Wednesday, June 27, 2012

Zoo Negara Berpindah?

Zoo negara nak berpindah ker? BENTONG – Kerajaan Pusat dalam perancangan untuk memindahkan Zoo Negara ke kawasan berhampiran Janda Baik, dekat sini kerana kedudukannya yang begitu hampir dengan Kuala Lumpur. Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, namun begitu ia masih belum diputuskan lagi sama ada akan dilaksanakan atau tidak memandangkan ia masih dalam perancangan. Menurutnya, sekiranya perancangan itu dilaksanakan kelak, kemungkinan besar ia akan melibatkan kawasan yang jauh dari kediaman penduduk. “Jika diperhatikan, persekitaran yang menghijau di Janda Baik amat sesuai dijadikan tapak zoo bagi menempatkan pelbagai jenis haiwan. “Namun begitu, perkara ini masih memerlukan perancangan teliti dan rapi bagi memastikan ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk,” katanya. Beliau hadir ketika merasmikan Karnival Gegar Janda Baik, dekat sini, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Pemuda Bahagian Bentong, Datuk Johari Harun. Tiong Lai berkata, sekiranya perancangan pemindahan Zoo Negara itu diluluskan ke kawasan ini, sesi taklimat khas akan diadakan kepada penduduk. Menurutnya, ia penting bagi memastikan penduduk mengetahui dengan jelas perkara itu sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya. “Pemindahan Zoo Negara ke kawasan ini dilihat dapat menjadikan Janda Baik destinasi terkenal dengan kepelbagaian produk pelancongan. “Apa yang diharapkan ialah penduduk di sini dapat berganding bahu mengekalkan keindahan alam semula jadi yang sememangnya menjadi salah satu tarikan kepada pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya.

Monday, June 25, 2012

Semangat nak berblog kembali..

Mulakan dengan membuang email yang tak perlu hurrrmmmmmm... INBOX (38748) <<< gila banyak

Wednesday, April 18, 2012

Bayi Ajaib Lahir Dari Ibu Yang Sudah 2 Hari Meninggal

Kasih Ibu Membawa ke Syurga..

Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari menggemparkn dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh?

Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan perasaan sedih yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne
Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang comel setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan caesar.


Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan pernah jatuh pengsan. Kemudian Jayne dibawa ke Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.

Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh dibawa keluar melalui pembedahan cesar.

Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.

Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.

Friday, April 06, 2012

Andartu China 38 tahun mahukan perkahwinan tanpa seks....


Au Shiyou (38) ialah seorang andartu yang kini mencari lelaki untuk dikahwini tetapi dengan beberapa syarat. Lelaki yang mahu berkahwin dengan beliau harus bersetuju berkahwin secara probation selama 3 tahun tanpa melakukan hubungan seks. Tak cukup dengan itu beliau juga mahukan bakal suami yang juga seorang teruna kerana beliau seorang anak dara. Kriteria lain yang dicari Tu Shiyou ialah lelaki yang merupakan ahli parti komunis kerana menurut beliau lelaki dari parti komunis adalah lelaki bertanggung jawab. Kebanyakkan rakyat China mengecam Tu Shiyou kerana dikatakan terlalu memilih dan hanya melakukan ini semua sebagai publisiti murahan untuk menjadi terkenal. Sungguhpun syarat yang dikenakan oleh Tu Shiyou adalah ridikeles, masih ada lelaki yang menunjukkan minat untuk menjadikan beliau sebagai isteri.

Sumber : Forum Cari.
Jeraul saja post sini untuk share bersama2 pembaca. Amacam? Setiap manusia ada kehendaknya sendiri dan pilihan sendiri..

Type rest of the post here

Salam

Salam semua,

Lama giler tak berblog...
harap tahun ni aku akan lebih aktif post entry2 terbaru dan bermanfaat untuk semua...
Adioss..

Salam,
Jeraul

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites