
Kredit pics to Johor Southern Tiger FB
Larkin - Juara Piala AFC musim lalu, Johor Darul Takzim, JDT memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan bergaya apabila membelasah Ayeyawady United 8-1, malam tadi.
Aksi di stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin itu, menyaksikan anak buah Mario Gomez mengulangi rekod kemenangan ke atas lawan sama musim lalu.
Kapten JDT, Safiq Rahim muncul wira dengan hatrik pertamanya musim ini.
Selepas wisel sepak mula, Harimau Selatan di depan menerusi percubaan jarak jauh kapten pasukan, Safiq Rahim.
Namun tuan rumah dikejutkan dengan gol penyamaan Ayeyawady selang 2 minit kemudian menerusi...