Showing posts with label Akademi Fantasia 5. Show all posts
Showing posts with label Akademi Fantasia 5. Show all posts

Sunday, May 20, 2007

Mila Juara AF5

Malam tadi, di Konsert Akhir AF 5, terciptanya, satu sejarah baru dunia Akademi Fantasia. Memecah tradisi juara-juara AF terdahulu yang mencipta 4 juara lelaki, akhirnya Mila telah berjaya memecahkan monopoli pelajar lelaki di Akademi Fantasia. Dengan menampilkan persembahan yang menarik setiap minggu dan persembahan yang baik juga ditonjolkan pada malam final ini... Mila berjaya mendapat hasilnya.
Keputusan
Juara AF5 - Mila 32%
Naib Juara AF5 - Ebi 26%
Tempat Ketiga - Aswad 21%
Tempat Keempat - Heliza 11%
Tempat Kelima - Candy 9%
Berikut ialah review persembahan mereka malam tadi :

Heliza - Cinta Boneka
Pakaian teruk sangat. Cam dalmation. Kesian ngan heliza.Persembahan Heliza ok lah sikit. Masih mengekalkan suara serak-serak basah dia. Confident level dia tinggi. Apa-apa pun, lagu Heliza tu kira biasa-biasa saja.

Aswad - Bila Mati cinta Terhenti
Aku tak tengok diari masa Aswad nyanyi lagu ni. Aku nak tengok masa konsert final jer.Betullah cakap orang yamg lagu ni lebih ke rock 80 an. LAgu dan suara dah ok.... cuma persembahan Aswad jer yang menyedihkan.

Candy - Dedebu Cinta
Best budak ni nyanyi lagu Misha. Vocal dia memang power. Cuma slack di hujung lagu mencacatkan persembahan dia.

Ebi - Sinar Cinta
Sah-sah lagu M. Nasir ni tak best. Kesian gak aku ngan Ebi. Nampak lembik jer dia nyanyi. Suara pun tak berapa kena dengan lagu. Arrangement muzik, nampak macam bukan M. Nasir yang punya.

Mila - Persis Mutiara
Bagi aku nyanyian Mila ni biasa jer cam finalis yang lain gak. Vocal dia memang power, tapi tak sepower minggu-minggu sudah. Biasa jerlah, tak berapa minat sangat ngan lagu ni.

Aswad - Mata,Hati,Jiwa
Nasib Aswad dapat lagu rancak ni, kalau tak, mesti kena kritik abis-abis. Aswad memang baik dalam menyanyikan lagu ni ikut cara dia.

Heliza - Cinta di Lautan Lalang
Tak berapa mengancam lagu niPersembahan Heliza pun cam biasa. Tak berapa nak menarik minat penonton cam aku ni. Walaupun dia nampak try hard. Namun tak berapa menjadi.

Candy - Demam
Boleh tahan gak lagu baru ni. TApi cam pernah dengar jer melodi dia ni. Tapi dimana ya... Sekali lagi spoil di penghujung lagu.

Ebi - Farhana
Bagi aku performance stage Ebi memang menarik. Tapi kalau bawak 2-3 lagu genre cxam tu, mau semput dibuatnya. Ebi macam cuba untuk mengembalikan zaman kegemilangannya dalam menyanyikan satu lagu lagu Jinbara, Kasihnya Laila dahulu. Tapi nampak tak menjadi. Walau apa-apa pun Ebi harus dipuji kerna berani membuat persembahan sebegitu rupa.

Mila - Cinta Pura-pura
Boleh tahan gak budak ni. Patut pun peminat dia ramai. Dia bagus dalam menyanyikan lagu ni. Attitude simple but humble. Best.

Persembahan ex-af5
Semua ex student mencuba agak bersungguh-sungguh. Tapi yang best aku tengok ialah Aizat. Best lagu Yesterday tu dia bawak.

Kenangan Terindah
Lebih kepada tribute to Aznil Sedih gak part dorang nyanyi lagu ni. Tapi ramai sangat orang kat atas stage tu.

Menuju Puncak
Semua bekas pelajar buat persembahan Menuju puncak ni. Camera berserabut.

Overall
Ok. Memang best. Banyak drama dan sentimental value yang ditonjolkan... Mengingatkan kembali dari mulanya AF 5 hingga ke Final. Kelima-lima pelajar pun memang layak untuk di final. Best.

Friday, May 18, 2007

Lagu Konsert Final AF5

Lagu Terkini : Konsert Akhir AF5

Phantom Of The Opera - OST Phantom Of The Opera : Dinyanyikan oleh Semua Pelajar
Kau Ilham Ku - Man Bai : Dinyanyikan oleh Shawal
Pelangi Petang - Sudirman : Dinyanyikan oleh Dekna
Semoga Abadi - Misha Omar : Dinyanyikan oleh Noni
Aku Cinta Pada Mu - Sheila Majid : Dinyanyikan oleh Fatin
Kaulah Segalanya - Ruth Sahanaya : Dinyanyikan oleh Diya
Yesterday - The Beatles : Dinyanyikan oleh Aizat
Perpisahan - Revolvers : Dinyanyikan oleh Farha
Laguku Untukmu - Hasnol : Dinyanyikan oleh Rizal
Keabadian Cinta - Anuar Zain : Dinyanyikan oleh Afiq
Mungkin Nanti - Peter Pan : Dinyanyikan oleh Dafi
Kenangan Terindah - Samson : Dinyanyikan oleh Semua Pelajar
Cinta Pura-Pura - Ezlynn : Dinyanyikan oleh Mila
Cinta Boneka - D-Va : Dinyanyikan oleh Heliza
Mata Hati Jiwa - Awie : Dinyanyikan oleh Aswad
Dedebu Cinta - Misha Omar : Dinyanyikan oleh Candy
Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) - Jinbara : Dinyanyikan oleh Ebi
Sinar Cinta - Ebi : Dinyanyikan oleh Ebi
Persis Mutiara - Mila : Dinyanyikan oleh Mila
Cinta Di Lautan Lalang - Heliza : Dinyanyikan oleh Heliza
Demam - Candy : Dinyanyikan oleh Candy
Bila Mati Cinta Terhenti - Aswad : Dinyanyikan oleh Aswad

Sunday, May 13, 2007

Review Konsert Ke 9 AF5

Sebenarnya, aku tak terkejut pun dengan penyingkiran Shawal di Konsert terakhir sebelum final ni. Dah 3 minggu Shawal asyik berada di kedudukan kedua last di akhir konsert.
Lagi pula, dengan persembahan yang biasa-biasa saja malam tadi, akhirnya menambah lagi masalah pada undian Shawal. Tahniah di ucapkan kepada Aswad, Heliza, Ebi, Mila dan Candy kerana berjaya ke Konsert Final. Tahniah juga di ucapkan kepada para pengundi mereka yang berjaya memberi ruang kepada mereka di konsert final. Harap lagu dan persembahan di konsert final nanti menghiburkan dan bakal menjadi kenangan yang indah untuk Akademi Fantasia , seperti mana di tonjolkan oleh Ebi dan Mila malam tadi melalui lagu My Heart.Ok.. Berikut adalah review Konsert ke 9 :

Lagu-lagu Individu:

Aswad ~ Mungkin Langitmu Lebih Biru
Lagu yang Aswad bawa minggu ni kira ok lah jugak. Cuma kalau kami sebagai penonton konsert, tak berapa interesting sangat ngan persembahan dia. Just berdiri, pegang mic dan nyanyi... itu jer. Boringlah kalau dah jadi artis nanti. Showmanship tu penting . Baru peminat terhibur. Apa-apa pun, vokal dia memang power, tak setanding gaya persembahan dia. Kalau pandai combine, tak mustahil bakal artis yang akan menyinar.

Candy ~ Cahaya Cinta
Sian Candy.. Susah nak bawa lagu tu. Candy pun ada kureng sikit malam konsert ni. Sah-sah Tok Ti ngaku , kalau dia nyanyi lagu tu mesti sakit tekak. Apa-apa pun, Candy dah masuk final. Pakaian Candy malam tu tak cantik langsung. Nampak hodohlah pulak budak tu dek pakaian dia.

Ebi ~ Bukan Diriku
Best... Memang best performance dia. Adalah sikit terkucil, tapi dapat control. Dapat gak masuk final. Part paling best persembahan dia, bila dia tarik suara part chorus. Memang menarik.

Heliza ~ Ya Atau Tidak
Heliza memang banyak improve. Tarian memang best. Nyanyi pun ok, cuma pada lownote ada kureng. Nampaknya dia berjayalah juga bawak lagu tugasan dia ngan baik.

Mila ~ Pudar
Kira Ok lah Mila malam tu. Tapi kalau nak kata Mila the Best, tak jugak. Aku rasa Ebi dan Heliza lagi best malam tu. Lagi satu bagi aku, Rossa nyanyi lagi best dari Mila.

Shawal ~ Copacobana
Shawal konsentrate menyanyi sampai lupa ngan penari tu kot....heheheh Kesian kat penari pompuan tu. Sorang-sorang jer.. Cam member-member lain gak, Enlish masih kureng. Pilihan tepat jika ada penyingkiran, Shawal terkeluar malam tu. Dalam semua persembahan, Shawal memang kureng malam tu.

Lagu-lagu Duet:

Candy + Shawal ~ Menari Denganku
Bolehlah tahan. Candy nampak lebih menyerlah untuk vocal... tapi untuk part persembahan Shawal memang best.

Heliza + Aswad ~ Joget Cinta Sakti
Memula persembahan , memang best giler... tapi bila part tengah dah berterabur sikit, dek Aswad. Tapi kalau dari segi vokal, dua-dua ada chemistry.

Mila + Ebi ~ My Heart
Dapat standing ovation dari para penonton. Cam menonton teater plak persembahan dorang ni. MEmang best. Ada chemistry dan persembahan mereka memang original. Dan aku suka....

Lagu-lagu Bonus:

Let's Dance Together
Tak berapa best. Macam gopoh jer dorang ni. Step menari tu cam orang gelojoh. Tak best.

Falsafah Cinta
Part dorang nyanyi lagu ni, aku kuar sekejap. Tak taul nak komen.

Lagu Menuju Puncak
Semakin best... Dari minggu ke minggu...

Keseluruhan Konsert
AKu bagi 4/5 bintang untuk konsert ni. Memang best dan menghiburkan.

Friday, May 11, 2007

Sunday, May 06, 2007

Review Konsert Kelapan AF5

Minggu ni nampak kesungguhan daripada kesemua pelajar dalam membentangkan tugasan mereka. Antara minggu terbaik AF5, dimana kesemua pelajar menampilkan persembahan yang sungguh menarik dan tidak membosankan. Minggu ini menyaksikan seorang lagi pelajar lelaki yang menyusung beg keluar. Pelajar yang mendapat undian terendah di konsert tersebut ialah Dafi. Nasib tidak menyebelahi Dafi di minggu ke 8 ini. Walaupun menampilkan persembahan yang menarik, namun undian tidak memihak kepadanya. Takper lah dik oii.. Kat luar nanti gerenti banyak iklan dapat. Pengkritik jemputan minggu ini ialah Loloq.
Ok… Review untuk konsert ke 8 ini.

Dafi
Budak ni macam Amirul no 2. Tarian memang gempak, Cuma dari segi vocal , dia belum mencapai tahap yang membanggakan. Dari segi tarian dan persembahan, dia memang best.

Ebi.
Minggu ni bangga sikit dengan Ebi. Setelah 2 minggu yang sudah amat mengecewakan, minggu ini Ebi menampilkan persembahan yang amat baik. Vokal Ebi menyerlah bila menyanyikan lagu Alleycats ni. Walaupun persembahan bersahaja, namun ianya sudah cukup untuk penonton cam aku terhibur.

Mila.
Dari segi vocal, Mila memang power. Bagi jer lagu apa kat dia… memang boom. Tapi dari segi persembahan dia pulak, aku tak berapa terhibur. Tak taulah, mungkin sebab lagu tu kot. Apa pun Mila tetap dapat 4 lampu biru dari para pengkritik.

Shawal.
Menampilkan Prof Razak Mohaiden di awal sebelum persembahan Shawal menampakkan kegugupan pada Shawal. Di awal persembahan agak gugup, dan bila masuk part tengah, Shawal mula mengawal dan melakukan persembahan yang baik. Lagu ni memang sesuai ngan vocal dak Shawal ni.

Candy.
Sekali lagi Candy tidak mengecewakan. Dapat 4 lampu biru dari pengkritik. Memang best suara dia. Suara dia memang dahsyat. Dia pandai membuat ekspresi muka yang betul untuk lagu ni. Tak hairanlah dia dapat stay kat Akademi, walau setiap kali undian mula, dia berada di belakang. Persembahannya setiap minggu menyelamatkan dia.

Heliza.
U rocks girls…. Dah tak control cantik lagi. Setuju ngan OGY. Persembahan memang best, Cuma kena satukan vocal yang power untuk lagu ni. Namun kira ok lah jugak vocal Heliza malam tu. Serak-serak basah gitu. Tapi rasa janggal sikitlah bila persembahan dia camtu dalam keadaan bertudung. Apa-apa pun , dah namanya hiburan, pandai-pandai sendirilah jaga diri.

Aswad.
Aku suka sekali ngan persembahan Aswad ni. Dia tak perlu untuk membuat showmanship yang pelbagai. Cukup dengan ekspresi muka dan vocal yang power, Aswad berjaya mendapat 4 lampu biu dari pengkritik. Ya… memang best vocal dia. Antara semua pelajar lelaki, vokal Aswad lah yang paling bagus.

Di akhir konsert... seperti yang telah diwar-war kan sebelumnya oleh media, tentang pengunduran Aznil dalam AF menjadi kenyataan. Ini di mana Aznil sendiri menyatakan bahawa dia akan mengundurkan diri dari mengacara AF yang seterusnya selepas AF5 tamat. So.. siapa yang layak menggantikan Aznil untuk mengacara Akademi Fantasia ini?

Wednesday, May 02, 2007

Aizat mungkin KEMBALI..

Spekulasi terbaru... Astro dan Aznil jilat ludah sendiri lagi ke ?
Aznil dah kata masa konsert minggu pertama, TAKKAN ada AFMASUK kan ? Kenapa pulak Aizat keluar nak buat AFMASUK ? Kepada para peminat AF, anda berhak menentukan siapa yang layak masuk (jika ada AFMASUK) dengan mengundi masa Debat AF nanti.

Ni pendapat aku lah, tiada kena mengena nak menjatuhkan or memburukkan sesiapa. Kalau ada yang terasa, mohon ampun maaf. Contoh, seperti AFMASUK tahun lepas, senang-senang jer Lotter dapat masuk, menewaskan Rich yang ternyata lebih popular. (rasa aku, lagu final dah siap, memang khas untuk Lotter) so, kesian lah ngan Rich. Begitu jugak ngan kes Aizat ni... jangan heran kalau dia dapat masuk, dan pencipta lagu finalnya sendiri kemungkinan adalah Hattan sendiri (firasat aku jer...sila ignore). Lagu final yang sesuai untuk Aizat mungkin juga sudah disediakan. Kalau korang pikir betul-betul, ingat senang ker nak buat lagu secepat mungkin, dengan kita tak tahu siapa yang masuk final. So, pikir-pikirkanlah. Sekali lagi aku mintak maaf..jika ada yang terasa.

PETIKAN KOSMO
1 Mei 2007

Aizat mungkin kembali

KUALA LUMPUR - Selepas Linda Nanuwil, Mawi dan Lotter yang tersingkir awal dalam program realiti Akademi Fantasia (AF) dan diserap masuk semula melalui sistem undian AF Masuk, tuah yang sama mungkin bakal dilalui oleh bekas peserta AF5, Muhammad Aizat Amdan, 18.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul berkata, kemungkinan formula sama akan digunapakai memandangkan Aizat merupakan antara peserta berbakat yang menjadi pilihan dan antara calon pilihan ke peringkat akhir.

"Kekecewaan para penonton khususnya di dewan jelas ketara apabila hampir semua berdiri memberi standing ovation kepada Aizat,"ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Khairul Mizan, idea itu akan dibincangkan bersama tenaga produksi AF dan beliau mengakui di kalangan pengkritik AF5 sendiri, telah memberi buah fikiran yang sama sejurus Konsert AF pada Sabtu lalu berakhir.

" Penyingkiran Aizat memang tak diduga dan saya dapat tahu Hattan (salah seorang pengkritik AF5) sendiri sangat berkecil hati pasal hal itu," katanya kepada KOSMO! semalam.

Kontroversi pelajar yang ketujuh yang tersingki akibat memperoleh undian terandah pada konsert lalu juga telah membuatkan pihak Astro menimbangkan untuk mengadakan diskusi AF Masuk Aizat dalam program Debat AF.

"Kita serahkan seratus peratus pada peminat untuk memilih sama ada perlukah Aizat diserap semula menerusi AF Masuk,"katanya.

Sementara itu Aizat yang dihubungi tidak menafikan berasa kecewa dengan keputusan undi itu.

"Mungkin ada pengundi mengundi berdasarkan rupa, ada yang undi sebab bakat dan ada yang tidak tahu apa-apa kenapa mereka mengundi." jelasnya tenang.

Semalam, KOSMO! melaporkan komen pengkritik tetap AF5 yang kecewa dengan penyingkiran peserta berbakat besar, Aizat dan mencadangkan kaedah pengundian melalui SMS dikaji semula bagi mengelak peserta berbakat tersingkir gara-gara peminat 'buta seni'.

Monday, April 30, 2007

Review Konsert Ketujuh AF5

Sori, sebenarnya aku tak tengok siaran langsung konsert ke 7 Akademi Fantasia 5 ni. Aku pegi memancing kat Rambungan, Lundu. Aku hanya sempat tengok siaran ulangan saja di Astro Ria pada hari Ahad pukul 1.30 tengahari. Tapi keputusan siapa yang terkeluar tu, aku dah tau… member sms kat aku masa aku tengah memancing. Aizat ... seorang lagi pelajar yang mempunyai vocal dan performance terbaik Akademi Fantasia 5, menjadi mangsa kepada jari yang mengundi. Terkeluarnya Aizat, menampakkan terkezutan para pengkritik dan orang seni rasanya. Hattan seperti tak percaya (lintas kamera menunjukkan reaksi Hattan di meja pengkritik), begitu juga Ogy dan Fauziah Latif. Konsert yang bertemakan kemelayuan ini membuat kejutan yang saya rasa amat tidak perlu. Iaitu membawa kesemua ibu bapa pelajar ke atas pentas. Situasi menjadi hiba, bila Aswad (anak yatim piatu) berseorangan. Tujuanya , seperti kata Aznil, adalah untuk memberitahu Aswad, bahawa kesemua ibu bapa pelajar menganggap Aswad seperti anak mereka juga (tanda sokongan kepada Aswad). Aku check butar merah R pagi tadi .... Peratus Aswad di tempat pertama ... Seperti yang aku jangkakan.... Bersamamu... . Ok, reviewnya.

Aizat
Aizat bila nyanyi memang ok. Bagi aku memang takder masalah nak dengar naynyian aizat ni. Tapi, mimik muka dia masa nyanyi lagu tu agak keterlaluan lah pulak. Tapi sayang, Aizat belum pandai cover attitude dia . Tak jairanlah Hattan terkejut bila Aznil mengumumkan yang Aizat tersingkir.

Aswad
Dah ok sikit dah Aswad ni. Nyanyian ada improve sikit. Cuma, showmanship tu kena improve lagi. Tapi bila dia dok tahan tangan dia tu, nampak lawak plak. Tak sesuai.

Candy
Minggu ni, nyanyian Candy bagi aku biasa jer. Tak sebagus minggu-minggu sudah. Tapi still dapat 4 lampu biru dari pengkritik. Dia sepatutnya dapat buat lebih bagus lagi dengan lagu ni. Over konfiden kot.

Dafi
Minggu demi minggu... adalah peningkatan sikit, Tak banyaklah. Performance memang ok... cuma bab vokal jer jena belajar lagi buat lontaran suara.

Ebi
What happen to Ebi ... dah berapa minggu dah merudum. Ebi kena lakukan sesuatu pada persembahan dia. Kalau tak, nak tengok dia jadi juara memang susah. Vokal tak berapa bagus lagi minggu ni.

Heliza
Ok lah nyanyian si Heliza minggu ni. Baik dari minggu sudah. Dapat gak pujian dari pengkritik. Apa-apa pun Heliza kena buktikan yang vocal dia bukan klon Tok Ti. Minggu ni memang OK.

Mila
Bolehlah tahan, tapi tak berapa best. Suara dia memang power, tapi minggu ni dia tak berapa menyerlah. Tapi dia still favourite untuk ke Final.

Shawal
Cam minggu-minggu sudah, permulaan Shawal memang baik. Tapi bila part tengah dan hujung... Shawal dah tak dapat control persembahan dia lagi. Tak berapa berkenanlah suara Shawal nyanyi lagu ni.

Lagu Bonus
Marbeles.. Nyanyian berkonsep koir... Aku memang suka sekali.

Lagu Menuju Puncak
Masa dia orang nyanyi lagu menuju puncak.. aku tak sempat tengok. Ada hal sikit.

Overall, konsert minggu ni aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang. Boleh tahan.

Thursday, April 26, 2007

Tugasan Lagu Minggu Ke 7 dan diari.Akademi

Minggu ni pelajar AF5 dapat lagu irama Malaysia. So dapatlah kita tengok kekuatan pada vokal diaorang. Nak bawa lagu jenis camnie perlu ada lenggok yang betul-betul bagus, barulah persembahan itu dikatakan sampai kepada penonton. Jika salah seorang or beberapa orang yang akan slack minggu ni, habislah...

Lagu Bonus :
Joget Pahang (Siti Nurhaliza) dan Joget Si Pinang Muda (Noraniza Idris)
Candy - Tari Silat Melayu (Aisyah)
Heliza - Rindu Merindu (Fauziah Latif)
Mila - Dondang Dendang (Noraniza Idris)
Ebi - Berdendang dalam Tangisan (Jamal Abdillah)
Dafi - Joget Angan Tak Sudah ( Jay Jay)
Shawal - Joget Kaki Lima ( Dahlan Zainudin)
Aizat -
Aswad -


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kredit to Sultan Muzaffar Blogs for this pics. Gambo Rizal di PC. Harap-harap rezeki diluar sana akan berpihak kepada rizal. Bakat Rizal lebih ke acting. Rasa-rasanya tak mustahil akan ada pengarah yang akan mengambil dia untuk berlakon. Sejak budak ni kuar, aku dah malas dah nak tengok diari tu.. Sik CAyakkah?

Monday, April 23, 2007

Review Konsert ke 6 AF5

Menampilkan aksi koboi dan protege-protege (kanak-kanak) di awal konsert. Konsert minggu ni, bukan milik Rizal, walaupun mendapat 3 lampu biru (better dari Aswad yang tiada 1 lampu pun) . Beliau tersingkir di konsert ke 6 ini. Ok. Sedikit preview masa konsert.

Rizal - That Thing You Do
Dah agak minggu ni dia kuar Dance dan performance stage dia mmg best.. Aku rasa terhibur.. pronounce tu tak kesah laaa... bebudak AF memang banyak masalah tue.. tapi dapat gak faham apa dia nyanyikan. Good job. Nampak hasilnya bila dia bersungguh-sungguh belajar BI untuk lagu ni kat Akademi.

Shawal - Peronda Jaket Biru
OK gak lah dia nyanyi lagu ni. Tapi kalau dia nyanyi ngan jiwa rock, lagi best. Setuju ngan kata Hattan.

Heliza - Nafas Cinta
Aku sian lah ngan dia ni. Aku rasa suara dia memang cam tu agaknya. Takder tiru DCT. Kalau tak, takkan sampai minggu ke 6 masih dok lagu tu. Anyway, persembahan dia malam tu tak best. (bagi akulah)

Aswad - Yang Sedang2 Saja
Sian ngan Aswad selalu kena ngan OGY. Tapi malam tu Aswad tak berapa nak best performance dia. At least dia dah cuba nak buat performance stage dia nampak bagus. Apa-apa pun vokal dia memang best.

Candy - Gadis Dan Bunga
Superb... bestlah dengar dia nyanyi lagu Rahimah Rahim. Aku rasa malam tu dia yang paling best untuk persembahan. Vokal memang superb. Tapi sayang, undian kedua terbawah.

Ebi - Jujur
Apa dah jadi ni EBI, ko yang tak best ker or muzik arrangement yang tak best. Harap Ebi dapat buat yang terbaik macam dia nyanyi lagu Kasih Laila dulu. Untuk Konsert ke 6 ni, sorry to say laaa...

Dafi - Ku Juga Mencintaimu
Oklah.. sian dia salu kena kutuk. At least malam tu dia buat yang terbaik. PErsembahan boleh tahan jerlah. Vocal dia memang masih perlu diperbaiki.

Aizat - Perpisahan
Camner haa, si KK boleh nangis. Aku heran tol. Aku dengar dia nyanyi lagu AZ ni cam biasa jer. Or telinga aku salah dengo. Tapi yang pasti, dia nyanyi taklah sehebat manapun. Mungkin pengkritik takut ngan supporter dia kat belakang tu kot

Mila - Drama
Aku suka dia buat intro main piano tu. Walaupun low note ada sedikit slack, tapi hig note dia best. Persembahan kedua terbaik selepas Candy aku tengok. Ada harapan dak ni masuk final. Vokal memang power.


Lagu Bonus
AWAS.
Berterabor.... Vokal pun berterabor. Tapi menghiburkan jugak. Nak cukupkan masa konsert...
GIG
Masa lagu ni aku gi dapur buat kopi. Tak dapek den nak komen.
MENUJU PUNCAK
DAh makin kurang ni, nampaklah sikit-sikit sapa yang slack..heheheh...apa-apa pun menghiburkan.
OVERALL CONCERT
BEst... tapi muzik perlu diperbaiki. Penonton perlukan muzik arrangement konsert sebenar. Kalau susah-susah, guna jer minus one original.

Monday, April 16, 2007

Tiga Blogger AF buat laporan polis

Tengah baca lirik lagu...hehehehe.

Kredit to klubbkidd blog for this pics. Cerita ni hangat beberapa hari lepas. Aku baru dapat , sebab line tenet kat umah cam siot. Ni pun aku update kat kedai CC. Kalau korang tengok dari gambar atas mesti korang kenalkan, 3 bloggers hiburan yang paling highest ranked kat Malaysia ni.
Ni yang aku dapat dari blogs
klubbkidd, aku copy paste jer.... malas nak type. Joe sorry aku pinjam yer...
The report was lodged at 6.40pm di balai Dang Wangi by
sultanmuzaffar,berkenaan ugutan yang dia terima kat blognya, dan sekali gus terselitkomen makian, hamunan yang berbau perkauman dan menyentuh sensitiviti agama yang melibatkan MrManager dan aku jugak (klubbkidd) .Case ni under investigation skang, so aku takleh reveal more details.

Kalau nak tahu lebih lanjut, bagus hangpa gi kat blogs diaorang.

Ok yang atas tu lain cerita. Yang skang ni kita pikir plak tentang lagu tugasan pelajar. Lagu tugasan untuk minggu keenam AF5. Harap bebudak af ni akan buat all out minggu ni.

Mila - Drama ( Ning)
Aizat - Perpisahan ( Anuar Zain)
Awad - Yang Sedang Sedang Saja ( Iwan)
Rizal - That Thing You Do ( The Wonder)
Dafi - Ku Juga Mencintaimu ( Saiful/F4)
Heliza - Nafas Cahaya ( Misha)
Shawal - Peronda Jaket Biru ( Wings)
Candy - Gadis & Bunga ( Rahimah Rahim)
Ebi - Jujur ( Radja)

Lagu Bonus
Perempuan - G.I.G ( Elite)
Lelaki - Awas (KRU)

Review Konsert Kelima AF5

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Berakhir lah sudah konsert untuk minggu ke 5 AF5. Minggu ini menyaksikan penyingkiran Dekna pulak. Nampaknya diari minggu ni pasti boring. Suka tengok karektor budak tu yang selamba. Part paling best untuk konsert kelima ni ialah kejutan yang dibuat ke atas Rizal. Astro membawa Ellie Suriaty (pelakon idola Rizal) untuk diberi kejutan. Memang best lakonan Rizal yang takda skrip tu. Selamba jer dia pasang dialog sendiri . Terhibur gak. Ok kat sini aku nak review sikit konsert minggu ke 5 ni.

Candy-Berdua Lebih Baik
Apa dah jadi ngan Candy... Minggu ni tak berapa bagus persembahan dia. Lagu tu dah cachy tapi sayang dia tak berapa menjadi sangat untuk persembahan malam tu. Nasib dia terselamat.

Rizal-Pada Syurga Di Wajah Mu
Nyanyian memang ada improvement. Boleh tahan walaupun ada slack sedikit. Tapi kalau bab lakonan memang best. Suka tengok dia buat lakonan ngan Ellie Suriati.

Ebi- Layu Sebelum Berkembang
Boring lah persembahan Ebi minggu ni. Mungkin lagu tu slow kot. Tapi memang tak berapa menjadi Ebi minggu ni. Betul apa yang Syafinaz komen di akhir persembahan Ebi tu.

Heliza- Diam-diam Jatuh Cinta
Ok lah persembahan Heliza malam tu. Terhibur gak. Dia memang dah ada improvement untuk persembahan pentas. Sempat gak si Dekna tu tarik telinga Shawal di akhir persembahan Heliza. Lawaks..

Aizad- Itu Kamu
Aiztt...Aizat... kan ko dah kena. Ada ker cakap dia nyanyi lebih better dari Rich. Den tengok ko, ke laut adalah. Sayang, lagu tu kira hits lah jugak.

Mila- Puncak Kasih
Peningkatan yang cukup ketara buat dik Mila ni. Memang powerful suara dia. Agaknya dia ni jenis yang lambat panas kot. Ada harapan ke final budak ni. Persembahan dia memang menarik malam tu.

Dekna- Unfaithful
Aku suka dengar suara husky dia. Tapi tak berapa mengenalah dia nyanyi lagu Rihanna ni. Lagu ni kira lagu hits lah jugak.. Apa-apa pun moga Dekna berjaya di luar sana. Aku suka dengar bila dia nyanyi lagu Nadia konsert lepas.

Dafi- Bibir Mesra Jiwa Parah
Dafi...Dafi... Tarian dah bagus... nyanyian tu still cam dulu gak.. Sempat main mata ngan Kak Ogy lagi. Heheheh

Aswad-60's TV
PAtutnya dia yang kuar malam tu. Lagu alternative ni memang tak sesuai bagi kat dia. Cubalah tempohari ko bagi lagu tu kat Rizal. Kan dah kena dah...

Shawal- Cinta Tak Karuan
Aik... takkan Erra bagi baju ngan topi terus semput dik... Sayang, best layan lagu dangdut ni kalau Shawal pandai membawanya. Apa-apa pun kira ok lah jugak

Lagu Bonus~Lagu Hindustan-
Apasal plak miming ni.... Menci taww... Budak AF3 dulu ok apa nyanyi hindustan. Nyanyian tak dapat komenlah... Tapi part tarian memang best. Menghiburkan.

Persembahan Menuju Puncak-
Dah ok dah persembahan menuju puncak ni. Ada improvement.

Keseluruhan Konsert-
Bolehlah tahan. Menghiburkan walau pun tak dapat seperti yang diharapkan. Minggu ni kena kritik...Agak-agak minggu depan kena puji tak???

Sunday, April 08, 2007

Review Konsert Keempat AF5

Persembahan
Konsert Minggu ni Puji... Minggu Depan kritik kaw-kaw balik....

Candy-Setia Ku Korbankan.
Dia membuktikan sekali lagi yang dia memang boleh jadi penyanyi. Aku suka ngan suara dia. Tone menarik. Tapi kat Malaysia ni banyakkan penyanyi wanita suara xcamtu. Malam tadi dia memang all out. Bersahaja tapi menarik.

Rizal- Di Ambang Sore
Habislah Rizal ni... Lenggok suara tak mengena untuk lagu ni. Walaupun dia cuba wat terbaik. Apa-apa pun still ada improvement.

Ebi- Kasihnya Laila
Aik... tu ajer ker makeover dia... cam biasa jer... 2 jam tu beb... Apa-apa pun, Ebi malam tadi memang best. Suara dia pun ok. Yang paling syok tengok performance atas stage dia. Sempat gak camera tunjuk 2 wartawan tu terlompat2. Ada peluang untuk jadi juara... Pukul 12.30 malam undi dia 43%... Memang banyak pengundi dia.

Heliza- Torn
Low note memamng kureng. Minggu ni Heliza kurang menyerlah. Apa-apa pun dia still 5 teratas. Kalau dia nyanyi cam minggu kedua tentu best lagu Torn tu...

Aizad- La Camisa Negra
Kira oklah budak ni... Tapi kalau nak puji tinggi tak leh gak. Lagi pun yang bersorak kat dewan tu pun nampak dikalangan ahli keluarga ngan rakan jer. Still termengah-mengah. Tu yang buat spoiled lagu ni. Apa-apa pun menghiburkan.

Fatin- Joget Gila Bayang
Ada improvement. Suara dia memang sesuai untuk lagu cam ni... Sayang dia terkeluar awal.

Farha- As Long As You Love Me
Aku puji dia ni. Lagu tu bukan senang nak nyanyi solo. Dia memang telah melakukan tugasan dengan baik. Sayang dia terkeluar awal.

Mila- Benci Tapi Rindu
Ada improvement. Nasib sekali menyebelahi dia. Suara pun bagus, dan dia memang layak untuk meneruskan perjuangan dalam akademi jika ikut performanxce dia malam tu. Suara memang power.

Noni- Pastikan
Memula lagu Ok.. Aku ingat mesti gempak. Lepas tu masa kat bridge...terpeleot...sampai ke penghujung. Sayang. Kalau dia konsentrate lagu tu, gerenti boleh boom.

Dekna- Salam Untuk Kekasih
Tak best langsung Dekna nyanyi lagu ni. Muzik arrangement pun tak best. Tak tau plak kenapa Ogy boleh puji dia. Suara ok... tapi tak cukup mengena untuk lagu tu.

Dafi- Zikir Kasih
Aduh... dia ni memang tak boleh nyanyi punya bab lagu jenis vocal power-power ni... Lagu santai bolehlah. Minggu depan dapat lagu xcamni lagi abislah dia...

Aswad- Hakikat Sebuah Cinta
Suara dah ok... Tapi sayang, dia tak menggunakan persembahan da tu untuk menyakinkan orang mengundi. Kaku.. dan boring. Harap pada kekuatan vocal sahaja...

Shawal- Izinkan Ku Pergi
Satu lagi pelajar yang tak best malam tadi. Performance untuk showmanship ok... Tapi part vocal memang lemah. Shawal tak sesuai untuk lagu cam tu.

Persembahan Menuju Puncak-
Ok lah... Minggu ni... Malas nak komen...OKlah...

Keseluruhan Konsert-
Ada yang all out... ada yang kureng. Tu yang bestnya tentang konsert minggu ke 4 ni. Harap konsert minggu depan lagu best2.

Saturday, April 07, 2007

Persembahan Malam Nie..

Malam ni adalah malam konsert ke 4 Akademi Fantasia 5. Harap menghiburkan. Minggu lepas punya konsert agak teruk sikit. Harap minggu ni kasi boom. Aku harap bebudak AF5 malam ni kasi all out.... Pelajar yang aku rasa akan boom kalau dia perform well ialah... Heliza, Ebi, Aswad dan Farha... itu pun dari segi lagu yang dorang dapat. Kalau tak buat ngan baik... aku gerenti, mesti kena kutuk abis-abisan. Yang paling ditunggu orang ramai pula, kalau ikut review ialah persembhan yang akan di buat oleh Dafi. Kalau Dafi tak dapat nyanyi lagu UKs ngan baik malam ni.. habislah dia. Bukan setakat penonton jer akan kutuk. Pengkritik pun pasti akan kutuk dia gak (tapi kena control sebab dalam tv).

Senarai lagu tugasan konsert keempat.
Fatin - Joget Gila Bayang (Anita Sarawak)
Noni - Pastikan (Siti Nurhaliza)
Ebi - Kasihnya Laila (Jinbara)
Aizat - La Camisa Negra (Juanes)
Shawal - Izinkan Ku Pergi (Kaer)
Heliza - Torn (Natalie Imbruglia)
Farha - As Long As You Love Me (Backstreet Boys)
Candy - Setia Ku Korbankan (Fauziah Latiff)
Dekna - Salam Untuk Kekasih (Nadia)
Dafi - Zikir Kasih (Amir Ukays)
Rizal - Di Ambang Sore (Ahmad Jais)
Aswad - Hakikat Sebuah Cinta (Iklim)
Mila - Benci Tapi Rindu (Diana Nasution)

Sunday, April 01, 2007

Review Konsert Ketiga AF5

Baru jer lepas balik hantar kawan tadi. So aku nak update sikit blog ni. Esok aku nak ke luar kawasan. Ada kerja sikit. Ok....

Konsert kali ini bertemakan Ketuhanan dan Kemanusiaan. Dimulakan dengan sajak Dato A. Samad Said oleh Para pelajar. Nampaknya minggu ni minggu selamat buat pelajar, dimana tiada penyingkiran dilakukan. Mungkin sebab tema minggu ini agaknya.Tapi rata-rata para pelajar perform agak suram sikit. Tak taulah, mungkin menghayati hari Maulud Nabi (tak boleh enjoy sangat). Seperti yang kita ketahui dalam drama2 AF yang terdahulu, jika ada minggu pelajar tidak tersingkir, minggu depan pastinya akan ada 2 beg yang akan diusung keluar. Heheheheh... Ok dimulakan dengan :

Candy-Terlalu Istimewa
Seperti biasa suara dia memang best, tapi ada part tertentu yang terpeleot sikit. Tapi perlu ker dia buat gaya menggoda? Tak pahamlah. Tempo out, tapi boleh dimaafkan. Nasib dia ada vokal power. Kalau tak....

Rizal- Permaidani
Aku suka budak ni.. bersungguh betul dia nyanyi lagu tu (dari riak muka). Suara ok lah jugak. Tapi dari segi nyanyian...memang kena belajar banyak lagi. Apa-apa pun masih harap dia kekal di akademi. XCam xcipanbakar gak, aku nak tengok middle finger dia tu...

Ebi- Al Jannah
Masih buat trend minggu pertama. Nasib part berzanji tu buat aku tersentuh sikit.
Tempo ada lari sikit. Apa-apa pun masih harap dia kekal kat akademi.

Heliza- Melodi Ahlan
Dah terkena dah budak ni...heheheh . Suara dia ok.. Tapi menari, lawak betul. Baru jer nak bagi tau suara ada sikit cam DCt.. dah Hattan bagi tau dulu. hehheh.


Aizad- Warisan
Lagu alternative bolehlah bagi kat budak ni. Kesian dia aku tengok, cam tak enjoy jer bawak lagu tu. Orang tengok pun boring dik oiii..

Fatin- Erti Hidup
Kira minggu ni , minggu terbaik Fatin. Persembahan ok2 jerlah. Tapi boleh diterima masuk kat aku.

Farha- Insan
Tak best.... aku lebih suka Yantzen rampas Mic tu kat tangan dia... Lenggok suara berubah-ubah bila nyanyi lagu ni.... tu yang buat aku tak suka dengar. Org lain tak taulah plak.

Mila- Melukut Di Tepi Gantang
Minggu ni ok lah sikit. Patut pun dia rebut nak ambik lagu ni.Minggu ni kira terbaiklah dari 2 minggu lepas performancxe dia,

Noni- Ode To My Family
Persembahan ok. Tapi nyanyian banyak terpeleot. Tapi kena juga dia ngan Ogy. Hehehehehheh.
Dekna- Kembara Di Tanah Gersang
Kenapa ngan DEkna tu haaa.... Sakit tekak ker... Persembahan ok...tapi nyanyian memang kena banyak perbaiki lagi. Aku suka tengok dia ni bila pakai tudung...heheh

Dafi- Aku Tanpa Cinta-Mu
Habislah Dafi minggu ni...hehehheh. Malas aku nak komen. Aku komen kang, aku yang kena kutuk... heheheh.

Aswad- Hijau Bumi Tuhan
Kalau lagu XPDC memang aku suka. Suara dia memang masuklah ngan lagu ni. Cuma bab persembahan jer ada kureng. Apa-apa pun aku terhibur (sebab lagu XPDC)

Shawal- Ku Berlari
Satu lagi fail.... hehehe. Suara tak sampai lah dik.. Semput ker. Tapi persembahan boleh tahan.

Persembahan Menuju Puncak-
Heheheh.... Amat tidak memuaskan. Sorry to say.

Keseluruhan Konsert-
Malaslah nak tengok ulangan.... cam tak best jer. Tak macam minggu lepas. Banyak kali aku tengok ulangan.

Saturday, March 31, 2007

Rizal dan Aksi Goreng Gitar.

Aku tak tau plak kenapa orang tu siap letak gambo Rizal tunjuk Choi kat penonton. Kalau korang ada tengok klip ni tentu korang faham, yang si Rizal tu tengah buat aksi cam orang goreng guitar lead. Part jari hantu dia tengah ke atas, part tu jugaklah diorang snapkan untuk disebarkan....heheheh. Part jari manis ngan jari telunjuk kat atas, taknak pulak diaorang sebarkan.. hehehe. Paham-pahamjerlah. Kengkadang kesian gak ngan budak ni. Lagi satu yang aku turut kesian...ada ke patut diaorang kutuk Aswad macam tu sekali. Malas aku nak komen memanjang, Korang pun tahukan apa yang telah diaorang kutuk kat Aswad.
Aku nak pointkan kat sini, yang aku nak Ebi, Rizal dan Aswad ke final...... yang lain tu?????

Apakehey nyer ni...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Cuti hari ni , baru dapat online.. Kalau tak pun kena tunggu diari baru dapat update blog. Macam biasalah, skang kan musim AF... so blog ni pun akan lebih tertumpu pada AF sehingga Af berakhir.
Ok bercerita tentang diari minggu ketiga ni. Kenapa mesti ada Tok Wan dalam diari? Tok Wan merujuk kepada maskot terbaru Astro (pitching lari laaaa...) Ntah ape2 lah diari minggu ketiga ni.
Lagu satu yang saya perasan dan beberapa forummer perasan ialah terdapat pelajar yang kurang ditonjolkan dalam diari. Pelajar-pelajar seperti Rizal, Candy dan Fatin amat kurang ditonjolkan dalam Diari. Jika peminat mereka nak tengok karektor pelajar tersebut, kenalah melanggan AFxtended. Kat situ baru nampak karektor pelajar tersebut. Macam si Rizal tu, dia memang pandai bermain alat muzik seperti gitar dan drum, Candy pula suka menyendiri dan tidur.Bak kata lain, kat AFxtended memang banyaklah ditonjolkan pelajar-pelajar tersebut. Tapi kat Mesia ni, banyak ker yang dapat melanggan AFxtended tu? Persoalannya..... Siapa yang patut disalahkan. Editor ker atau pelajar itu sendiri? XCam diari yang dulu-dulu pun camtu jugak. Editor lebih fokus kepada pelajar perempuan. Kemaruk sangat lah tu...

Lagi kurang diorang nampak kat diari....makin lama diaorang kat dalam list....

Tuesday, March 27, 2007

Lagu Tugasan Minggu Ketiga

Permaidani - Aris Ariwatan : Dinyanyikan oleh Rizal
Terlalu Istimewa - Adibah Noor : Dinyanyikan oleh Candy
Melukut Di Tepi Gantang - Aishah : Dinyanyikan oleh Mila
Kembara Di Tanah Gersang - Al Jawaher : Dinyanyikan oleh Dekna
Al Jannah - Mawi : Dinyanyikan oleh Ebi
Aku Tanpa Cinta-Mu - Mirwana : Dinyanyikan oleh Dafi
Insan - Yantzen : Dinyanyikan oleh Farha
Ku Berlari - Firdaus : Dinyanyikan oleh Shawal
Warisan - Sudirman Hj. Arshad : Dinyanyikan oleh Aizat
Hijau Bumi Tuhan - XPDC : Dinyanyikan oleh Aswad
Ode to My Family - Cranberries : Dinyanyikan oleh Noni
Erti Hidup - Dayang Nurfaizah : Dinyanyikan oleh Fatin
Melodi Ahlan - Waheeda : Dinyanyikan oleh Heliza

Sudah saya kata kan tempoh hari, pembahagian lagu sebegitu rupa bakal mengundang perbalahan antara pelajar. Walau pun di kaca tv kita nampak mereka cuba berbaik-baik, namun sebagai manusia, hati siapa yang tahu. Kertas lagu tugasan ditampal dicermin mengingatkan saya seperti Kompeni Ah Long menampal iklan pinjaman di kereta2 dan dinding shopping kompleks. Heheheheh. Dari situasi ini juga, para penonton akan mendapat melihat sikap sebenar para pelajar.
Memandangkan Hari Maulud Rasul jatuh pada hari Sabtu ini, pihak Astro telah menganjakkan hari Konsert ke Hari Ahad pukul 1.30 tengah hari. Satu cara yang amat baik dan di puji oleh ramai pihak. Lagu-lagu yang diberikan juga berunsurkan Ketuhanan, keamanan dan insan.
Ok dari segi lagu jika pelajar tersebut berjaya membawakan lagu itu dengan baik, saya rasa tak mustahil mereka akan kekal lama di Akademi. Lagu-lagu yang saya jangka bakal meletup di konsert jika betul gaya dan caranya mengikut susunan ialah,:

1.) Ku berlari (Firdaus) - Syawal
2.) Ode to My Family (Cranberries)- Noni
3.) Hijau Bumi Tuhan (XPDC) - Aswad
4.) Erti Hidup (Dyg Nurfaezah) - Fatin
5.) Terlalu Istimewa (Adibah Noor) - Candy
6.) Al Jannah - (Mawi) - Ebi
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mampu atau tidak Ebi menyanyikan lagu Idola remaja masa kini di konsert ketiga?
Yang lain-lain tu bagi saya tak berapa cukup powerlah . Apa-apa pun ianya terpulang kepada pelajar AF5 sama ada dapat menyampaikan lagu tersebut dengan baik atau tidak. Itu terpulang pada mereka.

Sunday, March 25, 2007

Undian Selepas Konsert.

Terkejut bila tengok undian selepas konsert malam tadi kira-kira pukul 12 lebih.

Nama
ASWAD 17%
SHAWAL 13%
HELIZA 13%
DAFI 12%
NONI 8%
EBI 8%
DEKNA 6%
FATIN 5%
CANDY 5%
RIZAL 5%
FARHA 4%
MILA 4%
AIZAT 2%

Aizat yang pada mulanya di kedudukan ke dua, hampir terkeluar. Tapi bila aku tekan balik butang R pukul 6 petang tadi, Aizat naik balik ke kedudukan kedua...hehhehe... Yang lucunya, aku afundi semalam 2 peserta (biarlah rahsia) sebelum konsert, masih belum terima reply dari astro lagi. Heheheh. Tak hairanlah kalau ada orang beritahu malam tadi undi banyak sangkut. AF5 ni nampak undian dari Sabahan agak terkebawah. Tak tahulah mungkin strategi, atau sudah tidak yakin lagi bila 3 AF menjadi Naib Juara. Tapi walau apapun aku memang puji orang Sabah kerana banyak melahirkan penyanyi yang baik.

Review Konsert Kedua AF5

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tahniah di ucapkan kepada tenaga pengajar Akademi Fantasia 5 untuk minggu ke 2 ni. Peningkatan mendadak persembahan pelajar dan perubahan arrangement muzik yang ok sikit dari minggu sudah, membuatkan ramai penonton berpuas hati. Tapi adakah ini akan berkekalan sehingga ke konsert akhir?..sama-sama kita nantikan.
Afiq menjadi mangsa kedua penyingkiran (aku rasa yg sepatut keluar ialah Mila).
Permulaan konsert dimana pelajar memperkenalkan diri, mereka jadi robotlah pulak. Cam budak 3 suku pun ada ...heeheh

Persembahan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Candy-Semua Jadi Satu
Kejutan dilakukan dengan menampilkan 3 diva dari seberang, KD, Ruth Sahanaya dan TT DJ. Aku sememangnya menyukai lagu ini. Dan amat berbangga dengan Candy bila berjaya membawakan lagu ini dengan baik, walau nampak sedikit gementar. Candy mempunyai suara yang unik dan boleh diperbaiki lagi teknik nyanyiannya.

Rizal- Kembali Merindu
Memang excited betul dia nyanyi.. Setuju ngan Ogy yang mengatakan persembahannya jujur. Dia pun nampak jujur orangnya. Tapi suara ditenggelami muzik malam tadi.Kena belajar lagi melontarkan suara dengan baik. Overall baik dari minggu lepas.

Ebi- Bailamos
Persembahan yg menarik.. Dah nampak bersemangat plak budak ni. Sexy la jugak.. Vokal dier kena asah lagi, Ada certain part mendatar. Suka menonton bila dia berbailamos dengan budak bawah umur tu...hehhehe...

Heliza- Aku Bukan Utk Mu
suara dier sedap dan ada tone kata Hattan.. Tapi still meniru suara Dato CT dan suara dia tak konsisten.. ada masa mcm bagus.. tetiber kat tgh lagu cam ada silap sikit.. lepas tu ok balik... dia kena pandai kontrol suara dia lagi..

Aizad- Basketcase
Aku taknak komen sangat pasal persembahan ni. Memang bestlah kalau dapat lagu jenis camnie buat pelajar. Gerenti penonton terhibur. Bagi jer kat sesapa lagu ni, gerenti kena puji gak. Aizat beruntung dapat lagu ni, seperti Faizal AF4 (Smell Like Teen Spirit) dan juga Felix (Hukum Karma). Korang pun paham kan maksud aku....

Fatin- Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu
Kesian ngan dak Fatin ni. Muzik tu ker atau dia yang silap. Tak taulah. Dia nyanyi pon mcm tak bermaya.. Lagu dandut ok lah ngan dia.

Farha- Biarkan Aku Menangis
Bolehlah tahan suara dia bawa lagu ni.. tp sbb lagu nih sedap.. Belum betul-betul teruji dan aku masih fobia ngan suara dia bila dia nyanyi lagu Search minggu lepas. Tunggu jerlah konsert ke 3 nanti cammana plak.

Mila- Got To Tell You
Suara dia ada peningkatan banding minggu lepas.. Tapi biasa-biasa jer pbagi orang yang dah biasa menonton AF. Nasib dia tak terkeluar minggu ni. Yang aku heran cammana sebelum konsert dia di kedudukan terakhir dan akhir konsert dia berada di tangga 5 keatas??

Afiq- Biso Bonar
Suara dia ni sebenarnya ok. Suka bila suara serak-serak basah tu dilontarkan dengan jelas. Tapi apa boleh buat. Nasib dah takda.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Noni- Mi Rae
Aku dah sangka dah mesti dia dapat buat nyer... Lagi ni kira tak berapa mencabar sangat. Cuma dari segi bahasa jer yang berlainan. Overall ok dan menghiburkan.

Dekna- Cinta
Masih flat lagi di certain part... Suara pun tak cukup tinggi.. Pitching???..

Dafi- Pencinta Wanita
Lagu senang tapi jangan ingat dapat buat sambil lewa. Dafi bagi aku semalam agak tidak memuaskan dari segi vokal. Biasa jer persembahan dia, Tapi heran gak bila orang kat dewan tu cam kena histeria.

Aswad- Nak Kahwin, Duit Tak Ada
Suara dia memang best. Mungkin sebab dia ada pengalamn menyanyi dulu2. Apa-apa pun kena tunggu minggu seterusnya untuk lihat persembahan dia yang lain. Nasib tak sengau.

Shawal- Kenangan Mengusik Jiwa
Malam tadi memang malam Shawal. Memang sesuai lagu lama ni kat dia. Tapi tak bleh puji sangat. Vokal dia belum teruji dengan lagu berentak moden plak.\

Persembahan Menuju Puncak-
Dah makin ok. TApi masih perlu diperbaiki part permulaan tangan pelajar melambai-lambai tu. Aswad kena jaga step tu taww...

Keseluruhan Konsert-
Arrangement muzik dah di ubah. Marvellous. Harap dapat dengar lagu rock minggu depan.

Pilihan jeraul.
1.) Shawal
2.) Aswad
3.) Candy
4.) Noni
5.) Rizal

Thursday, March 22, 2007

Soseh-soseh Akademi Fantasia 5.

Baru jer lepas balik dari kerja ni. Sempat gak menjenguk ke forum cari dan Channel@15. Tengok-tengokkan keluhan dan pendapat orang lain tentang AF5 ni. Rata-rata para peminat AF amat tidak menyukai arrangement muzik di konsert pertama. Ada yang mengatakan bahawa muzik yang di gunakan masa konsert tu, muzik ala karoke dan bukannya seperti muzik yang sepatutnya keudara bila di sesuatu konsert.
Di samping kontroversi Zana, 3 pelajar sakit dan bekas kekasih Diya, nampaknya AF5 ini bakal mengundang parah. Walaupun ini baru konsert pertama, namun sudah banyak kontroversi yang datang. Tapi bagi saya, kontroversi ni perkara biasa dalam dunia hiburan realiti, tapi yang saya tak tahan ialah kenapa muzik yang sebegitu rupa di tampilkan. Tengok jer diari di minggu kedua ni. Semasa latihan nyanyian, muzik yang didendangkan untuk pelajar menyanyi juga nampak lemah, dan kebanyakan pelajar menyanyi agak sengau terutamanya Aswad (atau mungkin dia memang sengau).
Jika arrangement muzik masih juga seperti dalam diari ni, alamat habislah AF5 ni nanti.....

Peratusan terkini Pelajar.
1.) DAFI - 18%
2.) Aizat - 17%
3.) Heliza - 14%
4.) Fatin - 9%
5.) Aswad - 8%
6.) Afiq - 5%
7.) Farha - 5%
8.) Syawal - 5%
9.) Rizal - 4%
10.) Ebi - 3%
11.) Candy - 3%
12.) Noni - 3%
13.) Dekna - 3%
14.) Mila - 3%

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites