Friday, March 20, 2009

Tuntutan Rebat Tunai dilanjutkan ke 14 April

Salam, semua. Berita baik buat pemilik kereta yang belum mengambil lagi rebat subsidi minyak mereka. Pihak kerajaan telah melanjutkan lagi tempoh tuntutan dari 31 MAc ini sehingga 14 April nanti... So kepada yang belum, apa lagi...

Tuntutan Rebat Tunai Dilanjutkan Ke 14 April

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kerajaan melanjutkan tempoh tuntutan rebat tunai bagi subsidi petrol kepada pemilik kenderaan, yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac, sehingga 14 April ini.

Menurut satu kenyataan Pos Malaysia hari ini, pemilik kenderaan yang layak digalakkan memperbaharui cukai jalan kenderaan di mana-mana 691 pejabat pos di seluruh negara untuk membolehkan mereka menerima rebat tunai pada hari yang sama.
Pemilik kenderaan yang layak juga boleh membuat tuntutan melalui portal transaksi dalam talian Pos Malaysia PosOnline di www.posonline.com.my yang mempunyai kemudahan untuk memasukkan tuntutan rebat ke dalam akaun bank masing-masing.

"Bagi yang tidak dapat buat tuntutan pada waktu bekerja, mereka boleh mengunjungi pejabat-pejabat pos yang beroperasi selepas waktu bekerja atau pejabat pos yang dibuka pada hari minggu," menurut kenyataan itu.

Pada Jun tahun lepas, kerajaan mengumumkan pembayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan bagi mengurangkang beban orang ramai berikutan kenaikan harga bahan api itu.

Pemilik kenderaan berkuasa 2000cc ke bawah, pikap dan pacuan empat roda yang berkuasa 2500cc ke bawah akan diberi rebat RM625 setahun manakala pemilik motosikal berkuasa 250cc ke bawah menerima rebat RM150 setahun.

-- BERNAMA

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites