Friday, March 13, 2009

Gaza Hope Charity Concert for Palestine


Event pada 21 dan 22 March nanti di Amphitheatre. Sayang band aku lambat nak join. Dengar2 ada lebih 20 buah band akan buat persembahan bagi mengutip derma untuk Gaza. Time tu gak aku gi outstation, sayang tol tak dapat tengok band otai Swk main iaitu VORMIT. Band Guru pun main skali. Kepada sesapa yang suka pergi gig tu, jangan lupa 21 dan 22 March nanti gi ramai-ramai ke Amphitheatre Kuching. Rugi tak pegi, banyak band otai yang join.

Gaza Hope Charity Concert for Palestine
Current mood: creative
Category: Music

Gaza Hope ini adalah anjuran bersama Sarawak Peace Project (SPP) dan Kuching Connection (KC) Management. Gaza Hope berlangsung selama 2 hari iaitu pada 21-22 March 2009. Pada hari pertama, pertandingan shuffle akan diadakan dan disusuli dengan persembahan daripada band-band indie pada hari kedua. Masuk adalah percuma tetapi pihak kami ada menjual T-shirt Gaza Hope di mana semua hasil penjualan akan terus diserahkan kepada NSTP untuk disalurkan kepada Palestine. Maka, disamping kita dapat berhibur, kita juga dapat menyumbangkan bantuan kepada masyarakat Palestine yang tgh di kemelut peperangan dan memerlukan segala jenis bantuan perubatan serta makan. Harap mendapat sokongan daripada anda semua =)

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites