Monday, July 13, 2009

Black Juara Mentor Musim ke 3


Black telah memenangi pertandingan realiti MENTOR 3 dengan memenangi RM100,000 dan sebuah kereta Kia Spectra. Mentornya Mas Idayu yang mendidik Black dengan cara tradisional dengan menggunakan rotan juga mendapat RM100,000.00 juga.

Isuhangat mengucapkan tahniah kepada Black dan merasakan Black adalah memang layak bergelar juara kerana suaranya memang power. Black berjaya membuktikan walaupun dia 'black' dengan bakat suaranya yang tinggi itu dan hasil sebatan rotan Mas Idayu berjaya mengalahkan peserta-peserta lain sejak di awal konsert mentor lagi. Adakah Mas Idayu menghukum Black dengan rotan samada gimik semata-mata kerana selepas pengumuman Black menjadi juara, Black telah mematahkan rotan tersebut.

Chak pula yang berganding dengan adiknya Stacy dalam persembahan di final, memenangi tempat kedua dan Fira mentee kepada Lah Ahmad yang "membayar nazar" dengan membotakkan kepalanya mendapat tempat ketiga.

Black gagal mengawal perasaan gembiranya memeluk Mas Idayu selepas diumumkan juara Mentor 3. Nampaknya dunia hiburan tanahair meneruskan siri peluk memeluk selepas Nabil tidak sengaja memeluk Irma dan Aril AF7 yang memeluk tenaga-tenaga pengajarnya waima yang bertudung.

Mungkin mereka tahu tida sesuai mengucapkan 'Syukur Alhamdulillah' di majlis hiburan seperti ini dan diganti dengan style omputih - peluk. Apa pula perasaan kita ketika menyaksikan acara peluk ini? Atau kita berasa "..ala takpe lah peluk sikit jer..sporting la sikit".

1 comments:

huhuhuhu..
macam nabil n irma hasmi...
opss...xsengaja...sebab ape dah speechless...
tapi lagu baru die sangat best..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites