Monday, April 13, 2009

Nabil dianugerah Bintang Paling Popular


Nabil Raja Lawak Astro di nobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2008 Berita Harian malam tadi. Dengan meraih 127,524 undi sekaligus menewaskan nama-nama besar lain seperti Mawi, Dato' Siti Nurhaliza, Haji Aznil Haji Nawawi dan Meet Uncle Hussain. Kenapa Nabil boleh menewaskan Mawi tu... Lu pikirlah sendiri hehehe.

Atas kemenangan itu, Nabil meraih hadiah barang kemas tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM150,000, kereta Nissan Sylphy (2.0) tajaaan Edaran Tan Chong Motor berharga RM109,000, perabot Empire Classic Furniture bernilai RM30,000 serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Hotel Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Majlis yang bertemakan Sentuhan Tenun itu turut disiarkan secara langsung melalui TV3 serta Hot FM.
Anugerah Percapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada Raja Pop, Jamal Abdillah berdasarkan sumbangan beliau memartabatkan industri muzik tanah air sepanjang pembabitannya dalam dunia seni selama 30 tahun.

Turut mencipta sejarah berulang pada malam tersebut ialah Dato' Siti yang mempertahankan gelarannya selama 12 tahun berturut-turut bagi kategori Penyanyi Wanita Popular sementara Aznil pula terus menjulang trofi Pengacara TV Lelaki Popular bagi 6 kali berturut-turut.

Kumpulan Rabbani juga mencipta kejayaan yang dijangkan apabila mengekalkan kemenangan mereka menerusi kategori Artis Nasyid Popular bagi 8 tahun berturut-turut.

Lebih 5,000 penonton hadir menyaksikan acara lebih 2 jam itu yang dihoskan pasangan pelakon dan pengacara sensasi, Sharifah Shahira dan Adlin Aman Ramlie. Penyanyi yang membuat persembahan ialah Stacy, Aizat, Siti Sarah, Ayu OIAM, Diddy Hirdy, Jeffrydin, L Ramlie, Jamal Abdillah, Dato Siti, Kristal, Farah Asyikin, Faizal Tahir, Anita Sarawak dan Hujan.

ABPBH08 anjuran Berita Harian yang memasuki edisi ke-22 itu terus bertahan sebagai antara majlis pengiktirafan paling berprestij dalam dunia hiburan tanah air kerana menggabungkan semua penggiat seni termasuk dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.


SENARAI PENUH PEMENANG

*Bintang Paling Popular - Nabil

*Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar

*Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin

*Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor

*Pelakon TV Wanita Popular - Dynas

*Penyanyi Lelaki Popular - Mawi

*Penyanyi Wanita Popular - Dato' Siti Nurhaliza

*Artis Nasyid Popular - Rabbani

*Artis Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussain

*Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil

*Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah

*Artis Baru Lelaki Popular - Nabil

*Artis Baru Wanita Popular - Stacy

*Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj Nawawi

* Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

*Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

*Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

*Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat - Biduan Jamal Abdillah

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites