Wednesday, December 27, 2006

Bravo...Cicakman...

Lama dah aku tak tengok wayang di panggung. Filem terakhir aku pergi wayang dulu, rasanya filem Man Laksa agaknya. Last week tetiba tergerak hati nak tengok filem Cicakman. Maklumlah, bila aku tengok iklan kat tv cam best jer view bandar Metrofulus tu.
Tahniah buat KRU terutamanya Yusri , pengarah filem Cicakman. Aku respek ngan anak Malaysia yang bikin filem seperti ni. Barulah terasa meriah sikit industri filem kita. Tapi sayang sikitlah, jalan cerita terikut-ikut sikit filem Batman, Spiderman dan Superman.
Cicakman (pronounced chee-chuck-man) is the first Malaysian comedy-superhero movie that created with almost 40% of CGI. It stars Malaysian comedian Saiful Apek. The name "Cicakman" literallly translates to "Gekko-man".
Rasanya di penghujung cerita si Fasha membenci hero sebenar "apek" sengaja dibuat supaya akan muncul lagi filem sekuel Cicakman 2(barangkali).Apa- apa pun aku pasti akan tonton juga jika ada kesinambungan filem ni. Aku suka tengok teknik CGI dalam filem ni dimana view bandar dan orang-orang bandar yang nampak canggih dan moden.

Friday, December 22, 2006

Kursus oh Kursus.....

Photobucket - Video and Image Hosting

Pada 19 Disember lepas, Direktorat Oseanografi Kebangsaan (NOD), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) telah mengadakan program "Sehari Bersama NOD" di tempat aku bekerja. Aku antara AJK yang terlibat semasa program ini diadakan di sini. Kedatangan pihak NOD ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan para tetamu yang hadir tentang peranan mereka, terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam Bidang Sains Marin dan Oseanografi.

Photobucket - Video and Image Hosting

Dan pada 20 dan 21 Disember pulak, aku telah dipilih untuk menyertai First Aid and CPR Course yang diadakan di Lot 77, Kuching. Banyak kenangan dan pengalaman yang diperolehi dari kursus ni.

Photobucket - Video and Image Hosting

Biasanya aku selalu tengok orang buat CPR dalam TV jer, tapi sekarang aku dah ada pengalaman sikit untuk buat CPR, walaupun model masa kursus tu hanyalah sebuah patung. Tapi rasanya, fungsi yang ada dalam patung tu macam manusia biasa gak (modified). Gambar atas member aku tengah buat CPR.

Photobucket - Video and Image Hosting

Seorang lagi member kursus yang telah menjadi pesakit malang. Kena jadi model first aid. Aku salah seorang yang telah mengikat bandage kat member ni.

Photobucket - Video and Image Hosting


Model filem Misi XX RAY terbaru. Sedang menunjukkan aksi candidnya.

Monday, December 18, 2006

Ruqaya Al Ghasara Wins 200m Gold

Ruqaya Al-Ghasara from Bahrain, the first ever female Muslim athlete in a full hijab I saw who can win a gold medal in a major event. She clocked the 200-meters in 23.19 seconds in Doha 15th Asian Games. I guess, if not wearing the full Muslim headscarf, probably she would have run even faster. Anyway, Congrats!
She ran alongside half naked women, but Ruqaya Al Ghasara did not want to compromise sharia regulations for a few gold medals more. Well, maybe a little since her red running pants weren´t exactly sharia compliant, at least not from my maliki point of view... but who am I to throw my fiqh upon this marvelous Muslim sister?!

"I have no problems with the hijab," said Al Ghasara, who showed her talent in winning the West Asian 100m title last year also in Doha. "I have a great desire to show that there are no problems with wearing these clothes. Wearing a veil proves that Muslim women face no obstacles and encourages them to compete in sport."

Salah satu contoh tauladan terbaik buat wanita-wanita Islam Malaysia.

Inter shock Barca 1-0 to win Club World Cup

Brazil's Internacional Sport Club beat Barcelona 1-0 to win the FIFA Club World Cup in Japan with substitute Adriano firing an 82nd-minute winner
Barcelona had totally dominated in Yokohama but struggled to reproduce the same form they showed in their 4-0 demolition of Mexico's Club America in the semi-finals.
Inter -- who scraped past Egypt's Al Ahly 2-1 in their previous game -- rarely threatened and Adriano's breakaway winner came from a rare upfield raid.
Inter's victory made it two wins out of two for Brazilian teams in the revamped FIFA tournament involving the world's six continental club champions. Auckland FC - representing Oceania -- finished sixth.
Sao Paulo beat Liverpool 1-0 in last year's final.

Nampaknya , menang lagi kelab-kelab dari Amerika Selatan ni yer. Kelab yang gah di euro selalu jer kalah bila bertembung dengan kelab dari benua Amerika Selatan ni. Cam badi plak. Apa-apa pun, aku memang terhibur tengok game tu.

Monday, December 11, 2006

SAZALI LOST THE GOLD IN DOHA ??


Sukan Asia Doha Qatar.

Dear me, tak sangka aku benda nie boleh terjadi. Apasal la teruk sangat kualiti judging Tok Tok Arab nie. Sungguh memualkan.
Our Mr. Universe lost to a WIMPY Arab Unknown !! It's a sick joke by any standard.Anyone who saw the two of them pose side by side would have easily picked our Sazali for the gold medal.
Beza macam langit dengan bumi tu.But alas...we are in Arab land folks..so we should expect some spectacular Arab "trick-o-treat"ment from the host ?! miahahaha Oh well, can't expect Arabs to know so much about sporting spirits can we ?? Masters in suicide bombing maybe, but certainly not in sports !

ps: Poor Sazali.... 4 years is a long time, man !

Antara fieldtrip dan sukan staff...

Baru jer lepas tengok filem feberet aku , Gila-Gila Remaja lakonan Faizal Hussein kat Channel 15 tadi. Teringin rasanya nak tengok sekuel filem ni . Tapi ada ker pengarah zaman skang ni yang berani nak buat sekuel filem ala-ala kehidupan remaja ni. Harap-harap, adalah pengarah yang sanggup ambik cabaran aku supaya membuat sekuel filem Gila-Gila Remaja . Rosyam Nor dan Faizal Hussein masih aktif berlakon, termasuk juga si Farouk dan si Kuzie yang masih aktif berlakon. Gandingkan mereka dengan pelakon remaja sekarang… tentu gempakkan. Tapi yang bestnya tentang filem tahun 1984 ni, ialah memori fashion pakaian zaman tu memang masih dalam ingatan otak aku. Tak lupa aku zaman masa tu bebudak remaja suka pakai jaket kulit, kasut Aliph dan seluar ketat. Hehehehhe…
Ok, itu tentang filem feberet aku. Sekarang apa yang aku nak type skang ni tentang Karnival sukan staff tempat aku bekerja. Memandangkan sekarang ni musim pelajar membuat projek tahun akhir mereka dan Sukan Staff kat tempat aku kerja skang ni pun dah bermula. So paham-paham jerlah, aku memang sibuk buat masa ni.

Photobucket - Video and Image Hosting

Bowling sebagai pembuka tirai. Semasa pertandingan bowling antara staff 3 December lepas, team trio aku kalah. Kami dapat no 16 dari 27 team yang bertanding. Tapi ianya tak mematahkan semangat aku untuk terus bermain permainan bowling ni. Ni baru intro jer. Lagi pun dah 9 tahun kan dah tak main dan tetiba jer aku dibawa masuk bertanding.. so, layan jer lah.
Lepas pertandingan bowling ni, aku ngan member ada join pertandingan bolasepak pulak. Baru jer lepas bermula pada hari Jumaat lepas ( 8 Dis. 2006). Lawan kami pulak pada hari tu adalah juara bertahan. Pasukan kami Hoga-Hoga FC kalah tipis 1-0. Itu pun gol di akhir-akhir perlawanan. Sayang sekali…. Sebelum pertandingan bolasepak ini bermula , kami ada membuat friendly match jugak ngan team group yang satu lagi ( ada 2 group mengikut format pertandingan). Kami ada 2 friendly match, dan kedua-duanya kami menang. Tapi bila bertanding plak, semangat melawan tu macam hilang pulak. Harap untuk game yang akan dating, kami akan menang dan seterusnya layak ke separuh akhir....

Thursday, November 30, 2006

Karnival Sukan Staff.

Photobucket - Video and Image Hosting

Tak lama lagi akan bermula Karnival Sukan Staff kat tempat kerja aku. Football, Kayak, Bowling, Ping Pong, Badminton dan banyak lagilah. Kalau boleh aku nak join semua games. Semalam aku ada turun trening 2 games. Petang berkayak ngan malam pula aku gi trening Bowling. Kami trening berkayak di Tasik Besar UNIMAS dan main bowling pula di Superbowl BDC. Gambar kat bawah ni gambar member aku lepas trening kayaking.....

Photobucket - Video and Image Hosting

Berkayak semalam aku ada mintak tunjuk ajar kawan sekerja aku. Dia ni memang terrer bab-bab berkayak ni. Kalau kayak jenis Ocean aku memang dah terrer. Tapi yang aku nak belajar sampai mahir skang ni ialah kayak jenis Explorer. Orang yang dah biasa mendayung sampan pun kalau tak biasa ngan Explorer, gerenti berpusing-pusing. Lama gak aku kat tengah tasik tu belajar teknik2. Skang kira cam cukup makanlah skill yang aku ada. heheheheh.... Hari Jumaat ni aku nang trening solo plak. Lagi gambo member aku kat bawah ni. Gambo aku tadak sapa nak ambik. Kualiti gambar tak berapa bagus sebab aku pakai Camera handphone.

Photobucket - Video and Image Hosting

Bowling........ Dah lama aku tak main bowling. Habis jer sekolah menengah tahun 1997, memang langsung tak pernah lagi main bowling hinggalah malam tadi. Tapi skill masih ada lagilah. Dalam game pertama dapat gak aku Strike 4 kali. Kira oklah bagi orang yang dah lebih 9 tahun tak bermain bowling. Kami sepasukan bermain sebanyak 3 game seorang. Game kedua ngan ketiga aku down. Point makin kurang. Tak taulah kenapa, maybe tangan dah penat kot. Lagi pun baru jer lepas trening berkayak petang tadi. Gambo kat bawah ni gambo aksi seorang hero tengah buat strike games.... hehehehhe.

Photobucket - Video and Image Hosting
Petang ni team football aku akan ada friendly match. Harap dapat menang lagi.....

Wednesday, November 29, 2006

Sungai Melaban ...

Hari ni aku ada fieldtrip menyusuri Sg. Melaban hingga ke Sg. Kuap yang dekat dengan 1st Silicon. Aku jadi boatman hari ni. Baju nak jadi ninja dah aku siapkan. Bukan ape, kulit aku ni alah sikit ngan agas. Kalau kena gigit, mesti kembang-kembang kulit aku. Bawah ni gamba aku tengah bawak bot. Ada cam ninja tak??

Photobucket - Video and Image Hosting

Ni lagi satu gamba aku cam Ninja. Gambar tak berapa clear sebab pakai camera henpon N70 aku. Kamera digital lupa nak bawak. Boleh tahan gak agas kat pokok bakau ni. Nasib aku dressing cam ninja....member lain tergaru-garu jer

Photobucket - Video and Image Hosting

Gambar member sekerja sedang menikmati udara segar air sungai Payau. Bersantai sakan korang hoooo...

Photobucket - Video and Image Hosting

Lagi gambar sungai Melaban... Sebelah kiri pulak sungai Kuap,

Photobucket - Video and Image Hosting

Gambar student yang ikut fieldtrip dekat Sg. Melaban ni..

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami guna 2 buah bot masa fieldtrip ni. Tapi bila tengah jalan , enjin bot yang satu lagi tu jammed. So akulah yang kena bawa student pergi station 1 dan 2. Dan kemudian baru ambik kawan aku yang kat bot satu lagi tu.
Masa sampling, taklah terasa penat. Tapi bila masa nak angkat enjin ngan bot naik ke darat. Bukan main susah payah lagi. Member pun semua penat....
Kami pulang sampling lebih kurang 2 petang. Kemudian terus pergi makan tengah hari.
Petang ni nak pegi kayak lagi. Aduhhh... Oh sebelum terlupa, semalam team aku menang main bola 2-0. Aku main 1st half jer. Stamina dah takde hehhehehe.

Tuesday, November 28, 2006

The Greatest Martial Artist of All Time

Terlupa plak hari ni hari birthday my Idol.... Mendiang Bruce Lee.

"Don't get set into one form, adapt it and build your own, and let it grow, be like water." - Bruce Lee (1940-1973)

Today marks the birth of legendary Chinese-American icon Bruce Lee. Known as a lean, mean fighting machine who single-handedly popularized the martial arts movie genre, Lee also revolutionized fight choreography in film with his lightning-fast kicks and mastery of the nunchucks. But he was more than a movie star. Lee was also a philosophical and innovative martial artist with an original approach to traditional martial art styles. He fought against Chinese tradition by teaching Kung Fu to Westerners, and trained with champions from a variety of fighting systems. This cultural mix led to the invention of his own martial art, Jeet Kune Do, in which Lee embraced the philosophical idea of "being like water." By mimicking the flexibility of water, he avoided set forms and fluidly adapted the most effective elements of as many fighting techniques as possible -- an inspiration to modern mixed martial arts. This, in combination with his extraordinary physical feats and killer physique, inspired many fans to label Bruce Lee as "the greatest martial artist of all time."

Suggested Sites...
Bruce Lee Central: Important People - folks involved in his life from influential figures to students.
Wikiquote: Bruce Lee - quotes from him and quotes about him.
YouTube: Bruce Lee - 1964 Screen Test - the charismatic 24-year-old introduces himself and his skills.
Bruce Lee Foundation - authentic info about Bruce Lee and his teachings.
TIME 100: Bruce Lee - glean some rare facts about his life and legacy.

Keta baru datang....


Hari Jumaat lepas 24 November 2006 dalam pukul 6 petang keta yang aku booking dulu datang. Keta kecik jer. Kancil 850, warna Silver. Dapatlah aku main cilok kat jalan raya Kuching nanti. hhehehehe. Kos minyak yang tinggi di samping tempat kerja yang jauh dari rumah, merupakan sebab utama aku beli kereta yang jimat kos ni. Kereta Toyota aku yang lagi satu tu aku simpan kat rumah. Pakai waktu cuti weekend jer. Minyak kuat sangat. Tak mampu. Lagipula selama ni kalau aku tak pakai keta Toyota tu, aku pakai motorsikal Modenas aku tu jer untuk pergi kerja. Tak kiralah hujan ker , panas ker , janji sampai. Minyak kereta kancil ngan motorsikal aku tu kalau nak dibanding minyak ke tempat keja lebih dalam 2 ringgit jer...heheheh...tu yang best tu.
Baru sehari keta tu sampai, aku dah bawak pegi tinted semua cermin ngan tinted Silver Marine. Beli visor dan macam-macam lagilah aku upgrade. Engine jer aku tak upgrade sebab baru 120 km running dia. Sound system pun aku tak berani nak pasang dulu, sebelum aku pasang Shock sensor. Kang jadi cam keta Toyota aku dulu tu, kena kopak, habis hilang sound system. Sound system yang aku baru beli tu bukan calang-calang gak harga dia...berapi...hehehhe.

Ok sampai sini jer dulu entry baru aku ni...petang ni aku nak main bolasepak ngan kengkawan. Lama dah tak main ball. Dapat lagi ker sepak bola or memang dah tak tahu cara nak sepak bola???? Nanti aku ceritakan lagi dalam entry baru. OK...

Friday, November 24, 2006

Trip Ambal di Asajaya Laut.

Semalam aku ada trip ikut student mengambal. Kami mengambal di area Sampun Asajaya. Janji awal pagi lam pukul 6 a.m mesti datang kat opis. Aku pun datanglah dalam kul 5.40 a.m. Sampai jer kat opis, orang lain belom datang lagi. Tetiba aku teringat, GPS terlupa kat rumah. Adesss.... terpaksa kena balik ni. Kalau tak naya boss marah nanti. So aku pun apa lagi.... balik kembali kerumah. Dekat nak pukul 7 a.m baru aku datang balik ke opis. Hehehehe... aku buat muka selamba sambil beritahu yang aku tertinggal GPS.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kemudiannya kami terus bertolak ke Kampung Asajaya Laut atau lebih dikenali dengan Kampung Nonok. Kami menyewa 2 buah bot serta pemandu, dan 3 orang tukang ngambal. Lagipula sekarang dah mula musim orang mengambal. Banyak juga orang yang turun mengambal hari tu,

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami mula mengambal lebih kurang dalam pukul 9.30 a.m. Menunggu air laut surut. Cuaca pulak pagi tu memang panas. Kalau tak pakai baju panjang memang kena sunburn. Orang kampung yang biasa hari-hari mengambal pun pakai baju panjang dan topi besar. Ini kan lagi orang yang macam kami ni....

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami habis kerja dalam pukul 12.00 tengah hari. Matahari betul-betul atas kepala ....panas bukan main lagi. Nasib ada angin bertiup.

Photobucket - Video and Image Hosting

Dekat nak pukul 1 tgh baru bot kami dapat bergerak untuk pulang balik ke Kpg. Nonok. Semasa sampai di pengkalan bot Kpg. Nonok, aku sempat jugak ambil gambar peraih membeli ambal dari penduduk tempatan. Inilah kali pertama aku tengok bilangan ambal yang begitu banyak.

Photobucket - Video and Image Hosting

Rasa nak pegi beli pun ada bila tengok orang membawa hasil memasing. Tapi apakan daya. Masa tu aku tak bawa beg duit. Jadi orang indon sekejap.

Photobucket - Video and Image Hosting

Gambo bawah ni gambo student sedang asyik melihat aksi ambal mengorek pasir untuk kembali ke tempat asal nya...cheewaaahhh..

Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, November 22, 2006

Trening Kayak ngan pencuri

Semalam aku ada trening kayak kat kolam besar UNIMAS. Bersama-sama member yang lain. Memang seronok, sebab banyak rakan sekerja yang datang. Boss pun ikut sama sekali berkayak. Mungkin sebab terlalu gembira sangat di kolam, rumah aku petang tu di pecah masuk pencuri.
Rasa nak nangis aku bila tengok Woofer keta aku yang aku simpan kat umah untuk masuk lam keta baru di angkut bersama-sama player DVD rumah yang aku baru beli pada hari raya pertama lepas. Celaka punya pencuri. Kalau dia orang curi barang dalam keta aku, aku tak kisah sangat sebab keta aku parking jauh dari rumah. Tapi kalau dah sampai pecah masuk rumah aku, ni yang aku marah betul. Malam tu jugak aku gi cari bomoh. Kata orang , jangan percaya sangat ngan bomoh. Dalam 10 mungkin seorang jer yang betul. Tapi aku tak peduli, hati aku dah sakit. Dahlah dulu woofer ngan disc player aku dalam keta kena curi. Tayar spare keta aku pun kena curi. Ni sampai dah masuk dalam rumah. Hati sapa tak geram. Aku memang anti betul ngan bebudak kaki gam kat Kampung Gita Tengah ni. Cam sialll. Bomoh yang aku jumpa ni dia cakap dia tak pandai sangat nak membomohkan orang. Dia hanya boleh menilik saja. Nak tahu sapa yang curi. Dia cakap ada 2 orang budak yang masuk rumah aku petang tu. Orang nya tak jauh kalau keluar rumah pasti akan tertemu jua. Itulah yang bomoh pertama tu cakap. Aku tak puas hati malam tu. Aku nak bebudak tu berlutut juga depan muka aku minta maaf. Aku pegi lagi jumpa bomoh yang sorang ni. Setelah menilik , dia pun cakap ada dua orang budak yang mencuri barang rumah aku. Memang sah... mesti bebudak yang duduk berdepan ngan rumah aku ngan member-member dia yang kaki isap gam tu..Sial punya manusia. BAgus takyah jadi manusia jer kalau dah hidup macam tu. Cam siall....
Tengoklah petang ni macam mana....

Monday, November 20, 2006

Another boring day,

Hujung minggu ni aku lalui dengan penuh kebosanan. Just duduk rumah main games Pro Evolution ngan buat graphic simple-simple kat Photoshop. Akhir-akhir ni komputer aku selalu hang. Tak tahulah kenapa. Maybe dah banyak sangat program ngan software dalam tu. Nak main ngan tipon pun dah boring. Member semua sibuk ngan keja and family masing2.

Photobucket - Video and Image Hosting

Dalam rilek2 sensorang tu, sempat gak aku pegi Pasar Minggu Satok, hari Ahad tu. Beli beli buah epal ngan semangka (tembikai). Lama dah teringin nak makan epal merah. Oklah sampai sini jer dulu . Aku kena pergi bilik tutorial sebab kena bertugas sebagai pembantu peperiksaan (jaga student test) . Byeeee....

Photobucket - Video and Image Hosting


Thursday, November 16, 2006

Jaga exam..

Hari ni aku ditugaskan menjaga student exam. Paper Akuatik. Hari ni jugak hari pertama aku jaga exam. Member aku yang lain dah start dah minggu lepas. Aku lambat sikit sebab aku telah ditugaskan memfotostat kertas exam. Exam 3 jam... korang bayangkanlah apa yang aku buat dalam masa 3 jam tu????

Tuesday, November 14, 2006

Majlis Deeparaya 2006

Photobucket - Video and Image Hosting

Hari ni aku ditugaskan dua kerja bagi sambutan Deeparaya Universiti. Satu, jadi penyanyi, dan satu lagi jadi cameraman. Kalau jadi cameraman oklah jugak, sebab aku memang biasa jadi cameraman dan videoman untuk fakulti. Tapi kalau nak jadi penyanyi tu mintak maaf sikit. Tapi apa boleh buat boss dah suruh. Sayangnya cadangan kami nak buat live band lagu raya tak dapat ditunaikan pihak penganjur sebab kekurangan instrument. Sebab tulah segala perancangan terpaksa kami ubah. Maklumlah kena nyanyi dalam minus one.
Bila pergi jer kat tempat sambutan deeparaya tu, aku ngan kawan memang dah ready bawa minus one masing-masing. Tup, tup, sesapa saja yang rasa nak nyanyi bolehlah naik ke pentas....

Photobucket - Video and Image Hosting

So aku pun apalagi, takmo nyanyilah. Banyak volunteer nak nyanyi. Selamat.......
Tetamu Khas jemputan pada tahun ini ialah, Tan Sri Bujang Noor. Sempat gak ambik beberapa pics beliau.

Photobucket - Video and Image Hosting

Banyak gak juadah yang disediakan pada tahun ni. Biasalah semua fakulti dan jabatan yang terlibat. Aku makan ala kadar jer. Tapi yang paling best, aku sempat bawa balik banyak paket Tongkat Ali ngan Kacip Fatimah. Stok untuk minum pagi.

Photobucket - Video and Image Hosting


Gambar yang aku ambil masa jamuan ni tak berapa banyak. Entah tak tau kenapa pandai rasa malas nak ambik. Maklumlah camera jenis murah nak banding ngan camera orang lain yang lebih jauh canggih dan mahal. Lagi pula aku pakai camera sendiri punya. Fakulti tak bekalkan camera untuk aku ambik gamba. So lantaklah korang. Apa yang aku makan, tulah yang korang kena makan ( gambar)......

Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, November 10, 2006

Beli memory Card Baru...

Photobucket - Video and Image Hosting


Semalam aku pergi Wisma Saberkas masa balik kerja. Saja nak survey memory card untuk N70 aku yang baru beli tu. Current memory aku skang 128 MB, aku nak cari yang 512 MB. Kira ok lah tu... bukannya nak buat ape pun. Beli 1 GB pun kalau kosong pun tak guna. Lagi pun ada member cakap N70 kalau pakai memory card 1GB, application akan jadi slow dan selalu jam. Bila masa survey kat Wisma tu, banyak gak kedai handphone yang menawarkan harga yang baik punya kat aku. Tapi tak tahu kenapa hati tak berkenan. Pastu member ajak pergi Centre Point kat Sarawak Plaza. Dia cakap kat situ ada memory card murah beserta free software ngan antivirus. So aku pun ok jer.
Sampai kat Centre Point adalah dalam 2 buah kedai aku survey tanya harga, dan rasa malas nak pergi cari lagi, aku pun terus belilah memory card DNA 512 MB kat sorang mamat cina ni. Dia cakap nak bagi software yang best2 ngan aku. Satu lagi dia tanya, " lu mauk simpan games gusti kaa??" . Aku pun orait jer. Siap cakap, "Tokey Lu simpan games gusti banyak-banyak OK?". Kawan aku kat sebelah ketawa memanjang. Sot agaknya budak ni.
And then, siap jer tokey tu install dan aku pun dah bayar harga (RM 75) memory card tu. Aku pun checklah games gusti yang tokey tu simpan. Rupa-rupanya games gusti atas katil la pulak...hahahahahaha.... patutlah kawan aku memanjang jer ketawa. Siot punya kawan.
Lepas pergi beli MMC, aku ngan kawan aku yang dua orang lagi ni pun terus merempit ke Banteng Satok. Cari air ngan makan Mee Kolok. Dah lama aku mengidam nak makan mee kolok goreng basah ni.
Bila sampai jer kat umah dan aku nak install MP3 aku kat dalam tipon aku tu, entah lain macam jer pesen memory card aku yang baru ni. Lain software yang ada dalam MMC tu. Aku install pakai komputer, pastu cari dalam handphone takder pulak. Yang buat aku marah, software free tokey tu tiba-tiba pandai hilang. Siot punya tokey. MMC aku yang lama tak der pulak problem.
Last-last terpaksalah aku format balik MMC aku yang baru tu. Sebab tipon aku asyik hang...
habislah gusti atas katil yang lebih 10 buah tu. hehehhehehe...
Tapi takperlah...kurang sikit dosa aku tengok benda jadah tu. Skang sambil buat entry sambil download MP3. Kalau lu olang ada 3gp or MP4 bagus2 punya , boleh kasi share sama saya kaaa....

Perempuanku - Irwansyah (OST Heart)

Photobucket - Video and Image Hosting


Lirik Lagu
Perempuanku - Irwansyah (OST Heart)

Verse :
Biarkan aku di sini untukmu
Aku hanya ingin menghibur malam ini
Malam yg pasti menyenangkan untukmu
Dan tentu untukku

Biarkan di sini aku bernyanyi
Hanya untukku dan untuk menghibur kamu
Dan aku yakin senyummu tulus dan jujur
Hanya untukku

chorus:

Perempuanku engkau cintaku
Tak mungkin bisa bila
Aku jauh darimu
Bisa bila ku pasti sedih
Ku cinta engkau
Cinta pada perempuanku

verse:

Semakin lama semakin ku tahu
Maksud hati tak hanya mencintaimu
Ku ingin habiskan hidupku
Hanya untukmu
*chorus

Ku cinta engkau perempuanku
Perempuanku

Pencinta Wanita - Irwansyah (OST Heart)

Photobucket - Video and Image Hosting


Lirik Lagu
Irwansyah - pencinta wanita (ost heart)

Kutemukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hidupku
kurang lebih yang seperti dia
kuharap dalam cintaku

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku
chorus:
aku memang pencinta wanita
namunku bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia
aku memang pencinta wanita
yang lembut seperti dia
ingin saat ku akhiri semua
kucari yang dalam hidup
cintaku ternyata kumau hanyalah dia
*verse
aku memang pencinta wanita
namun kau bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
kau hanya mencintai aku
*chorus
pencinta wanita
mencintai dia
hanyalah dia

Wednesday, November 08, 2006

Trip to Bintulu

Click The Pics for large view..
Sorry sebab lama tak update blog nie. Bukan apa, masa yang terhad dan comitment yang perlu ditangani segera. Entry untuk hari raya takderlah. Sebab gambo untuk hariraya tu dah kena delete. So malaslah nak buat entry raya kalau takder gambo. Lagi pun, raya tahun ni hantujeraul alakadar jer.... nothing special.
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Ok... hantujeraul baru jer balik travelling dari Bintulu. Trip bermula pada 3 November 2006 dan pulang pada 7 November 2006. Best jugak pergi Bintulu. Maklumlah first time. Kami seramai 5 orang, ada kerja yang kena buat kat Bintulu. (Kerja dirahsiakan) Bukan kerja haram tau...kerja halal punya, cari makan punya kerja.Bertolak dari Kuching ke Bintulu bermula pada pukul 9 pagi. Kata kawan aku dari Kuching ke Bintulu tak sampai 6 jam. Tapi yang peliknya kami sampai dalam 7 lebih. Lebih kurang 10 jam.... heheheh.
Nak tau... kami singgah ada dalam lebih 9 rest stop. Rileks minum kopi. Lachau, Jakar, Sri Aman Junction, Selangau dan banyak lagilah tempat kami berhenti. Tak guna jugak pergi laju2. Bukan ada masa terhad pun.Sampai saja di Bintulu, kami checkin kat Mastama Inn. Badan pun dah penat duduk lama sangat lam Pajero. So tak dapek lah nak ngelayo kat Bandar Bintulu. Sebelum tu sempat gak makan seafood kat Kidurong.
Hari kedua 4 Hb, Bos tak puas hati ngan hotel. So kami berpindah hotel ke Kemena Inn. Boleh lah tahan jugak hotel ni. Lepas Check in kami pun start lah pergi ke station -station tempat kami akan bekerja. Pulang kerja adalah dalam pukul 6 petang.
Ok... dalam trip ni hantujeraul sempatlah singgah di beberapa tempat yang famous di Bintulu seperti UPM, Tanjung Kidurong, MLNG, Taman Negara Similajau dan Ladang Kelapa Sawit yang teramat besarnya di Bintulu. Sempat gak singgah di Pasar Niah. Tengok Gunung Niah dari jauh jer.
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Ladang Kelapa Sawit tempat kami pergi

Photobucket - Video and Image Hosting
Malas nak tulis panjang-panjang kat sini. But, the pictures mean everythings.
Balik travelling pada 7hb November 2006 dalam lebih kurang 7.30 pm .

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting
Rumah Panjang Belilie ( Tuai Rumah bernama Belilie) . Long House.

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting
MLNG pada waktu malam. Gambar sebelah Dam. Tak ingat nama Dam apa...

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting
UPM Bintulu. Sempat singgah sebentar dekat sana.

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting
Rusa yang di bela di UPM Bintulu.

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
Taman Negara Similajau, Bintulu.

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
Menyusuri Taman Negara Similajau.

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
Antara gambar-gambar yang di ambil di Taman Negara Similajau.

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites