Tuesday, April 15, 2008

Video Sufiah Yusof aka Shilpa Lee interview

Video Sufiah Yusof interview with News Of The World. Kesian ngan Mak dia. Peringatan juga buat ibu bapa diluar sana, bimbinglah anak anda secukupnya supaya tidak terjadi perkara yang sama. Muda-muda lagi dah di paksa-paksa belajar teruk-teruk..... skang????

Kisah Sufiah Yusof cetus kemarahan
LONDON - Pendedahan kisah Sufiah Yusof yang menjadi pelacur untuk menyara kehidupannya selepas melarikan diri dari Universiti Oxford mencetuskan kemarahan seorang kolumnis akhbar The Obsever, Nikita Lalwani, semalam.

Dalam ruangannya semalam, dia berasa marah selepas melihat gambar-gambar separuh bogel Sufiah disiarkan oleh akhbar News of the Worlds pada Ahad lalu.

Menurutnya, gambar-gambar itu dirakamkan oleh wartawan akhbar berkenaan tanpa kebenaran Sufiah.

Beliau berkata, artikel mengenai kisah hidup tragis Sufiah yang pernah menjadi kanak-kanak genius ketika berumur 12 tahun kerana kepintaran matematiknya itu mencetuskan kemarahan dirinya di luar jangkaan.

Lalwani berkata, Sufiah yang kini berumur 23 tahun dianggap oleh beberapa syarikat akhbar sebagai bahan (berita) yang berharga buat beberapa akhbar.

Jelasnya, hak-hak Sufiah tidak dipedulikan semata-mata atas alasan 'hak awam'.

Adakah jika dia berumur 30, 40 atau 50 tahun, pihak akhbar masih memburunya, soal Lalwani.

Sebelum ini, bekas suami genius matematik, Sufiah kelmarin terkejut dan sedih selepas mengetahui bekas isterinya itu kini menjual tubuh.

Bekas suami Sufiah, Jonathan Marshall yang kini bekerja di Arab Saudi berkata, dia tidak menduga bekas isterinya itu sanggup berbuat demikian kerana dia berasal dari keluarga Islam.

"Walaupun dia menghadapi masalah dengan keluarganya tetapi Sufiah mempunyai banyak kelebihan yang tiada pada orang lain," ujarnya.

Pasangan berkenaan berkahwin pada tahun 2004 selepas Marshall, 28, memeluk agama Islam tetapi berpisah dua tahun selepas itu.

Sufiah yang merupakan anak seorang saintis wanita kelahiran Malaysia, Halimahton mendapat tumpuan media apabila diterima masuk ke Universiti Oxford ketika berumur 13 tahun.

Masalah Sufiah itu adalah kisah sedih terbaru selepas pihak akhbar menyiarkan bapa Sufiah, Farooq kini dipenjarakan kerana mengaku salah mencabul dua gadis berumur 15 tahun ketika sedang mengajar mereka mata pelajaran matematik. - Agensi

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites