Click Pictures untuk tengok gambo besar...
For More Pics CLICK HERE
Wa demam la pulak.... pulang jer ke opis dah kena buat keja lain berlambak dah keja nak kena buat. Tapi dapat gak aku curi-curi online ni, khas tuk update blog. Nak upload gambo aku masa kat Sabah ngan Lawas tempoh hari dalam Photobucket punyalah ambil masa. Ok... My journey from Kota Kinabalu to Lawas, atas dasar kerja.
Kami pergi seramai 4 orang. Sinopsis..Cheewaaahhhhh...
5 Oktober 2006
8:50 mlm - Berlepas dari Airport Kuching ke KK
10:30 mlm - Sampai KK dan terus Check-In kat Kinabalu Daya Hotel. Orang lain yang tempahkan, kami duduk jer.
Kat atas ni gambo masa aku kat Sabah. Gambo muka aku satu pun tarak...sebab takdak orang tukang snap..takkan nak suruh bos kot. Gambo Hotel Kinabalu Daya ngan beg dan kasut...eceeemmm...
6 Oktober 2006
7.30 a.m - Aku keluar jalan2 kat sekitar Bandar KK. Sensorang jer aku jalan ...spoiler daaaa... takdak kawan. Tak best kalau bawak bos jenjalan...kena protokol. Hehhehe..sorry bos.
Selepas puas jenjalan aku pun balik ke Hotel layan movie jap . Sebenarnya kami menunggu contact kami En. Vivian dari Penampang datang ambil kami di Hotel. Dalam kul 9.30, baru dia datang seperti yang dijanjikan. KK kalau nak tau masa tu hujan lebat. Nasib aku lari dari Kuching. Kemudian kami pun bertolak untuk ke Lawas.
Sampai kat Lawas jam 4.30 petang , lambat sikit samapai sebab kami berhenti dalam lebih kurang 10 stesen kajian di sepanjang perjalanan KK - Lawas tu. Sempat gak ambik beberapa pics.
Gasing konkrit di tengah bandar Lawas. Kat tengah tu gambo Pasar Besar Lawas. Tempat orang jual sayur, ikan dan macam-macam barang kampung. Shangsan Hotel kat tepi sekali adalah Hotel pertama hantujeraul menginap di Lawas. Sebenarnya, semasa di Lawas, aku dah tido di 3 buah Hotel berasinga. Semalam di Shangsan Hotel, semalam di Hotel Perdana dan hari terakhir aku bermalam di Mega Inn.
Jalan balak yang kami gunakan untuk sampai ke Long Luping. Kawasan kajian . Banyak lori balak melimpas kereta Toyota Hilux kami, seram sejuk rasa badan. Paham-paham jerlah, kalau lori balak turun bukit bukannya driver boleh tekan brek. Oh, sebelum terlupa, semasa di Lawas, kami telah mengupah seorang driver dan kereta Hilux nya sekali untuk membawa kami ke kawasan kajian. Dia ialah En. Ronnie Ganui yang berasal dari Long Luping dan berbangsa Lun Bawang. Steady brader ni...
Jalan yang kami lalui ni berbukit bukau. Aku ada masalah dalam menstabilkan pressure kat kepala aku ni, rasa cam nak pecah jer gegendang telinga aku...800 m dari aras laut kalau nak ikut GPS tempat paling tinggi kami lalui.
Gambar kiri Long Sukang dan di sebelah kanan pula Long Luping. Nasib aku tak bermalam kat area ni. Dengar kata suhu waktu malam kuat sijuk...wahwahwah..
Satu yang aku perasaan tentang Lawas ni...kalau kita nak tengok kawasan yang paling banyak mempunyai kerbau di Sarawak ni...Lawaslah tempatnya. Kat mana-mana jer ada jumpa. Kalau kat Kuching dah jakun dah orang tengok.
Gambo Twin Otter masa nak terbang pergi Miri sebelum ke Kuching. Sakit telinga aku naik Twin Otter ni. Dari Lawas ke Miri ambil masa 45 minit. Kenangan terindah aku kat Lawas ialah masa di hari terakhir, aku mengenali gadis Lun Bawang mix Melayu di sini. Sampai skang ni asyik bersms jer..heheheheh...
Wa rasa wa mau pigi lagila kalau ada luit sama masa.....
Gambo sungai tempat aku bikin kerja....
5 comments:
minta kebenaran untuk mengepost sebahagian gambo nih bro kat lunbawang.com sia thanks. :-). Mun aku rajin da.. hehehe.
Bisa diatur... aku ok jer...
mana si minah tu nye gambar?etak la brader..hehhee...ada pepe ke ni?
oi oi oi banyaknye gambar tapi tuannya tiada....im back..im back!
gambo minah tu takdak, tak berani nak ambil. Gambo tuan rumah pun takdak, takdak orang sudi snapkan. Ambik sendiri kang orang cakap syok sendiri hehehheheh...
Post a Comment