Showing posts with label Movie Review. Show all posts
Showing posts with label Movie Review. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Filem Bukit Kepong Akan Dihasilkan Semula


Adakah filem baru ini akan dapat menandingi filem asal Dato Jins Shamsudin?
Sama-sama kita tunggu..

Syamsul mahu terbit Bukit Kepong

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Pengarah filem box office, KL Gangster, Syamsul Yusuf kini dalam perangkaan untuk membuat semula filem sejarah negara, Bukit Kepong yang akan melibatkan belanja sebanyak kira-kira RM6 juta.
Menurut anak kepada pengarah filem, Datuk Yusuf Haslam itu, beliau kini melakukan kajian dalam memastikan adaptasi tersebut mampu mengangkat kembali peristiwa itu.

"Saya optimis dalam menghasilkan filem mengenai peristiwa bersejarah ini.

"Bagi saya, filem epik sebegini seharusnya diangkat kembali bagi memperingati pejuang yang telah berkorban untuk negara," katanya ketika ditemui di rumah terbukanya di sini, semalam.

Selain itu, katanya, beliau juga akan cuba mendapatkan pelakon, Rosyam Nor dan Remy Ishak untuk menjayakan filem tersebut.

Jelasnya, filem tersebut mungkin memulakan penggambaran selewat-lewatnya tahun depan.

Thursday, August 04, 2011

1967 Chevy Impala - Supernatural Car


Sapa minat drama bersiri Supernatural, angkat tangan..hahaha
Aku baru jer habis tengok minggu lepas..kesemua 5 season, dekat 2 bulan gak aku nak abiskan.. maklumlah banyak kerja skang..
Dari apa yang aku suka tengok dalam cerita ni ialah , kereta yang dipakai kedua beradik Winchester tu. Hebat siot..
Sini aku nak tepek artikel pasal kereta 1967 Chevy Impala tu..

The Chevrolet Impala is one of the older vehicles and working more and more manufactured. With its long history of the automobile took over many functions. What was once a luxury car end up mentality, has recently become more close to the family
sedan budget. Current style is, however, does not remember the good old days when cars had the curves of the body most unique and accents. Chevrolet Impala 1967 marked almost a decade of production, and added to what was to become a customer base and growing popularity. Today, the model is very popular with collectors and fans.
The Model 67 was part of the third generation has been completely renovated in what is offered to design the drive train and body of the original. While the first decade saw the Chevy cars is more expensive, prices and equipment

levels were reduced by 65. The vehicle was placed in the class, even more than most cars of the era. One of the most distinctive features of the Impala is the implementation of the 3 sets of tail lights. Also available for this year is the SS model known for legendary performance and luxury.
Body styles available include 2-door coupe and hardtop. The four-door models are available as hardtops, sedans and station wagons. All have been redesigned with a more aerodynamic body style and smooth curves, without any previous year. The rear roof line of the bubble was a popular style that offers the sport coupe this year too. The sports coupe is probably one of the most sought after by collectors styles of cars of model year 1963 which has the body style most favored of all Impala ever made.
Available engines include a 3.8-liter-second hand line turbo six-cylinder (230 cubic inches), the 4.6-liter V8 Turbo Fire (282 cubic inches), a 5.4-liter V8 Turbo Fire (327 cubic inches) a standard 6.7-liter V8 turbo thrust W (409 cubic inches) and finally a 7.0-liter V8 Z11. The standard transmission available on all vehicles was a manual 3 speed. Speed ​​3 was the sole provider of most smaller engines. All V8 engines are available with standard transmission and a selection of manual or 4-speed automatic 4-speed automatic comes with a much higher price.
While the 1967 Chevy Impala was no longer the most expensive car in the programming business, still comes with impressive amount of material inside compartments and accessories. The seats were added cushioning and a better selection of fabrics and / or leather. The vehicle exterior chrome accents more were added over the entire length of the vehicle and front and rear. Chrome is also used to house all the 3 distinctive tail lamps. SS models use many aluminum parts for the engine, with its side moldings.
Fans who are interested in the designing of the “coke” used by the third generation of the car should consider buying a Chevy Impala 1967. Although popular in its first appearance, not knowing how to draw and have increased over the century almost half of what happened, becoming one of the most common cars in a standard program or room of exposure.

Thursday, January 13, 2011

Movie 20th Century Boys


Salam semua,
lama tak berblog.. hari ni terasa plak nak sapu2 sesawang yang ada kat blog ni..
Minggu lepas aku layan sekuel filem 20th Century Boys, filem asal dari negara Jepun. Highly recommended untuk korang. Ada 3 siri semuanya.. memang best.. lagu tema dia
pun best.. yang aku post kat atas ni.
Filem ini adalah adaptasi dari siri manga keluaran Naoki Urasawa (Yawara; Monster)

Stars:
Toshiaki Karasawa, Etsushi Toyokawa and Takako Tokiwa

Tak nak bikin spoil.. korang gi la cari filem ni.. memang best..

Download Free Mp3 20th Century Boys theme, Bob Lennon Gutalalaa Version
Download HERE

Thursday, December 03, 2009

Movie Ninja (2009)



Malam tadi dok boring-boring lepak kat umah, ada member bagi aku DVD cerita Ninja. best gila babeng cerita ni. Tapi amat tak sesuai untuk budak-budak tengok akan aksi keganasan dalam filem ni. Dari mula sampai habis cerita memang tak henti-henti action pack.

Filem selama 90 minit ni adalah arahan Isaac Florentine..Antara pelakonnya ialah Scott Adkins & Tsuyoshi Ihara.
Kalau nak tau gak jalan cerita leh click read more dibawah... kalau tak nak spoiler...tak yah tekan...
Kisah ini mengenai seorang pemuda Inggeris (Casey) yang menuntut ilmu Ninjitsu di Jepun. Actually, parents dia dulu memang tinggal di sana, tapi selepas kematian ayahnya yang seorang kaki botol, ibunya telah tinggal dia di sana dan dijaga oleh Sensei yang juga mempunyai seorang anak gadis sebayanya.. Casey ni antara pelajar terbaik dan menghormati Sensei tidak seperti seorang lagi iaitu Masazuka yang lebih sombong dan suka irihati pada Casey. Sensei ni akan melantik salah seorang dari pelajarnya yang berjaya mencapai pangkat tertinggi iaitu Seko untuk mewarisi Yoroi Bitsu iaitu peralatan & senjata ninja beserta antidot racun yang digunakan sebagai senjata untuk melawan pihak musuh..

Satu hari Sensei telah mengarahkan Casey dan Masazuka untuk berlawan semasa sesi latihan, walaubagaimanapun, semasa latihan tersebut Masazuka telah berlawan dengan mengikut emosi dan menggunakan senjata sebenar bagi mencederakan Casey. Beliau telah menyebabkan Sensei menjadi amat marah dan telah menghalau Masazuka keluar dari situ serta merta..Masazuka yang berasa kecewa dan marah telah merantau ke New York dan menjadi ahli kongsi gelap dan juga sebagai pembunuh upahan yang amat kejam.

Pada hari tamat latihan, Sensei telah membuat pengumuman dan akan melantik seseorang bagi mewarisi Yoroi Bitsu tersebut, dan pada hari tersebut juga Masazuka datang dan menuntut supaya Yoroi Bitsu diserahkan padanya..Oleh kerana bimbang akan perkara tersebut, Sensei telah mengarahakn Casey dan Namiko ke New York membawa Yoroi Bitsu dan menyembunyikan di sebuah Universiti di sana..ApabilaMasazuka mengetahui yang Yoroi Bitsu telah di bawa pergi, dia telah membunuh Sensei tanpa rasa belas kasihan..

Seterusnya dia memburu Casey dan Namiko di New York. Namiko telah diculik semasa di New York, dan Masazuka telah membuat perjanjian dengan Casey untuk menyerah Namiko sekiranya Yoroi Bitu diserahkan padanya..Casey bersetuju dan mereka telah bertemu di sebuah tapak gereja lama, dan Casey menyerahkan Yoroi Bisu kepad Masazuka namun kotak tersebut adalah kosong, Casey sebenarnya telah memakai kostum Ninja sebenar dan memiliki kesemua peralatan Yoroi Bitsu..Masazuka amat marah dan berlaku pertarungan antara dua ninja berpakain trdisional dan moden. Akhirnya, Masazuka terbunuh setelah Casey berjaya menggunakan ilmu yang xsempat dipelajari Masazuka..

Thursday, April 23, 2009

Movie Fast And Furious 4


Salam... entri untuk hari ni Jeraul nak review movie Fast And Furious 4 yang sempat saya tonton malam tadi.
Sekuel movie yang ditunggu-tunggu para peminat kereta sporty sekian lama, akhirnya keluar juga. Skang masih di ada di pawagam...rugi kalau tak tonton.

Summary
Fast and Furious 4 merupakan sambungan kepada Fast and Furious 1 yang mana menceritakan kisah Dominic Toretto aka Dom (Vin Diesel) selepas diburu oleh pihak berkuasa di US sebab banyak melakukan rompakan menggunakan kereta berkuasa tinggi di jalanraya. Disebabkan rasa sayang dengan kekasihnya Dom telah melarikan diri ke Panama agar awaknya Letty (Michelle Rodriguez)dapat hidup dengan aman.

Setelah sekian lama merantau, akhirnya dia terima berita bahawa awek dia telah dibunuh. So kembali la dia ke US nak cari sapa pembunuh awek kesayangan dia tu. Masa dia dok mencari tu, terserempak la plak ngan member lama yg dulu telah memecah belahkan geng kereta dia dulu (Fast and Furious 1) iaitu Brian O'Conner (Paul Walker). Brian sebenarnya masuk balik jadi polis tapi bahagian FBI. Dia sedang menyiasat pasal network pengedaran dadah yang menggunakan driver2 "10 second cars" utk menyeludup dadah.

Part paling best bilamana diorang berlumba untuk menjadi driver taiko dadah. Lumba guna GPS..cam games Need For Speed...

Wednesday, April 22, 2009

Movie Monster Vs Alien


Sambung lagi review movie yang baru saya tonton minggu ni. Movie baru berjudul Monster vs Alien. Filem animasi yang agak menarik untuk ditonton sekeluarga. Adegan adventure, funny dan mendebarkan dicampuraduk untuk menjadikan filem ini begitu interesting untuk ditonton.
Antara trailer menarik untuk anda tonton..

Bila satu meteor jatuh ke bumi, Susan (Witherspoon) iaitu seorang manusia biasa yg tgh bersiap uuntuk berkawin telah terkena meteor tu dan mengakibatkan saiz badannya menjadi besar. Selepas menjadi besar pasukan secret government centre US terus menangkap dia dan meletakkan dia dgn makhluk2 pelik lain. Maka semenjak haritu dia dianggap sbg raksaksa. Dalam cerita ni sebenarnya monster sudah wujud sejak lama dulu, tapi dirahsiakan oleh kerajaan Us hehehe.

Di pusat tahanan tu, Susan telah berjumpa member baru spt Dr. Cockroach phD (prof yg berkepala lipas), B.O.B (makhluk lembik bermata satu yg sengal), The Missing Link (makhluk manusia ikan) dan makluk larva serangga yg bersaiz besar tp penakut bernama
Insectasaurus.

Meteor yang telah menjadikan Susan sebagai monster itu adalah merupakan senjata rahsia kepada makluk asing lain. Setelah mendapat tahu yang "barang " mereka jatuh ke bumi, mereka mulalah datang ke bumi untuk berperang. Maka dari sinilah permulaannya peperangan antara Monster dan Alien.

Terdapat juga part sedih dimana Susan yang dapat keluar dari penjara ingin berjumpa buah hati yang ingin dikahwini... tapi sebaliknya buah hatinya telah menolak cinta nya... Part ni aku rasa mana minah2 jiwang gerenti ada yang menitiskan air mata.

Well...juh ke panggung...

Movie Race to Witch Mountain ( 2009)


Salam, semua...
Lama dah tak review pasal movie kat blog ni. Bukan apa, lama dah tak gi wayang or beli dvd movie. Asyik busy memanjang. Mood Jeraul hari ni baik, jadi nak review sikit pasal movie Race to Witch Mountain yang baru ditonton semalam. Jeraul bagi 3/5 bintang. Boleh tahan gak plot cerita ni. Tapi jika anda peminat filem tegar, anda
pasti dapat mengagak jalan cerita bila menonton selepas 30 minit pertama...hehehehe.
Saya berminat untuk menonton filem ni pun pasal ada The Rock, bintang wrestling yang saya suka.
Ok... permulaan cerita dimulakan dengan jatuhnya UFO, 2 orang budak (makhluk asing). Untuk menyelamatkan diri dari pihak Special Investigator (manusia), mereka dengan tidak sengaja menaiki teksi yang dibawa oleh Jack Bruno (The Rock) ni tadi. Diaorang bagitaulah yang diorang ni nak balik ke "rumah".
Semasa dalam usaha Jack Bruno menghantar kedua-dua budak tu pulang banyak adegan-adegan menarik dan adventure yang ditonjolkan untuk menyelamatkan diri dari SI dan makhluk asing lain yang jahat. Apa-apapun nak tahu selanjutnya jom gi wayang.

Synopsis -

A taxi driver who gets more than get bargained for when he picks
up two teen runaways. Not only does the pair possess supernatural
powers, but they're also trying desperately to escape people who
have made them their targets.

Cast : -

Dwayne 'The Rock' Johnson
Alexander Ludwig
AnnaSophia Robb
Ciaran Hinds (villain)

Directed by: Andy Fickman

Tuesday, February 24, 2009

Filem Slumdog Millionaire kuasai Hollywood

Sumber .... Berita Kosmo
Tahniah Jeraul ucapkan kepada filem Bollywood kerana berjaya memecah tradisi kemenangan filem Hollywood di anugerah Oscar. Filem Malaysia bila lagi ??
Filem Slumdog Millionaire berjaya dinobatkan sebagai filem terbaik Oscar. Kesian Jeraul dengan aktor Datuk Shah Rukh Khan yang menolak dari berlakon filem ini. Last -last Anil Kapoor yang dijulang.
Keupayaan filem Slumdog Millionaire menggondol lapan Anugerah Oscar berjaya meruntuhkan benteng Hollywood terhadap Bollywood selama ini.
BARANGKALI individu yang paling terkilan saat ini ialah Shah Rukh Khan. Ia berikutan kejayaan filem Slumdog Millionaire meraih majoriti kemenangan dengan menggondol lapan Oscar pada majlis Anugerah Academy ke-81, yang berlangsung di Kodak Theatre, Los Angeles kelmarin.

Aktor terkenal Bollywood itu sepatutnya melakonkan watak Prem Kumar, hos program Who Wants To Be a Millionaire? dalam Slumdog Millionaire tetapi dia nekad menolak tawaran berlakon filem itu kerana merasakan watak itu sebagai negatif.

IMPAK memilih cinta. A.R. Rahman menyapu bersih kategori muzik yang dipertandingkan Oscar.

Begitu juga dengan aktor veteran tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan. Mungkin dia perlu menarik semula kenyataannya yang sebelum ini menyelar pengarah filem itu, Danny Boyle atas dakwaan menggambarkan India sebagai negara yang masih dibelenggu masalah kemiskinan.

Ini kerana mimpi dalam filem yang dikritiknya itu sudah menjadi kenyataan!

"Hidup India! Hidup India!" Itulah antara butir kata-kata yang sempat dilontarkan Anil Kapoor yang merupakan seorang aktor terkenal Bollywood ketika ditemu bual hos terkenal, Ryan Seacrest untuk saluran E! Entertainment pada acara karpet merah majlis Oscar yang penuh gemilang dibanjiri nama-nama tersohor

JIRAN tetangga pelakon cilik Rubina Ali, di perkampungan setinggan di Mumbai, bersorak keriangan ketika A.R.Rahman membuat persembahan lagu Jai Ho di pentas Oscar 2009.

Hollywood daripada Angelina Jolie hingga bintang remaja terkenal masa kini, Miley Cyrus.

Selain pelakon kanak-kanak Slumdog Millionaire terutama Rubina Ali dan Azharuddin Mohammed Ismail yang berjaya menarik perhatian ramai pada acara karpet merah Oscar kali ini, turut merasai bahang glamor bertaraf global itu sudah tentulah Anil.

INI pula reaksi jiran-jiran Azharuddin yang meraikan kemenangan mega Slumdog Millionaire menguasai majlis Anugerah Academy ke-81.

Lebih bermakna lagi apabila Anil berpeluang melaungkan kata-kata penuh patriotik itu yang disaksikan secara langsung di seluruh dunia. Ini bermakna Anil sepertimana apa dan siapa juga yang berkaitan dengan Slumdog Millionaire kini secara rasminya sudah dikenali dunia!

Terima kasih kepada Shah Rukh kerana menolak watak Prem Kumar yang kemudian disambar Anil.

Bilakah lagi muncul peluang buat aktor Bollywood untuk muncul gah seumpama Anil pada Oscar di Hollywood?

BARISAN pelakon kanak-kanak Slumdog Millionaire, (belakang, dari kiri), Ashutosh Lobo Gajiwala, Tanvi Ganesh, Tanay Hermant Chheda (depan, dari kiri), Azharuddin, Rubina dan Ayush Mahesh Khedeya.

Mungkin itu satu-satunya peluang keemasan dan peluang itu berjaya diperoleh Anil yang disebut oleh Ryan Seacrest dengan jolokan 'George Clooney Bollywood'.

Apa yang penting, kejayaan Slumdog Millionaire pada Oscar kali ini telah merasmikan runtuhnya benteng Hollywood terhadap Bollywood selama ini.

Bollywood yang sebelum ini sukar untuk diterima di Hollywood kini bukan sahaja berpeluang memasuki pintu Hollywood yang sudah terbuka luas, tetapi lebih bermakna apabila diberi masuk dengan penuh penghormatan.

Semuanya gara-gara kemenangan besar Slumdog Millionaire menjadi filem paling banyak menggondol Oscar pada majlis Anugerah Academy kali ini.

TERIMA KASIH Shah Rukh Khan. Anil Kapoor bersama Danny Boyle meraikan kejayaan gemilang Slumdog Millionaire.

Keupayaan Slumdog Millionaire merangkul lapan anugerah daripada 10 pencalonan yang diraihnya termasuk Anugerah Filem Terbaik bukan sekadar menjadi kemenangan buat penerbit filem itu, Fox Searchlight dan juga Boyle yang turut menang Anugerah Pengarah Terbaik.

Ini kerana naskhah filem itu tidak akan lahir tanpa suntikan kreativiti anak-anak kelahiran India yang turut meraih pengiktirafan pada Oscar.

Melakar sejarah India di Hollywood dengan meraih Oscar kali ini ialah pemuzik unggul India, A.R. Rahman yang bukan sahaja menjadi warga India pertama meraih dua Oscar tetapi menyapu bersih kategori muzik yang dipertandingkan dalam Anugerah Academy.

Dia diumumkan sebagai pemenang Anugerah Skor Muzik Terbaik dan Lagu Terbaik.

Dalam sejarah 81 tahun Oscar, hanya dua warga India merangkul anugerah iaitu Bhanu Athaiya yang memenangi Anugerah Kostum Terbaik menerusi filem Gandhi (1982) dan anugerah kehormat yang diberikan kepada penerbit filem legenda India, Satyajit Ray pada 1991.

Rahman, 43, yang pernah diberi jolokan 'Mozart Madras' ketika membuat ucapan kemenangannya di pentas Academy ke-81 berkata: "Saya berasa terkejut dan seronok dalam masa yang sama. Kali terakhir saya berasa seperti ini adalah ketika majlis perkahwinan saya."

Menurutnya lagi, Slumdog Millionaire adalah filem mengenai optimistik dan kuasa harapan. "Dalam seluruh kehidupan saya, saya telah membuat pilihan antara benci dan cinta. Saya telah memilih cinta dan (sebab itu) saya di sini (Oscar 2009)," ucapnya penuh bermakna.

Kemenangan Rahman itu sebenarnya sudah diramalkan sejak awal oleh keluarganya di India. "Keluarga saya begitu gembira kerana mereka dari awal lagi menjangkakan Rahman akan menang lebih daripada satu Oscar.

"Justeru, ia (kemenangan dua Oscar) merupakan kegembiraan berganda. Terima kasih kepada semua yang berdoa untuknya di India," ujar adik perempuan Rahman, Fatimah Rafiq.

Namun, Rahman bukan satu-satunya rakyat India yang menang Oscar kali ini apabila Resul Pookutty turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Adunan Bunyi Terbaik.

"(Kemenangan) ini sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Kami semua tidak sangka sama sekali.

"Terima kasih Academy, ini bukan sekadar anugerah untuk adunan bunyi filem. Ini adalah suatu sejarah yang diberikan kepada saya," ujar Resul.

Thursday, January 22, 2009

10 Filem Malaysia Mesti Tonton 2009


Penulis Gua menyenaraikan 10 filem yang mesti tonton bagi tahun 2009, satu olahan artikel yang begitu menarik beserta sinopsis ringkas bagi setiap filem tersebut. Antara filem yang dijangkakan meletup bagi tahun ini adalah Geng : Pengembaraan Bermula, dimana filem animasi 3d ini akan menampilkan watak Upin & Ipin yang sememangnya mencuit hati para penonton.

Berikut adalah senarai 10 filem mesti tonton 2009:

1. Maut
2. Geng : Pengembaraan Bermula
3. Syurga Cinta
4. Sayang You Can Dance
5. Berani Punya Budak
6. Estet
7. Muallaf
8. Jangan Tegur
9. Talentime
10. Jin Notti

Ni semua filem local tau.... support industri filem Malaysia ok....

Tuesday, December 30, 2008

Dororo, Movie Jepun yang leh tahan


Satu lagi filem yang aku nak suggest ngan korang gi tengok. Filem Dororo. Filem ni adaptasi dari sebuah manga dari Osamu Tezuka. Sebelum aku layan City Of God , aku layan citer ni dulu. Leh tahan jugak citer ni. Cousin aku yang suggest dulu kat aku..
dari 10 bintang aku bagi 7/10.
Malas nak type panjang2, Summary pasal movie ni leh gi ke Dororo Movie

"Dororo" is one of those truly bizarre movies that you usually only find in Asian countries -- they seem a bit more secure with the macabre, bizarre, and totally unbelievable. Seriously, where else can you find a Japanese steampunk castle, a man-eating moth, and a young man whose body is mostly composed of artificial organs and limbs animated by electricity?

And director Akihiko Shiota does a good job juggling the fantasy, horror and family rama, as well as the first buds of a potential love story. And while the story gets dark and bloody in the last third -- including a gruesome duel between family members and Hyakkimaru's bleak battle with two mind-twisting demon dogs -- he's not afraid to splatter it with some rather macabre humour. Hyakkimaru barfs up various organs and reacts oddly when he has the real thing back ("SHUT UP!") and Dororo repeatedly gets sprayed with demon gore.

While the CGI is merely adequate, the demons encountered are nicely gruesome -- carnivorous caterpillars, leather-faced harpies, and a man-eating tree are amongst them. And the movie takes takes full advantage of the windswept, grassy New Zealand terrain and the many burned temples, shady green forests and dark rivers that our heroes encounter.

And since it takes place in an unspecified Asian land -- Japanese-styled with some European armor and goblets -- Shiota has fun with the details, adding in everything from Japanese monsters to a Frankensteinian body-part-making machine.

Tsumabaki does a pretty solid job as the "monster child" -- glum, stoic and tormented by his freakish body, but occasionally he tumbles down in the rain laughing his head off. And while Shibasaki is initially a bit annoying as the sexually confusing urchin, she becomes a much stronger and more likable character once she gains some concern for her new friend.

"Dororo" has a thoroughly unbelievable plot, but this is surprisingly not enough to overshadow this enjoyably bizarre horror-fantasy story. Strange, quirky and just gross enough.

City Of God the best movie...


Semalam tengah boring duk lepak di rumah, teringat plak ngan movie yang aku dah download kat ternet, yang disimpan dalam pendrive aku. Masih tersemat dalam kocek seluar kerja aku yang belum basuh2 lagi tue hehehehe.
“Cidade de Deus” atau “City of God” (2002). Arahan oleh Fernando Meirelles yang diangkat dari kisah nyata. Filem Brazil. First time aku layan filem dari Brazil ni terus teruja nak tengok filem lain buatan diorang. Bebudak kecik tak leh tengok, banyak sangat element ganas, adult scene mostly banyak adegan budak hingusan tahap umur 5-12 tahun isap dadah dan dah start bunuh orang.

Malas nak tulis summary banyak2... ni aku copy dari imdb jer... dari 10 bintang aku bagi 9/10..best rugi tak tengok.

Cidade de Deus (City of God) is a housing project built in the 1960’s
that–in the early 80’s–became one of the most dangerous places in Rio
de Janeiro. The tale tells the stories of many characters whose lives
sometimes intersect. However, all is seen through the eyes of a
singular narrator: Buscapé, a poor black youth too frail and scared to
become an outlaw but also too smart to be content with underpaid,
menial jobs. He grows up in a very violent environment. The odds are
all against him. But Buscapé soon discovers that he can see reality
differently than others. His redemption is that he’s been given an
artist’s point of view as a keen-eyed photographer. As Buscapé is not
the real protagonist of the film–only the narrator–he is not the one
who makes the decisions that will determine the sequence of events.
Nevertheless, not only his life is attached to what happens in the
story, but it is also through Buscapé’s perspective of life that one
can understand the complicated layers and humanity of a world,
apparently condemned to endless violence.

Written by
Sujit R. Varma

Brazil, 1960’s, City of God. The Tender Trio robs
motels and gas trucks. Younger kids watch and learn well…too well.
1970’s: Li’l Zé has prospered very well and owns the city. He causes
violence and fear as he wipes out rival gangs without mercy. His best
friend Bené is the only one to keep him on the good side of sanity.
Rocket has watched these two gain power for years, and he wants no part
of it. Yet he keeps getting swept up in the madness. All he wants to do
is take pictures. 1980’s: Things are out of control between the last
two remaining gangs…will it ever end? Welcome to the City of God.

Written by
Jeff Mellinger {jeffmellinger@astound.net}

Wednesday, November 05, 2008

Movie Death Race best


Tajuk : Death Race
Genre : 18SG
Pelakon : Jensen Ames(Jason Statham), Machine Gun Joe (Tyrese Gibson), Case (Natalie Martinez)

Filem Death Race yang baru sahaja aku tonton hari Ahad lepas, adalah merupakan filem aksi ganas yang main tembak2 orang dan juga kereta yang "kebal", maksud disini kereta yang kebal ialah kereta yang telah melalui proses modified kaw2 nye sampai tembak bertubi-tubi masih lagi ok. Tapi mesti kena tunggu isyarat dari warden penjara. Filem Death Race ni sbnrnya difilemkan semula... filem asal adalah Death Race 2000 yg difilemkan pada tahun 1975...

Ok... kalau tak nak baca spoiler korang boleh tuko channel lain ok... Kat bawah ni aku type dia punya spoiler sebab aku tengah boring tahap cipan.


Penggambaran filem Death Race ni sebenarnya bermula tahun 2002 tapi hanya dapat ditayangkan pada tahun ni, sebabnya gua tak tau apesal.

Intyro cerita menayangkan perlumbaan 2 kereta Dodge Ram dan Ford Mustang yg sarat dengan pelbagai senjata dan perisai...driver mustang tu driver bertopeng yg terkenal.. nama dia Frankenstein... setiap driver akan ada sorang navigator perempuan dari penjara perempuan.

Masa tu adegan tembak menembak... Dodge Ram tembak kereta Frankenstein bertalu-talu kebetulan lak tatau kenapa perisai kereta Frankenstein tak berfungsi... dia lepaskan perisai blkg kereta dia dan dia suruh navigator tu keluar dari kereta tu...dan kereta Frankenstein terus meletup...keadaan Frankenstein menjadi tanda tanya...

Sejak dari tahun 2008 ekonomi US ditimpa bencana...penjara-penjara banyak dimiliki oleh syarikat persendirian dan bukannya kerajaan. Penjara Terminal Island Prison, syarikat tersebut menayangkan pergaduhan antara banduan2 melalui internet... (cam cerita Stone Cold dulu The Condamned. Pergaduhan tu kalah mati ...Yang kalah mati bebetul taw.... pastu bila semua org dah boring dgn tayangan tu diaorg beralih ke Death Race yg mana perlumbaan kereta dengan senjata dan perisai... so sapa kena tembak mmg mati terus la.

Jensen Ames (Jason Statham) diberhentikan kerja sbb syarikat besi yg dia kerja bankrap... dia blk rumah cerita dgn isteri dia... masa dia tgh bersiap kat tingkat atas dan isteri dia tgh memasak kat dapur...tiba-tiba ada penceroboh masuk umah dia orang dan bunuh isteri dia... bila Jensen nampak isteri dia terlentang kat dapur...tiba2 penceroboh tu spray mata dia dan dia pengsan. Bila dia sedar jer, polis terus tangkap dia dengan pisau yang berdarah masih kat tangan dia... so apalagi, kena masuk lah ke Terminal Island Prisonlah

Sebenarnya tu adalah perangkap dari warden penjara tu sendiri. Hennessey (Joan Allen) nak Jensen jadi driver Ford Mustang yg baru.. warden tu bgtau Jensen dia tau kat mana anak dia dan dia akan dilepaskan kalo menang 5 pertandingan Death Race...tp Frankenstein dah menang 4...so dia hanya perlu menang 1 je lagi...

Pertandingan tu ada 3 stage...stage 1 & 2 hanya perlu berjuang agar tak mati... stage 3 plak kena menang utk dapat kebebasan...

Masa stage 1...Jensen diperkenalkan dengan navigator dia Case (Natalie Martinez) yg juga dulu navigator Frankenstein...dan dalam perlumbaan dia dpt cam salah sorg driver,Pachenko, adalah org yg membunuh isteri dia...

Lepas abis race...Jensen rasa dia hanyalah alat utk mengekalkan lagenda Frankenstein dan utk kepentingan Hennessey... dia cerita kpd warden tu yg dia syak Pachenko bunuh isteri dia... tapi Hennessey tak pedulikan...tapi dia keep on cakap pasal anak dia...kira umpan la tu...

Stage 2 Jensen mempersoalkan niat Case... akhirnya Case mengaku dia yg sabotaj perisai Frankenstein supaya dia tak menang perlumbaan untuk dapat kebebasan...tp sebaliknya Case yg akan dpt kebebasan tu...pastu Jensen pon sedar dia juga tak akan dapat kebebasan tu dan akan mati...dan akhirnya dia survive stage ke 2...

stage ke 3 cuma ada 2 driver je...Jensen & Machine Gun Joe...seblm race Jensen tambah 1/2 gelen minyak lagi dan bersepakat dgn Joe...rupa2nya diaorg berpakat lepaskan diri dari penjara tu bersama2...kelam-kabut semua bila diaorg lepaskan diri dari pulau penjara tu...tp akhirnya berjaya jugak diaorg lari dgn pertolongan Case yg menyamar jadi Frankenstein... Case tak kisah sbb dia dah dpt surat pembebasan dia...

akhirnya Jensen & Machine Gun Joe mula hidup baru sebagai mekanik... dan Jensen dapat semula anak dia...

Overall bagi aku filem ni ok gak... penuh aksi. Sesuai gak ditonton seisi keluarga... Apa2 pun...selamat menonton.

Thursday, October 23, 2008

Movie Budak Kelantan


Korang dah tengok ker Movie Budak Kelantan ni... Cam best jer kan. Kat sini ada beberapa synopsis pasal movie ni. Kalau ada sesapa yang dah tengok tu, bolehlah kasi info sikit...

Director : Wan Azli
Producer (Company) : Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Category : Feature Film

Language : Malay
Genre : Drama
Classification : U - General viewing for all ages



FILM INFO

--------------------------------------------------------------------------------


Director
Wan Azli

ScriptWan Azli : (Screenplay)

CastDanny : Buchek (Main Actor)
Bienda : Che Nor (Main Actor)
Mohd Asrulfaizal : Jaha (Main Actor)
Md Eyzendy : Libokbong (Supporting Actor)

CrewPacai : (Music Score)

ProducerPuad Onah : (Producer)



Synopsis

Two childhood friends, Buchek and Jaha, met again in Kuala Lumpur after being separated for so long. They’re now young adults – but due to different experiences in life, their attitudes and views about the world became totally different from one another.

Buchek is a graduate from UM while Jaha, who used to stay in a rehabilitation school Henry Gurney, is now trapped into the hustle and bustle of city life in Kuala Lumpur.

After they met, Jaha decided to share and show some parts of his life with Buchek, who happens to lead a totally different lifestyle than him. Buchek witnessed the wild lifestyles of Jaha and felt the need to bring him back into the righteous path.

Throughout their times together, Buchek suddenly realized that Jaha had suddenly fallen for his girlfriend, Che’ Nor. Buchek was willing to let go of Che Nor with the hope of Jaha becoming a better person, as he believes that true love could change a person’s life.

Nevertheless, Che Nor was not willing to fulfill Buchek’s wishes as she’s already in love with Buchek. Buchek then became unhappy with Che Nor’s decision for not wanting to accept Jaha, as he believed that the whole scenario was God’s will. Then, a tragic accident took Jaha’s life before he could repent on all his wrongdoings. Due to that, Buchek blamed Che Nor for rejecting Jaha. He then decided to leave Che’ Nor and accepted the love from Lee Chen Chen, a Chinese girl who was one of Jaha’s victim whom he had saved.

Thursday, August 21, 2008

The Mummy Tomb Of The Dragon Emperor Movie Download


Kepada sesapa yang tempat dia takdak panggung lagi... leh lah download movie ni best tau..
Download Movie.
Release Group: GRiM (P2P grp)
Release Name: The.Mummy.Tomb.of.the.Dragon.Emperor.DVDSCR.XviD-GRiM
Release Date: Aug 19, 2008
Filename: mummy3.dvdscr.xvid.cd1-grim | mummy3.dvdscr.xvid.cd2-grim
Source: DVDSCR ISO DVDR
Size: 2CD | 1.38 GB
Genre: Action | Adventure | Fantasy | Thriller
Video: 1339 kbps | 720×278 | 29.97 fps
Audio: 128 kbps MP3
Runtime: 112 min approx
IMDB Rating: 5.3/10 (14,046 votes)
Directed By: Rob Cohen

Starring: Brendan Fraser, Jet Li, Mario Bello

Download Movie

cd1
http://www.adrive.com/public/73f8057025cf9410e0e0edda022678c0b7f78e3a646a2273b4af6168d2d50ad5.html

cd2
http://www.adrive.com/public/ce28b950f08640e0fe42a3fa954c92fe6a1904ea8a6bb8738d955e8dee11539c.html

Tuesday, July 22, 2008

Hancock The Movie


Sorry to say... I don't know. It was interesting but I definitely really enjoyed only for the first half. The rest, I'm still ambivalent about.

I really loved the different take on the whole superhero genre, I thought Will Smith was excellent, I thought the humor was well-balanced with Hancock's pathos, etc. The second half

of the film, however, after the "twist?" I'm not sure. It didn't ruin the film for me. I feel like the director didn't know what to do with the plot and halfway through. I also felt that the final scenes in the the hospital would have been a better followed up by a less sappy denoument, because they were fairly intense scenes that wound up culminating in something pretty sacchrine, which was a little disappointing.

Review : Hancock Movie.
The city of Los Angeles finds itself protected by an honest-to-god super hero with the unlikely name of John Hancock. Unfortunately, this hero causes more damage to the city than he prevents due to the extreme lack of due-diligence expressed during his slapdash crime fighting activities. One day Hancock saves a mild mannered PR consultant named Ray. In return Ray uses all the tricks of his trade to redeem Hancock’s image in the eyes of the public, over the objections of Hancock himself (who sees little reason to change) and Ray’s increasingly skeptical wife.

From the preceding description (and from the trailer), you may be forgiven for thinking Hancock was another action-comedy comic book spoof. Already you are probably predicting how the hero will try to change his ways, failing at first but learning from his mistakes - eventually overcoming both his own uncertainty and whatever evil villain threatens the city in the third act, helped alone the way by the unwavering trust of a small child. Hancock contains all these elements, but manages to avoid slipping into cliché by having the plot take a major left turn about a third of the way in.

To say more would spoil it, but suffice to say that Hancock manages to become a more interesting movie. I won’t say Hancock is an instant classic - it still has problems, but there are plenty of worse films you could waste your money on.

Wanted The Movie


There is only one real reason to watch this movie.... The action sequences are one of the best ever. Well... Wanted turned out to be exactly what I was hoping I would get. There are awesomely absurd action sequences in this film that I was giddy. Very fun ride that I enjoyed greatly. 4/5 stars.


“Wanted” is a supremely odd summer blockbuster, a hyper-violent juvenile fantasy made kick-ass by Red Bull filmmaking and two hot leading actors. Much has been made in the press of the spectacle put forth in Russian director Timur Bekmambetov’s adaptation of Mark Millar’s comic book series.

Scottish actor, James McAvoy stars as Wesley Gibson (WES), a Chicago office accountant and anxiety pill addict. This guy is such a spineless loser that when his girlfriend is cheating on him with his best friend, Wesley buys the condoms.

But these days are over when Fox, a lady assassin that looks just like (and is incidentally portrayed by) Angelina Jolie shows up, liberating him from the shackles of a mundane existence in a shower of bullets and physics-defying car stunts.

Wesley, it turns out, is the son of a legendary assassin, and is a legacy acceptance into a guild of super powered killers, appropriately titled the Fraternity. Turns out those anxiety attacks were just the result of him not being able to exercise his powers properly, but now he has learned that he can charge himself up to a point where time is virtually at his command and shells can be made to travel at unbelievable angles.

The Fraternity is lead by Sloan, played by a Morgan Freeman who appears to be having a great time and remodeling his kitchen. They don’t just knock people off at random; they select targets destined to cause great suffering in the world, which caused me to wonder what sort of politicians we’ve missed out on courtesy of them.

The next few weeks for Wesley are sort of like a fantasy camp for males aged 11-65. He learns how to fistfight, knife fight, gunfight, and gets to drill Bradgelina’s feminine half.

I was pleasantly surprised to see that the film toned down the comic’s bitterness and relentlessly hateful edge; the original Wesley becomes a super-villain who butchers civilians at random and rapes A-list movie stars. This film follows the much more audience friendly assumption that when relieved of conventional law and restraint, people will enjoy dispensing pain to the deserving but will spare the sheep. Not to mention the film pushes the boundaries of the R-rating as it is.

On the casting front, I can only say that I hope this film has given McAvoy, a charismatic and talented young actor, the exposure he needs to become a favorite among audiences. Striking yet with an everyman quality that can serve well in countless roles, I’d cast the guy in a second if I were in charge of a big film.

But I’d be lying if I said the most notable performance wasn’t Jolie’s, who in “Wanted” finally finds a part that justifies the non-stop media salivation around her every menstrual cycle. As Fox, she’s a delightful presence to behold, a pistol-packing vixen whose mysterious, angular charm entices and then seduces Wesley into a life of bloody murder. Here’s hoping that Jolie saves the serious stuff for her forties and hits the action films hard for the next few years.

There’s a lot that could have gone wrong here. At the core is a story about a regular guy who becomes a relentless killer, unfolding in a manner relatively devoid of restraint, but the filmmakers pull it off. Certain facets don’t function perfectly, such as the opening five minutes or the explanation of the Fraternity’s magic textile machine (don’t ask, watch), but I found myself taken in, compelled at what would come next.

Bekmambetov infuses the action with heavy doses of slow-mo and blood-splattering gooeyness, with bullets colliding in mid-air and tumbling through the skulls of their unfortunate targets. A smash hit filmmaker in Russia, Bekmambetov has a future as a big shot Hollywood director, his inventive staging and visceral yet unapologetically quirky style certain to fill a niche for those of us who don’t mind our action served flaming hot.

Director : Timur Bekmambetov
Scenarist : Michael Brandt, Derek Haas, Chris Morgan
Actor And Actress:
James McAvoy, Morgan Freeman, Angelina Jolie, Common, Kristen Hager, Konstantin Khabensky, Terence Stamp
Production : Universal Pictures
Website :http://www.wantedmovie.com/

Wednesday, July 02, 2008

X Files : I Want To Believe

Yessss..... the dynamic duo are back on screen...
X files Movie ni akan berada di pawagam Malaysia pada 31 July 2008. Lama dah ngidam nak tengok kembali pasangan Mulder ngan Scully ni.... Jom ramai-ramai pegi panggung 31 July nanti...

Teringat kembali zaman sekolah bila pendidikan seni... pasti ada object yang melambangkan misteri X files akan terjadi...heheheh.

Friday, June 27, 2008

The Incredible Hulk (2008) Movie

Semalam aku layan cerita Hulk 2 ni... best. Lebih best dari yang dulu. Banyak aksi menarik gak cerita ni. Aku bagi 3.5 bintang dari 5.

movie cast:
Edward Norton
Liv Tyler
Tim Roth

Free movie links:
http://rapidshare.com/files/124167717/HlkTS.part01.rar
http://rapidshare.com/files/124167719/HlkTS.part02.rar
http://rapidshare.com/files/124167720/HlkTS.part03.rar
http://rapidshare.com/files/124173462/HlkTS.part04.rar
http://rapidshare.com/files/124173460/HlkTS.part05.rar
http://rapidshare.com/files/124173477/HlkTS.part06.rar
http://rapidshare.com/files/124179404/HlkTS.part07.rar
http://rapidshare.com/files/124179424/HlkTS.part08.rar
http://rapidshare.com/files/124179434/HlkTS.part09.rar
http://rapidshare.com/files/124185718/HlkTS.part10.rar

Depicting the events after the Gamma Bomb. 'The Incredible Hulk' tells the story of Dr Bruce Banner, who seeks a cure to his unique condition, which causes him to turn into a giant green monster under emotional stress. Whilst on the run from military which seeks his capture, Banner comes close to a cure. But all is lost when a new creature emerges; The Abomination. Written by Graham Kroon

A cure is in reach for the world's most primal force of fury: THE INCREDIBLE HULK. We find scientist Bruce Banner, living in shadows, scouring the planet for an antidote. But the warmongers who dream of abusing his powers won't leave him alone, nor will his need to be with the only woman he has ever loved, Betty Ross. Upon returning to civilization, our brilliant doctor is ruthlessly pursued by The Abomination -- a nightmarish beast of pure adrenaline and aggression whose powers match The Hulk's own. A fight of comic-book proportions ensues as Banner must call upon the hero within to rescue New York City from total destruction. One scientist must make an agonizing final choice -- accept a peaceful life as Bruce Banner or the creature he could permanently become: THE INCREDIBLE HULK.

Watch The movie trailer in Youtube


Monday, June 23, 2008

Evolusi KL Drift The Movie

Malam tadi aku layan movie Evolusi KL Drift. Boleh tahan lah movie ni. Walaupun nampak tidak original...cam Fast and Furious.. tapi sekurang-kurangnya ia menunjukkan para pembuat filem Malaysia agak setanding ngan filem luar... nampak asli bila aksi drift berjalan dan cameraman juga pandai mengambil shot yang cukup bagus.

Jalan cerita Evolusi KL Drift berjalan dengan lancar. Tidak tersekat-sekat. Tidak
ada aksi kejar-mengejar antara pelumba haram dengan pihak polis.
Kesimpulannya, filem Evolusi KL Drift telah memenuhi kehendak filem lumba dan drift. Filem ini padat dengan lakonan hebat para pelakon handalan dan aksi-aksi drift yang asli. Satu lagi filem perintis yang perlu menjadi rujukan bagi pembuat filem lumba kereta bercorak drift, tidak kira dalam dan luar negara.

Jeraul : Ayat yang aku suka dengar...

"Aku nak settle dengan kau. Kita race, kalau kau menang, kau buat lah apa kau suka kat port aku nih. Dan aku takkan kacau budak-budak kau lagi... OK?"

"Lu sapa nak kacau budak-budak gua? Lu blah sekarang!"

Sunday, June 15, 2008

KRU buat filem Hollywood "Deadline" ?

In its first foray into financing Hollywood movies, Malaysia's KRUStudio will co-produce the Brittany Murphy-starrer "Deadline." ,which is lensing in Louisiana, is a psychological thriller about ascreenwriter staying in an abandoned house. Helmed by first timer SeanMcConville, pic also stars Thora Birch, Tammy Blanchard and Marc Blucas.Productionis by Ross Betterton of indie shingle Enso Entertainment, is budgeted at significantly less than $10 million and sees KRU participate with equity coin and the provision of special effects.
"We have been wanting to venture out of Malaysia, to diversify and work more in the English language," KRU prexy and CEO Norman Abdul Halim said. "We were looking for a partner which shares the same vision, has its own financial resources and the access that will bring distribution. Enso has these. And working on a psycho thriller withthis kind of stars was precisely the kind of project we had targeted."
KRUis a 15-year-old company which has expanded from production service into production and financing. As a production company, KRU was responsible
for "Cicakman," the highest grossing Malaysian film of alltime, and "Duyung," the biggest B.O. earner this year in the country.
"This is the first step in turning ourselves from production house into international studio," Halim said.

Antara pelakonnya

Brittany Murphy, Thora Birch and Tammy Blanchard

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites