Wednesday, June 27, 2012

Zoo Negara Berpindah?

Zoo negara nak berpindah ker? BENTONG – Kerajaan Pusat dalam perancangan untuk memindahkan Zoo Negara ke kawasan berhampiran Janda Baik, dekat sini kerana kedudukannya yang begitu hampir dengan Kuala Lumpur. Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, namun begitu ia masih belum diputuskan lagi sama ada akan dilaksanakan atau tidak memandangkan ia masih dalam perancangan. Menurutnya, sekiranya perancangan itu dilaksanakan kelak, kemungkinan besar ia akan melibatkan kawasan yang jauh dari kediaman penduduk. “Jika diperhatikan, persekitaran yang menghijau di Janda Baik amat sesuai dijadikan tapak zoo bagi menempatkan pelbagai jenis haiwan. “Namun begitu, perkara ini masih memerlukan perancangan teliti dan rapi bagi memastikan ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk,” katanya. Beliau hadir ketika merasmikan Karnival Gegar Janda Baik, dekat sini, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Pemuda Bahagian Bentong, Datuk Johari Harun. Tiong Lai berkata, sekiranya perancangan pemindahan Zoo Negara itu diluluskan ke kawasan ini, sesi taklimat khas akan diadakan kepada penduduk. Menurutnya, ia penting bagi memastikan penduduk mengetahui dengan jelas perkara itu sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya. “Pemindahan Zoo Negara ke kawasan ini dilihat dapat menjadikan Janda Baik destinasi terkenal dengan kepelbagaian produk pelancongan. “Apa yang diharapkan ialah penduduk di sini dapat berganding bahu mengekalkan keindahan alam semula jadi yang sememangnya menjadi salah satu tarikan kepada pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya.

Monday, June 25, 2012

Semangat nak berblog kembali..

Mulakan dengan membuang email yang tak perlu hurrrmmmmmm... INBOX (38748) <<< gila banyak

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites