Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Tuesday, September 01, 2015

Jug N Dust Ejuice Eliquid



 Ejuice . Eliquid terbaru dari Sarawak. Premium Blend gerenti puashati.
Kepada peminat-peminat eliquid terbaru Jug N Dust pasti tidak mengecewakan.
Harga berpatutan RM 40 sebotol. Isipadu 32 ml. Pg/VG 40/60. Nic (boleh wasap kami utk permintaan)
Reseller seluruh Malaysia diperlukan. Harga pasti menarik. Bagi peminat eliquid Jug N Dust di area Kuching, boleh wasap saya di 0194685802 (MUS) untuk dapatkan eliquid yg awesome ini

Jug N Dust Eliquid 
JUGGERNAUT - Hazelnut mix cremy tobacco... very YUMMYY!!!

THE RAJAH - Butterscoth mix caramel.. it's awesome for butterscoth lover

KILLER CLOWN - Strawberry Peach Kiwi. One of our killer... try this!!

ATHENA - Strawberry Creamy . TOP SALE . Very Delicious n Yummy with hint of mint.

MANGGO INDICA - Highest Quality Mango ( Manggo Hijau). Top Sale.

CLOUD CLOWN - Pine vs Manggo. Feel the Different.

Jika Berminat untuk membeli boleh hubungi saya di 0194685802 (MUS)
Reseller Diperlukan

Ejuice, E Liquid, Jug N Dust, Kuching E liquid, Vapor Kuching.

Friday, January 09, 2009

Band Hujan di Boulevard Kuching 10-11 Januari 2009


Presented by: Boulaverd Shopping Mall| Events by: Silus and TruEvents/Cats.fm | Event: Back 2 Skool Battle N’ Gig

Kepada semua peminat-peminat Hujan yang berada di sekitar Bandar Kuching, sama-samalah datang ke Boulevard esok. Sorry sebab lambat bagi info ni. Mesti datang oiiii...
Kepada yang suka pergi gig pun leh join... banyak band best-best Kuching yang akan perform. Band member Jeraul pun akan perform esok, band Guru dan Lucille. Band Jeraul lom pasti dapat main sik esok sebab ada member lom balik dari travelling. Kurang forum. Tapi ada gak member lain jemput Jeraul masuk band diorang untuk join Battle Of The band, program yang sama untuk Back To School ni. Tengoklah nanti camner.....

Untuk mereka-mereka yang nak join Battle Of the band ni, rasanya dah tutup tarikh penghantaran borang pada 6 Januari lepas. Tapi uols leh cuba call Cikgu Kojack at 012-890 6406. Mana tahu rezeki korang dapat masuk battle ni dan seterusnya dapat menang. Dapat gak korang perform ngan band Hujan.
Akhir kata..... Jangan ponteng sekolah 10 dan 11 Januri ni. Nanti kena rotan cikgu...

Friday, November 28, 2008

Butterfingers dan Bunkface ke Kuching


Yesss.... otai genre grunge malaya akan datang ke Kuching. Butterfingers is in the house, yeah in Kuching. Band Explosion Road To Bandfest 09, ini juga akan menampilkan Bunkface (group yang tengah pemes ngan lagu Situasi) , Evenstarr dan juga geng Punk Oi dari Kuching, United Kid Of Oi..
Kalau takde keje lain leh join sama-sama gi event ni.... the detail:

Venue: Kenyalang Park Community Association Hall

Date: 6-7 December

6 December 2008

Start at 1p.m onwards

7 December 2008

2 p.m to 7 p.m

Admission:

2 Days Pass

RM30-Front Door

RM25-Early Bird

Anything you can call them at: 012-890 6406

Tuesday, November 04, 2008

Pencuri di Tun Jugah, Kuching.


Kalau anda berpakaian kemas seperti pak kerani, pengurus or etc... do you people will notice you as a thief? Boleh di katakan hampir kebanyakan orang kita akan mempercayai orang yang berpakaian kemas ini smart dan baik orangnya dan mustahil untuk mencuri.
Tapi maaf yer... tak semuanya berperangai begitu... Lihat pada clip video di atas yang diambil dari Youtube bertajuk "Thieve at Tun Jugah, Kuching".
Dari sumber tersebut dikatakan bahawa, the Chinese guy (si pencuri) dalam clip di atas mencuri set Hua Wei 3G Mobile Modem yang berharga lebih kurang RM 999. Selamber jer dia curi ...

Thursday, August 21, 2008

Percubaan Bunuh Diri Di Wisma Saberkas


Pics kredit to Cok CokelatRawkz.
Kejadian berlaku di Wisma Saberkas pada 18 hb Ogos lepas. Seorang lelaki cuba membunuh diri dari tingkat 6 bangunan tersebut.
Yang paling menjadi perhatian ialah orang-orang yang menyaksikan kejadian mengira bersama-sama "1,2,3 ...terjoooonnnn...."
Dan apabila lelaki tersebut tidak jadi terjun... para penonton yang dibawah pulak sempat menge "boooo.." lelaki itu yang tak jadi terjun. Heheheheh. Kang tak pasal-

pasal jadi betul orang tu bunuh diri pasal kena provoke...


Man gives up suicide plan after two hours

KUCHING: There was long moment of suspense when a man was seen sitting on the ledge of sixth floor of Wisma Saberkas yesterday evening as rescuers converged on the scene.

The man, believed to be in his 30s, was first spotted sitting on the concrete safety barrier by the building’s security guards who thought little of the man’s intention.

The matter, however, soon turned serious when it became clear that the man was angry and probably gathering enough courage to make the jump as he put a foot over the ledge.

The guards made the SOS at 4.55pm, and soon three mobile police vehicles (MPVs) arrived, followed by personnel of the Batu Lintang Fire and Rescue Department (Bomba) who were led by Cpt Eddy Zulkifli.

Twelve Bomba personnel moved into action putting a fire engine and a truck equipped with a turntable ladder into place as a canvas was spread out in case the man on the ledge did decide to make the jump.

An ambulance from Sarawak General Hospital stood nearby.

The drama caused a long traffic snarl along the immediate road as traffic police ensured there was no total jam.

It was really a sight when police personnel tried to dissuade the man from jumping off the sixth floor, offering him cigarettes and drinks to “cool him down”.

The man, however, moved closer to edge and threatened to leap when the cops tried to close in on him as the nervous crowd below shouted and screamed.

After almost two hours, when everything looked hopeless, the sky opened up. It rained heavily, and that seemed to cool the man down.

In the heavy downpour police were seen approaching the man with relative ease. The man was later brought to Simpang Tiga police station to be investigated.

It was said that the man had decided to commit suicide due to marital problems.

Balik dari Satang Island.


Salam semua kepada pelayar setia hantujeraul blogspot.
Saya baru jer balik dari Pulau Satang semalam. Saya berada di sana pada 18 hingga 20 hb Ogos 2008. Hari ni baru berkesempatan untuk membuka email, dan mengupdate blog ini.
Di Pulau Satang, saya berkesempatan untuk melakukan aktiviti snorkeling bagi melihat coral yang indah di sekitar Pulau Satang ini. Tak terduga dihati saya bahawa,pulau ini mempunyai pemandangan 'coral' (batu karang) yang cukup indah dan menawan. Tak perlu untuk menyewa boat untuk ke tengah laut melihat 'coral',

hanya perlu berjalan kaki dan berenang sedikit, anda sudah boleh melihat pemandangan yang cantik ini. Bagi sayalah... pemandangan 'coral' di pulau ini setanding dengan 'coral' di Pulau Labuan yang pernah saya scuba diving dulu.

Hari kedua saya di Pulau Satang, saya menjalankan pula aktiviti scuba diving bagi melihat dengan lebih dekat 'coral' hidup yang ada di sekitar pulau ini. Seronok bila dapat scuba diving beramai-ramai camni. Lagi pula dah berapa bulan dah tak menjalankan aktiviti diving ni.
Ok lah... pasal full version nyer cerita pasal program kami di Pulau Satang ni... kena tunggu update dari Abang Santai dalam blognya Kerenahdunia. Untuk pengetahuan hantujeraul dan Abang Santai turut sama berada di Pulau Satang bagi menyertai program bersama pelajar UNIMAS ini....

Jeraul : Part paling manis apabila sempat melihat penyu mendarat dan bertelur di tepi pantai.... dan melihat bagaimana anak penyu menetas dari telurnya yang berada dalam pasir..... 19 hb Ogos 2008 (hari kedua) saya berada dalam air laut selama 8 jam melakukan aktiviti snorkeling pada sebelah pagi dan scuba diving pada sebelah petang...

Monday, August 04, 2008

Sarawak Regatta 2008


More pics for Regatta Kuching Sarawak 2008 click read more

Sarawak Regatta 2008. At Sarawak River. The Hon. Chief Minister of Sarawak officiating the start of the event. In his speech the Hon. Pehin Sri recalled the history of regatta which traced back during the 2nd white Rajah rule. This year’s

regatta took the theme “ Race for peace.” Regatta was held long time ago in Sarawak by the Brooke a step taken by by Charles Brooke to prevent the fighting amongst the natives of Sarawak.

During the 60s when regatta was held in Kuching, a lot of boat anchored at Sarawak river especially in front of Astana and Cheko. Boats came mostly from the coastal villages from Samarahan areas and some as far as Saribas area.

It is interesting to ponder why was the theme of the regatta this year “Race for Peace”?




Wednesday, July 30, 2008

Sarawak Regatta... Special guest, Great Grandson Second White Rajah


Jason Brooke, the 23-year-old great grandson of Sarawak's second White rajah, Charles Brooke who ruled from 1868 to 1917, has been invited as a special guest to this year's three-day regatta beginning on Friday. Cicit kepada Charles Brooke ini akan dapat menyaksikan acara lumba perahu yang bertujuan untuk mendamaikan puak yang bersengketa di Sarawak, yang diperkenalkan dan dianjur oleh moyangnya 29 Februari, 1879.
Sarawak Regatta 2008 will coincide with the Kuching Festival and 45th anniversary of

Sarawak forming Malaysia. The theme is ‘The Race For Peace’. It would be around Aug 1 to 3 instead of the first week of September along Kuching Waterfront.

The regatta will be promoted to neighbouring countries like Pontianak, Kalimantan Barat and Brunei. There would be side events like trade fair, exhibitions and stage shows to attract more people to the regatta and make it a renowned river event.

The launch of the regatta would be on Aug 2 at 10am.

The closing ceremony would be on Aug 3 at 4.30pm.

Last year more than 6,000 people including foreigners from 388 participating teams took part in the regatta.

To date, the organiser had received sponsorship amounting to RM580,000 – RM300,000 from the Ministry of Tourism Malaysia, RM70,000 from the Ministry of Urban Development and Tourism Sarawak, Shell Berhad donated RM100,000, Petronas Malaysia Berhad RM50,000, Ta Ann Holdings Berhad RM30,000 and Global Upline Sdn Bhd RM30,000. Obviously this year has bigger cash prizes.

Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad, Zecon Resources and Murphy Sarawak Oil had confirmed sponsoring the event but yet to disclose the amount.

Three new categories, namely 20 paddlers for government and corporate agencies (men), 20 paddlers inter-state and 20 paddlers inter-varsity would be added to the existing 12 categories.

The main category would be the 30 paddlers for men who will be challenging for the TYT Yang Di-Pertua Negeri challenge trophy and Raja Sungai or King of River title.

Registration for the regatta opens now till July 25 at http://www.sarawakregatta.com or visit Sarawak Rivers Board at Level 2 of Electra House.

Monday, June 23, 2008

Pasar Ceko Kuching dalam kenangan


15hb June 2008 adalah hari pengosongan utk penjaja di Pasar Besar Gambier atau lebih dikenali sebagai Pasar Ceko di kalangan masyarakat di Bandaraya Kuching.

Ceko terkenal sebagai sebagai pusat perniagaan peniaga-peniaga kecil yg menjual barangan harian, dan pelanggan dapat menawar dengan harga yang jauh lebih murah dari tempat lain.

Masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut disamping kurang penjagaan kebersihan adalah antara faktor yang mendorong penutupan pasar yang telah beroperasi sejak tahun 1935 ini. Faktor lain dengar kata nak buat Hotel... paham-pahamlah hotel sapa...

Kat pasar ceko ini jugalah tempat para pemborong sayur dan ikan menjual hasil borong mereka kepada para peniaga kecil di sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Serian bermula pada pukul 10 malam hingga ke 6 pagi... Harga yang ditawarkan memang best dan murah ... tak dapatlah aku nak bangun kul 3-4 pagi untuk singgah pasar Ceko ni lagi...


Lengang... skang kawasan ni dalam proses pembersihan... sebelum bermulanya proses pecah tanah dari ketua Menteri.

Pasar Basah Stutong Tabuan. Kat sinilah tempat baru untuk para peniaga dari Pasar Ceko meneruskan operasi mereka. Bagi pelanggan yang biasa pegi pasar lama (Ceko) khasnya penduduk area Petra Jaya dan Matang (cam aku) ...kalau setakat nak beli sayur dan ikan berharga 5-6 ringgit rasanya tak payahlah gi sana... minyak kereta pegi balik jer dah nak Rm15-20.... pandai-pandailah cari alternatif lain...

Tuesday, April 29, 2008

Tasik Biru Mengapa Menyepi????

Salam semua, Jeraul baru jer balik dari Tasik Biru, Bau tadi. Ada keja sikit kat sana. Nak buat threads pasal Tasik Biru ni pun bukannya aper. Cuma sedikit terkilan, kenapa Tasik Biru yang cantik dan indah ni kurang mendapat sambutan dari orang tempatan, dan apalagi orang luar. Tidak seperti tasik-tasik besar sekitar Kuching dan Samarahan seperti Tasik Serian, Tasik Unimas, Tasik Masja dan Tasik Pustaka Negeri yang sentiasa meriah.
Tasik Biru, Bau ni kalau tak salah Jeraul , ianya merupakan salah satu daripada tarikan sejarah negeri Sarawak. Asalnya tasik ini adalah dari bekas lombong emas yang telah ditutup operasinya. Tasik Biru dibuka kepada orang awam pada 21 April 2001, lebih 15 tahun yang lalu. Kalau diperhatikan secara amnya, Tasik Biru ini juga seperti tasik-tasik lain yang mampu menggamit para pelancong untuk singgah melihat pemandangan yang ada di sini. Tapi entah apa silapnya, Tasik Biru yang dibanggakan oleh penduduk Pekan Bau ini seperti hidup segan, mati tak mau. Restoran yang dulunya beroperasi sampai 5-6 buah di sini juga semuanya tutup. Mungkin pemiliknya tidak mampu untuk meneruskan perniagaan disebabkan kurangnya pengunjung ke sini.
Cadangan Jeraul untuk pihak berkenaan, usahakan sedikit mengadakan pelbagai aktiviti seperti kayak, sukan air, rakit, treasure hunt, lumba bot kecil dan sebagainya yang sesuai untuk diadakan di Tasik ini agar Tasik biru yang bayak potensi ini tidak semakin sepi dan menyepi........ pilihanraya kan dah habis, apalagi mintalah bajet banyak sikit......

Monday, April 28, 2008

Video Konsert Peterpan di Kuching, Sarawak.


Clip video suasana semasa Konsert Peterpan di Stadium Tertutup, Kuching 20 April 2008 lepas sempena Concert Peterpan Malaysia Tour 2008. Jeraul tak sempat pegi sebab ada tugas yang perlu diselesaikan. Dengar kata konsert ni tertangguh 2 jam gara-gara menunggu VIP. The Times memulakan konsert dan seterusnya OAG.. kemudiannya barulah Peterpan hingga ke penamat konsert.
Dari komen yang Jeraul dengar dari peminat-peminat Peterpan semasa konsert tu... Peterpan memang hebat dan best.... pasal kejadian penonton yang fed up menunggu lama plak, sepatutnya artis-artis local kita patut belajarlah dengan artis-artis Indonesia macam mana nak menarik perhatian crowd bila dalam keadaan tegang. Thanx to Peterpan yang menyelamatkan keadaan..
Diorang ni memang best dan pandai mengatur situasi semasa konsert....

Sunday, December 09, 2007

Konsert Dewa 19 Live in Stadium Perpaduan Kuching


Konsert Dewa 19 kat Stadium Perpaduan (Tertutup) Kuching 16 Disember ini... Buat para peminat Dewa 19 sekitar Bandaraya Kuching dan seluruh Sarawak amnya, datang lah beramai-ramai menyaksikan persembahan dari kumpulan yang tersohor di Indonesia ini. Harga tiket Rm 30 jer.
Kitak urang pegi kaa? Mun pegi snap gambo banyak2...
Aku sik pat pegi.. outstation ke Sabah.

Dewa 19 Malaysia Tour 2007 From Saturday, 15th Dec 2007 - Saturday, 22nd Dec 2007
Celcom Channel Xpax presents Dewa 19!!
Dewa 19 will be performing at following venues:

Concerts
Stadium Likas, Kota Kinabalu on 15th December at 7pm
Stadium Negara, Kuala Lumpur on 22nd December at 8pm
- Featuring Sheila Majid, Rabbani & Mulan Kwok

Showcases
Stadium Perpaduan, Kuching on 16th December at 7pm
Geodesic Dome Komtar, Penang on 17th December at 8pm
MBJB Indoor Stadium, Johor Bahru on 18th December at 8pm

Get TWO Dewa 19 Malaysia Tour 2007 concert tickets worth RM200 and collector's posters for FREE when you reload RM50 for Xpax customers. If you are not an Xpax customer, just purchase a Starter Pack and reload RM40. Available at participating outlets, while stocks last.

Call the Ticket Hotline at 013-303 0262/013-311 1919 for booking.

Monday, June 18, 2007

One Day To Serikin Market

Saturday, 16 July 2007, After 1 hour and 15 minutes driving from my house in Kuching, finally we reached the Serikin Market (border Sarawak and Kalimantan) around 12 o' clock. It sure was a experience going through 13 bridges and a long bumpy roads. You can see at the pics above. Aku rasa, ada dalam 3 kali jumpa jalan batu ni.... Tapi skang dah ok sikit. Kalau dulu... lagi teruk... lubang-lubang besar, banyak dan dalam. Skang quite good lah sikit. This is my sixth time journey to Serikin. My last journey to this market is last two years.
Sampai jer kat tempat parking kereta, ada sorang mamat Indon tu datang kat keta aku, bagi bill parking Rm 2. Nak harap kereta selamat... so kenalah suruh dorang ni jaga. Lepas bayar kupon keta... korang tak yah rasa takut lagi nak tinggal keta korang yang mahal-mahal tu kat situ. Diaorang gerenti jaga bebetul. Dengan cara tu jer dorang cari makan.
Any way, aku berjalan from the beginning of the market place. Banyak dah perubahan yang aku nampak kat sini. Makin banyak stall di tepi-tepi jalan from Kpg Serikin to the border line. Manusia pun makin banyak. Ni baru hari Sabtu, belum lagi pergi hari Ahad.
Apa yang menarik minat aku nak gi Serikin ni sebenarnya ialah, aku nak survei harga straw mats. Tikar rotan yang famous kat Sarawak ni. Bukan apa... dapat gak aku bajet nak buat modal bisnes nanti. Contact kat Semenanjung pun dah ada ... so.. pandai-pandailah amik peluang kan.. So, kalau korang nak beli tikar ni ngan harga murah. Contact jer aku, harga boleh runding. Sempat gak aku promote...

Bab tikar ngan kraftangan jer ada murah sikit kat Serikin ni. Tapi bila bab baju ngan aksesori hiasan... rasa aku, murah lagi kat India Street tu. Bukan nak mengata... tapi kalau korang pernah pergi... tentu korang taukan. Haaa... yang ni barang yang paling aku suka tengok kat Market tu... Shrunken Heads of Sarawak?.... no..no..no... its just another handscraft from the Indon people. Its a Indian Dreamcatcher. Its said to keep away bad dreams. Heheheh... next time kalau aku datang balik, aku nak beli, pakey letak dalam keta.
However, mem aku spend a few hundreds Rm for buying stuffs there. Biasalah.. orang pompuan. Lepas dalam 3 jam kat Pasar tu... kami pun bertolak untuk pulang... tak tahan, panas ya amat.......

Saturday, June 02, 2007

Memancing Udang Galah

Tengah orang lain sibuk berziarah sempena Hari Gawai, Aku , Edy ngan Mul pulak buat program gi memancing kat Sg. Batu Kawa (Sg. Sarawak Kiri). Kira cam tak terplan lah sebenarnya program nak mancing ni. Tetiba jer rasa nak pancing, member pun mengiakannya jer. So, apalagi....
Tengah hari semalam pada mulanya memang cantik, panas jer... Memang cun gila lah bila nak buat aktiviti memancing ni. Yang nak di pancing pun, bukannya ikan. Just nak pancing udang jer. Dan buat pengetahuan gak, Sg. Sarawak sememangnya kaya dengan udang galah.
Dah beli umpan ngan dah standby barang semua, baru kami pergi ke Kpg. Sinar Budi Lama, sebelum Jambatan Batu Kawa tu. Kat situlah rumah lama si Mul ni duduk dulu. Dan kat situ gak, bertenggeknya perahu Mul yang dah lama tak pakai, tapi masih utuh.
Sejam memancing, tetiba jer hari yang cantik pada mulanya menjadi hujan lebat. Memang siot tol lah.... Rosak plan nak mancing lama sikit. Kalau setakat hujan jer, kami tak kisah sangat, ni siap ngan guruh dan kilat sekali... naik berdiri bulu roma wa cakap lu... ditambah lagi ngan kedinginan angin malam.... sejok wooo. Last-last mengalah jugak kami. Walau hanya memancing selama lebih kurang 2 jam jer, namun rezeki yang kami dapat pun alhamdulillah. Aku dapat 3 ekor udang galah dan 2 ekor anak ikan .. Member lain pun dapat gak. Kira berbaloi gak lah. Udang yang kecik tu, aku masak ngan maggi malam tadi... Udang galah yang besar plak, aku masak lemak tempoyak....slurrrrppppp..

Wednesday, February 28, 2007

Ngail di Sejingkat.

Aku baru jer lepas upload gambar ni kat Photobucket . Trip memancing di Baraj, Sejingkat Kuching. Trip ni aku pergi sebelum trip memancing di Jeti Telaga Air. Masa tu aku kira nak ikut member habiskan masa berborak sambil memancing. Dari sini jugaklah timbulnya minat yang mendalam dalam aktiviti memancing ni.

Photobucket - Video and Image Hosting

Hari Sabtu tu, cuaca agak bagus gak. Ambik gambo pun cantik-cantik shoot dier. Tapi kalau sesapa yang takut hitam tu, tak yahlah berangan nak jenjalan. Panas gila. Aku sampai rasa nak give up jugak nak memancing kat Baraj ni. Panas bukan main.

Photobucket - Video and Image Hosting

Tapi dalam kepanasan tu.... ada hikmah juga di sebaliknya. Boleh tahan gak hasil memancing kami hari tu, tak sampai beberapa minit dah banyak ikan yang kami angkat. Gambo atas, member aku tengah menunjukkan aksi menggulung tali pancing(masa ni dia tengah bertarung dengan ikan betutu yang beratnya 4 kilo lebih).

Photobucket - Video and Image Hosting

Nilah gambar ikan Betutu yang beratnya lebih kurang 4 kilo tewas di tangan kawan aku. Sempat gak aku interprem jap kat atas tu. Sorrylah, aku terpaksa blurkan gambar2 aku dalam blogs ni. Atas dasar keselamatan...cheeewaaahhhh. Bukan apa, malulaaaaa...... Ok , aku pun nak balik ke rumah ni. Lenkali jer aku ceritakan trip memancing aku yang lain. Tunggggguuuuu....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites