Tata Nano, kereta ala-mini yang diwar-warkan sebagai kereta paling murah di dunia telah dilancarkan secara rasmi di Mumbai,India semalam.
Kereta tersebut yang boleh dibeli dengan harga lebih kurang RM8,900, dikatakan akan menjadi kenderaan paling popular digunakan oleh rakyat India kelak.
Versi yang termurah ini tidak dilengkapi ‘power steering’ dan juga penghawa
dingin.Beberapa versi lain juga dikeluarkan untuk permintaan pengguna yang pelbagai. Versi paling lengkap berharga lebih kurang RM12,700
Secara rasminya, Tata bercita-cita untuk memberikan sebuah kenderaan mampu milik kepada rakyat India yang rata-ratanya dalam kelas rendah.Dengan muatan 4 orang dewasa serta penggunaan minyak yang menjimatkan, Tata Nano ini diharapkan dapat mengatasi masalah pembelian kereta oleh warga India.
Semasa pelancaran, tempahan sudah mencapai 206,703, dan syarikat Tata mengatakan kilangnya akan mampu mengeluarkan 60,000 sebulan untuk mengelakkan sebarang tempahan tertunggak lama.
2 comments:
bile nak masuk mesia nie..
confirm saye beli..
once masuk msia, hrga jd 3x ganda la...
Post a Comment