Salam kepada semua pembaca blog saya ini. Hari ini saya ada terbaca di facebook berkenaan kenyataan tak bermoral dari Menteri Kabinet kepada Menteri Sarawak. Saya amat tertarik dengan kenyataan dan fakta-fakta menarik dari akaun FB kepunyaan SYAHRIZZAL ARFANDY BIN ADAM iaitu posting berkenaan KENYATAAN TIDAK BERMORAL MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA*
*MOHON YAB PERDANA MENTERI JANGAN SIMPAN LAGI “SAMSENG” INI DALAM KABINET*
Berikut adalah antara kenyataan-kenyataan yang telah disuarakan oleh beliau.
*KENYATAAN TIDAK BERMORAL MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA*
*MOHON YAB PERDANA MENTERI JANGAN SIMPAN LAGI “SAMSENG” INI DALAM KABINET*
*KENYATAAN BERANI MATI OLEH: SYAHRIZZAL ARFANDY BIN ADAM, "SAMSENG" NGAP SAYOT SARAWAK*
-Kali ini versi samseng. Khas untuk samseng-
1. Kenyataan balas YB Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia semalam terhadap YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, langsung tidak menggambarkan professional dan perwatakan seorang pemimpin bergelar MENTERI dengan melabelkan rakan sejawatannya dari kabinet Sarawak sebagai “Budak Baru” dan “Setahun Jagung”. Tak cukup denga itu, beliau buat lagi satu kenyataan “jangan tunjuk samseng, saya lagi samseng!” menggambarkan mentaliti Menteri dekat Malaysia sangatlah kebudak-budakan dan memalukan. Ini kalau ada terjemahan bahasa Perancis, Itali, Inggeris dan India mahu taknya Malaysia ini diketawakan oleh negara luar.
2. Bukan sekali dua kenyataan YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ini mengundang kontroversi. Sebelum ini kenyataan kasar beliau juga mendapat perhatian pihak Istana Johor yang kurang senang dengan dengan sikap beliau. Sehinggakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Johor murka dengan kenyataan beliau terhadap Tengku Mahkota Johor pada krisis yang berlaku Jun tahun 2015. Saya pun tak faham bagaimana beliau boleh tembus masuk dalam kabinet sedia ada walhal banyak sudah Menteri sebelum ini menjalankan kerja dengan baik, termasuklah yang beralih arah sekarang iaitu YB Tan Sri Muhyidin Yasin dan YB Datuk Seri Shafie Apdal. Rekod baik mereka berdua puun boleh dikeluarkan dari kabinet, kenapa tidak Nazri Aziz?
3. Pelaksanaan Cukai Pelancongan 2017 pada 1 Julai ini kelihatan terburu-buru dan tidak memberi peluang kepada rakyat yang kebanyakannya juga pelancong dalam negeri memperlihatkan sikap rakus pihak kementerian. Oleh hal yang demikian, sangat wajarlah YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah meminta pelaksanaan cukai itu ditangguhkan dan mempersoalkan pengaliran kutipan cukai kerana kebanyakan perbelanjaan mengurus industri pelancongan dibiayai oleh Kerajaan Negeri.
4. Selama 3 penggal jadi Menteri dan sejak 2013 jadi Menteri Pelancongan tak Nampak langsung usaha nak mengubah persepsi negatif dan sonsang orang luar Sarawak terhadap Sarawak. Ramai antara mereka masih beranggapan nak turun sekolah/universiti di Sarawak kena naik perahu. Kalau tak sempat naik perahu, ekau berenanglah sano tu eh… Belum lagi gambaran yang kami di sini duduk atas pokok! Gambaran lain katanya kalau baru sampai Airport Kuching, terus kena sumpit! Apa kejadahnya gambaran ini di zaman ABAD KE 21 ni???!!! Dengan Pesta Gawai dan Kaamatannya tak dihebah semeriah perayaan di semenanjung. Siapa nak datang kat sini kalau dah dalam kepala mereka di Sarawak hanya ada hutan? Di Sabah hanya ada gunung? Itupun nasib baik Sabah terkenal dengan Sumandak, Sarawak ni terus payah nak dapat pengunjung sebab terkenal dengan buaya. Ke mana menghilangnya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam beberapa tahun ini? Kenapa sekarang baru muncul balik dengan CUKAI???!!! Masih tak puas cari gaduh ka? Aiyooo
5. Sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, tak masuk akal seorang menteri boleh bagi kenyataan mengkhinzir buta tanpa membuat kajian dahulu. Mana ada sebuah sahaja hotel di Miri? Banyak, cuma malas nak rujuk balik lah tu. Tak cukup, dengan bangganya mengatakan jumlah hotel lima bintang di Sarawak boleh kira pakai sebelah tangan sahaja. Apa punya statement tu??? Berapa kali YB Datuk Seri datang sini dan kira hotel tu? Kononnya Sarawak tak menyumbang banyak dalam industry pelancongan dan menyindir kami seolah-olah kami mengharap ihsan hasil pelancongan 75% dari sana untuk membangunkan Sarawak dan Sabah. Apa ni???!!! Kalau tak kerana royalty minyak yang seciput itu, tak ke mana pelancongan di sana juga. Cakap tak pandang orang sini lagi ya, menteri? Bukan kami yang memerlukan ehsan kamu dari Persekutuan, bahkan kamu selama ini “berhutang” banyak dengan Sabah dan Sarawak terutamanya. Samseng “banyak hutang” lah awak ni. Selalu samseng kutip hutang, ini samseng “cari hutang”.
6. Saya mesej YB Datuk Haji Abdul Karim tengah-tengah malam. Itupun beliau balas mesej pada jam 01.02 pagi dengan etika professional dan mengizinkan saya menyebarkan statement saya ini. Tak cukup dengan itu, beliau juga takkan tunduk dengan Menteri Pusat yang tengah memperlekehkan beliau yang mana sepatutnya beliau itu wajar dilayan seperti rakan sejawatan bukannya “anak buah” kamu. Alhamdulillah, setidaknya beliau tidak membelakangi orang Sarawak dan Negeri Sarawak. Itu yang kami mahu.
7. Oleh hal yang demikian, kalau tuan-tuan setuju jika YB Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, “Menteri Samseng dan Gangster Malaysia” ini dikeluarkan dari kabinet, mohon panjangkan mesej ini sampai ke pejabat boss besar, YAB Perdana Menteri.
Penat dah simpan menteri “kebudak-budakan” ini. Takde kerja lain, asyik mahu cari gaduh sahaja. Saya tak kisah kalau YB Datuk Seri nak mention nama saya dekat press. Kita tengok, siapa lagi samseng. Hahaha
SYAHRIZZAL ARFANDY
-Samseng Ngap Sayot, Kamu Ku Sayot Saja-
Penafian: Penulis tidak mewakili kerajaan negeri Sarawak apatah lagi mewakili Yang Berhormat Menteri berkenaan. Penulis melontarkan pendapat sebagai rakyat Sarawak dan Malaysia secara am. Dengan _Uberimae Fidei_ penulisan ini sama sekali tidak berniat membangkitkan sensitiviti perkauman/kenegerian, atau mengecam/mengkritik/mempersoalkan PERIBADI mana-mana pihak, melainkan jika tindakan mereka kurang wajar.