Wednesday, August 26, 2009

PAS Menang Pilihanraya Permatang Pasir


KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS mengulangi kemenangan besar yangdicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabilakiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasipesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoritimelebihi 4,551.

Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernahmemenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan rayaumum lebih setahun lalu.

Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk MohdHamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan RayaUmum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tigapilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.

Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja.

Jumlah keluar mengundi merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.

PAStelah menjalankan kempen dengan lancar sejak hari pertama kempen ekoranmasalah peribadi calon BN berhubung salah laku melibatkan wang anakguamnya berjumlah RM161,000.

Umno yang berharap untuk mengulangi peningkatan undi diperolehidi Manek Urai gagal mencapai matlamat tersebut dalam menghadapi PAS dikubu kuatnya yang juga kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites