Friday, June 12, 2009

My Journey to Ulu Baram, Miri.

Salam kepada semua pembaca blog hantujeraul. Terima kasih kerana banyak membantu saya dengan memberi komen-komen dalam blog ini. Ini juga membantu saya untuk tetap berminat dalam menghasilkan entri yang baik untuk tatapan bersama. Sebelum tu, saya mohon maaf kerana dah lama tak update blog ni. Masih dalam tahap membersih sesawang yang melekat di dinding blog..hehehe.
Ok, saya nak bercerita sedikit journey saya bulan Mei lepas, iaitu ke Ulu Baram, Miri Sarawak...
Pada 14 Mei 2009, kami rombongan Cik Kiah sebanyak 20 orang berlepas ke Miri dari airport Kuching jam 10.50 pagi. Sampai di Miri lebih kurang jam 12.15. Di sana, kami menyewa sebuah van untuk sehari, untuk mengangkut barang untuk dibawa ke hotel, disamping mengambil sekali peralatan kerja yang terlebih dahulu di poskan melalui bas ekspress Kuching-Miri.

Di bandar Miri, antara rombongan Cik Kiah kami tidak semua bermalam di hotel yang sama, ada yang di Miri Hotel dan ada juga di Parkcity Hotel. Tak banyak sangat aktiviti yang dapat dibuat dalam sehari jer di Miri masa tu. Yang dapat cuma ronda-ronda sekitar bandar disamping membeli barang keperluan masing-masing sebelum masuk ke port kami di Ulu Baram.

15 Mei 2009, pagi jam 9 dan selepas bekpes, kami bertolak ke Ulu Baram dengan menaiki 5 buah 4x4 yang terlebih dahulu di sewa sebelum kami sampai di bandar Miri lagi. Kesemua driver yang membawa kami ni juga adalah mereka yang memang orang asal tempat yang dituju, iaitu Long Liamdan Long San. Perjalanan dari bandar Miri ke Ulu Baram amat memenatkan dan meletihkan badan, walaupun duduk saja dalam kenderaan. Mana taknya, disamping mengambil masa 5 jam, kami juga terpaksa meredah jalan daerah Lapok yang amat teruk sekali keadaannya. Lepas jer dari jalan Lapok, kami kena redah lagi jalan kompeni kayu balak yang memang bahaya dan menyukarkan.
Kami sampai di Long Liam lebih kurang jam 5.30 petang. Kena guna perahu untuk ke seberang... Kenderaan kami tinggalkan sahaja di seberang sungai Baram, kawasan
kampung Long Liam selepas dipastikan selamat.
Gambar atas, operasi membenteras penyeludupan gaharu.... heheh, Kami memunggah barang ke dalam perahu untuk ke kampung Long Liam di seberang.
Selesai memunggah, kami pun menyusuri Sg. Baram untuk ke seberang. Yang menanti diseberang adalah para penduduk kampung Long Liam.
Gambar atas, Jeti kampung Long Liam... waktu dah nak dekat senja.
Hari pertama kerja, 16 Mei 2009,.... semua berwajah ceria, maklumlah masih fresh. Kami bekerja bermula dari 16-18 Mei merangkumi kawasan Long Liam, Long San, Long Naan, Long Akah dan Lio Mato.
Salah satu jeram yang terpaksa dilalui di Sg. Baram untuk ke destinasi.
Bergambar di jambatan sebelum sampai ke Lio Mato. Saya berada di......... tiada dalam gambar heheheh..
Gambar atas, adalah bukti yang kami dah menjejakkan kaki di Lio Mato... hahahaha. Sk Lio Mato.
Kubu peninggalan Inggeris di Lio Mato... kurang pasti namanya. Hampir serupa dengan kubu yang ada di Kanowit, Kapit dan di Kuching...
Keadaan didalam kubu peninggalan Inggeris tersebut...
Klinik Desa Lio Mato.... sempat singgah dan lepak ngan staf klinik. Semasa kami di Lio Mato, kami bermalam di rumah Ketua Kampung...
Oklah... sampai sini jer dulu... ada banyak lagi gambar yang belum di forward kepada saya oleh jurugambar kami tempohari. Harap dapat tengok lagi keadaan dan suasana semasa fieldtrip kami di Ulu Baram... sweet memori. Kalau ada banyak duit pun, belum tentu saya akan dapat ke sana lagi.....

3 comments:

Boleh join pg l0ng lelang ka?

Boleh join pergi l0ng lelang ka?

Boleh join pg l0ng lelang ka?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites