Wednesday, April 22, 2009

Movie Monster Vs Alien


Sambung lagi review movie yang baru saya tonton minggu ni. Movie baru berjudul Monster vs Alien. Filem animasi yang agak menarik untuk ditonton sekeluarga. Adegan adventure, funny dan mendebarkan dicampuraduk untuk menjadikan filem ini begitu interesting untuk ditonton.
Antara trailer menarik untuk anda tonton..

Bila satu meteor jatuh ke bumi, Susan (Witherspoon) iaitu seorang manusia biasa yg tgh bersiap uuntuk berkawin telah terkena meteor tu dan mengakibatkan saiz badannya menjadi besar. Selepas menjadi besar pasukan secret government centre US terus menangkap dia dan meletakkan dia dgn makhluk2 pelik lain. Maka semenjak haritu dia dianggap sbg raksaksa. Dalam cerita ni sebenarnya monster sudah wujud sejak lama dulu, tapi dirahsiakan oleh kerajaan Us hehehe.

Di pusat tahanan tu, Susan telah berjumpa member baru spt Dr. Cockroach phD (prof yg berkepala lipas), B.O.B (makhluk lembik bermata satu yg sengal), The Missing Link (makhluk manusia ikan) dan makluk larva serangga yg bersaiz besar tp penakut bernama
Insectasaurus.

Meteor yang telah menjadikan Susan sebagai monster itu adalah merupakan senjata rahsia kepada makluk asing lain. Setelah mendapat tahu yang "barang " mereka jatuh ke bumi, mereka mulalah datang ke bumi untuk berperang. Maka dari sinilah permulaannya peperangan antara Monster dan Alien.

Terdapat juga part sedih dimana Susan yang dapat keluar dari penjara ingin berjumpa buah hati yang ingin dikahwini... tapi sebaliknya buah hatinya telah menolak cinta nya... Part ni aku rasa mana minah2 jiwang gerenti ada yang menitiskan air mata.

Well...juh ke panggung...

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites