka minta simpati, dia meminta saya pulangkan kertas yang saya ambil dari dia. tapi saya minta dia keluarkan semua duit dalam koceknya. Saya tak tahu berapa, tetapi segumpal duit RM1 dari kocek baju dikeluarkannya.
Setelah berpuashati bahawa banyak keterangan budak tu bercanggah, saya bertanyakan satu soalan cepumas...
Ok, kau kata mak kau sakit kan, ok sekarang kau ikut aku pergi rumah kau.
Serentak, muka budak tu berubah menjadi pucat dan tergamam.
Ikut aku. pergi rumah kau. Naik kereta aku!!!
Dan, ribut tidak, gempabumi pun tidak, budak itu sepantas kilat lari lintang pukang...!!!
15 minit kemudian, saya menaiki kereta dan cuba berpusing di dalam kawasan sekitar Ampang Point.
Seperti yang dijangka, budak tadi saya lihat dengan selamba berjalan dengan seorang kanak-kanak perempuan (saya agak, itulah adik dia, usia dalam 5-6 tahun). bagaimanapun dia tidak tahu saya memerhatikan dia.
Akhirnya, dia menghilangkan diri menaiki tangga ke dalam Ampang Point.

(Setelah saya semak, alamat yang tertera pada Penyata itu adalah palsu...)

Monday, March 16, 2009

Chinese Technology and Engineering


Sama ada gambar ini betul asli atau hanya 'trick' photoshop, terpulang lah kepada pandangan masing-masing. Bagi pandangan Jeraul, jikalau gambar 'capasitor' ini betul ia adalah sangat merbahaya. Mengapa mereka buat begini ?. Sudah pasti lah untuk jimat kos supaya barangan boleh dijual dengan harga yang murah. Kapasitor seperti ini terdapat pada hampir semua barangan elektronik termasuk komputer.

Kepada sesiapa yang beli barangan elektronik buatan China, anda kena terima hakikat yang Kapasitor seperti dalam gambar itu mungkin ada didalam barangan yang anda beli. Anda juga perlu lah bersedia untuk beli barangan yang baru, kerana kalau rosak, samaada tak boleh diperbaiki langsung atau kalau boleh 'repair' pun, nanti kos nya tak balik modal, lebih mahal dari beli baru.

Paling haru or paling ditakuti adalah kemungkinan juga boleh mengakibatkan letupan atau kebakaran... huhuhuhhu

Sekian

Friday, March 13, 2009

Polis Wanita Iran

Women Police of IRAN, Siapa kata Muslimah tidak boleh lakukan aktiviti lasak. Dengan pakaian yang sesuai, muslimah pun boleh..lihatlah aktiviti panjat dinding tu..

Agak-agak kat Malaysia ni, bila dapat buat camnie...







Post asal : Blog Untuk Sesama Insan

Thursday, February 05, 2009

Awas, barangan dari kondom terpakai.


Siapa kat sini yang suka gunakan getah rambut seperti di atas?? Kalau ada... bak kata Nabil, Lu pikirlah sendiri.... hahahaha..

China recycling used condoms as cheap hair bands: report

These Hair bands were made from used condoms and threads.. That was so disgusting, I would not want to use them!!




BEIJING: Used condoms are being recycled into hair bands in southern China , threatening to spread sexually-transmittable diseases they were originally meant to prevent, state media reported Tuesday.

In the latest example of potentially harmful Chinese-made products, rubber hair bands have been found in local markets and beauty salons in Dongguan and Guangzhou cities in southern Guangdong province, China Daily newspaper said.

'These cheap and colourful rubber bands and hair ties sell well ... threatening the health of local people,' it said.

Despite being recycled, the hair bands could still contain bacteria and viruses, it said.

'People could be infected with AIDS, (genital) warts or other diseases if they hold the rubber bands or strings in their mouths while waving their hair into plaits or buns,' the paper quoted a local dermatologist who gave only his surname, Dong, as saying.

A bag of ten of the recycled bands sells for just 25 fen (three US cents), much cheaper than others on the market, accounting for their popularity, the paper said.

A government official was quoted as saying recycling condoms was illegal.

China 's manufacturing industry has been repeatedly tarnished this year by a string of scandals involving shoddy or dangerous goods made for both domestic and foreign markets.

In response, it launched a public relations blitz this summer aimed at playing up efforts to strengthen monitoring systems. - AFP/ac

Thursday, January 29, 2009

Couple Berbogel Di Tangkap


Apa perasaan anda bila mana sedang anda duduk makan kat restoran, tiba-tiba anda didatangi sepasang couple yang tanpa seurat benang pun berjalan dengan selambanya di sebelah anda.... haahahhaahha... Agak-agak tak lama lagi akan wujud ker Nude beach kat sana??... Siap bertepuk sorak lagi diorang...

SINGAPURA - Satu pasangan berjalan dalam keadaan bogel selama 15 minit di Holland Village di sini yang terkenal sebagai lokasi kelab malam.

Seorang pengurus pub, Terence Chia memberitahu akhbar Straits Times, dia melihat pasangan itu menanggalkan pakaian pada malam Sabtu lalu di satu anak tangga flat di Holland Village.

" Pasangan itu berjalan dengan selamba ke arah pasar dengan pakaian di tangan mereka.

"Terdapat lebih 200 orang di situ dan mereka merakamkan gambar.

"Setiap wanita sibuk merakamkan gambar mereka dan orang ramai bersorak, bersiul dan bertepuk tangan bagai nak gila," katanya.

Polis berkata, pasangan itu yang terdiri daripada lelaki keturunan Kaukasia dan wanita etnik Cina berumur dalam lingkungan 20-an kemudian ditangkap tetapi dibebaskan dengan ikat jamin.

Di bawah undang-undang Singapura, jika disabitkan kesalahan, mereka akan dikenakan denda AS$1,300 (RM4,662), penjara selama tiga bulan atau kedua-duanya.

Seorang blogger, Leonard Tan menulis dalam satu laman blog: "Mereka dilihat selesa berjalan di jalan raya yang menyebabkan ramai merenung pasangan itu.

"Singapura kini menjadi lebih menarik." - Reuters

Wednesday, January 14, 2009

Dara untuk dilelong



Jeraul : " Nampaknya lepas ni mana-mana awek melayu yg masih berdara yg rasa nak buat duit... boleh la buat bidaan kat internet utk mendapatkan ganjaran lumayan... jgn lupa sertakan sekali gambar posing maut...

Ni tak , bagi dara free kat mat-mat rempit lepas tu adegan seks kena sebar kat internet.... free plak tue...hissshhh..hishh..".

Natalie lelong dara jutaan dolar


NATALIE

SAN DIEGO - Seorang gadis yang masih belajar di universiti, Natalie Dylan sanggup melelong dara di Internet bagi memperoleh wang untuk melanjutkan pelajarannya, lapor sebuah akhbar semalam.


Lelongan itu mendapat sambutan hangat apabila dia berjaya menarik seramai 10,000 lelaki dan bidaan tertinggi kini mencecah AS$3.66 juta (RM13.10 juta).

Tawaran yang diterima oleh Natalie, 22, yang berasal dari San Diego, California mula melonjak selepas sebuah radio di Amerika Syarikat (AS) melaporkan lelongan itu pada September tahun lalu.

"Saya tidak menyangka ramai orang sanggup membida dengan jumlah yang banyak.

"Saya juga sangat terkejut kerana golongan lelaki sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan dara," katanya.

Natalie berkata, dia melelong kehormatan dirinya itu untuk mengumpul dana bagi melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam kursus keluarga dan perkahwinan.

Dia mendapat ilham untuk menjual dara selepas melihat kakaknya, Avia, 23, yang memperoleh wang yang banyak selepas bekerja sebagai pelacur selama tiga minggu.
Natalie memberitahu dia sedia menjalani pemeriksaan perubatan bagi membuktikan dirinya masih dara. Dia juga lulus dua ujian pembohongan.

Bagaimanapun, gadis itu mengaku dia berasa bimbang memikirkan pengalamannya tidur dengan lelaki yang tidak dikenali. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

Friday, December 19, 2008

Cinta Kampus - Cinta Perlu Ada Matlamat


Saja-saja jer entry ni.... untuk kita kongsi bersama heheheh

Semalam kita bertemu,
Semalam jua kita bersua muka,
Kau berikan janji manis,
Kau semaikan kasih yang mesra,
Lalu kita meraikan cinta yang baru bersemi,
Tanda kasih mula berputik.

Begitulah bait-bait sajak yang sering dilafazkan oleh pasangan bercinta. Cinta sebenarnya mempunyai makna yang luas. Dalam konteks cinta di kampus, masyarakat sering mengaitkannya dengan cinta sesama mahasiswa atau pelajar. Kadangkala cinta di kampus turut dikaitkan dengan masalah sosial.

Pensyarah Jabatan Psikologi dan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya, Dr. Mariani Md Nor berkongsi pengetahuannya tentang pengertian sebenar cinta di kampus.

Menurut Dr. Mariani, cinta atau kasih sayang manusia merangkumi elemen tanggungjawab, komitmen dan keghairahan.

“Cinta di kampus umumnya melibatkan mahasiswa. Seseorang itu memerlukan sokongan sosial dan emosi terutama pelajar. Lumrahnya, pelajar banyak tugasan, masalah dengan kawan serumah, sekolah dan pensyarah. Faktor-faktor inilah yang mendorong mereka mencari bantuan dan sokongan moral,” jelasnya.

Dr. Mariani memberitahu, seseorang pelajar sama ada lelaki atau perempuan perlu memahami hati budi seseorang untuk mendapat sokongan.

Sebagai contoh, apabila berlaku interaksi antara perempuan dan lelaki, maka bermulalah hubungan.

“Interaksi ini melibatkan luahan masalah dan masing-masing akan memberi maklum balas. Selepas itu, timbul perasaan ingin berjumpa kerana mereka saling mengingati,’’ ujarnya.

Jelasnya, inilah yang dikatakan ke arah keintiman dan apabila mereka sudah mula mempercayai, akan timbul tarikan seks.

Dr. Mariani mengakui, cinta di kampus sering dikaitkan dengan seks bebas seperti melakukan hubungan seks di tempat tersorok.

Tambahnya, cinta seperti ini hanya dikenali sebagai cinta berahi kerana ia tidak bermatlamat untuk berakhir hingga ke alam perkahwinan.

“Terdapat banyak sebab yang mendorong ke arah wujudnya cinta di kampus. Antaranya untuk membantu diri pelajar menyiapkan tugasan.

“Selain itu ia juga berpunca dari segi keselamatan. Merujuk kepada teori Maslow, manusia bukan sahaja memerlukan keperluan asas tetapi mereka turut mengutamakan aspek keselamatan,” katanya.

Menurut beliau, seseorang itu akan berasa selamat apabila terdapat orang yang menjaganya dan hanya orang yang memahaminya boleh memberikan pengiktirafan seperti itu.

“Malah, setiap manusia juga memerlukan penghargaan. Apabila kita bercinta, secara lazimnya orang yang bercinta sentiasa memuji pasangannya.

“Keadaan seperti ini akan melahirkan ketenangan, keadaan yang selesa dan emosi yang stabil,” ujarnya.

Dr. Mariani turut mengambil contoh para pelajarnya yang berada dalam keadaan gembira walaupun hanya mendapat markah C kerana mereka ini mendapat sokongan moral daripada pasangan.

Beliau menegaskan, cinta sejati yang ingin dibentuk oleh pelajar-pelajar perlu berlandaskan pegangan agama yang kukuh.

“Cinta sering dikaitkan dengan keghairahan walaupun belum ada ikatan yang sah kerana ia adalah fitrah manusia.

“Sekiranya setiap pelajar itu sentiasa ingat akan Penciptanya, perkara-perkara maksiat boleh dielakkan,” katanya.

Dr. Mariani berkata, masyarakat sering mengaitkan cinta di kampus dengan aktiviti berdua-duaan di tempat-tempat sunyi.

“Sebab itulah pasangan yang bercinta perlu tahu apa sebenarnya matlamat mereka kerana cinta di kampus itu sebenarnya luas.

“Bukan menjadi satu kesalahan bercinta, tetapi mereka perlu menjaga perlakuan, tidak melanggar batas-batas agama dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar dan anak,” nasihatnya.

Wednesday, December 17, 2008

Skim Cepat Kaya Terbesar Dunia Tersungkur

Salam,

Lama saya tak bercoret kat sini, teringin plak nak kasi satu info yang saya dapat dari Zaharuddin.net berkenaan dengan Skim cepat kaya terbesar di dunia tersungkur.


Bernard L Mardoff, Pengasas skim cepat kaya terbesar di dunia akhirnya jatuh ke tanah jua, setelah mengaut keuntungan berbillion USD. Namun sekelip mata keuntungan sementaranya itu akan hilang, pada masa yang sama meninggalkan mangsanya terkapai-kapai seperti tanpa oksigen di tengah lautan.

Mardoff juga dilaporkan menggunakan sebahagian hasil keuntungan penipuan dari skim ini untuk badan kebajikan Yahudi. Akibat tindakan ke atas Mardoff, Yayasan pendidikan Yahudi tersebut turut ditutup.


Istimewanya kali ini, mangsanya skim ini bukan lagi terhad kepada orang miskin, sederhana atau warga melayu tetapi bank-bank gergasi dunia turut menjadi mangsa kelicikan penipuannya. Mungkin kerana berselindung atas namanya yang besar di USA.

Berikut adalah senarai bank dan potensi kerugian akibat menjadi mangsa skim cepat kaya Bernard L Madoff yang bertapak di New York :-

Clients of Santander, Spain - $3.1bn

HSBC, UK - $1bn

Natixis, France - $605m

Royal Bank of Scotland, UK - $601m

BNP Paribas, France - $460m

BBVA, Spain - $400m

Man Group, UK - $360m

Reichmuth & Co, Switzerland - $325m

Nomura, Japan - $303m


Selain bank-bank di atas, pembuat filem Yahudi yang terkenal iaitu Stephen Spielberg turut menjadi mengsa.

(Rujukan )

KRISIS KEWANGAN MERUNCING

Memalukan, tidak dapat dibayangkan bagaimana jatuhnya kredibiliti seluruh bank dan pakar-pakar pelaburannya. Bagaimana mereka boleh terpedaya dengan skim ponzi sebegini.

Di pertengahan kemelut dan krisis credit crunch yang sedang menyelebungi beberapa negara maju seperti USA, UK dan eropah, kini krisis kewangan semakin meruncing akibat tangan Bernard L Madoff, seorang usahawan skim cepat kaya yang sangat ¡®berjaya' dalam penipuannya.

Ini sememangnya ¡®hadiah' buat Yahudi, industri riba dan haram dan mereka yang terlalu tamak. Skim Mardoff ini seperti biasa menawarkan pulangan tetap yang tinggi iaitu 10 % tahunan hingga menyebabkan pelbagai individu kaya dan bank tertipu. Ia kelihatan sedikit ¡®real' berbanding skim cepat kaya lain yang biasanya 'too good to be true' kerana menawarkan pulangan lebih dari 30 %.

Ternyata tiada sebarang bisnes pendasar (underlying business) yang dijalankan oleh Mardoff bagi meraih untung yang sah di sisi undang-undang. Keuntungan yang diraih dan diagih semuanya hasil ¡®downline' lalu diberikan kepada upline dan begitulah seterusnya. Itulah skim pyramid atau juga digelar ponzi scheme, sama seperti skim ea index, swiss cash dan lain-lain yang pernah diharamkan di Malaysia dahulu.

Berita BBC melaporkan selepas skim dan penipuannya terbongkar :-

he had "absolutely nothing" and "it's all just one big lie", and that it was "basically, a giant Ponzi scheme"

Dia berjaya mengabui mata ramai pelabur kapitalis melalui syarikatnya Bernard L Madoff Investment Securities yang ditubuhkan pada tahun 1960, dalam masa yang sama dia juga menjalankan bisnes hedge fund.

Kelicikannya juga menjadikannya dilantik sebagai ketua, Nasdaq Stock Market.

Kini ramai yang mempersoalkan mengapa US Securities and Exchange Commission tidak mampu mengesan penipuan ini dari awal. Sedangkan menurut laporan berita BBC beberapa pihak dan individu telah membuat laporan tetapi tiada tindakan dan penyiasatan diambil. Mungkin laporan lambat diambil tindakan kerana networking Yahudi yang bertapak kukuh di USA.

Benar, laporan dari orang ramai amat penting tetapi jika pihak berkuasa tidak bertindak penipuan akan berterusan. Kita di Malaysia, pihak Bank Negara Malaysia dan Suruhnajaya Sekuriti amat diharapkan menambahkan kepantasan siasatan apabila mendapat laporan dari orang ramai, sebelum lebih ramai menjadi mangsa.

Alhamdulillah semakin ramai yang peka dan sudi melaporkan apabila timbul skim-skim dan binses yang meragukan. Namun demikian tidak mustahil sama sekali, penipuan hanya akan dapat dikesan agak terlewat lalu boleh menyebabkan kerugian wang yang banyak.

LAHIRKAN JUTAWAN BUKAN UKURAN

Saya kerap mendengar hujjah pemain skim cepat kaya yang mendakwa bisnes mereka benar dan kemampuan melahirkan ramai jutawan sebagai buktinya.

Sejak dari awal, kita boleh menilai hujjah ini adalah lemah, malah kini terbukti ia boleh mencipta seorang billioanaire seperti Mardoff, namun ia tetap salah dan tetap skim cepat kaya dan tetap akan tergolek juga akhirnya.

Di Malaysia penipuan skim ini boleh dianggap antara yang tercanggih di dunia, pelbagai teknik licik digunakan bagi megabui mata pelabur seperti mendapatkan Lesen Jualan Langsung, Koperasi, punyai beberapa produk dan banyak lagi. Sehingga sukar dibezakannya dengan syarikat jualan langsung dan koperasi yang sebenar.

Justeru, saya nasihatkan mereka yang sedang berfikir-fikir untuk menyertai sebarang skim agar lebih berhati-hati. Penangkapan dan serbuan demi serbuan tidak dinafikan akan menjadikan syarikat yang masih berbaki lebih kreatif dan licik dalam menutup penipuan mereka.

TIDAK KEBAL AKHIRNYA


Apa yang menarik dari kes ini juga, kita dapat melihat walaupun Mardoff agak kebal di peirngkat awal namun akhirnya ¡®jatuh ke tanah jua' dengan desakan ketelusan pihak berkuasa di USA. Ia agak Pastinya tindakan adalah lewat kerana, melibatkan individu Yahudi, billionaire dan orang besar ( Pengerusi ) di Bursa Saham Nasdaq New York, namun tahniah atas tindakan yang diambil.

Bayangkan pula kalau ia di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia. Rasuah mungkin akan menjadi penyelamat, atau jawatannya turut menggentarkan para penyiasat. Namun di negara-negara maju, mereka boleh sedikit terlewat tetapi akhirnya akan ¡®kena' juga.

Akhirnya, telitilah dua tiga atau sepuluh kali sebelum menyertai mana-mana skim atau bisnes yang berpaksikan sistem pyramid dan yang hampir dengannya, ia mungkin skim cepat kaya yang bakal tersungkur sedikit masa lagi.

Wednesday, November 19, 2008

Jalur Gemilang kita dah tukar ka?


Salam,
Cuba peratikan betul2 gambar diatas. Gambar semasa lawatan PM ke Uzbekistan. Tang bendera Malaysia tu... Jalur Gemilang. Gambar diatas bukan saya yang super imposekan (bak kata anak pontianak). Gambar ni diambil direct link dari Utusan Malaysia Online. Ni link dia Jalur Gemilang. Naper Jalur Gemilang tu banyak sangat bucu. Bukan ker hanya ada 14 bucu jer. Dan bulan sabit plak terus gerhana or memang terlindung dari bendera.
Spekulasi gak ni... or samaada tu bendera negara lain?? Tapi naper ada Pak Lah kat belakang.
Sepatutnya bila ada rombongan yang melibatkan negara, perkara seperti ini takkan berlaku. Takkan rombongan dari Malaysia sendiri tak perasan kot. Ini melibatkan bendera negara.... Harap perkara ini takkan berulang lagi. Sebagai rakyat Malaysia kita kena sensitif sikit pasal benda2 kecil camnie, apalagi bila ianya melibatkan negara.
Jeraul: " Uzbekistan tak tau kot Malaysia ni wujud"???

Tuesday, October 28, 2008

Lembu mangsa rogol dibuang ke laut


Jeraul : "Kesian lembu tu... si mangsa pulak yang menerima padahnya. Sedangkan biri-biri dengan kambing yang hampir sama pun takleh nak mengawan sebab kromosom lain-lain. Apatah lagi la manusia dengan lembu yang terang-terang berbeza... "
Cow drowned into the sea for being impregnated by human
Villagers from Julah in Tejakula, Buleleng, tow (see photo) a pregnantcow behind a boat into open sea as part of a local traditional ritual.

The cow, which is five months pregnant, was thrown out to the sea about3 kilometers from land Monday. The villagers believe the animal wasimpregnated by a village elder.

During the ritual the man, who was caught red-handed having sexualintercourse with the cow two months ago, joined the boat trip in orderto throw away his clothes to to symbolize him discarding his sins.

Julah customary village head Ketut Sidemen said the ritual, calledgamya gamana, or freak weeding, and had been conducted there forgenerations. The decision to perform the ritual was made a localresidents meeting.

In line with customary regulations, the perpetrator, identified only asPS, 70, was sanctioned to fund the expensive ceremony, which aimed tocleanse him of any bad influences.

Luh Ketut Suryani, a professor and activist, deplored the sancation against PS.

She said drowning a cow was baseless because sexual intercourse betweena human being and am animal could not cause pregnancy due to thedifferent chromosomes and genes of the two.

"The cow is not guilty, why shoud it be drowned? Why don't just use a symbol like what was done by the perpetrator?" she said.

Suryani's said she was concerned dealt with the financial situation of the owner, who lives below the poverty line.

"The cow, which has a high price, had to be thrown away. It will be apity for the owner, who is already poor and is now forced to lose hispriceless belonging." -- JP/Alit Kertaraharja

Friday, October 24, 2008

Kereta Polis Kena Clamp


Sapa cakap kereta polis tak boleh kena clamp or diambil tindakan.... hahahahhaaah

Tuesday, October 21, 2008

Perbandingan Kelajuan dan harga Internet TmNet


Apa pendapat anda dengan servis dari TM Net. Artikel ni saya dapat dari http://naem2go.blogspot.com/

TMnet
The Fastest Package: 4.0 Mbps: Price RM 268 (mahal gler weih)
The Slowest Package: 384 kbps: Price RM 20 for the 1st 10 hours only!!
Most of us use this, Package 1.0 Mbps, yg harganya dlm RM 99.

Click here for full packages info
Ok, kite tgk dari Ireland ok.
NTL Chorus

The Fastest Package: 20.o Mbps: Price €40 (RM 189) - Free Wireless Router!! Murah kan?
This what im using now! lol.The Slowest Package: 3.0 Mbps: Price €20 (RM95)
Click here to get full info

Lagii, tgkk nii plak, internet provider paling lajuu kt sini;
Smart Telecom


The fastest packages: 20.o Mbps: Price €45 (RM 212) - giloo tol laju..

The Slowest Package: 4.0 Mbps: Price €15 (RM71)
Kalo tak pecaye, click her

Other internet provider di ireland ni:

Eircom

IrishBroadband

Dorang sume ni sume lebih murah dari TMnet, dan lebih laju lagik. Padahal Ireland bese je, overall, malaysia lebih maju infrastructure nye. We look at the fastest provider internet in UK:

Be There, The Fastest Packages: 24 Mbps, Pound 22 (RM 133). Murah n laju super.

We take a look at, humm.. kt mane nak tgk lagi. Ok, kt USA.. huh.. nak compare ngn dorang, nnti korang kate, mmg laaaa, dorang daa maju, daa ape laa.. Ok, we compare dgn negara yg same standard. We look at

Singapore: StarHub, 12 Mbps, S$ 89 (RM212). Tak tahu nak ckp ape, da lajuu sgt.
Philippines: PLDT, 5 Mbps, S$ 89 (RM366)
India: Airtel, 8 Mbps, (RM200). Btw, lebih laju dari kite nye.
Australia: AAPT, 20 Mbps, (RM220)
South Korea: Korea Telecom,100 Mbps, (RM 92) - Murahh weii
Thailand: True, 5 Mbps, (RM 246) - Lagii laju dan murahh kan?
Brasil: Telefonica, 8 Mbps, (RM300)
USA: Verizon, 50 Mbps, (RM 380)

By the way, internet for home use, yg commercial paling laju stakat ni di pegang oleh:
Japan: KDDI, 1 Gbps, (RM170) - Perghh!!

Ok, lets move on, Kalo korang bukak webpage TMnet, try klik sini! hayyoo..lame giler nak loading, knape tak tau jadi macam tuu, i dont have idea, im not an IT student. LOL. Pastuu, service dier terima byk komplain, sbb service tak stable, off peak laa, on peak laa.. Hope one day, ade kompeni lain will emerge, dan hapuskan monopoli by TMnet ini, atau TMnet tingkat kan kualiti. =D. Not only me talk about this, but thousond others.

Ok, alang alang daa buat post ni, why not we take a look, as a additional info,ape kate kite tgk data data as below ni:
Ni average Cost utk subscribe tenet. paling murah kt finland.. huhu

Jumlah pelanggan internet. Malaysia: 600, 000.
Pertumbuhan internet terpantas.Link: websiteoptimization.com
U can read more critism on Tmnet here!

Wednesday, October 08, 2008

Ajaran Sesat Kerajaan Lia Eden (Lia Aminuddin)]


Berdoalah moga dpt hidayah bg mereka dan kita semua....LAILAHAILLALLAH..
Tapi ni ajaran sesat yang datangnya dari Indonesia. Lia Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Lia Eden adalah pengasasnya. Lahir di Surabaya, Jawa Timur pada 21 Agustus 1947.
Lia Aminuddin mengklaim dirinya adalah Imam Mahdi yang dibaiat malaikat Jibril. Ia juga mengklaim sebagai Maryam yang melahirkan Isa.

Jeraul : Harap takdelah orang kat Malaysia ni terikut dengan Ajaran sesat ini. Dulu Ayah Pin... bila Ayah Pin dah takder... apa lagi plak yang datang??
Clik read more untuk gambar lain...











Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites