Showing posts with label Gossip Panas. Show all posts
Showing posts with label Gossip Panas. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Radhi OAG nekad masuk PENGASIH


Syukur Alhamdulillah...
KUALA LUMPUR: Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali,33, yang mengaku penangan dadah yang diambil sejak 1997 memusnahkan hidup dan kariernya, memasuki pusat pemulihan kelolaan Pengasih sejak Isnin lalu.Enggan menuding jari kepada sesiapa, Radhi mengaku semua ini adalah silapnya. Dia tidak kuat melawan najis yang
meragut banyak nyawa itu hinggalah berdepan musibah bertimpa-timpa tahun lalu.
Dia tidak mahu tabiat buruknya itu mengecewakan anak tunggalnya, menyebabkan naluri meronta-ronta mahu melakukan penghijrahan terbesar da lam hidupnya.Berkat dorongan ramai dan atas rasa suka rela, Isnin lalu dia secara rasmi menjadi ahli keluarga baru Pengasih.
“Saya nekad dan memandu sendiri ke Pengasih. Syukur, Allah SWT masih beri saya peluang berpijak dalam industri. Saya sifatkan ini peluang terakhir.
“Sungguh... saya menyesal. Saya asyik ulang kesilapan sama dan sebagai bapa, ia tidak sepatutnya berlaku. Kegagalan rumah tangga, kehidupan peribadi yang kucar-kacir dan ketidakstabilan karier menyedarkan saya.

“Saya tidak mahu anak membesar dalam suasana tidak sihat. Pasti hatinya hancur jika saya hanyut dalam kancah sosial.
“Lima tahun saya hilang daripada industri disebabkan tabiat buruk ini. Pernah sebelum ini saya cuba bebaskan diri daripada dadah dengan mengikuti beberapa program pemulihan, tapi tak berjaya. Mungkin masuk Pengasih jalan terbaik.
“Lagipun Pengasih badan profesional dan diiktiraf pelbagai pihak. April lalu, Pengasih pernah tawarkan saya mendapatkan rawatan tetapi saya tolak kerana yakin mampu mengatasi sendiri masalah ketagihan ini.
“Bagaimanapun, saya gagal dan diharap keputusan yang saya ambil kali ini boleh pisahkan terus saya daripada dadah,” katanya kepada Metro Ahad.
Menjadikan penyanyi tersohor, Jamal Abdillah sebagai mentor, dia yakin usaha disusuli doa pasti membuahkan hasil positif.
Sikap terbuka Jamal sedikit sebanyak menyuntik keberanian dalam hatinya untuk berterus-terang dan telus dengan masyarakat.
“Setidak-tidaknya saya tidak menipu diri sendiri dan peminat. Ramai artis di Malaysia berdepan masalah seperti saya, tapi mereka hipokrit. Mereka sanggup simpan masalah ini sendirian hingga memakan diri sendiri.
“Saya tidak malu mengaku saya ambil dadah. Sebagai penyanyi, saya hak masyarakat dan menjadi tanggungjawab saya berkongsi cerita ini dengan mereka. Saya tidak melihat ia sebagai perkara mengaibkan.
“Sepanjang di Pengasih, saya akan berkongsi pengalaman supaya ia dapat jadi iktibar dan dalam masa sama memangkin semangat penagih tegar lain untuk sama-sama membebaskan diri daripada cengkaman dadah.
“Jika tiada aral, saya akan abadikan pengalaman saya dalam buku berjudul Seksa Dada dan Rock n Roll. Diharap dalam Pengasih nanti saya dapat berkongsi lebih banyak tips dengan Abang Jamal,” katanya.
Radhi berkata, dia berterima kasih kepada keluarga, bekas isteri, Shazlin Sharif, anak, Mohd Rifdhi Muslim, rakan dan peminatnya yang sentiasa memberi sokongan sehingga menguatkan semangatnya untuk menjalani pemulihan di Pengasih.
“Saya juga mahu memohon maaf di atas segala perlakuan dan masalah yang saya timbulkan sebelum ini. Kepada keluarga, rakan, individu dalam industri muzik dan wartawan... maafkan saya,” katanya.
Ditanya pengalamannya di Pengasih, Radhi mengakui pada peringkat awal sememangnya mencabar, namun tekadnya untuk berubah membuatkan dia bersedia mendepani cabaran yang dilalui.
“Mental kena kuat, tetapi saya tenang di sini. Selain mahu meninggalkan terus dadah, saya juga mahu mendalami ilmu agama yang saya abaikan sebelum ini, termasuk belajar mengaji,” katanya.
Pelakon Antoo Fighter ini tidak ketinggalan menzahirkan rasa syukur apabila Warner Music Malaysia sudi melamarnya sebagai artis syarikat rakaman biarpun kerjaya seninya tercalar teruk dek penangan dadah.
Kepercayaan diberikan syarikat rakaman itu secara tidak langsung melahirkan semangat baru dalam dirinya untuk tampil lebih serius selepas ini.
Kata Radhi, dia sudah merakam beberapa lagu dan single akan diperdengarkan selepas kontrak bersama Warner ditandatangani.
“Saya berbesar hati dengan keyakinan diberi Warner. Mereka faham keadaan saya yang memerlukan sokongan mental dan spiritual. Barangkali pengalaman menjaga Jamal selama lima tahun memudahkan mereka berurusan dengan saya.
“Setakat ini saya selesa dengan Warner. Sebelum keluar dengan album penuh, saya akan hasilkan album kompilasi terlebih dulu. Anggaplah ia sebagai salam pengenalan saya apabila kembali aktif di persada muzik tanah air.
“Biarpun bermastautin di Pengasih, aktiviti seni saya akan berjalan seperti biasa. Saya akan menjayakan persembahan dan merakam lagu di studio tetapi dengan kawalan ketat pekerja Pengasih. Dalam keadaan sekarang, saya perlukan orang untuk mengawasi saya.
“Mohon saya pada rakyat Malaysia, doakanlah saya pulih sepenuhnya. Moga keputusan saya masuk Pengasih menjadi ikutan penagih lain,” katanya yang kini menemui cinta baru

Monday, December 21, 2009

Bung Mokhtar dan Zizie Sahkan Perkahwinan


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung MokhtarRadin dan aktres jelita, Zizie Ezette hari ini mengesahkan mereka sudahberkahwin. Dalam satu SMS kepada wartawan The Star hari ini, BungMokhtar mengesahkan perkahwinannya dengan Zizie, tetapi tidakmemaklumkan tarikh dan tempat pernikahan itu berlangsung.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC)itu yang
dipercayai sedang bercuti di luar negara dan engganmemberitahu di mana beliau berada sekarang atau dengan siapa, turutmenafikan tentang majlis respsi perkahwinan yang dikatakan diadakan disebuah hotel mewah di sini malam Rabu lalu.
Beliau juga memohon semua pihak agar menghormati privasi mereka danberjanji akan mengundang media jika mereka mengadakan majlis resepsikelak.
Sementara itu, Zizie ketika dihubungi mStar, secara tidak langsung turut mengesahkan tentang perkahwinannya itu tetapi enggan mengulas lanjut tentang perkara ini.
"Kalau Datuk dah cakap ya (sudah berkahwin), ya lah...," kata Zizieringkas dan menambah akan menjelaskan keadaan sebenar pada waktu yangsesuai.
"Saya dalam situasi yang sukar. Saya perlu menjaga hati banyakpihak. Insya-Allah, bila masanya tiba, saya berjanji akan bercakaplanjut tentang perkara ini.
"Kalau betul saya sudah berkahwin pun, saya tidak salah di sisihukum Allah, cuma mungkin saya bersalah mengikut hukum manusia. Tapijika sudah ditakdirkan itu jodoh saya, elak macam mana pun tetap tidakboleh lari.
"Lagipun, bagi sesiapa yang mengenali saya termasuklahwartawan-wartawan yang baik dengan saya, mereka tahu saya tidak pernahbercinta dengan suami orang. Semuanya adalah lelaki bujang. Tetapikalau sudah jodoh, saya tidak mampu menghalang," ujar Zizie yang kinisedang sibuk menjalani penggambaran drama Suraya

Thursday, November 26, 2009

Gambar Inul tunjuk bontot.


Dapat dari email... tak pasti kesahihan gambar ni. Sama ada photoshop atau real... lu pikirlah sendiri.

Inul posing tunjuk bontot. Nie mesti gian stim nak bagi orang tengok bontot dia tue.
Abang-abang amik gambar tue seronok tak ingat la. Orang dah bagi bontot free. Layankan jerlah.

Wednesday, September 30, 2009

Black Mentor dengan kekasih hatinya..

Black Mentor dengan kekasih hatinya..

Wednesday, September 02, 2009

Krisdayanti Kena Cerai Talak Tiga


Nampak jer bahagia.... tup-tap-tup tap... cerai....

KUALA LUMPUR - Suami artis popular Indonesia, Krisdayanti, 34, telah menjatuhkan talak tiga kepada penyanyi berkenaan pada 19 Ogos lalu, tiga hari sebelum umat Islam menyambut kehadiran Ramadan.

Anang Hermansyah, 40 tahun, mengaku beliau telah melafaz cerai kepada penyanyi lagu Menghitung Hari itu setelah mempercayai penyanyi yang mesra dipanggil KD telah memiliki 'pujaan hati' yang lain.

"Secara Islam, perceraian itu sudah sah tetapi kami masih dalam proses dengan jabatan agama," ujar Anang kepada beberapa media Indonesia seperti disiarkan.

Menurut Anang, bagi menghormati bulan Ramadan, proses perceraian akan diselesaikan sepenuhnya selepas Aidilfitri ini.
Beberapa media Indonesia juga menulis Anang mengetahui hubungan KD dengan lelaki berkenaan setelah diceritakan sendiri oleh anaknya, Titania Aurellie, 11.

Anang mendakwa, perceraian itu dibuat atas persetujuan anak-anak mereka selain diminta oleh isterinya sendiri.

Tuesday, August 04, 2009

Fergie Before and After Plastic Surgery

Fergie Before and After Plastic Surgery.
Bagi gue... muka dia sebelum pembedahan tu cantik lagi...


Monday, July 13, 2009

Black Juara Mentor Musim ke 3


Black telah memenangi pertandingan realiti MENTOR 3 dengan memenangi RM100,000 dan sebuah kereta Kia Spectra. Mentornya Mas Idayu yang mendidik Black dengan cara tradisional dengan menggunakan rotan juga mendapat RM100,000.00 juga.

Isuhangat mengucapkan tahniah kepada Black dan merasakan Black adalah memang layak bergelar juara kerana suaranya memang power. Black berjaya membuktikan walaupun dia 'black' dengan bakat suaranya yang tinggi itu dan hasil sebatan rotan Mas Idayu berjaya mengalahkan peserta-peserta lain sejak di awal konsert mentor lagi. Adakah Mas Idayu menghukum Black dengan rotan samada gimik semata-mata kerana selepas pengumuman Black menjadi juara, Black telah mematahkan rotan tersebut.

Chak pula yang berganding dengan adiknya Stacy dalam persembahan di final, memenangi tempat kedua dan Fira mentee kepada Lah Ahmad yang "membayar nazar" dengan membotakkan kepalanya mendapat tempat ketiga.

Black gagal mengawal perasaan gembiranya memeluk Mas Idayu selepas diumumkan juara Mentor 3. Nampaknya dunia hiburan tanahair meneruskan siri peluk memeluk selepas Nabil tidak sengaja memeluk Irma dan Aril AF7 yang memeluk tenaga-tenaga pengajarnya waima yang bertudung.

Mungkin mereka tahu tida sesuai mengucapkan 'Syukur Alhamdulillah' di majlis hiburan seperti ini dan diganti dengan style omputih - peluk. Apa pula perasaan kita ketika menyaksikan acara peluk ini? Atau kita berasa "..ala takpe lah peluk sikit jer..sporting la sikit".

Wednesday, July 08, 2009

Sinetron Manohara akan segera ditayangkan.


http://karodalnet.blogspot.com/2009/06/sinetron-manohara-segera-ditayangkan.html

Sinetron Manohara - Sebuah sinetron yang dibintangi oleh Manohara Odelia Pinot akan segera ditayangkan pada salah satu stasion televisi Indonesi
Sinetron yang mengangkat kisah perkawinan yang memilukan tersebut, akan menggambarkan kehidupan dan kisah nyata dari seorang Manohara ketika bersama suaminya Muhammad Fakhry.

Sinetron itu kabarnya akan diproduksi oleh SinemaArt

Nampaknya makin menjadi-jadi semangat anti - Malaysia kat sana.....

Here is the beginning of my post. And here is the rest of it.

Friday, April 24, 2009

Senarai Calon Anugerah Industri Muzik AIM 16


Tidak lama lagi Anugerah Industri Muzik Malaysia bakal kembali. Sedar tak sedar AIM kali ini merupakan kali ke-16 penganjurannya. AIM ni boleh dikira sebagai Grammy Award versi Malaysia sebab para pemenang tidak dipilih melalui penghantaran SMS oleh peminat tetapi ia diadili sendiri oleh juri-juri khas yang terpilih.

Ada ura-ura mengatakan pengacara AIM tahun ini adalah Afdlin Shauki. Jika benar, ini bermaksud sudah 10 kali Afdlin mengacara AIM sejak tahun 1999. Agaknya memang semua orang suka Afdlin.

AIM 16 bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC Kuala Lumpur pada 2 Mei ini.

Berikut merupakan senarai calon-calon akhir AIM 16:

1. Artis Baru Terbaik - Artis

1. Hujan
2. Joe Flizzow
3. Malique
4. Meet Uncle Hussain
5. Suki

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) - Artis

1. Aizat - Lagu Kita
2. Bob AF2 - Cinta Terhalang
3. Reshmonu - Doa Untuk Dia
4. Reshmonu - Sayu
5. Rithan (Deja Voodoo Spells) - Rock ‘N’ Roll (English)

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) - Artis

1. Ayu - Hanya Di Mercu
2. Dina - Sejauh Ini
3. Shila - Memori Tercipta
4. Dato’ Siti Nurhaliza - Di Kayangan Kita
5. Dato’ Siti Nurhaliza - Di Taman Teman

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album - Artis

1. Ajai & Marsha - Sayang
2. All One - Bilal bin Rabah
3. Pop Shuvit - Marabahaya (International Version)
4. Rabbani - Bila Nur Melimpah Di Hati
5. Raihan - Assubhu Bada

5. Kulit Album Terbaik - Pereka

1. Florence Lee - Hawa - Nikki
2. Nadia Jasmin - President - Joe Flizzow
3. Nicholas Chong - Transit - Altered Frequency
4. Nizam Rahmat - Satu - Ferhad
5. Vignes Balasingam - Remain Unknown - Estranged

6. Rakaman Album Terbaik - Jururakam

1. JD Wong - Remain Unknown - Estranged
2. Nick Lee, Greg Henderson & CL Toh - Finally/Akhirnya - Suki
3. Paul Morisson - Satu - Ferhad
4. Puja, Edry, Bajai & Yudi - Adam 3 - Adam
5. Reshmonu, Murali, Will Quinell & CL Toh - Harapan - Reshmonu

7. Video Muzik Terbaik - Pengarah

1. Douglas Lim - Hanya Di Mercu - Ayu
2. Douglas Lim - Sampai Syurga - Faizal Tahir
3. Kerol - Mati Hidup Kembali - Butterfingers
4. Kerol - 1000 Tahun (Mahu Hidup) - Butterfingers
5. Reshmonu - Oh Anok Anok - Reshmonu

8. Album Pop Etnik Terbaik - Artis/Produser

1. Khazanah Pujangga - Syura
2. Lentera Timur - Dato’ Siti Nurhaliza
3. Selagi Ada Rindu - Pak Long (Shafie Ahmad)
4. Zapin Suri - Haziq

9. Lagu Pop Etnik Terbaik - Komposer/Penulis Lirik

1. Di Kayangan Kita - Johari The - Keon - Dato’ Siti Nurhaliza
2. Di Taman Teman - Fauzi Marzuki - Hairul Anuar Harun - Dato’ Siti Nurhaliza
3. Dirgahayu - Radeen Sri - Hairul Anuar Harun - Ramlah Ram
4. Nafas Cahaya - M.Nasir - Loloq - Misha Omar
5. Zapin Suri - Pak Ngah - Siso Kopratasa - Haziq

10. Album Nasyid Terbaik - Artis/Produser

1. Allah Habeebi - Mawi
2. Istimewa Tiada Dua - Nice
3. Nasyid Nostalgia Memori The Zikir - Nazrey Johari
4. Nostalgia Nadamurni - Rabbani
5. Setia - Wildan

11. Lagu nasyid Terbaik - Komposer/Penulis Lirik

1. Allah Habeebi - Farihin - Yasin - Mawi
2. Bila Nur Melimpah Di Hati - Asri Ibrahim - Ito Lara - Rabbani
3. Kemuliaan Al-Quran - Amin InTeam - Amin InTeam - InTeam
4. Serulah Namanya - M.Nasir - AD Samad - Mawi
5. Teman Hakiki - Ku Sham - Dr.Mohd Asri - Mawi

12. Album Rock Terbaik - Artis/Produser

1. Bongkar - Kristal - Kristal & Bong
2. Hujan - Hujan - Noh Hujan
3. Keamanan - Nrocinu - Mus May
4. Kembali - Butterfingers - Butterfingers/Faizal Shahrin
5. Modern Minimals Glamour - The Times - Gizmo Records

13. Lagu Rock Terbaik - Komposer / Penulis Lirik

1. 1000 Tahun (Mahu Hidup) - Loque - Loque - Butterfingers
2. Aurora - Estranged - Estranged - Estranged
3. Bila Aku Sudah Tiada - Noh Hujan - Noh Hujan - Hujan
4. Dugaannya - Noh Hujan - Noh Hujan - Hujan
5. Yang Pernah - Estranged - Estranged - Estranged

14. Album Pop Terbaik - Artis / Produser

1. Alyah - Alyah
2. Arus Qudus - Yassin
3. Harapan - Reshmonu
4. Misha Omar - Misha Omar
5. Percubaan Pertama - Aizat

15. Lagu Pop Terbaik - Komposer / Penulis Lirik

1. Cinta Adam Dan Hawa - Azmeer - Loloq - Misha Omar
2. Dingin - Azlan Abu Hassan - Azalea - Ziana Zain
3. Ketentuan - Azlan Abu Hassan - AD Samad - Ramlah Ram
4. Lagu Kita - Aizat Amdan - Aizat Amdan - Aizat
5. Sampai Di Sini - Ajai - Slen - Misha Omar

16. Lagu Hip Hop Terbaik - Komposer / Penulis Lirik

1. Bergerak - Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri - Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri - Joe Flizzow feat Joeniar Arief
2. Isabella - Johan Ishak, Iman Ishak & Search - Johan Ishak, Iman Ishak & Search - Joe Flizzow feat Hady Mirza
3. Mengapa Harus Bercinta ? - Johan Ishak, Terrytyelee & Hady Mirza - Johan Ishak, Terrytyelee & Hady Mirza - Joe Flizzow
4. Mantera Beradu - Malique, D’Navigator & M.Nasir - Malique & M.Nasir - Malique feat M.Nasir
5. OK - DJ Fuzz, Malique & Cat Farish - Malique & Cat Farish - Malique feat Cat Fabuloso

17. Album Inggeris Tempatan Terbaik - Artis / Produser

1. Dark Sun Big Rain - Karen Nunis Blackstone
2. President - Joe Flizzow
3. Remain Unknown - Estranged
4. Take Five with Juita Suwito at Avanti - Juita Suwito
5. Tapestry of Life - Shal Sagan

18. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis Lirik

1. All Around My World - Johan Ishak & Ceza Mutyara - Johan Ishak & Ceza Mutyara - Joe Flizzow
2. Dances of The Spirit - Estranged - Estranged - Estranged
3. In No Time - Estranged - Estranged & Chow Ken Chung - Estranged
4. KL Streets - Malique & D’Navigator - Malique - Malique feat Lah
5. Marabahaya (International Version) - Pop Shuvit & Dandee - Samsol Nahar, Dandee, Moots, Daly, Thaitanium & Jamir Garcia - Pop Shuvit

19. Album Cina Tempatan Terbaik - Artis / Produser

1. Homely Life - Rynn Lim - Ryan Lim
2. Man Jiang Hong - Man Jiang Hong - Alex San
3. Meet to Listen - Cheng Lee - Cheng Lee
4. The Real Hou Ren - Hou Ren - Lee Nai Kong
5. Will Be Good - Will Ng - Cheng Lee, Will Ng & David Koon

20. Lagu Cina Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis Lirik

1. He, She & Me - Cheng Lee - Cheng Lee - Cheng Lee
2. Man Jiang Hong - Alex San - Ah Guan - Man Jiang Hong
3. Missy Missy - Will Ng - Will Ng - Will Ng
4. Prisoner - Will Ng - Will Ng - Will Ng
5. Zhong Du - Alex San - Yap Kah Heng - Man Jiang Hong

21. Album India Tempatan Terbaik - Artis / Produser

1. Agarem - Agarem
2. Ethirrpaarkiren - Anbarasan & Anuratha
3. Veera Puranam - Chakra Sonic

22. Lagu India Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis Lirik

1. Enna Venum - Coco Nantha - Coco Nantha - Agarem
2. Ethirrpaarkiren - Anbarasan - Divya Saraswathy - Anbarasan & Anuratha
3. Sottu Sotta Remix - Sundrra - Coco Nantha - Agarem
4. Sudum Mannil - Sundrra - Coco Nantha - No Entry
5. Tu Khendi She - Goldkartz - Arvinder Raina - Goldkartz feat Arvin

23. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara - Artis

1. Aku Dan Dirimu - Ari Lasso & Bunga Citra Lestari
2. Ayat-Ayat Cinta - Rossa
3. Bila Rasaku Ini Rasamu - Kerispatih
4. Matahariku - Agnes Monica
5. Menjaga Hati - Yovie & Nuno

24. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Penggubah


1. Audi Mok - Pada Cintanya - Dato’ Siti Nurhaliza
2. Azlan Abu Hassan - Tiada Maaf - Danell Lee
3. Estranged - Aurora - Estranged
4. Fauzi Marzuki - Di Taman Teman - Dato’ Siti Nurhaliza
5. Sham Kamikaze - Bukan Mimpi - Farhan

Wednesday, April 22, 2009

Ako bakal jadi Banduan... Kes Khalwat


Tak pasal-pasal dapat title banduan. Kalau dia datang dan ikut prosedure mahkamah cam orang lain, rasanya hukuman dia hanya membayar denda saja agaknya. Tapi sebab banyak kali tak datang... hukuman penjaralah jawabnya.
Kepada adik-adik yang meminati cerita Kapten Boleh yang disiarkan di channel 611, nilah Kapten Boleh tak bley pakai... heheh

Pelakon Ako Mustapha akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan
berkuatkuasa hari ini (21 April 2009) dan denda maksimum RM3,000 atas kesalahan berkhalwat dengan seorang jurusolek bukan Muslim, dua tahun lalu.

Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 36, mengaku salah atas tuduhan berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, pada 27 Jun 2007 sekitar pukul 1.20 pagi di Blok B-2-9, Kondominuim Oakleaf Park, Persiaran Bukit Antarabangsa, Gombak.

Ako dikenakan waran tangkap pada Januari lalu setelah beberapa kali tidak menghadirkan diri dalam prosiding mahkamah. Walau bagaimanapun, pada 22 Januari lalu, Ako mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Tuesday, April 21, 2009

Anggun dan Seluar dalamnya?


Seksinya Anggun Hingga Ternampak Seluar Dalam!!

Dikatakan gambar ini diambil dalam sebuah show yang diadakan di Malaysia baru-baru ini.
Mungkin juga ianya adalah satu cara promosi dari Anggun untuk menjual produk seluar dalam jenamanya heheheheh...



Monday, April 20, 2009

Gambar Isma dan suami melepas rindu time konsert

Gambar Isma dan suami melepas rindu time konsert



Monday, April 13, 2009

Nabil dianugerah Bintang Paling Popular


Nabil Raja Lawak Astro di nobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2008 Berita Harian malam tadi. Dengan meraih 127,524 undi sekaligus menewaskan nama-nama besar lain seperti Mawi, Dato' Siti Nurhaliza, Haji Aznil Haji Nawawi dan Meet Uncle Hussain. Kenapa Nabil boleh menewaskan Mawi tu... Lu pikirlah sendiri hehehe.

Atas kemenangan itu, Nabil meraih hadiah barang kemas tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM150,000, kereta Nissan Sylphy (2.0) tajaaan Edaran Tan Chong Motor berharga RM109,000, perabot Empire Classic Furniture bernilai RM30,000 serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Hotel Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Majlis yang bertemakan Sentuhan Tenun itu turut disiarkan secara langsung melalui TV3 serta Hot FM.
Anugerah Percapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada Raja Pop, Jamal Abdillah berdasarkan sumbangan beliau memartabatkan industri muzik tanah air sepanjang pembabitannya dalam dunia seni selama 30 tahun.

Turut mencipta sejarah berulang pada malam tersebut ialah Dato' Siti yang mempertahankan gelarannya selama 12 tahun berturut-turut bagi kategori Penyanyi Wanita Popular sementara Aznil pula terus menjulang trofi Pengacara TV Lelaki Popular bagi 6 kali berturut-turut.

Kumpulan Rabbani juga mencipta kejayaan yang dijangkan apabila mengekalkan kemenangan mereka menerusi kategori Artis Nasyid Popular bagi 8 tahun berturut-turut.

Lebih 5,000 penonton hadir menyaksikan acara lebih 2 jam itu yang dihoskan pasangan pelakon dan pengacara sensasi, Sharifah Shahira dan Adlin Aman Ramlie. Penyanyi yang membuat persembahan ialah Stacy, Aizat, Siti Sarah, Ayu OIAM, Diddy Hirdy, Jeffrydin, L Ramlie, Jamal Abdillah, Dato Siti, Kristal, Farah Asyikin, Faizal Tahir, Anita Sarawak dan Hujan.

ABPBH08 anjuran Berita Harian yang memasuki edisi ke-22 itu terus bertahan sebagai antara majlis pengiktirafan paling berprestij dalam dunia hiburan tanah air kerana menggabungkan semua penggiat seni termasuk dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.


SENARAI PENUH PEMENANG

*Bintang Paling Popular - Nabil

*Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar

*Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin

*Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor

*Pelakon TV Wanita Popular - Dynas

*Penyanyi Lelaki Popular - Mawi

*Penyanyi Wanita Popular - Dato' Siti Nurhaliza

*Artis Nasyid Popular - Rabbani

*Artis Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussain

*Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil

*Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah

*Artis Baru Lelaki Popular - Nabil

*Artis Baru Wanita Popular - Stacy

*Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj Nawawi

* Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

*Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

*Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

*Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat - Biduan Jamal Abdillah

Monday, March 23, 2009

Gambar Zakiah Anas Berkemban?

Gambar selebriti pengacara TV3 popular , Zakiah Anas berkemban dengan tuala menjadi isu hangat terkini dan sedang berlegar di alam cyber . Gambar Zakiah Anas berkemban seperti gambar di bawah tidak pasti samada gambar betul, sumper impose atau orang lain yang wajah seiras dengannya

Kalau betul ini gambar Zakiah Anas, pengacara 999 yang sekarang bergelar janda, siapa pula yang tukang ambil gambarnya? Takkan lah Zakiah Anas sanggup berpossing berkemban begitu daring sekali walau pun dalam bilik.

Nak berkemban, berkembanlah tapi jangan ambil gambar.

Tapi kalau dilihat dalam rancangan 999, Zakiah Anas memang sering terampil dengan seluar jeans yang ketat pada setiap minggu.

Walau Zakiah Anas sanggup bergambar berkemban atau gambar sumper impose kesian juga kat Kak Kiah ni menjadi mangsa. Kalau betul gambar Zakiah Anas berkemban dengan tuala ni adalah memang Zakiah Anas yang betul , siapa yang menyebarkan gambar ni yang patut dipersalahkan.

Ya lah orang dah popular kalau bergambar berkemban dengan tuala macam ni memanglah jadi isu hangat tetapi kalau mak cik-mak cik di kampung yang berkemban sambil menyidai pakaian takde siapa pun yang ambil kisah huhu..

Sumber : ISUHANGAT

Tuesday, March 17, 2009

Result SPM Diana Danielle ???

Kenal dengan Diana Danielle?? Jeraul baru jer dapat info pasal Diana ni. Hasil info yang geng Jeraul dapat, dak ni dapat 2A dan 5B dalam exam SPM.

Pelajar Sekolah Menengah Sri Inai, Hulu Klang itu memperoleh dua A dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan lima B membabitkan mata pelajaran Sains dan Teknologi, Kimia, Fizik, Bahasa Melayu dan Geografi.

Menurut ibu Diana, Diana tidak berpuas hati dengan keputusannya ini kerana dalam percubaan, Diana mendapat 5A. Dah rezeki dek oi... tu pun kira bagus lulus. So PLKN camner...kena tunda lagi ke dik?

Monday, March 16, 2009

Adlin Aman Ramli dah bertunang

Akhirnya, Adlin Aman Ramli kini sudah bertunang dengan Emelda. Sempat promot dalam konsert pertama Akademi Fantasia 7 gitu. Selepas empat tahun menganyam cinta, pelakon Emelda Rosmila semalam sah menjadi tunangan Adlin Aman Ramli.

Tambah manis apabila mereka ditunangkan pada hari ulang tahun kelahiran Emelda yang ke-29 di rumah pusaka milik keluarganya yang sudah setahun ditinggalkan di Kampung Melayu, Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh.

Selain bertukar hantaran lima belas dulang berbalas tujuh, Emelda yang anggun berbaju kurung moden berwarna putih disarung cincin pertunangan oleh ibu saudara Adlin, Jumaiyah Sidek di atas pelamin indah bertema putih dan hitam.

Pasangan tersebut sepakat untuk melangsungkan pernikahan pada hari ulang tahun kelahiran Adlin ke-37 pada 23 Mei ini dengan mas kahwin RM1,001 dan wang hantaran RM30,000.

Turut hadir pada majlis pertunangan mereka ialah ibu Adlin, pelakon veteran, Ruminah Sidek, kakak Emelda, pelakon Emylia Rosnaida, produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dan sanak keluarga terdekat.

Tuesday, February 24, 2009

Filem Slumdog Millionaire kuasai Hollywood

Sumber .... Berita Kosmo
Tahniah Jeraul ucapkan kepada filem Bollywood kerana berjaya memecah tradisi kemenangan filem Hollywood di anugerah Oscar. Filem Malaysia bila lagi ??
Filem Slumdog Millionaire berjaya dinobatkan sebagai filem terbaik Oscar. Kesian Jeraul dengan aktor Datuk Shah Rukh Khan yang menolak dari berlakon filem ini. Last -last Anil Kapoor yang dijulang.
Keupayaan filem Slumdog Millionaire menggondol lapan Anugerah Oscar berjaya meruntuhkan benteng Hollywood terhadap Bollywood selama ini.
BARANGKALI individu yang paling terkilan saat ini ialah Shah Rukh Khan. Ia berikutan kejayaan filem Slumdog Millionaire meraih majoriti kemenangan dengan menggondol lapan Oscar pada majlis Anugerah Academy ke-81, yang berlangsung di Kodak Theatre, Los Angeles kelmarin.

Aktor terkenal Bollywood itu sepatutnya melakonkan watak Prem Kumar, hos program Who Wants To Be a Millionaire? dalam Slumdog Millionaire tetapi dia nekad menolak tawaran berlakon filem itu kerana merasakan watak itu sebagai negatif.

IMPAK memilih cinta. A.R. Rahman menyapu bersih kategori muzik yang dipertandingkan Oscar.

Begitu juga dengan aktor veteran tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan. Mungkin dia perlu menarik semula kenyataannya yang sebelum ini menyelar pengarah filem itu, Danny Boyle atas dakwaan menggambarkan India sebagai negara yang masih dibelenggu masalah kemiskinan.

Ini kerana mimpi dalam filem yang dikritiknya itu sudah menjadi kenyataan!

"Hidup India! Hidup India!" Itulah antara butir kata-kata yang sempat dilontarkan Anil Kapoor yang merupakan seorang aktor terkenal Bollywood ketika ditemu bual hos terkenal, Ryan Seacrest untuk saluran E! Entertainment pada acara karpet merah majlis Oscar yang penuh gemilang dibanjiri nama-nama tersohor

JIRAN tetangga pelakon cilik Rubina Ali, di perkampungan setinggan di Mumbai, bersorak keriangan ketika A.R.Rahman membuat persembahan lagu Jai Ho di pentas Oscar 2009.

Hollywood daripada Angelina Jolie hingga bintang remaja terkenal masa kini, Miley Cyrus.

Selain pelakon kanak-kanak Slumdog Millionaire terutama Rubina Ali dan Azharuddin Mohammed Ismail yang berjaya menarik perhatian ramai pada acara karpet merah Oscar kali ini, turut merasai bahang glamor bertaraf global itu sudah tentulah Anil.

INI pula reaksi jiran-jiran Azharuddin yang meraikan kemenangan mega Slumdog Millionaire menguasai majlis Anugerah Academy ke-81.

Lebih bermakna lagi apabila Anil berpeluang melaungkan kata-kata penuh patriotik itu yang disaksikan secara langsung di seluruh dunia. Ini bermakna Anil sepertimana apa dan siapa juga yang berkaitan dengan Slumdog Millionaire kini secara rasminya sudah dikenali dunia!

Terima kasih kepada Shah Rukh kerana menolak watak Prem Kumar yang kemudian disambar Anil.

Bilakah lagi muncul peluang buat aktor Bollywood untuk muncul gah seumpama Anil pada Oscar di Hollywood?

BARISAN pelakon kanak-kanak Slumdog Millionaire, (belakang, dari kiri), Ashutosh Lobo Gajiwala, Tanvi Ganesh, Tanay Hermant Chheda (depan, dari kiri), Azharuddin, Rubina dan Ayush Mahesh Khedeya.

Mungkin itu satu-satunya peluang keemasan dan peluang itu berjaya diperoleh Anil yang disebut oleh Ryan Seacrest dengan jolokan 'George Clooney Bollywood'.

Apa yang penting, kejayaan Slumdog Millionaire pada Oscar kali ini telah merasmikan runtuhnya benteng Hollywood terhadap Bollywood selama ini.

Bollywood yang sebelum ini sukar untuk diterima di Hollywood kini bukan sahaja berpeluang memasuki pintu Hollywood yang sudah terbuka luas, tetapi lebih bermakna apabila diberi masuk dengan penuh penghormatan.

Semuanya gara-gara kemenangan besar Slumdog Millionaire menjadi filem paling banyak menggondol Oscar pada majlis Anugerah Academy kali ini.

TERIMA KASIH Shah Rukh Khan. Anil Kapoor bersama Danny Boyle meraikan kejayaan gemilang Slumdog Millionaire.

Keupayaan Slumdog Millionaire merangkul lapan anugerah daripada 10 pencalonan yang diraihnya termasuk Anugerah Filem Terbaik bukan sekadar menjadi kemenangan buat penerbit filem itu, Fox Searchlight dan juga Boyle yang turut menang Anugerah Pengarah Terbaik.

Ini kerana naskhah filem itu tidak akan lahir tanpa suntikan kreativiti anak-anak kelahiran India yang turut meraih pengiktirafan pada Oscar.

Melakar sejarah India di Hollywood dengan meraih Oscar kali ini ialah pemuzik unggul India, A.R. Rahman yang bukan sahaja menjadi warga India pertama meraih dua Oscar tetapi menyapu bersih kategori muzik yang dipertandingkan dalam Anugerah Academy.

Dia diumumkan sebagai pemenang Anugerah Skor Muzik Terbaik dan Lagu Terbaik.

Dalam sejarah 81 tahun Oscar, hanya dua warga India merangkul anugerah iaitu Bhanu Athaiya yang memenangi Anugerah Kostum Terbaik menerusi filem Gandhi (1982) dan anugerah kehormat yang diberikan kepada penerbit filem legenda India, Satyajit Ray pada 1991.

Rahman, 43, yang pernah diberi jolokan 'Mozart Madras' ketika membuat ucapan kemenangannya di pentas Academy ke-81 berkata: "Saya berasa terkejut dan seronok dalam masa yang sama. Kali terakhir saya berasa seperti ini adalah ketika majlis perkahwinan saya."

Menurutnya lagi, Slumdog Millionaire adalah filem mengenai optimistik dan kuasa harapan. "Dalam seluruh kehidupan saya, saya telah membuat pilihan antara benci dan cinta. Saya telah memilih cinta dan (sebab itu) saya di sini (Oscar 2009)," ucapnya penuh bermakna.

Kemenangan Rahman itu sebenarnya sudah diramalkan sejak awal oleh keluarganya di India. "Keluarga saya begitu gembira kerana mereka dari awal lagi menjangkakan Rahman akan menang lebih daripada satu Oscar.

"Justeru, ia (kemenangan dua Oscar) merupakan kegembiraan berganda. Terima kasih kepada semua yang berdoa untuknya di India," ujar adik perempuan Rahman, Fatimah Rafiq.

Namun, Rahman bukan satu-satunya rakyat India yang menang Oscar kali ini apabila Resul Pookutty turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Adunan Bunyi Terbaik.

"(Kemenangan) ini sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Kami semua tidak sangka sama sekali.

"Terima kasih Academy, ini bukan sekadar anugerah untuk adunan bunyi filem. Ini adalah suatu sejarah yang diberikan kepada saya," ujar Resul.

Monday, February 23, 2009

Gambar muka Rihanna di pukul


Kesian Jeraul nangga muka Rihanna tok... sik pasal-pasal jadi camtok... Kesian juga kepada para peminat yang dah awal-awal beli tiket belon...

Gambar Rihana penyanyi R&B yang dipukul oleh teman lelakinya, Chris Brown. Gambar menunjukkan kecederaan di bibir Rihana dan di pipinya.

Kes Rihana dipukul ini menyebabkan konsertnya di Kuala Lumpur yang ditaja oleh Celcom ditanggguh kepada tarikh yang belum diputuskan lagi.

Konsert Rihana di Kuala Lumpur sebelum ini ditentang keras oleh PAS kerana dikatakan menyokong Amerika sedangkan kempen Boikot Israel hangat diperkatakan ketika ini.

Sumber gambar: The Sun

Wana Juara Program Realiti TV Mystarz LG

Pics credit to Bloghiburan.com

Program Realiti Mystarz musim ke 2 telah melabuhkan tirainya semalam. 14 peserta pada awal rancangan, dan hanya 4 yang tinggal bagi mengisi slot grand final dan finalis yang membuat persembahan semalam ialah Wana , Cassie, Hairi dan Nashrin.
Konsert final Mystarz LG ini diadakan di PWTC dan disiarkan secara langsung malam tadi di stesen tv swasta TV3.
Pihak hantujeraul blogspot ingin mengucapkan tahniah kepada Noriezuana Syed Shafudin atau nama mesranya Wana, gadis berusia 22 tahun yang berasal dari Skudai, Johor kerana telah menjuarai Mystarz LG untuk musim ke 2 ini. Wana telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100.000, sebuah LG LCD TV 42 inci, dan juga kontrak rakaman bersama Warner (M) Sdn. Bhd.

Wana telah memberikan persembahan yang lebih menonjol. Tidak kira genre balada atau pop rock, belaiu berjaya membawanya dengan baik. Vokalnya mantap dan showmanshipnya juga bagus.
Naib juara pula jatuh kepada Wan Nashrinie Zafri @ Nashrin, jejaka 19 tahun yang berasal dari Pulau Pinang. Nashrin telah berjaya merangkul sebuah LG LCD TV 32 inci, dan juga barangan daripada LG.

Selain dari itu, Cassie yang memenangi tempat ketiga membawa pulang telefon bimbit LG Renoir, manakala Hairi di tempat ke 4 memenangi penghawa dingin LG Art Cool. Untuk pengetahuan anda, keputusan diadili oleh juri professional iaitu Hattan, Liza Hanim, dan juga juri jemputan iaitu Ajai. Keputusan sepenuhnya diadili dengan 70% dari juri dan juga 30% dari undian.

Thursday, February 19, 2009

Aksi Panas Pelakon Spa Q


Koleksi Gambar kredit to Isuhangat Blogspot
Gambar atas tu nampak cam Botol Chivas jer......
Aksi panas pelakon Spa Q.... Azizah Mahzan dan Zaefrul
Aksi intim yang tersebar di internet tidak meninggalkan kesan pada aktres Azizah Mahzan yang menganggap pelakon 'Hati Malaya' Zafrul sebagai adik.
"Saya tidak kisah kerana dia ibarat kakak saya. Demi Allah, hubungan kami tidak lebih daripada itu.

"Lagipun, isteri saya juga mengetahui tentang hubungan saya dan Kak Zi iaitu hanya berkawan baik seperti kakak dan adik.







Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites