Tuesday, September 20, 2011

Filem Bukit Kepong Akan Dihasilkan Semula


Adakah filem baru ini akan dapat menandingi filem asal Dato Jins Shamsudin?
Sama-sama kita tunggu..

Syamsul mahu terbit Bukit Kepong

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Pengarah filem box office, KL Gangster, Syamsul Yusuf kini dalam perangkaan untuk membuat semula filem sejarah negara, Bukit Kepong yang akan melibatkan belanja sebanyak kira-kira RM6 juta.
Menurut anak kepada pengarah filem, Datuk Yusuf Haslam itu, beliau kini melakukan kajian dalam memastikan adaptasi tersebut mampu mengangkat kembali peristiwa itu.

"Saya optimis dalam menghasilkan filem mengenai peristiwa bersejarah ini.

"Bagi saya, filem epik sebegini seharusnya diangkat kembali bagi memperingati pejuang yang telah berkorban untuk negara," katanya ketika ditemui di rumah terbukanya di sini, semalam.

Selain itu, katanya, beliau juga akan cuba mendapatkan pelakon, Rosyam Nor dan Remy Ishak untuk menjayakan filem tersebut.

Jelasnya, filem tersebut mungkin memulakan penggambaran selewat-lewatnya tahun depan.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites