Tuesday, March 31, 2009

Video Ah Long kena pukul masa tagih hutang


Video Ah Long kena pukul masa tagih hutang (dengar2 jer). Lokasinya saya kurang pasti, tapi dari orang yang tukang upload video ni, lokasi terletak di Pasar pagi Selayang. Ganas siot..

Lagu Tugasan Minggu ke 4 akademi fantasia 7.Tugasan minggu ke 4 ini agak menarik di mana pelajar lelaki dikehendaki membawa lagu Datuk Siti Nurhaliza dan pelajar wanita pula membawa lagu Amy Search.

Untuk minggu ini juga para pelajar dikehendaki menyanyikan 2 lagu Bonus iaitu, Jerat Percintaan dan Isabella.

Pelajar Lelaki :
Hafiz - Cinta Ini
Qhaud - Di Taman Teman
Yazid - Aku Cinta Padamu
Akim - Destinasi Cinta

Aril - Lakaran Kehidupan
Sidi - Ku Milikmu


Pelajar Wanita :

Aishah - Mentari Merah Di Ufuk Timur
Zizi - Aku Dah Bosan
Rubisa - Tiada Lagi
Isma - Kerja Gila

Claudia - Suralaya Dalam D Major

Lagu yang diboldkan dia tas, antara lagu yang best.. rugi kalau pelajar gagal membawakan lagu ini dengan baik. Kira bonuslah dari rakan-rakan yang lain.

Video Persembahan Hafiz AF7 minggu ke 3


Persembahan terbaik minggu ketiga jatuh kepada Hafiz lagi. Sekali lagi kesemua pengkritik sebulat suara memilih Hafiz menjadi pelajar terbaik dalam konsert, walaupun pada mulanya saya tak berapa yakin dengan kemampuan lagu Mat Disko ini. Namun keupayaan Hafiz membawa lagu ini dengan gaya tersendiri membuatkan ianya amat menarik.
Sayangnya walaupun sudah berjaya membawa lagu ini dengan cukup menarik namun ianya tidak meletakkan Hafiz sebagai Pelajar Terbaik pilihan tenaga Pengajar Akademi Fantasia. Pilihan tenaga pengajar ialah Isma dan Aril yang dikatakan mempunyai peningkatan konsisten dan memberi tumpuan dalam kelas. Apa punya pilihan daaa.... Baik tak yah buat award Pelajar terbaik tu... Semua peminat AF nampak daaa sapa yang terbaik. Apa perasaan student yang betul-betul layak dan menjadi pilihan pengkritik bila sekali lagi tidak terpilih menjadi pelajar terbaik. Jangan hairan bila minggu ke 4 nanti Hafiz tidak berjaya membawa tugasannya dengan baik. Ya lah buat apa buat bagus2 kalau tak dihargai?...

Monday, March 30, 2009

Sujud - Mawi feat KRU


Song :- Sujud - Mawi feat KRU
Artist :- Mawi feat KRU
Click the link below for download this song mp3
Klik pada link lagu dibawah untuk muat turun lagu percuma

Download Song

Lyrics / Lirik lagu Sujud - Mawi feat KRU

Mawi:

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

KRU:

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku (maaf, lirik tak jelas disini)
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

Mawi:

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud…

Hanya mampu sujud…

KRU:

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Mawi:

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

KRU & Mawi

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud…

Hanya mampu sujud…

Putihnya Lukisan - Meet Uncle Hussein


Song :- Putihnya Lukisan - Meet Uncle Hussein
Artist :- Meet Uncle Hussein
Click the link below for download this song mp3
Klik pada link lagu dibawah untuk muat turun lagu percuma

Download Song

Lyrics / lirik lagu Putihnya Lukisan - Meet Uncle Hussein

oh dunia
penuh dengan derita
ada suka
ada juga dukanya
yang disana sedang menahahahaha
yang disini ditimpa malapetaka

ow dunia harini
ow sedihnya
ow tanah dijajah lagi
ow kehahanya

*
jika ku seorang pelukis
akan ku warnai dunia
denga warna putih
agar tiada gelap
lukisannya ow oh oh dan oh

oh manusia
tak ku mengerti sifatnya
ada mulia
ada juga kejinya
yang si tua berbalahkan kuasa
yang simuda mengacukan senjata
(Lirik Lagu Putihnya Lukisan Meet Uncle Hussain di http://hantujeraul.blogspot.com)

ow maruah dijual beli
ow murah nya
ow bumi terbelah lagi
ow bencana

ulang (*)

oh oh oh oh oh oh dan oh lagi

ulang (*)

Pakai Buang - Stacy


Song :- Pakai Buang - Stacy
Artist :- Stacy AF6
Click the link below for download this song mp3
Klik pada link lagu dibawah untuk muat turun lagu percuma

Download Song

Lyrics / Lirik lagu Pakai Buang - Stacy

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)

Hello...kenapa kau tak jawab telefon
dah berlepuh jari menekan nombor sama
lepas berkali kali ku cuba

Ku sangka kau betul...betul jatuh cinta
bodoh sungguh untuk terus percaya
habis madu sepah dibuang sahaja

Ref:

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
biar lah lebih dari sehari
apakah kau sangka ku cinta segera
sakitnya hati dipermain

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
tidak mungkin hanya sementara
apakah kau sangka ku cinta segera
bayangkan la apa ku rasa

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)

Baru saja kenal
kau muncul semula
mengatakan kau sudah berubah
pujuk rayu sampaikan runtuh ke lutut
hampir hampir ku mengalah
untuk memberi kita peluang kedua
tapi kini ku lebih arif
untuk percaya janji lelaki..yeaahyeaahh

Ref:

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah.. (4x)

Jangan..jangan...jangan permainkan

Sunday, March 29, 2009

Gambar-gambar sekitar hari penamaan calon.


Gambar-gambar Penyokong BN dan Penyokong PR pada hari penamaan calon pada hari ini. 29/3/2009.

Gambar-gambar dari Batang Ai, Sarawak.








Thursday, March 26, 2009

Video Mat dan Minah Rempit 2


Apa pendapat korang ngan video di atas dan dibawah ni. Minah dan mat rempit buat whelly. Kalau tak jatuh memang lah bangga... tapi kalau jatuh, memang ada anak dara yang takda payu dara hehehehe...


Tapikan, whelly ni antara salah satu bakat yang susah nak dapat. Bukan semua orang yang boleh buat. Tapi bahayanya pun apa kurang.

Bencinta - Faizal Tahir


Song :- Bencinta - Faizal Tahir
Artist :- Faizal Tahir
Click the link below for download this song mp3
Klik pada link lagu dibawah untuk muat turun lagu percuma

Download Song

Lirik Lagu Bencinta - Faizal Tahir

BENCINTA:

Benarkanku tuk berbicara
bicara terus ke hatimu…..hatimu..
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi tanpa mendengar ku
begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu
berikanlah waktu untuk aku untuk kamu


ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu, benci padamu, cinta padamu

ke tepi lihat ku berlalu
pasti itu yang terbaik untuk ku
tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu tentang mati kamu
aku tahu engkau tahu apa yang mataku tahu
apa yang kau tunggu mahu aku buka pintu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu sedangkan aku mahu kau tahu
dengar kata ku aku cinta padamu
benci padamu cinta padamu

sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci…. kamu…
aku cinta….kamu…

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
sedangkan aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta padamu
benci padamu
padamu…..

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci
padamu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
dengar kata ku
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci

Pemilihan UMNO, Khairy dan Shahrizat jadi Pilihan


Nampaknya kita akan ada menteri kabinet yang baru... Khairy Jamaludin... Semalam kebanyakan chanel tv menyiarkan siaran langsung pemilihan UMNO ni...

KUALA LUMPUR - Walaupun diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO, Khairy Jamaludin ternyata mampu bangkit dan terpilih menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan semalam.

Selain itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil buat pertama kali terpilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Khairy, 33, memenangi jawatan itu selepas mendapat 304 undi menewaskan dua pencabarnya, Datuk Mohamad Khir Toyo, 43, dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir, 45.
Anak bekas diplomat Datuk Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Rahmah Abdul Hamid itu ialah lulusan Universiti Oxford, United Kingdom sebelum menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan seterusnya menjadi Ahli Parlimen Rembau.

Sementara itu, kemenangan yang sama diraih Shahrizat, 56, apabila beliau menumpaskan penyandang jawatan Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz, 66, dengan majoriti 227 undi.
Shahrizat yang sebelum ini Naib Ketua Wanita UMNO memperoleh 507 undi, jauh mengatasi Rafidah yang mendapat 280 undi sahaja. Rafidah memimpin pergerakan itu selama hampir 30 tahun.

Shahrizat, anak kelahiran Pulau Pinang, dan dikenali sebagai anggota setia parti, merupakan seorang majistret pada 1977 setelah memperoleh ijazah undang-undang Universiti Malaya pada tahun yang sama.

Beliau kemudian membuka firma guamannya sendiri sebelum aktif dalam politik.
Bermula dengan menjadi anggota pasukan undang-undang Biro Ekonomi dan Hal Ehwal Wanita pada 1987, beliau dipilih mengetuai Wanita UMNO Kepong Baru dua tahun kemudian sebelum menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Kerjaya politiknya semakin menyerlah selepas beliau dipilih menjadi anggota Exco pergerakan Wanita UMNO bagi penggal 1993-1996 selepas mendapat 369 undi dan mengekalkan kedudukan untuk penggal seterusnya.
Dalam pada itu, jawatan Naib Ketua Pemuda pula dimenangi Datuk Razali Ibrahim dengan mendapat 417 undi selain mengesahkan kedudukan calon tunggal Naib Ketua Wanita kepada Kamilia Ibrahim.

Bagi Ketua Puteri UMNO, jawatan itu dimenangi oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dari Papar, Sabah yang mendapat 245 undi mengalahkan lima lagi calon iaitu Ismalina Ismail (59), Datuk Shahaniza Shamsuddin (239), Ida Rahayu Md. Noor (146), Saarah Ali Bashah (3) dan Bibi Sharliza Mohd. Khalid (86).

Jika Engkau Pergi - Imran Ajmain (OST Yusuff slot Samarinda)


Lagu di request oleh Shrek via shoutbox... enjoy da song..

Song :- Jika Kau Pergi (Ost Yusuff slot Samarinda TV3)
Artist :- Imran Ajmain
Click the link below for download this song mp3
Klik pada link lagu dibawah untuk muat turun lagu percuma

Download Song


Lyrics / Lirik lagu Jika Kau Pergi (Ost Yusuff slot Samarinda TV3)by Imran Ajmain

Verse 1

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta


Prechorus 1

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Chorus

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Verse 2

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Prechorus 2

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Ulang Chorus

Bridge

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah

Solo/Music Break

Ulang Chorus

Wednesday, March 25, 2009

Keganasan Mat Rempit

Bahaya tul mat rempit sekarang... Hati-hati kepada orang awam di luar sana. Perkara camnie mungkin akan terjadi kepada anda...

Dear Residents
If you watch the recording carefully, you will note that there are six of these guys on Motorcycles.
Should you notice a group of these motorcycles in your Taman, immediately call the Police to investigate.
Do not wait for your neighbour to call the Police do it yourself, we must ensure that these robbers have no place to hide.

Thanks again to Andy Lim for the head-ups.
Regards
Robert

Tuesday, March 24, 2009

Lagu Tugasan Pelajar Akademi Fantasia 7 Minggu Ketiga

Lagu Tugasan Pelajar Akademi Fantasia 7 Minggu Ketiga:

PELAJAR WANITA
CLAUDIA - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
ZIZI - Ini Rindu (Farid Harja)
AISHAH - Mata ( Noorkumalasari)
RUBISA - Angan-angan (Raja Ema)
ISMA - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
RINI - Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)

PELAJAR LELAKI
HAFIZ - Mat Disko (Sudirman)
AKIM - Anak Gembala (Sudirman)
YAZID - Pawana (Search)
QHAUD - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)

OBRI - Abang Beca (Broery Marantika)
ARIL - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
SIDI - Hanya di Radio (Headwind)

Lagu yang diboldkan itu adalah lagu yang menarik. Kira bonus kepada pelajar yang dapat. Kalau diorang bawa tak best jugak... baik amek beg kuar jer...

Video Persembahan Hafiz AF7 Minggu kedua.


Video persembahan minggu kedua Hafiz Akademi Fantasia 7. Sekali lagi Hafiz mempamerkan persembahan terbaik untuk musim ke 7 ni. Tapi kenapa pulak si Qhaud yang jadi pelajar terbaik??? Sedangkan sudah terang lagi bersuluh yang para pengkritik menobatkan Hafiz sebagai terbaik. Kalau nak bagi anugerah pelajar yang ada peningkatan sebagai pemenang Pelajar terbaik, bagus tukar nama hadiah tu sebagai Pelajar Transformasi....

Monday, March 23, 2009

Gambar Zakiah Anas Berkemban?

Gambar selebriti pengacara TV3 popular , Zakiah Anas berkemban dengan tuala menjadi isu hangat terkini dan sedang berlegar di alam cyber . Gambar Zakiah Anas berkemban seperti gambar di bawah tidak pasti samada gambar betul, sumper impose atau orang lain yang wajah seiras dengannya

Kalau betul ini gambar Zakiah Anas, pengacara 999 yang sekarang bergelar janda, siapa pula yang tukang ambil gambarnya? Takkan lah Zakiah Anas sanggup berpossing berkemban begitu daring sekali walau pun dalam bilik.

Nak berkemban, berkembanlah tapi jangan ambil gambar.

Tapi kalau dilihat dalam rancangan 999, Zakiah Anas memang sering terampil dengan seluar jeans yang ketat pada setiap minggu.

Walau Zakiah Anas sanggup bergambar berkemban atau gambar sumper impose kesian juga kat Kak Kiah ni menjadi mangsa. Kalau betul gambar Zakiah Anas berkemban dengan tuala ni adalah memang Zakiah Anas yang betul , siapa yang menyebarkan gambar ni yang patut dipersalahkan.

Ya lah orang dah popular kalau bergambar berkemban dengan tuala macam ni memanglah jadi isu hangat tetapi kalau mak cik-mak cik di kampung yang berkemban sambil menyidai pakaian takde siapa pun yang ambil kisah huhu..

Sumber : ISUHANGAT

Friday, March 20, 2009

Tuntutan Rebat Tunai dilanjutkan ke 14 April

Salam, semua. Berita baik buat pemilik kereta yang belum mengambil lagi rebat subsidi minyak mereka. Pihak kerajaan telah melanjutkan lagi tempoh tuntutan dari 31 MAc ini sehingga 14 April nanti... So kepada yang belum, apa lagi...

Tuntutan Rebat Tunai Dilanjutkan Ke 14 April

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kerajaan melanjutkan tempoh tuntutan rebat tunai bagi subsidi petrol kepada pemilik kenderaan, yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac, sehingga 14 April ini.

Menurut satu kenyataan Pos Malaysia hari ini, pemilik kenderaan yang layak digalakkan memperbaharui cukai jalan kenderaan di mana-mana 691 pejabat pos di seluruh negara untuk membolehkan mereka menerima rebat tunai pada hari yang sama.
Pemilik kenderaan yang layak juga boleh membuat tuntutan melalui portal transaksi dalam talian Pos Malaysia PosOnline di www.posonline.com.my yang mempunyai kemudahan untuk memasukkan tuntutan rebat ke dalam akaun bank masing-masing.

"Bagi yang tidak dapat buat tuntutan pada waktu bekerja, mereka boleh mengunjungi pejabat-pejabat pos yang beroperasi selepas waktu bekerja atau pejabat pos yang dibuka pada hari minggu," menurut kenyataan itu.

Pada Jun tahun lepas, kerajaan mengumumkan pembayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan bagi mengurangkang beban orang ramai berikutan kenaikan harga bahan api itu.

Pemilik kenderaan berkuasa 2000cc ke bawah, pikap dan pacuan empat roda yang berkuasa 2500cc ke bawah akan diberi rebat RM625 setahun manakala pemilik motosikal berkuasa 250cc ke bawah menerima rebat RM150 setahun.

-- BERNAMA

Thursday, March 19, 2009

Setiap satu Download Dapat Rm 0.25. Best!!!



Salam buat semua pengunjung blog hantujeraul. Dalam entry kali ni, Jeraul nak kongsi satu lagi jana pendapatan internet kepada anda. Maklumlah sekarang nikan ekonomi tak menentu. Kepada pekerja-pekerja yang dah takder keja or nak menambah pendapatan sampingan, anda bolehlah mencubanya. Jana pendapatan internet ini juga saya perkenalkan kepada anda semua sebagai menghargai kesetiaan anda mengunjungi blog hantujeraul ini. Mudah dan percuma sahaja. Just, promosikan download ebook panduan buat duit secara PERCUMA! Daftar dan promosikan link affiliate anda kepada pelawat / pelayar web dan rakan-rakan anda. Untuk setiap download anda akan dibayar RM 0.25. Jika 100 download, dapat RM25.00, kalau 1000 download, sudah berapa yang anda dapat??? Menarik bukan?

Sungguh mudah sebab ebook ini PERCUMA, daftar ejen affiliate juga PERCUMA. Banner dan artikel promosi juga diberikan PERCUMA! Tapi jasa anda promosikan ebook ini tidak percuma, malah anda dibayar.

Jangan buang masa lagi, daftar di JADI AGEN AFFILIATE (KLIK SINI) dan nanti anda akan dapat link untuk download ebook dan seterusnya cara mendaftar ejen affiliate ebook tersebut.

Apa yang anda tunggu lagi?.. Mulakan janaan pendapatan sampingan anda sekarang.


Tuesday, March 17, 2009

Result SPM Diana Danielle ???

Kenal dengan Diana Danielle?? Jeraul baru jer dapat info pasal Diana ni. Hasil info yang geng Jeraul dapat, dak ni dapat 2A dan 5B dalam exam SPM.

Pelajar Sekolah Menengah Sri Inai, Hulu Klang itu memperoleh dua A dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan lima B membabitkan mata pelajaran Sains dan Teknologi, Kimia, Fizik, Bahasa Melayu dan Geografi.

Menurut ibu Diana, Diana tidak berpuas hati dengan keputusannya ini kerana dalam percubaan, Diana mendapat 5A. Dah rezeki dek oi... tu pun kira bagus lulus. So PLKN camner...kena tunda lagi ke dik?

Lagu Tugasan Minggu Kedua AF7

Kali ni pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh dapat 2 lagu tugasan. Berikut adalah senarai lagu tugasan mereka minggu ini:

Yazid - Lelaki Ini (Anuar Zain) & Fikirlah (Aizat)
Aril - Benar-Benar (Adam) & Robot (Adam)
Qhaud - Bila Nak Saksi (Spider) & Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
Sidi - Selamat Ulang Tahun (Imran Ajmain) & Kukoo (Ferhad)
Obri - Akan Tiba (Aliff) & Ada Untukmu (Nubhan)
Hafiz - Cinta Ini Membunuhku (D'Masiv) & Toyol (Aznil Nawawi)
Akim - Satu (Dewa 19) & Buronan Cinta (D Lima)
Rubisa - Dingin (Ziana Zain) & Gagap (Stacy)
Claudia - Ku Mahu (Siti Nurhaiza) & Wanita (Siti Nurhaliza)
Adila - Merawat Luka Terpendam (Liza Hanim) & Asyik (Amelina)
Aishah - Coba (Faizal Tahir) & Gila (Mila)
Zizi - Sembilu (Ella) & Wonder Woman (Mulan Jameela)
Rini - Aku Sindarela (Amylea) & Kiblatku (Hazami)
Isma - Jat Da Da Da (Dia Fadilla) & Hello (Farah Asyikin)

Perompak Kejam Myanmar mati dibelasah


Dua anggota polis memeriksa mayat lelaki Myanmar
yang mati dibelasah di Bukit Selambau, Sungai Petani semalam.

Memang gila babas nyer perompak. Cam mafia. Dah lah buat kes jenayah kat negara orang. Tapi nasib dia pun sama gak ngan mangsa dia. Bahaya tul Malaysia skang ni.

SUNGAI PETANI – Tunjuk samseng tembak orang, alih-alih nyawa sendiri melayang.
Demikian nasib seorang perompak Myanmar yang mati dibelasah lebih 100 penghuni rumah kongsi yang berang selepas seorang rakan mereka ditembak oleh lelaki itu.


Lelaki yang mati itu merupakan seorang daripada lima penjenayah yang cuba merompak rumah kongsi di Bukit Selambau di sini yang didiami kira-kira 1,000 rakyat asing yang kebanyakannya merupakan rakyat Myanmar.

Jurucakap polis berkata, semasa kejadian pukul 8.30 malam kelmarin, lima penjenayah dipercayai warga Myanmar telah menyerbu sebuah rumah kongsi yang didiami kira-kira 20 lelaki yang bekerja dengan sebuah kilang papan.

Seorang daripada lelaki itu memiliki pistol manakala empat lagi berparang. Para pekerja kilang papan tersebut dipercayai baru menerima gaji pada sebelah pagi hari kejadian.

“Lelaki itu terus mengarahkan supaya kesemua mangsa menyerahkan wang dan barangan berharga masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, jurucakap polis itu berkata, beberapa penghuni rumah kongsi itu termasuk mangsa cuba meminta simpati memandangkan mereka sama-sama berasal dari Myanmar.

Namun, ujar beliau, rayuan mangsa-mangsa itu tidak diendahkan. Dalam suasana tegang, suspek yang bersenjatakan pistol terus mengacukan senjata itu ke arah mangsa yang mula agresif.

Lelaki yang berpistol itu kemudian cuba menyentap rantai leher yang dipakai mangsa itu namun mangsa enggan menyerahkannya menyebabkan perompak itu melepaskan tembakan ke kepalanya.

Berang melihat tindakan lelaki itu, kumpulan 20 penghuni dengan dibantu rakan-rakan yang tinggal di rumah kongsi bersebelahan mengamuk menyebabkan kelima-lima perompak tersebut cuba melarikan diri.

Tak Ada Yang Bisa - Andra And The Backbone


Song :- Tak Ada Yang Bisa - Andra and The Backbone
Artist :- Andra and The Backbone
Click the link below for download this song mp3
Klik pada link lagu dibawah untuk muat turun lagu percuma

Download Song

Lyrics / Lirik lagu Tak Ada Yang Bisa - Andra And The Backbone

D
Saat ku pejamkan kedua mataku
F Bm
Dan kubayangkan di sampingmu
G Em D
Kurasakan slalu hangatnya pelukmu itu

D
Dan ku genggam lembut kedua tangan
F Bm
Seakan takut kehilanganmu
G Em A
Kuingin selalu hatimu untukku


Reff:

D Bm - G - Em - A
Tak ada yang bisa......
D Bm - G - Em - A
menggantikan dirimu....
Bm A Em G
Tak ada yang bisa membuat diriku
D
jauh darimu...

D
Dan ku genggam lembut kedua tanganmu
F Bm
Seakan takut kehilanganmu
G Em A
Kuingin selalu hatimu untukku

Reff:

D Bm - G - Em - A
Tak ada yang bisa......
D Bm - G - Em - A
menggantikan dirimu....
Bm A Em G
Tak ada yang bisa membuat diriku
D
jauh darimu...


Interlude : Bes - C - D (3x)
Bes - C - G - A


Reff:

D Bm - G - Em - A
Tak ada yang bisa.....
D Bm - G - Em - A
menggantikan dirimu.....
D Bm - G - Em - A
Tak ada yang bisa.....
D Bm - G - Em - A
menggantikan cintamu.....
D Bm - G - Em - A
Tak ada yang bisa.....
D Dm - G - Em - A
menggantikan hatimu.....
Bm A Em G
Tak ada yang bisa membuat diriku
D
jauh darimu...

Monday, March 16, 2009

Chinese Technology and Engineering


Sama ada gambar ini betul asli atau hanya 'trick' photoshop, terpulang lah kepada pandangan masing-masing. Bagi pandangan Jeraul, jikalau gambar 'capasitor' ini betul ia adalah sangat merbahaya. Mengapa mereka buat begini ?. Sudah pasti lah untuk jimat kos supaya barangan boleh dijual dengan harga yang murah. Kapasitor seperti ini terdapat pada hampir semua barangan elektronik termasuk komputer.

Kepada sesiapa yang beli barangan elektronik buatan China, anda kena terima hakikat yang Kapasitor seperti dalam gambar itu mungkin ada didalam barangan yang anda beli. Anda juga perlu lah bersedia untuk beli barangan yang baru, kerana kalau rosak, samaada tak boleh diperbaiki langsung atau kalau boleh 'repair' pun, nanti kos nya tak balik modal, lebih mahal dari beli baru.

Paling haru or paling ditakuti adalah kemungkinan juga boleh mengakibatkan letupan atau kebakaran... huhuhuhhu

Sekian

Adlin Aman Ramli dah bertunang

Akhirnya, Adlin Aman Ramli kini sudah bertunang dengan Emelda. Sempat promot dalam konsert pertama Akademi Fantasia 7 gitu. Selepas empat tahun menganyam cinta, pelakon Emelda Rosmila semalam sah menjadi tunangan Adlin Aman Ramli.

Tambah manis apabila mereka ditunangkan pada hari ulang tahun kelahiran Emelda yang ke-29 di rumah pusaka milik keluarganya yang sudah setahun ditinggalkan di Kampung Melayu, Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh.

Selain bertukar hantaran lima belas dulang berbalas tujuh, Emelda yang anggun berbaju kurung moden berwarna putih disarung cincin pertunangan oleh ibu saudara Adlin, Jumaiyah Sidek di atas pelamin indah bertema putih dan hitam.

Pasangan tersebut sepakat untuk melangsungkan pernikahan pada hari ulang tahun kelahiran Adlin ke-37 pada 23 Mei ini dengan mas kahwin RM1,001 dan wang hantaran RM30,000.

Turut hadir pada majlis pertunangan mereka ialah ibu Adlin, pelakon veteran, Ruminah Sidek, kakak Emelda, pelakon Emylia Rosnaida, produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dan sanak keluarga terdekat.

Video Persembahan Hafiz Minggu Pertama AF7


Persembahan minggu pertama AF 7 dari Hafiz. Lagu yang dibawa adalah Lagu Kita, penyanyi asal Aizat. Bagi saya, ini adalah persembahan terbaik pelajar2 AF7. Good Job.

Friday, March 13, 2009

Antara Mainstream, Underground dan Indie

Kekeliruan terhadap term Indie, Underground dan Mainstream sering menular sehingga ketiga-tiga platform ini serabut, lalu menjadi trademark personaliti, yang mana kadang-kadang di salah ertikan sebagai fesyen, identiti individu dan juga menjadi sebutan yang cool untuk menunjukkan diri berada di tempat kalangan golongan peminat muzik, yakni individual poser / groupy.

Berikut adalah fakta mengenai ketiga-tiga platform ini, yang dibuat melalui kajian, koleksi dari data primer dan sekunder, selain menjadi subjek matter saya dalam
menghasilkan tesis. Namun saya kongsikan juga kepada kalian memandangkan perlunya info ini mendapat tatapan umum, seperti anda peminat muzik.

Jenis-jenis muzik aliran Mainstream adalah yang sedap didengar/radio friendy, dekat kepada society atau dalam kata lain muzik yang selalu didengar keluar dari mana² media massa seperti Pop Balada, Dangdut, R&B, Rock, etc. Kebanyakannya disupport oleh major recording labels (EMI, Sony Music, BMG, etc.). Ia bertanggungjawab dalam bahagian marketing music recordings dan music videos, disebalik itu juga ia menguruskan hal brand dan trademarks; pengeluaran CD, kilang, distribusi, promosi, dan copyright protection lagu² dan muzik video artis. Dibawah record label,artis hanya datang utk recording, show dan follow company instructions and rules, memandangkan mereka telah sain kontrak dalam tempoh yang tertentu.Setiap promosi dilakukan oleh pihak ini. Si artis hanya akan menunggu royalti hasil jualan abum dan duit bayaran show.

Manakala Underground adalah sebuah platform bebas untuk berkarya tanpa batasan, yang rata-rata lagunya dihasilkan mengikut citarasa sendiri serta lebih berunsurkan agresif ekspresi, politikal, idea yang berat dan hanya boleh diterima sebilangan orang. Kelompok ini mempunyai culture & attitude tersendiri, seperti Skinhead, Punk, dan Hardcore sebagai teras. Diantara jenis-jenis music aliran ini seperti Metal, Street Punk, Hardcore, Oi! dan banyak lagi jenis muzik yang baru sudah pun lahir melalui proses crossover, seperti Crustcore, Metalcore, Ambient, Experimental, Pop Punk dan sebagainya.

Independent dalam term music lebih dikenali dengan nama singkatan Indie, iaitu golongan musician yang berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan dari major label. Seratus peratus adalah hasil titik peluh sendiri, dari proses rekoding sehinggalah distribusi. Musik yang dimainkan bebas, tidak kiralah jenis apa pun, sama ada jazz, blues, ska, rock, pop, dangdut, reggae, hip hop dan sebagainya. Sesetengah individu keliru dengan term ini. Ada sesetengah yang berpendapat Indie adalah genre muzik. Namun melalui kajian dan perbandingan yang dilakukan, ternyata ia adalah sebuah platform bagi golongan kreatif ini dalam menghasilkan muzik radio-friendly, mengikut citarasa musician itu sendiri.

Impak dari band - band Indie ini dilihat lebih berkesan kepada audien yang mencari kelainan selain citarasa dari aliran Mainstream, namun tidaklah pula begitu berat ke arah Underground. Ia ibarat gempak suam-suam kuku. Ini kerana penyebaran materialnya masih terhad,seperti yang dinyatakan tadi, seratus peratus adalah buatan sendiri yang mana dalam hal ini menyentuh kepada distribusi. Sebagai contoh, kita ambil band Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet dan sealiran dengannya. Saya hairan bilamana ada individu yang memboikot band-band Indie yang dikatakan meminta bayaran, walhal mereka cuba untuk meraih rezeki. Wahai kalian, patut dihighlightkan disini bahawa, itulah hak band Indie, untuk terus hidup.

Ketiga-tiga aliran ini, Mainstream, Underground dan Independent juga sering berkait rapat, bilamana salah satunya convert ke salah satu aliran itu. Bermula sebagai Indie artis, kemudiannya mendapat tawaran dari major label utk kemudahan distribusi, pengilangan, hakcipta dan sebagainya. Otomatis menjadi mainstream. Contoh terdekat adalah, Blur, The Flaming Lips, Oasis, Pulp, Too Phat, OAG, Flop Poppy dan banyak lagi. Ini adalah proses yang sihat bagi seseorang musician atau band, atau dalam kata lain, rezeki atau bonus. Begitu juga dengan Underground. Antara contoh ketara peralihan dari aliran ini, band Sham 69, Sex Pistols, Cradle of Filth, Soldiers of Allah, A.C.A.B. dll.

Jadi kepada anda, individu yang tidak mengerti apa-apa mengenai ini, yang sering meludah keluar perkataan ini sebagai trademark individual, bangkit dan belajarlah membaca, buatlah kajian, internet dah ada, kalau ke perpustakaan pun dah malas nak pegi.

Dari mata pena;
Roskalas

Gaza Hope Charity Concert for Palestine


Event pada 21 dan 22 March nanti di Amphitheatre. Sayang band aku lambat nak join. Dengar2 ada lebih 20 buah band akan buat persembahan bagi mengutip derma untuk Gaza. Time tu gak aku gi outstation, sayang tol tak dapat tengok band otai Swk main iaitu VORMIT. Band Guru pun main skali. Kepada sesapa yang suka pergi gig tu, jangan lupa 21 dan 22 March nanti gi ramai-ramai ke Amphitheatre Kuching. Rugi tak pegi, banyak band otai yang join.

Gaza Hope Charity Concert for Palestine
Current mood: creative
Category: Music

Gaza Hope ini adalah anjuran bersama Sarawak Peace Project (SPP) dan Kuching Connection (KC) Management. Gaza Hope berlangsung selama 2 hari iaitu pada 21-22 March 2009. Pada hari pertama, pertandingan shuffle akan diadakan dan disusuli dengan persembahan daripada band-band indie pada hari kedua. Masuk adalah percuma tetapi pihak kami ada menjual T-shirt Gaza Hope di mana semua hasil penjualan akan terus diserahkan kepada NSTP untuk disalurkan kepada Palestine. Maka, disamping kita dapat berhibur, kita juga dapat menyumbangkan bantuan kepada masyarakat Palestine yang tgh di kemelut peperangan dan memerlukan segala jenis bantuan perubatan serta makan. Harap mendapat sokongan daripada anda semua =)

Polis Wanita Iran

Women Police of IRAN, Siapa kata Muslimah tidak boleh lakukan aktiviti lasak. Dengan pakaian yang sesuai, muslimah pun boleh..lihatlah aktiviti panjat dinding tu..

Agak-agak kat Malaysia ni, bila dapat buat camnie...







Post asal : Blog Untuk Sesama Insan

Thursday, March 12, 2009

Senarai terbaru 20 terkaya di dunia

Senarai terbaru 20 terkaya di dunia

NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:

1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)

3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)

6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman

10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP

Aku , Dia dan Kamu - Nadia and Red Peanut


Song :- Aku, Dia dan Kamu
Artist :- Nadia AF dan Red Peanut band
Click the link below for download this song mp3
Klik pada link lagu dibawah untuk muat turun lagu percuma

Download song

Lyrics / Lirik Lagu Aku, Dia dan Kamu - Nadia AF & Red Peanut

Jangan ada tidak percaya
Jangan bilang kebencianmu
Hati ini selalu mengharapkan
Kau dan aku bisa bahagia
Air mata di sisi ini
Saat kamu jauh di sana
Jangan ada selingkuh dusta
Kau dan aku harus setia

Engkau dan aku tidak mahu
Orang ketiga menghancurkan
Karena cinta telah lama disatukan

Kita di sini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan

Aku tak bisa menduga hatimu
Andainya bisa ku peluk bayangmu
Di antara kita tidak ada siapa mengganggu

Kita di sini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan

Engkau dan aku (engkau dan aku)
Tidak mahu (tidak mahu)
Orang ketiga (orang ketiga) menghancurkan (menghancurkan)
Karena cinta telah lama disatukan
Disatukan

Disatukan......

Wednesday, March 11, 2009

N.O.T.E.S at Jamm Band Gig


Salam, Sabtu lepas band eksperimen Jeraul, N.O.T.E.S band perform dalam gig buat pertama kalinya sejak penubuhan rasmi sebulan yang lepas. Gig ini dianjurkan oleh Disharmonic Movement dan band Lucille. Banyak gak band-band lain perform pada hari tu. Venue gig ni terletak di Disharmonic Studio, Centre Point belakang Sarawak Plaza.

N.O.T.E.S satu-satunya band pada hari itu mempersembahkan muzik reggae, kami bawa 2 buah lagu reggae hasil ciptaan kami sendiri. Kalau nak dengar, kena tunggu sedikit masa lagi. Belum cukup waktu nak
demo, almaklumlah band member semua ada kerja dan hal masing-masing.

N.O.T.E.S memulakan persembahan dengan lagu cover dari Carburetor Dung, Boo Hoo Clapping Song. Featuring dengan Saypul (gmbr atas) anggota kumpulan United Kid Of Oi aka tuan punya Disharmonic Blog. Crowd pun sporting untuk nyanyi sama-sama.


"We rock the world"...... " I walk along alonely, why should we hear your problem...."
Crowd pada hari gig tersebut. OOOhhhaaaaa.... next week , we come again with new performance.

Tuesday, March 10, 2009

Tiara Jacquelina Pengetua Akademi Fantasia 7 (AF7)


Akhirnya, teka teki siapa Pengetua Baru AF7 sudah terjawab. Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia Pasifik, Datin Seri Tiara Jacquelina terpilih sebagai Pengetua Akademi Fantasia ke 7 (AF7).
Nampaknya tahun ni Puteri Gunung Ledang lah yang akan duduk di kerusi panas pengetua AF. Selepas mencipta fenomena menerusi teater Puteri Gunung Ledang The Musical, kini dia bakal menggalas cabaran dalam program realiti paling popular itu.

Selain Tiara, antara tenaga pengajar yang terlibat dalam AF musim ini terdiri daripada Hashridz Murshim, Ida Nerina, A.Aris Kadir, Fatimah Abu Bakar, Siti Hajar Ismail dan Syafizawati Sharif.

Apa motif dua orang pelakon menjadi tenaga pengajar dalam AF ni? Setelah meletakkan Ida Nerina, kini muncul plak Datin Seri Tiara Jacquelina.

Lagu Tugasan Minggu Pertama Akademi Fantasia 7

Lagu tugasan minggu pertama Akademi Fantasia 7 (AF7)

ADILA - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)
ISMA - Sepi (Yuni Shara)
RINI - Elegi Sepi (Azharina)
CLAUDIA - Sempurna (Andra & The Backbone)
ZIZI - Molek (Elyana)
AISHAH - Dan Sebenarnya (Yuna)
RUBISA - Matahariku (Agnes Monica)

QHAUD - Phoenix Bangkit (M.Nasir)
YAZID - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
SIDI - Terima Kasih Cinta (Afgan)
HAFIZ - Lagu Kita (Aizat)
OBRI - Jeritan Batinku (P.Ramlee)
ARIL - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
AKIM - Hatiku Kau Luka (Alleycats)

Yang aku bold tu antara lagu yang ngetop... rugi kalau diorang tak dapat bawak lagu tu dengan baik. Bonus tuuu...

14 Calon Pelajar Akademi Fantasia 7

Berikut adalah senarai calon pelajar yang telah terpilih untuk Akademi Fantasia musim ke 7. Ada 14 calon pelajar semuanya.

1. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
2. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
3. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
4. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
5. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
6. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
7. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).
8. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
9. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
10. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
11. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
12. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
13. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
14. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

Here is the beginning of my post. And here is the rest of it.

Sunday, March 08, 2009

Sepah Juara Raja Lawak Musim ke 3

Berjaya juga kumpulan feveret Jeraul ni menjadi Juara Raja Lawak musim ke 3. Satu-satunya peserta berkumpulan yang dinobatkan menjadi juara setelah musim pertama dan musim kedua dimenangi oleh peserta solo iaitu Yus (Raja Lawak 1) dan Nabil (Raja Lawak 2. Dan ini juga adalah tekaan saya yang kedua menepati sasaran. Tekaan saya yang pertama dulu bila saya jangka kumpulan Meet Uncle Hussein akan menjadi Juara Lagu.
Berikut adalah senarai koleksi video lawak kumpulan Sepah dari Minggu pertama hingga minggu final untuk anda semua.



Video Kumpulan Sepah Raja Lawak ke 3, Final part 1 (persembahan pertama).


Video Kumpulan Sepah Raja Lawak ke 3, Final Part 2 (Persembahan kedua).

Klik Read More untuk koleksi Video Lawak kumpulan Sepah



Video Kumpulan Sepah Raja Lawak ke 3, Minggu ke 9. Pasal Cinta..


Video Kumpulan Sepah Raja Lawak ke 3, Minggu Ke 9. Ini adalah tugasan kedua pada minggu ke 9. Peserta diberi objek dan seterusnya membuat lawak. Diorang dapat Pam basikal.


Video Kumpulan Sepah Raja Lawak ke 3, Minggu ke 8. Ini adalah kejutan bagi minggu ke 8. Para peserta di minta membuat Silent Comedy... Jozan memang lawak... habis budak Sepah ni terkena..hehehe.


Video Kumpulan Sepah, Raja Lawak ke 3, Minggu ke 8. Cerita pasal diorang jadi Kapur...


Video Kumpulan Sepah, Raja Lawak musim ke 3, minggu ke 7
.

Video Kumpulan Sepah, Raja Lawak musim ke 3, minggu ke 6.


Video Kumpulan Sepah, Raja Lawak musim ke 3, Minggu ke 5.


Video Kumpulan Sepah, Raja Lawak musim ke 3, Minggu ke 4.


Video Kumpulan Sepah, Raja Lawak musim ke 3, Minggu ke 3.


Video Kumpulan Sepah, Raja Lawak musim ke 3, Minggu ke 2.


Video Kumpulan Sepah, Raja Lawak musim ke 3, Minggu Pertama

Friday, March 06, 2009

Temuduga Terbuka

Temuduga Terbuka

TEMUDUGA SEBAGAI "CALON JENAZAH"
--------------------------------

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.



Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

Thursday, March 05, 2009

Claudia AF 7 bekas Penyanyi Season Jammer.

CLAUDIA FAY GERES, calon pelajar AF 7 rupa-rupanya bekas vocalist kumpulan Season Jammerz. Salah satu group band yang top kat area sekitar Kuching dulu.. Diorang ni pun pernah masuk Rentak Juara, rancangan kendalian RTM dulu. Tapi tak pastilah yang diorang ni sampai ke mana.

Patut cam familiar jer...

Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 7

Pics Kredit To Sultan Muzaffar

Banyak gak calon pelajar dari Sabah dan Sarawak tahun ni... for Sarawakian, gud luck to you all. Belum lagi ada pengganti Bob AF 2.

Senarai 10 calon pelajar lelaki

1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)
2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah)
3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)
6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).

Senarai 10 calon pelajar perempuan

1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah)
2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah)
6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)





















Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites